(Mungkin Pak A Samad Said sudah terlalu sepi hatinya melihat gelagat siasah negara, sehingga semakin hari kita tidak lagi bisa bebicara dari fikiran dan renungan yang jauh, sebalinya hanya dari bibir yang mentah-merah!)
Khairi Jamaluddin (Khairi), Ketua Pemuda BN juga Ketua Pemuda UMNO dan Gan Ping Sieu (Gan), Ketua Pemuda MCA dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan mendesak agar Taib Mahmud segera berundur. Alasannya mudah, kerana kekalahan teruk SUPP, khasnya Presiden SUPP sendiri. Mereka khuatir, jika Taib melambat-lambatkan perletakan jawatannya, maka dalam PRU13 mendatang, BN akan mengalami kekalahan teruk di Sarawak. Cuma saya ingin bertanya: "Apakah Taib, tugasnya hanya menjaga SUPP? Bagaimana amanah yang telah diberikan oleh pendokong PBB khususnya?"
(2) Khairi dan Gan adalah Ketua Pemuda UMNO dan MCA. Kerana Khairi adalah Ketua Pemuda UMNO, maka dia saya kira diberi penghormatan menjadi Ketua Pemuda BN. BN terdiri dari pelbagai Parti: UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP (?), PBB, PRS, SPDP, SUPP, serta banyak lagi parti-parti lain di Sabah. Pokonya, bila Khairi dan Gan bercakap, mendesak agar Taib segera turun dari Jawatannya, adakah itu atas sikapnya mengandai bahawa bila mereka adalah Ketua, maka mereka tidak perlu terlebih dahulu merujuk kepada AJK mereka atau komponen-komponen Parti yang terlibat sebelum mereka bersuara, khususnya bila melibatkan komponen lain dalam BN? Jika begitulah disiplinnya, maka, apalah gunanya konsep BN?
(3) Tidakkah Khairi sendiri terasa bertanggungjawap atas kekalahan teruk UMNO, Gerakan, MIC dan MCA dalam PRU12 dulu? Kenapa pula dia masih duduk sedap melalak dalam UMNO dan BN? Kenapa dia tidak menunjukkan contoh meletak jawatan dengan serta merta saat kekalahan melanda parti-parti ini?
(4) Saya ingin membawa pembaca kepada Sejarah Islam, bagaimana Kerajaan Islam boleh kembang berjaya, dan juga bagaimana ianya kemudian menjadi kelam dan malap. Mudah-mudahan ianya menjadi perkiraan kita dalam menentukan jalan pemilihan pemimpin kita.
(5) Muhammad SAW, setelah baginda dapat mendirikan Kerajaan Islam di Madinah (621 CE), dan kemudian kembali mengIslamkan Mekah (630CE), maka dalam tempoh sembilan tahun kemudiannya beliau telah dapat mengembangkan Islam keseluruh Semenanjung Arab (Saudi, Yaman, Palestin, dan Lebanon) dan seterusnya baginda berusaha memperluaskan taklukan Islam meliputi Kerajaan Byzantin di Timur.
(6) Saat baginda akan wafat, baginda berpesan agar Abu Bakar mengantikan baginda. Namun kerana banyak tugas besar yang sebelumnya tidak usai baginda jalankan, maka baginda juga berpesan agar Abu Bakar tidak terburu-buru menukarkan segala pembesar dan panglima yang telah baginda beri kepercayaan untuk meneruskan tugasan mereka. Abu Bakar patuh akan wasiat baginda.
(7) Dalam tempoh singkat Abu Bakar memerintah (dua tahun), beliau dapat memperkukuh kesatuan Arab (termasuk Oman, Bahrain, Yaman) dan seterusnya menguasai Iraq dan Syria. Saat dia gering, dia mewasiatkan agar Umar Khattab mengantikan beliau menjadi Khalifah. Seperti Muhammad SAW, Abu Bakar juga berpeasan agar pembesar-pembesar negera dan panglima-panglima Islam yang sedang ditugaskan mengembangkan Islam tidak ditukar secara tergesa-gesa. Tempoh setahun telah beliau usulkan kepada Umar.
(8) Fokus Umar bila beliau menggantikan Abu Bakar (634-644CE) adalah mematuhi wasiat Abu Bakar dan seterusnya memperkukuh taklukan ke atas Iraq, Syiria dan seterusnya menguasai Farsi. Beliau juga kemudiannnya berusaha mengembankan Islam ke Mesir. Kerana tempoh pemerintahan beliau yang agak lama, maka beliau dapat menyusun Sistem Pentadbiran Islam yang lebih teratur: Sistem Politik, Takwim Hijrah, Hukum Syariah, membentuk Baitul Mal, membentuk Dewan Mesyuarah, Sistem Pendidikan, Kajian Al Quran, dan Sistem Partanian.
