Sebelum saya membicarakan intipati tajuk tulisan ini, terlebih dahulu kita lihat faktor-faktor penting yang boleh mempengaruhi secara jelas akan masalah ekonomi yang Negara ini sedang hadapi. Kedua-dua ini saling berkait dan pastinya ianya memerlukan perhatian berat.
(2) Pertama senario politik dunia. Politik dunia sedang bergolak secara tidak nyata. Barat, khasnya Blok Amerika-Eropah atas kepentingan ekonomi dan perdagangan ingin mengekalkan kolonialisma mereka. Lantaran mereka telah dominen sejak sebegitu lama, serta sudah serasi dengan status Big Fellows, maka sukar untuk mereka menerima hakikat bahawa negara-negara bekas jajahan sedang bergerak cergas untuk memajukan diri mereka masing-masing. Barat mempunyai tiga kelebihan untuk terus menguasai dan mempermainkan dunia termasuk China dan Russia. Pertama Barat ada kuasa Dolar Amerika. Apapun di dunia ini disandarkan kepada Dollar Amerika. Dollar Amerika menguasai Pasaran Saham Dunia. Kedua adalah teknologi. Barat tetap menguasai keunggulan teknologi dunia. Biar Jepun dan Korea yang menjadi sekutu hebat Barat, mereka masih corot dalam kepelgaian dan kedalaman kepakaran teknologi. Taiwan, pecahan China terus ingin bersama Barat. Taiwan adalah pengeluar chip ie perisian komputer trebaik di dunia pada masa ini. Kedua-dua Barat dan non-Barat perlukan Chip Taiwan untuk segala peralatan elektronik dan digital mereka. China dan Russia biar telah mengorak langkah hebat, namun mereka kekal di belakang Barat. Pasaran bagi teknologi Barat tetap terus meluas. Ketiga kuasa ketenteraan. Gandingan seluruh kuasa tentera Barat, pasti meninggalkan gandingan Non-Barat jauh ke belakang.
(3) Satu faktor lain yang sangat sukar untuk mana-mana negara dapat atasi secara bersendirian adalah perubahan cuaca samada dari segi mikro dan makro. Perindustrian di Barat dan kini menyusul hebat di China dan India akan lebih memburukkkan keadaan. Di negara-negara asas pertanian, sumbangan mereka dalam merobah burukkan keadaan cuaca juga adalah sangat besar khasnya di negara-negara kurang maju. Perubahan cuaca mengakibatkan masalah keselamatan makanan serta segala musibah bencanya alam yang sangat mahal harganya.
(4) Perkembangan di China, Afrika dan dunia Arab terutama di Saudi, Iran dan Aghanistan yang merupakan negara-negara gurun pasti sedikit melegakan. Saya berpandangan biar ais meluluh di khutub dan paras air dunia melipah tinggi, namun atas kuasa Allah serta rahmat doa Ibrahim AS, saya yakin bukan hanya Mekah tetapi seluruh gurun di serata dunia akan secara sistematik dihijaukan subur kembali. Ketangkasan penghijauan segala gurun, In Shaa Allah akan mengembalikan cuaca dunia ke titik asalnya. Sekali lagi teknologi amat penting dalam melestari cuaca dan akhirnya makanan dunia. Iraq-Parsi malah Mesir, saya yakin pasti masih segar dengan teknologi bilamana Euphrates dan Nile sekitar 3,000 - 5,000 tahun dahulu adalah lembah makanan dunia.
(5) Maka untuk tempoh 5-10 tahun mendatang, Barat pasti masih terus unggul. Biar 10 tahun kemudian, Barat tidak akan kekal seperti pada hari ini. Mereka akan terus meneroka bidang baru, maka kekuatan mereka juga akan terus membaharu. Di blok Non-Barat, apa yang terjadi 5-20 tahun mendatang, saya yakin akan terus membuntuti Barat. Kecemerlangan sememangnya akan juga terjadi di blok Non-Barat, namun faktor hagemoni Barat yang tidak pernah terhenti pasti membantut usaha-usaha Non- Barat untuk dapat memecut ke depan. China yang akan menghambat untuk menjadi gergasi ekonomi dunia, sememangnya kini sedang mengorak langkah meluas. China seperti dilapurkan kini mempunyai U$D30 T simpanan dalam bentuk Dollar USA pasti tidak akan membiarkan simpanan itu berkulat di bank-bank mereka kerana itu pasti boleh mengundang padah jika USA bermain dengan nilai U$D. Makanya, kini China sedang berusaha keras untuk melabur malah meminjamkan wang U$D mereka ke seluruh dunia sehingga ke Blok Barat sekalipun. BRICS sedang China-Russia percaturkan bagi mengekakng manipulasi hebat Dolar Amerika, cuma di dalam BRICS tetap ada sekutu hebat Barat. Maka masa depan BRICS juga belum pasti.
