namun, kita seperti sebermula sebelum penciptaan kita,
kita telah malaikat duga bahawa kita pasti saling mencelakakan,
maka beda
memisahkan kita,
membedakan mungkin Neraka atau Syurganya kita,
pada jasad,
pada fikir dan
pada jiwanya kamu;
lahirnya kamu,
pada kanak-kanakmu,
lalu mendewasanya kamu penuh timangan
kapanpun penghargaan kamu hambati
tanpa pujaan kamu seolah-olah sepi seperti mahu mati
aku di sini pada semengertinya aku
terlahir dengan seribu payah
pada kanak-kanak aku merangkak sendiri
dewasaku tetap hanya aku
biarpun kamu hadir dalam hidupku aku kekal hanya satu
biar payah dan duka yang erat memberkasku
kepingin aku hamburkan sejahtera kepada semua
namun kamu hanya mahu aku untuk kamu
lantaran Islam mengatakan ikutlah jalannya Allah:
Dia kesendiri
Dia penuh kreatif
Dia penuh peka
Dia penuh berkuasa
Dia merahmati segala
aku hanya kepingin menjejaki Dia
pada kadarku yang Dia telah tetapkan
pergiku juga biar hanya kekal sendiri
biarlah aku milikNya sepenuhnya
terima kasih kerana lebih meyakinkanku
sendiri itu terlalu indah
dan aku akan lebih berharga
In Shaa Allah
Pasar Minggu Simunjan
10 Sept., 2023
0 comments:
Post a Comment