Filem Tarzan lakunan Bo Derek (1981), mungkin banyak yang masih ingat. Mengimbas kembali filem tersebut dan melihat kepada dilema sawit di kalangan Kesatuan Eropah (EU) dan Malaysia (juga Indonesia dan Columbia), mengilhamkan saya untuk menulis tulisan ini. Bo Derek seorang artis yang cukup mengiorkan. Chimpazee, the Ape teman tarzan dalam filem tersebut juga haiwan yang cukup lucu serta genius. Saya perakui bahawa, isu yang menyelubungi sawit di EU bukan sepenuhnya terkait soal Urang Utan (UU) dan alam sekitar tetapi lebih kepada soal perang dagang sawit dan minyak masak keluaran EU dan sekutu-sekutunya. Namun saya memilih tajuk tulisan seperti saya terterakan di atas, adalah untuk mencari jalan keluar creative bagi menafaatkan sawit dan UU.
(2) Cuba renung sosok Bo Derek. Beliau cukup mengiorkan. Dadanya, pinggulnya, pahanya, matanya, bibirnya, kulit malah seluruh tubuhnya, sangat enak untuk dinikmati. Naluri manusia biasa tidak akan menafikan itu semua. Namun ghairah tubuh Bo Derek apa ada ertinya jika tanpa Chimpanzee dalam filem tersebut. Sesungguhnya, dengan adanya Chimpanzee, maka tubuh ghairah Bo Derek semakin terserlah. Sebegitu juga apa ada pada Chimpanzee temannya Tarzan? Tidakkah dengan adanya Bo Derek yang menawan menjadikan Chimpanzee semakin lucu dan genius? Apakah filem ini bertujuan untuk membuka ghairah Bo Derek dan genius Chimpanzee? Juga, apakah itu motif sebenar penulis dan pengarah filem tersebut? Saya yakin tidak. Mereka sekadar menggunakan Bo Derek dan anugerah cantiknya beliau yang Allah berikan untuk meraih keuntungan dagang. Keuntungan dari filem ini pasti berganda dengan adanya gandingan Bo Derek dan Chimpanzee. Saya yakin itulah psychology dagang penulis dan pengarah filem tersebut. Maka jika sawit adalah Bo Derek dan UU adalah Chimpanzee maka Teresa Kok MPoIC, Darell Leiking MITI, Xavier Jayakumar MoWLNR, Muhammadin Ketapi MoTAC, Shafie Apdal dan Abang Johari bijak bercreative pasti mereka boleh nampak bagaimana sawit dan UU adalah gandingan Bo Derek dan Chimpanzee. Kita dapat duit, dunia menerima kita.
(3) Pertama-tama, sawit, adalah minyak masak paling murah di dunia. Belanja pembangunan ladang sawit adalah jauh lebih murah dari ladang-ladang minyak masak lainnya. Bahkan kadar productivitynya adalah tertinggi. Ianya asli minyak, sedang yang lain adalah berupa bijirin dan penghasilan minyak dari segala bijirin ini hanyalah berupa secondary product. Sawit, penghasilan minyak masak adalah primary product. Asas sawit adalah lemak, sedang bagi segala bijirin lain yang ditukar jadi minyak masak adalah kabohiderat. Kedua, suhu cair sawit adalah jauh lebih rendah dari minyak-minyak lain. Suhu bekunya juga jauh lebih rendah. Maka pasaran sawit jauh lebih meluas berbanding minyak-minyak lain. Ketiga, penghasilan diesel dari minyak sawit jauh lebih mudah dari segala minyak lain. Bahkan turnover atau conversion efficiency penukaran sawit ke diesel adalah jauh lebih tinggi dari bahan-bahan lain, biar minyak mentah sekalipun. Maka atas faktor-faktor agro-economi, komersil dan teknikal, maka minyak sawit telah Allah tetapkan sebagai rahmat negara-negara tropika yang sangat menguntungkan. Sebegitulah sifat mengiurkan Bo Dereknya sawit. Jika sawit dibiarkan, maka jutaan petani bijirin di Barat dan negara-negara yang mereka kuasai akan mengalami masalah berat. Seperti dalam dunia perfileman, Hollywood harus jangan kalah dengan Bollywood, maka perang industri harus ada. Maka, sawit harus diperangi. Asas peperangan, atas nama demokrasi, maka soal-soal kaum minoriti, hidupan liar dan alam sekitar adalah cukup intellectual dan professional sifat dan nadanya.
(4) Malaysia khasnya Sarawak (dan Indonesia) harus memperakui bahawa di saat soal-soal rakyat minoriti, hidupan liar dan alam sekitar dijadikan asas untuk memerangi sawit (dan pembalakan), kita sebetulnya tempang dan sangat mudah terpukul. Barat sudah berjaya menghenyak industri pembalakan kita. Kini kegigihan mereka dalam sektor sawit, juga sudah menampakkan kesan. Saya tidak perlu menghurai panjang dalam bab kepincangan kita dalam mengurus hal-hal kaum minoriti, hidupan liar dan alam sekitar ini kerana ianya pasti akan bersifat membuka pekong di dada.