(6) Maka bagi tempoh 5-10 tahun mendatang ini, Negara perlu mempunyai dasar dan strtategi mapan untuk bergerak seiring perkembangan dunia. Kita tidak boleh salah percaturan untuk samada condong ke Barat dana atu ke Non-Barat. Dasar Luar Negara kita harus dirumus dan diambil tindkan secara cermat.
(7) Masalah ekonomi negara yang paling parah bukanlah kerana kita berhutang sehingga ke RM1.50T. Hutang tinggi bukan isu jika ekonomi kita terus makmur. Yang menjadi masalah adalah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi kita tidak sejajar dengan keperluan rakyat. Rakyat memelukan Pendapatan Tinggi agar setanding dengan keperluan hidup terkini mereka. Namun ekonomi kita masih menghasilan Pendapatan Kurang Merata dan Rendah serta Perbelanjaan Negara masih di tahap kurang produktif. Lihat geraf di samping, Purata Pendapatan kita sememangnya terus meningkat, namun peningkatan ini tidak bermakna dengan kenaikan mendadak persaraan hidup. Gini coefficient kita yang masih tinggi sangat mengambarkan ketakseimbangan pendapatan di kalangan rakyat. Kita masih dihantui oleh struktur pendapatan di mana rakyat bawahan masih menerima pendapatan yang rendah. Dasar Gaji Minimum tidak membantu rakyat sebetulnya. Dasar gaji minimum belum melepaskan rakyat dari bebanan hidup tetapi menjadikan para peniaga dan pengusaha bermaharajalela. Cost rumah, pengangkutan, makanan, perubatan dan pendidikan rakyat semakin melambung. Lain-lain keperluan hidup seperti pakaian, perhubungan malah riadah juga terus meningkat. Segala peningkatan ini tidak sewajar peningkatan pendapatan rakyat. Maka masalah utama ekonomi Negara adalah bagaimanakan Kerajaan harus bertindak bagi mengatasi bebanan hidup rakyat atau dalam erti kata lain, bagaimanakah caranya agar kuasa beli rakyat mengukuh.
(8) Pengukuhan kuasa beli rakyat adalah lebih penting dari kenaikan gaji dan atau kemantapan inflasi. Kuasa beli akan menentukan kerancakanan ekonomi domestik dan itu akhirnya boleh menjana kepelbagaian asas pendapatan rakyat. Pada masa ini, saya yakin, kepelbagaian asas pendapatan rakyat sedang menguncup dan sangat terhad. Ekoniomi domestik kita saya yakin sedang menguncup regressing. Negara harus berani berusaha membedah di mana kepincangan struktur serta juga inti kepada asas-asas ekonomi kita atau secara lebih tepat pekerjaan rakyat kita. Apakah tidak mungkin struktur dan intipati ekonomi kita sedang memerangkap rakyat kita ke tahap regressive productivity ie membazir masa, tenaga dan sumber tanpa penghasilan tinggi.
(9) SME dan FDI merupakan dua asas ekonomi yang telah berjaya membawa Negara ke kelompok Negara Berpendapatan Sederhana bermula dari 1980an. Malapetaka Krisis Kewangan 1997 serta rentetan masalah ekonomi dunia selepas itu serta dihujani dengan Pandemik Covuid19 pada 2020-2022 telah merobah segala-gala. Selama ini SME dan FDI kita sangat bergantung kepada boroh asing. Lantaran perubahan senario serantau, pasaran boroh berubah menjadikan Negara ini sudah tidak menarik untuk FDI. SME kita juga tidak berubah secara mendadak. Kita leka dalam comfort zone. Dasar SME kita saya kira masih mengekalkan perkara-perkara lapuk. Tiada anjakan paradigma nyata. FDI pula lebih kepada menumpang temporary competitive advantages yang kita tawarkan. Ini mengakibatkat FDI dan SME tidak menjadi asas kepada pejanaan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Inilah salah satu perangkap myang menjerat rakyat kepada peluang pekerjaan yang bercirikan regressive purchasing power. Gaji tetap naik, namun kuasa beli terus menurun.
