Adam tercipta terdahulu. Dia tercipta di Syurga, alam penuh lengkap dengan segala kenikmatan. Cuma, mungkin dalam melilau ke serata tempat, dia cuma tiada berteman serupa dirinya. Kemudian, ceritanya, Adam memohon kepada Allah agar dia juga harus ada pasangan seperti yang lain-lain. Lantas Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri Adam. Ini pernyataan Al Quran. Maksud sebenarnya, apa ya, saya tidak pasti? Apakah ianya bermaksud Allah mencabut salah satu dari tulang rusuk Adam lalu darinya terbitlah Hawa. Atau Allah membuat clonning dari tisu rusuk Adam lalu menjadi Hawa? Cuma jika dilihat dari pernyataan ini: "The Adam and
Eve story has led some people to believe that men have one fewer rib
than women. This isn't true. The vast majority of people have 12 sets, or 24 ribs, no matter their sex. People born with certain conditions may have too many or too few ribs" maka jelas, manusia mempunyai tulang rusuk yang sama bilangannya tanpa mengira lelaki atau perempuan. Kelainan adalah akibat hal-hal kesihatan dsb.
(2) Pada mulanya, saya menjangka benar seperti sering diperkatakan bahawa lelaki punya bilangan tulang rusuk yang tidak seimbang. Berdasarkan petikan di atas, ternyata saya salah. Tulang rusuk manusia tetap seimbang, tiada kurangnya. Maka apa sebenarnya maksud Al Quran bahawa perempuan terutama pasangan hidup lelaki, dia adalah pelengkap tulang rusuknya. Idea tulisan asal saya perlu saya ubah. Maka kini saya terfikir bahawa hikmah kejadian ini antara lain adalah: (a) Bahawa Allah telah memulakan cloning atau tissue culture. Hawa mungkin tercipta hasil pengklonan tisu Adam AS. Proses ini saya kira Allah lakukan untuk kali keduanya dalam penciptaan Isa AS. Isa tanpa bapa. Mariam mengandung Isa tanpa sek. Jadi bagaimana? Saya kira, di rahim Mariam, Allah jadikan ianya test tube untuk membuat in vivo fusion antara ovam Mariam dan tisu uterusnya. Cuma mungkin minat umat Islam kini yang terlalu rendah terhadap pemikiran saitifik, maka kita tidak dapat mengarap sepenuhnya kenapa proses sebegini Allah adakan; (b) Al Quran menyatakan bahawa perempuan terjadi dari tulang rusuk lelaki, dan itu adalah benar, maka jika hipotesis saya yang terdahulu adalah benar, maka ini adalah gambaran betapa pernikahan adalah suatu proses seperti tissue transplanting atau cedungan. Dalam tissue transplanting, sebarang tisu yang tidak cocok antara penerima dan penderma, maka proses transplanting itu akan gagal.
(3) Dari sini saya kira, Allah memberikan gambaran saikologi dan saintifik tentang sebuah pernikahan melalui proses penciptaan Hawa dan Isa AS. Dengan ini juga, tanpa manusia sedar, maka Allah juga memberikan gambaran betapa kecurangan malah zina adalah an incompetible tissue transplanting proces. Sebabnya mudah - cuba ingat-ingat jenis darah yang kita ada, dan lihat pada carta sisipan di sebelah, pastinya pelbagai, maka dari sudut darah yang tidak compatible, bila curang dan atau zina berlaku, mudaharat kesihatan kepada pasangan juga hasil darinya akan banyak. Carta sisipan menunjukkan betapa protein darah (dan itu baru darah) dan belum lengkap semuanya, sangat pelbagai. Jika protein penderma dan penerima tidak serasi, akibatnya boleh parah. Sesungguhynya, persetubuhan sehingga menerbitkan pancutan sperma, itu adalah juga sebuagh proses transplanting. Jika kita membaca lebih lanjut, akan kita temui betapa micro-biology climate faraj sangat berbeza-beza pada golongan wanita. Kerana itu, jika berlaku persetubuhan haram antara wanita dan lelaki, jika mereka tidak serasi secara biologi samada secara makro atau mikro, itu lama kelamaan akan membawa musibah. Cuba fikirkan secara mendalam prihal munculnya HIV dan segala penuyakit kelamin lain, apakah puncanya. Tidakkah lantaran persetubuhan haram yang berbilang.
(4) Kenapa Allah mengadakan mekanisma ketak serasian biologi sebegini, saya yakin inilah cara Allah hendak membina kerentanan perlalian manuisa, pembaikan genetik serta mekanisma untuk Dia mengawal segala-gala. Itulah kebijaksanaan Allah dalam mewujudkan Natural Law of Justice untuk mengawal segala-gala.