(9) Saat tenatnya kerana ditikam oleh Firoz seorang fanatik abdi Farsi, Umar, sebagai politikus dan pentadbir yang baik, tidak secara langsung mewasiatkan siapa pengantinya. Malah beliau melantik Majlis Mesyuarah terdiri dari Zubair Awwam, Saad Abi Waqas, Abdur Rahman Auf, Talha Ubaidullah, Ali Abi Thalib dan Othman Affan dengan di pengerusikan oleh anaknya Abdullah sebagai pemerhati dan penimbangtara.
(10) Juga Umar berpesan, agar semua gabnor dan panglima yang telah beliau lantik jangan terburu-buru ditukar. Tempoh setahun telah beliau tetapkan. Majlis Mesyuarah kemudian memilih Othman Affan mengantikan Umar Khatab. Sebahagian dari wasiat Umar diteruskan oleh Othman sedang sebahagiannya, atas sebab-sebab tertentu, maka berlaku pertukaran gabnor dan panglima.
(11) Di bawah Othman, taklukan Islam di perluas ke Afrika Utara, Azerbaijan, Armenia, Asia Minor dan bahkan ke kepulauan Cyprus. Othman bukan hanya telah memperluaskan taklukan Islam, beliau juga kemudiannya telah meminda beberapa dasar yang telah ditetapkan oleh Umar yang sebahagiannya menunjukkan kelemahan sikap lembut beliau berbading dengan sikap tegas Umar. Pelbagai sikap penyelewengan dan pemberontakkan kemudiannya timbul. Paling dahsat, kaum Muslimin di Madinah sekalipun memberontak menentang Othman.
(12) Mendukacitakan, Othman kemudian dibunuh oleh pengikutnya sendiri pada pada 17 June 656 yang merasakan betapa dasar-dasar beliau sangat bercanggah dengan kehendak Islam, dan kemudian mereka ini kemudian menjadi pendokong kuat perlantikan Ali Abi Thalib sebagai Khalifah. Dengan ini, maka bermulalah perpecahan Islam, antara yang mendokong Ali dan mereka yang menuntut pembalasan darah Othman yang diketuai oleh Bani Ummayah.
(13) Kerana pergolakan tersebut, maka Ali langsung saja menukar para gabnor yang tidak selairan dengan beliau. Dengan itu terjadilah bunnuh membunuh dan segala macam peperangan sesama Islam khususnya antara Syaiddina Ali, Muawiayah dan bahkan Sayiddina Aishah (isteri Muhammad SAW). Perkembangan Islam terencat di zaman pemerintahan Ali Abi Thalib.
(14) Adalah wajar kita di Sarawak perlu melihat bagaimana bila pertukaran kepimpinan tidak dijalankan dengan teratur boleh mengancam masa depan kita. Peralihan antara Muhammad SAW dan Abu Bakar begitu teratur. Juga Abu Bakar tidak gopoh dalam mengubah atau menambah segala apa yang telah Muhammad SAW telah mulakan. Begitu juga halnya antara Abu Bakar dan Umar. Namun, segalanya berbeda pada masa Umar-Othman dan Othman-Ali.
(15) Di negara kita sedikit masa dahulu (kira-kira 10 tahun dahulu), Mahathir seperti ditekan untuk berhenti. Suara-suara dari dalam dan juga luar UMNO mengasak Mahathir untuk berhenti. Akhirnya, dalam tangis, dalam sesal, Mahathir mengistihar untuk berhenti dalam keadaan tergesa-gesa. Biar, kemudian 'seperti seluruh negara' berpura-pura penyerahan kuasa Mahathir-Abdullah adalah teratur dan aman, namun sebenarnya kemudian dengan pantas tangan-tangan ganas dan hati-hati tamak menyambar penyerahan kuasa itu dari Abdullah Badawi dan seterusnya mengheret negara ke kancah perpecahan yang sangat merugikan.
(16) Di peringkat pentadbiran terbangun apa yang Mahathir katakan sebagai Lantai Empat Jabatanb Perdana Mentri yang menentukan segalanya, tanpa melalui sistem seperti sebelumnya. Akhirnya, BN kalah teruk. UMNO dimalukan. Gerakan dan MIC seperti mati berkubur. MCA terlondeh 'seperti tidak berseluar dalam'.
(17) Khairi, seperti telah lupa, atau sengaja mengalih pandang, dan kini menyerang Taib Mahmud. Sebagai anak jati Sarawak, Sarawak perlu pembelaan dan pandangan tersendiri dari kita. Kita yang mesti menentukan nasib tanah air kita sendiri. Kita bebas dari James Brooke, jangan pula kita saat sedang membangun pesat, kita terjajah pula oleh segelintir anak-anak Malaya yang lupa betapa Malaysia itu kukuh terbentuk sebab Sarawak (dan Sabah) bersetuju membentuk (bukan masuk) Malaysia! Jangan sekali-kali kita lupa itu, dan jangan sekali-kali anak Sarawak leka dengan sandiwara segelintir penyanggak Malaya!
(18) Soal SUPP kalah teruk, itu soal mereka. Itu pilihan mereka. Sokongan padu PBB (dan bahkan PRS dan SPDP) jangan sekali-kali kita abaikan begitu saja.
Matang Jaya, Kuching
23 April, 2011
0 comments:
Post a Comment