Sebuyau-Engsengei adalah dua buah perkampungan Melayu dan Iban yang letaknya bersebelahan di antara satu sama lain. kedapatan lebih kurang 60-70 buah keluarga menetap di perkampungan ini. Berpuluh tahun yang lalu, (pastinya lebih dari 50 tahun yang lalu), perhubungan ke perkampunan ini ke Pekan Simunjan atau Pendam hanyalah menggunakan jalan air. Batang Sadong adalah satu-satunya Super Highway yang Allah bina untuk mereka.
(2) Perkampungan ini, seperti duri dalam daging buat diri saya. Kulit badan saya berpanjangan seperti bernanah dan kesakitan yang teramat sangat menahan duri yang tidak mahu keluar. Ini kerana, dulu, lebih 40 tahun dahulu, saya dan bapa saya sering singgah di sini dalam perjalanan kami berkunjung ke rumah nenek saya di Kampung Terasi di hilir sedikit dari perkampungan ini.
(3) Di sini kami sering singgah untuk mengilang (istilah tempatan mengejin) padi menjadi beras sebagai buah tangan untuk keluarga nenek saya. Kebetulan, pengilang beras di sini punya daya kilangan yang lebih baik ie tidak banyak antah dan beras yang hancur dan tapiannya juga jauh lebih bersih.
(4) Sejak 40-50 tahun dahulu, masyarakat di sini sememangnya sangat terasing dan terpencil. Kemiskinan adalah sangat ketara dan taraf hidup penduduknya masih jauh ketinggalan dari masyarakat lain di Batang Sadong. Kesengsaraan dan kepayahan hidup masyarakat di sini, hanya Allah yang tahu bertapa susahnya mereka. Mata kita yang memandang hanya pedih sebentar, namun, pundak masyarakat itu sendiri, sudah terlalu bongkok untuk bertahan. Itulah kepedihan yang sekian lama terpendam di dalam hati saya melihat dan mengenali akan kesengsaraan mereka.
(5) Dalam bulan 28 Mei, 2009 saya terbang melewati kawasan ini. Pada keesokan, saya bergegas menelusuri jalan yang mengarah ke perkampunagn tersebut. Namun, perjalanannya saya tersekat lebih kurang dua kilometer ke Sebuyau-Engsengei. Lantas saya berhubung dengan teman saya Hj. Sulaiman Husaini di Pejabat Residen Samarahan dan seterusnya berhubungan dengan Puan Zanariah, Setiausaha Bahagian KKLW berkait dengan pembinaan jalan ke kampung tersebut. Alhamdullilah berkat keprihatinan kedua-dua pegawai berkenaan, maka Pintu Rezeki ke perkampungan ini kini sudah terbuka luas.
(6) Semalam, saya bersama beberapa teman berkunjung ke perkampungan ini. Tujuan kami adalah untuk menjelaskan beberapa kekeliruan berkait dengan pembangunan ekonomi yang sedang dirancang dan dilaksanakan di perkampungan tersebut. Alhamdullilah, atas niat ikhlas Kerajaan serta keinginan mendesak mereka untuk menghambat pembangunan, tampaknya segalanya akan berjalan lancar.
(7) Saya hanya dapat bersyukur dan berdoa kepada Allah agar lebih banyak usaha dan 'kegigihan' teman-teman untuk melihat keperluan sebenar rakyat dan sedia berdepan dengan mereka dalam apa juga keadaannya. Saya percaya, rahmat dari membebaskan rakyat dari belenggu kepayahan dan kesengsaraan past menjadi penyejuk buat diri kita di akhiratNya nanti.
(8) Kermiskinan, kepayahan dan kesengsaraan rakyat adalah ukjian keImanan buat kita, jika kita berfikir dan mengerti akan kenapa lahir dan dewasanya kita dibumi seperti ini!
Kuching, Sarawak
8 April, 2010
2 comments:
saya setuju dan akan sentiasa menyokong saudara yang sentiasa perihatin akan keperitan dan kesusahan orang lain.saya akan selalu berdoa agar Allah memberikan anugerah kesihatan yang baik serta kekuatan mental dan iman kepada saudara untuk terus berjuang.Semoga Allah akan membalas segala kebaikan itu dengan ketenangan jiwa dan kebahagian dunia dan akhirat..amin
Terimakasih saudara Abdullah kerana mengilhamkan pembinaan jalan ke kpg terpencil ini..dua minggu lepas kami bersama rakan ada pergi ke sini, jalan sudah mula ditar dengan rancaknya...terbuka luas pintu rezeki mereka..moga2 Allah membalas segala jasa dan niat baik saudara...
Post a Comment