(5) Hikmah kedua yang saya nyatakan adalah sebab kenapa pernikahan adalah wajib. Perkahwinan boleh berlaku tanpa penikahan. Namun pernikahan adalah sebuah perintah ibadah dan perkahwinan boleh berupa sebuah larangan. Maka sesiapa yang berkahwin hanya selepas menikah, maka harga dirinya pasti paling TOP. Sesiapa berkahwin sebelum menikah, apakah dia ada bezanya dengan seorang pelacur? Saya kira jauh lebih murah nilainya sebab perkahwinan dalam pelacuran tetap ada maharnya, dan mahar pelacuran tidak murah dan sukar ditawar, sedang suka-suka kahwin sebelum menikah, ada apa, just a free cheap fuck man! Menikah memerlukan pertemuan jodoh, Allah mengatur jodoh pada batas keserasian. Keserasian yang telah saya nyatakan adalah lebih kepada keserasian biologi. Penikahan bersebab jodoh, dan jodoh bersebab keserasian biologi utamanya - pondan boleh kahwin lelaki, tidak menikahi, juga bapok- boleh kahwin bapok lainnya, tidak menikahinya. Pernikahan hanyalah antara lelaki perempuan yang serasi ciri-ciri biologinya. Kedua penikahan adalah atas keserasian perjalanan dan tujuan hidupnya. Khasnya bagi lelaki, hidupnya bukan hanya untuk dirinya. Hidupnya seperti Al Quran tegaskan adalah untuk menjadi khalifah. Paling rendah taraf khalifahnya adalah menjadi pemimpin kepada dirinya, kemudian keluarga, lalu kaum, bangsa dan tertinggi adalah untuk ummah seluruhnya. Muhammad SAW adalah khalifah untuk dirinya, kemudian kepada keluarganya, lalu suku, kaum, bangsa dan akhirnya ummah sejagat. Pada SAW, Allah jelas dan pertontonkan pribadi dan tujuan hidup yang dinamakan lelaki.
(6) Apakah peranan perempuan dalam hidup SAW? Aminah, ibunya, melahir dan mendidik dia semasa anak-anaknya. Allah mematikan Aminah sebegitu awal seolah-olah Muhammad harus bukan menjadi "the mother son". Kemudian alam menjadi orang tua Muhammad semasa remajanya. Bukan bapanya Abdullah yang diriwayat sebagai lelaki sopan dan soft too nice. Muhammad Allah berikan Alam yang cukup keras sebagai ayahnya. Allah mendidik Muhammad untuk memiliki pribadi uiniversal pada alam. Kemudian, di saat getir, Allah memberikan Muhammad Khadijah. Apa tugas dan peranan Khadijah. Khadijah tidak berada ke depan dari Muhammad. Dia hanyalah pendokong. Khadijah tahu betapa besar dan sulitnya tugas SAW, dia sabar bersama SAW. Khadijah memberikan rasa damai kepada kegetiran Muhammad. Cuba di masa kini, jika sang suami sedang bergelut dengan segala macam masaalah, bukan masalah pribadi tetapi masalah berkait masa depan keluarga, masyarakat dan bahkan Negara, agak-agak berapa ramai para isteri yang sanggup sama susah dan bertahan mendamaikan sang suami. Saya yakin tidak ramai. Jika difikir dan dikaji secara mendalam, sesungguhnya penikahan itu kekal berpanjangan jika pasangan adalah serasi dalam perjalanan tujuan dan perjuangan hidupnya. Ambil dua contoh mudah - Mahathir dan Siti Hasmah. Mahathir hidup untuk Negara, Siti Hasmah percaya akan perjuangan Mahathir, dan dia sanggup bersama menghayati cabaran dan getir yang Mahathir hadapi lalu sentiasa mendamaikan Mahathir. Mahathir bukanlah manusia romantik sehingga Siti Hasmah manut hebat kepadanya. Sebaliknya, lihat pada Elon Musk, sudah berapa kali mengalami kegagalan rumah tangga dan percintaan. Pastinya jauh lebih banyak dari Mahathir, kenapa?
(7) Kini saya yakin, keserasian biologi dan sosial adalah penentu jodoh dan pengekalan jodoh. Jika salah satunya tempang dan atau susut, jodoh mungkin ada tetapi kekal mungkin tidak. Namun menikah, bagi seorang lelaki tujuan utama adalah kelangsungan dan pengembangan zuriat. Tugas khalifah seseorang suami, bukan sekadar memimpin tetapi meneruskan kelangsungan kepemimimpinnan ie memberikan SAW umat yang melimpah-limpah. Suami membuka jalan luas ke Syurga terbaik. Maka bersyukurlah para isteri yang bergelar ibu apa lagi isteri yang terus suami hargai biar tanpa zuriat.
Kuching, Sarawak
18 Julai - 15 Ogos, 2023
0 comments:
Post a Comment