Carta sisipan menunjukkan pergerakan nilai Ringgit bermula dari 1 Januari 2019 sehingga ke 11 Ogos 2023 iaitu sehari sebelum PRN 6 negeri di Malaya. Pada 14 Ogos 2023, Ringgit jatuh ke RM 4.61 berbanding RM4.58 pada 11 Ogos 2023. Carta tersebut jelas menunjukkan tiga Fasa pergerakan Ringgit. Fasa 2019-2020 secara purata adalah agak stabil dan mengukuh. Pada Fasa 2021-2022 di mana berlaku "pertukaran pemerintahan secara tidak bermaruah' menunjukkan penurunan berterusan Ringgit. Kemudian bermula Nov 25 2022 sehingga kini, pergerakan Ringgit sangat berkocak serta sangat menurun.
(2) Apakah kesan 6 PRN pada 12 Ogos 2023 akan terus menghantui nilai Ringgit? Dalam 6 PRN lepas, jelas bahawa dokongan masyarakat Melayu kepada Kerajaan Pusat digambarkan sebagai kian menyusut. Keadaan ini dijangka akan menjadikan kewibawaan Kerajaan Pusat akan terjejas. Apakah ini benar?
(3) Saya tumpu dulu kenapa Nilai Ringgit menjadi begitu penting dalam perbioncangan saya kali ini. Soalan kedua, saya akan huraikan di akhir tulisan ini. Nilai Ringgit menjadi sebegitu penting lantaran buat saya ianya adalah proxy kepada FDI Negara. Jika Nilai Ringgit mantap atau mengukuh ie secara grafik harus menurun, maka Pelaburan Asing FDI kita samada tumbuh mantap atau mengukuh iaitu meningkat. Namun seperti tulisan saya pada 1/12/22 Anwar PMX, Mahathir ketakutan ... saya nyatakan bahawa pertumbuhan FDI bukan asas kepada pengukuhan nilai Ringgit, tetapi kualiti FDI adalah yang sangat penting. Kualiti FDI saya lebih menekankan kepada keakraban kita terhadap FDI dari sekutu Barat khasnya USA.
(4) Pada zaman Najib menjadi PM, FDI kita sangat baik, namun FDI tersebut banyak datang dari China. Akibatnya, jika kita teliti betul-betul biarpun FDI dari China berkembang, namun pelaburan dari Barat yang telah wujud di negara ini kian kabur ie mengundur diri. Ini kemudiannnya memberikan kesan negatif terhadap pasaran saham KLSE kita. Kita seperti mengalami FDI Zero Sum Game pada masa tersebut. Kenapa sebegitu? Saya berkira, persoalannya bukanlah teralu ke arah rasuah berleluasa di negara ini pada masa tersebut. Ianya lebih kepada masalah perang dagangan antara USA dan China. USA pasti tidak bersahabat dengan mana-mana negara yang mendokong China biar secara langsung atau tidak. Malaysia di zaman Najib cukup condong kepada pelaburan China biar dalam bentuk apapun pada masa itu termasuk "pinjaman = FDI" mengikut tafsiran Najib yang Mahathir cukup kritik. Saya yakin atas kecenderungan Najib terhadap China maka kasus IMDB terbongkar di Washington. Jika tidak, pasti "You scratch my back, I scratch yours" akan berlaku. Soal rasuah bukanlah perkara pokok dalam pertimbangan dokongan USA; yang penting buat mereka "berapa manut tunduknya kita kepada kepentingan mereka". Marcos bahkan Shah Iran sangat rasuah, namun USA tetap mendokong mereka dan nilai matawang mereka agak tinggi dan mantap. Bila mana regim Khomeni Iran sangat menentang USA, lihat apa jadi dengan matawang Iran berbanding semasa Shah Iran; ranap. Sadam, Ghadafi dan Asad yang cukup menentang USA, maka mereka semua diranap dibunuh kejam. Malaysia bermula dari 1997 bilamana Mahathir menjalankan dasar-dasar pelaburan yang agak memencilkan Barat, maka dari situlah titik serangan ke atas Ringgit bermula.