(10) Dari segi FDI kita mungkin ingin beralih dari Barat ke China. Apakah itu wajar dan berapa cepat kita hendak berubah. China mungkin kelihatan seperti akan bangkit cepat. Namun, apakah China dapat membebaskan dirinya dengan pantas dari pengaruh Barat khasnya Dollar. Saya tidak yakin sehingga China benar-benar dapat mengembelingkan seluruh Dunia ke tiga. Itu masih terlalu sukar. Lihat apa yang sedang berlaku di Afrika dan latin Amerika. Dari peta taburan Gini di samping, jelas Afrika dan Amerika Latin masih jauh miskin serta mempunyai kadar ketakseimbangan pendapatan rakyat yang sangat tinggi. Dalam kemiskinan, mereka dengan mudah Barat kotak-katikan khasnya di kalangan pimpinan negara-negara ini. Dunia Arab dan Asia Tengah juga sukar untuk disatukan sepenuhnya. Maka selagi China (dan Russia) belum dapat menemukan jalan untuk menyatukan dunia ke tiga, adalah masih jauh untuk Barat dipecahkan dominasi kuasa ekonomi mereka. Makanya, FDI Malaysia harus mengadunkan keseimbangan kepentingan Barat dan China (atau Blok Non-Barat). Paling mencurigakan saya, FDI China adalah alat untuk mereka mempertahankan nilai U$D dalam simpanan mereka. Mereka tidak sebenar-benarnya ingin memakmurkan negara di mana mereka membuat pelaburan. Maka adalah wajar untuk Negara ini melihat pelaburan China dari sudut strategi jangka panjang dalam membangunkan kekuatan sumber dan geo-strategik negara.
(11) Walau apapun Malaysia pada hakikatnya cukup kaya dengan pengalaman sendiri. Kita tidak mengikuti Model Ekonomi Barat. Pada zaman Tun Razak, kita membina kekuatan ekonomi berteraskan pertanian eksport dan penyediaan infrastruktur asas. Di sektor pemmbuatan, eksport kita didominasi oleh sektor elektronik dan elektrik. Kita mengambil kesempatan membina dan menguna massa boroh murahan pada masa tersebut. Mahathir pula merobah kepada industri tujuan eksport serta meningkatkan kecekapan dan rangkaian infrastruktur negara. Di sektor industri, Mahathir mula mengasak agar industri kita adalah bersifat tempatan. Dia berusaha keras untuk mengambilalih industri-industri FDI asing agar dimiliki oleh rakyat negara ini. Kita mula merobah kepada technology-based production. Kita beralih dari industri eksport FDI kepada industri eksport oleh swasta tempatan.
(12) Mahathir juga dan seterusnya di masa Najib Razak, asas ekonomi negara terus berubah ke sektor bukan pembuatan. Malaysia mulai terkenal di sektor Pendidikan Tinggi, Perubatan, Perlancungan malah Perbankan Islam. Perkembangan sektor ini telah merobah struktur ekonomi Malaysia dengan sangat berkesan terutama pada 1990an dan awal 2000an. Hakikatnya Najib hampir-hampir berjaya meletakkan asas ekonomi berpendapatan tinggi buat rakyat di negara ini. Asas ekonomi Islam muali kita terokai dengan baik - Perbankan, Perdagangan, Pendidikan, Perlancungan dan malah pembnuatan. Inilah niche economy jika kita kekal nekad dan cergas, maka kita adalah World Leader and Benchmark. Namun kemelut nafsu kuasa dan kegelinciran rakyat yang turut mabuk dedak membawa Negara ke kancah kewangan yang memburuk sehingga kini.
(13) Melihat kepada senario politik dan perdagangan dunia, serta struktur dan inti pati ekonomi domestik kita, ditokok dengan sifat dependent rakyat kepada dedak dan akhirnya gaya pentadbiran Anwar yang condong kepada berpolitik persepsi, saya mempunyai pandangan samar bahawa Anwar akan mampu setidak-tidak menstabilkan kuasa beli rakyat dan politik negara. Saya nampak Anwar hanya mampu memberikan harapan namun terus menyimpang dari hakiki sebenar keperluan rakyat dan negara. Setahun kian terlepas, saya yakin sukar untuknya menunaikan harapan yang dihamburkan dalam 12-24 bulan lagi. Anwar lacking the ability untuk menganalisa permasalahan negara secara jitu dan menyeluruh.
(14) Anwar hanya gemar menyalak bahawa masalah negara adalah rasuah. Jika Anwar tidak rasuah, maka rasuah bukan masalahnya sekarang. Rasuah adalah masalah lalu. Masalah lalu bukanlah masalah sekarang. Masalah sekarang adalah soal sekarang. Inilah yang Anwar tidak perakui. Anwar hanya gemar menjadikan masalah lalu sebagai wayang menutupi kelemahan kini.
Kuching, Sarawak
17-25 Okt., 2023
0 comments:
Post a Comment