Komoditi pertanian Malaysia kebanyakan adalah diperkenalkan ke Negara ini dari segala pelusuk Tropika asing. Padi umpamanya telah diperkenalkan ke Nuashnjtara oleh kaum Chmapa Di Annam (Selatan Vietnam) pada kurun ke tujuh. Koko telah dibawa masuk pada 1778 dan di tanam di Melaka. Henry Nicholas Ridley adalah seorang Inggeris yang telah bermestautin di Singapura dan membangunkan Botanical Garden Singapura pula sangat terkenal sebagai seorang botanis yang sangat gigih dalam mengembangkan tanaman getah di Tanah Melayu. Getah mula diperkenalkan sebagai tanaman komoditi sejak 1817 di Kuala Kangsar, Perak. Sebegitu juga prihalnya kelapa sawit yang telah diperkenalkan di Malaya pada 1870an dengan pembukaan ladang sawit pertama di Tennamaran pada 1917. Kopi pula mula berkembang luas akibat kemasukan para pendatang Cina pada 1898.
(2) Sagu bukanlah tanaman asli negara. Ianya dijangka diperkenalkan dari kepulauan Maluku, Indonesia. Namun, melihat kepada perluasan kawasan sagu dunia, saya menjangka Maluku bukanlah asalan sagu. Pembacaan saya, Maluku di kurun ke 13 banyak berdagang ke China dan pelaut Bugis gemar ke PNG untuk menangkap burung cenderawasih yang mahal harganya. Saya kira mereka adalah penebar sagu ke seluruh nusantara dari PNG atau Papua. Saya berkeyakinan Papua (Indonesia dan Papua New Guinea (PNG)) adalah wilayah asalan sagu. Saya tidak menafikan, kemungkinan spesis-spesis tertentu sagu ada tersebar di pelbagai kepulauan di Indonesia lalu melata ke seluruh Asia Tengara khasnya ke Malaysia, Borneo dan bahkan Selatan Thailand. Di Sarawak, perdagangan sagu telah bermula sejak di kurun ke 18 lewat Singapura.
(3) Pada 2008, saya ke pulau Bougeinveille, Papua New Guinea dan alhamdullilah seperti Ridley telah dapat membawa keluar 20 biji sago spesis endemik dari sana. Sagu Bougeinville cukup berbeza dari semua spesis sagu lain lantaran sebarannya adalah lewat biji dan bukan sulur : sexual regenaration atau or propagation. Di Kampung saya ada menanam dua pohon dan kini sudah matang penuh ie berbunga dan berbuah. Melihat kepada rimbunnya buahnya, saya yakin dapat membibitkan tidak kurang dari 200-300 anak benih sagu spp ini dalam 6-8 bulan lagi. Kemampuan sagu ini untuk berbunga lalu menghasilkan buah adalah di luar dari jangkaan saya. Saya perhatikan sejak 2003 sagu telah tidak mengeluarkan buah di seluruh Sarawak. Sebabnya saya tidak pasti. Sebetulnya pada sekitar Feb., 2021 saya ingin menebang sagu ini. Namun usaha tersebut tertangguh kerana saya khuatir angin deras boleh menyebabkan ia rebah menghempap rumah saya yang sangat berdekatan. Paling memeranjatkan saya sekitar April, 2022 saya dapati bunga-bunga bertaburan luruh di perdunya. Maka niat saya tangguhkan dan pada April, 2023 puitik-putik buah mula luruh. Maksudnya, dari bunga florecence ke buah, sagu ini memerlukan kira-kira 18 bulan baru dapat menghasilan bibit buah matang, In Shaa Allah.
(4) Dalam keadaan cuaca seperti 2022, hujan dan panas yang teratur, pada tahun ini pohon membolehkan pohon sagu kedua berkenaan mulai berbunga sejak March lepas. In Shaa Allah pada Sept., 2024 maka buah-buah matang akan dapat diperolehi. Kuasa Allah, angin menjadi sebab kepada luruhnya kebangan sagu ini. Jika tidak, pasti dahan bunga akan patah tidak mampu menampung berat bunga dan putik-putik buah. Sebegitu juga pada buah yang kian membesar, burung-burung pilin akan berkerumun saban sore untu hinggap mengoyang-yoyangkan dahan buah menyebabkan sebahagian akan berguguran. Mekanisma alam, Allah sengaja menjadikan segala-gala ada makna dan gunanya agar alam adalah lestari.
(5) In Shaa Allah saya akan menyediakan kawasan seluas lima ekar bagi terus membiakkan sagu spp ini. In Shaa Allah akan saya namakan sagu ini sebagai Sagu Sadong kerana sebahagian bibit akan saya tanam di sepanjang tambak tebatan banjir bund Batang Sadong pada jalan menuju ke tanah lima ekar yang saya sediakan nanti. Saya yakin, sagu boleh merevolusi perusahaan ternakan di negara ini. Secara pribadi saya telah melakukan ini sejak 2019 bagi ternakan ayam, itik, kambing dan rusa. Saya berkira adunan bersama fermentation rumput napier boleh menjadi palet yang sangat baik. Inilah apa yang sedang saya fikirkan dengan sisa-sisa pisang, nenas dan bahkan segala macam adunan rumput kekacang lainnya. Saya sedang memikirkan bagaimana kekacang akan menjadi usaha saya untuk mengurus hal rumput di kebunan lalu kemudian menjadi palet ternakan. In Shaa Allah.
Terasi, Sadong Jaya
30 June, 2023
0 comments:
Post a Comment