(5) Najib mengikut Mahathir adalah seorang yang punya wibawa yang dia kagumi dan harapkan. Saya juga bertanggapan bahawa Najib boleh menjadi negarawan yang baik dan mungkin jauh lebih hebat dari Razak dan Mahathir. Melihat kepada perkembangan dunia pada masa kini, saya berkira wawasan Najib terlalu menjangkau zaman. Saya yakin, Najib lebih bersahabat dengan China mungkin pada andaiannya bahawa China-Russia-India akan mendominasi ekonomi dunia dalam 2030. Bahkan Afrika juga dengan kuasa kewangan China sedang mengorak langkah untuk mendaulatkan diri mereka. Brazil di Latin Amerika pasti tidak berdiam diri dalam usaha menempatkan dirinya di persada arena ekonomi global. Pendeknya, saya berkira Najib terlalu yakin tentang susutan deras dominasi ekonomi global Barat maka perhatian beliau menjadi lebih condong ke Timur (dan utara). Dalam budaya Melayu, Najib terlalu cepat dalam membuka langkah silat sebelum kehangatan bunga-bunga silat rakyat hayati sepenuhnya. Najib berlunjur dulu sebelum duduk.
(5) Pada tulisan 1/12/2022 Anwar PMX, Mahathir ketakutan ... saya ada menyentuh, betapa Anwar akan berada dalam dilema dalam dasar-dasar dan strategi pemulihan dan pembangunan ekonomi negara. Saya nyatakan bahawa Anwar akan tersepit antara ingin mengikut jejak Bank Dunia WB, pembiyaan Pinjaman China atau harus memilih jalan Islam. Pada 9 Ogos 2023 sebagai salah satu gegaran kempen 6 PRN Malaya, Rafizi MoE telah membentangkan Model Baru Pembangunan Ekonomi Malaysia. Model tersebut nampak baik, namun jelas mendekati ciri-ciri dan kehendak WB. Langkah ini saya kira sebagai suatu strategi penting untuk Anwar mendapatkan biayaan WB jika perlu. Saya yakin, dalam Belanjawan mendatang Anwar akan perlu lebih banyak meminjam. Sumber pinjaman Malaysia saya yakin harus condong kepada WB rakan akrab USA. Jika tidak Ringgit pasti akan terus melemah, dan pelaburan FDI Barat juga akan jauh sangat menyusut.
(6) Berdasarkan pengalaman saya dengan projek-projek tajaan ADB yang berupa anak kepada WB berbanding kepada ciri-ciri pembiayaan China, pastilah pembiyaan WB jauh lebih baik. Cuma biar WB dan atau China, kepentingan mereka jauh lebih diutamakan. Cuma WB mempunyai sistem pengawasan ketirisan yang jauh lebih baik berbanding dengan China.
(7) Walau apapun, saya melihat FDI Barat masih penting buat Malaysia untuk sekurang-kurang 5-10 tahun mendatang. Jika kita lihat kepada struktur rakan dagang Malaysia seperti ditunjukkan oleh carta sisipan di atas, jelas Barat secara collective merupakan rakan dagang kedua kita. China hanya menduduki separuh dari nilai dagang kita ke Barat. Namun saya yakin dengan pergolakan dagangan antarabangsa, serta In Shaa Allah dengan kestabilan politik ASEAN, maka dalam 10 - 15 tahun lagi, struktur daganan kita harus saja beralih ke blok ASEAN, Timur-Utara, bahkan Afrika dan Latin Amerika. Peranan Barat saya kira akan menyusut hebat dalam 10 tahun mendatang. Namun itu semua tergantung kepada wawasan dan usaha kita dalam membina kekuatan baru dan memperkukuhkan kekuatan yang ada berasaskan kedudukan geo-strategik Malaysia - rantau pulau-pulau dan tanah besar.
(8) Pendeknya, bagi tempoh 5-10 tahun mendatang, Ringgit mest benar-benar stabil. Untuk menjaga kestabilan Ringgit, FDI kita mesti bergerak ke arah struktur yang boleh menjamin kemantapan Ringgit. Keseimbangan antara FDI Barat, Blok Timur-Utara dan malah doimestik harus pada rumusan yang betul. Saikologinya, biarlah kita menjadi anak kesayangan dunia.
(9) Dari sudut kewangan pula, Malaysia yang sudah sangat ke depan dalam bidang Kewangan Islam, seharusnya kita terus perbaiki dan lebih perhebatkan kemahiran dan performance kita di bidang tersebut. .... bersambung In Shaa Allah
0 comments:
Post a Comment