(5) Urang Utan banyak terdapat di Borneo dan Sumatera. Terdapat tiga spesis UU iaitu P. pygmaeus (dengan tiga subspesis, di Borneo), P. abelii (Sumatera) dan P. tapanuliensis (Tanpanuli, Sumatera). Peta sisipan di sebelah, menunjukkan taburan semulajadi UU. Kebetulan, kawasan pembalakan dan ladang-ladang sawit telah mengasak ke kawasan di mana UU berada. Maka, tumpuan mudah perang sawit EU adalah dengan mengait sawit dan UU. UU adalah saudara dekat Chimpanzee. Di Afrika, Barat telah berjaya menjadikan Chimpanzee lebih utama dari rakyat Afrika. Negara-negara di rantau Afrika Tengah telah cukup taksub dengan kebajikan Chimpanzee, maka tugas Barat untuk mengekang Afrika dari kemajuan pesat sudah cukup berjaya. Kini, UU sebagai saudara dekat Chimpanzee, mulai disorot sebagai sangat perlu demi kelestarian umat manusia. Saya tidak menafikan UU ada kepentingannya Allah adakan di dunia di sebelah sini. Ada baik Barat menekankan hal itu, supaya kita juga tidak lalai sehingga UU pupus.
(6) Setakat pembacaan saya tentang UU, terdapat pengasingan ekologi jelas antara UU Sarawak, Sabah, Kalimantan dan Sumatera (rujuk peta sisipan di sebelah). UU Sarawak terbatas kepada UU tanah tinggi. UU di Sarawak tidak kedapatan di tanah pamah river valley. Jika dirujuk kepada peta taburan UU di Sarawak, jelas ianya berlegar di kawasan Batang Ai. Mungkin ekologi UU sebegitu atas pertaliannya dengan UU di Kalimantan Tengah di mana daerah Sanggau sangat berkait dengan Lubok Antu (Batang Ai) di Sarawak. Maka tanah gambut dan payau tiada kaitan dengan UU Sarawak. Maka jika kita mengerti soal-soal ekologi tumbuhan dan haiwan, sepertinya, saya menjangka UU Sarawak mempunyai ekologi pemakanan yang agak terhad. Kerana UU adalah pemakan serba tetapi lebih kepada tumbuh-tumbuhan, maka sifatnya sangat menghampiri manusia iaitu haiwan omnivora. Saya menjangka, pasti ada tumbuhan tertentu di sekitar Batang Ai yang menjadi makanan ruji UU P. pygmaeus pygmaeus Sarawak. Saya berkata sebegitu lantaran saya perhatikan di dua Pusat Pemulihan UU di Semengok dan Serapi, UU di sana perlu diberikan makanan secara kekal. Mereka seperti sukar untuk berdikari. Kawasan hutan pergunungan Penrisen dan Matang sepertinya tidak mempunyai tumbuhan yang boleh menghasilakan makanan buat mereka secara kekal. Maka bagi Sarawak, Kerajaan Negeri (GOS) dan Kerajaan Pusat (GOM) perlu mengambil pendekatan bersepadu dengan Indonesia khasnya KalBar dan KalTeng dalam menangi kebajikan UU dan mendapat manafaat darinya.
(7) Perlu juga dimaklum, secara kebetulan dan pasti dengan ketentuan Allah juga, taburan UU di Sarawak dan Kalimantan sangat berkait dengan suku kaum 'minoriti'. Biarpun mereka sebetulnya adalah kelompok 'majoriti'<.i>, namun di mata antarabangsa mereka tetap 'minoriti' iaitu dilihat dari sudut jumlah kaum bagi seluruh Negara dan taraf kehidupan mereka. Di kawasan Batang Ai dan bahkan di pendalaman KalBar dan KalTeng, golongan 'minoriti' ini sangat bergantung hidup kepada hutan sebagai asas ekonomi mereka. Mereka mendapat sumber makanan dan segala keperluan hidup dari hasil hutan (dan sungai-sungai bersih). Amalan pengambilan hasil hutan oleh mereka kebiasaannya sangat berpilih dan punya sikap 'lestari'. Keadaan sebegitu menjadikan seolah-olah ada simbiosis antara mereka dan UU dan 'simbiosis ini manjadi faktor sangat menarik perhatian Barat. Mereka bertanggapan, jika UU adalah lestari, maka alam sekitar terbela lantas nasib golongan 'minoriti' ini pasti terbela. Kini golongan ini, kian menuduh pembalakan dan ladang sawit sudah mengancam mata pencarian mereka. Sedangan di pihak GOS dan GOM, kerana jumlah kaum minoriti ini kian berkembang, mereka perlu diketengahkan kepada unsur-unsur pembangunan yang lebih pesat dan 'mampan". Wujud pertentangan hakiki dan 'ciptaan' akhirnya.
(8) Lantaran pandangan Barat sebegitu, maka mereka kini menggunakan para professional antarabangsa bagi menegakkan hujah mereka. Lantaran kita adalah Negara perdaganagan, maka mahu tidak mahu kita mendapat kesan negatif dari pandangan sebegitu. Kita sebetulnya dalam dilema. Dilema kita, saya lebih yakin kerana kita berpunya pendekatan sempit dalam melihat seharusnya bagaimana rakyat kita harus dimajukan serta sumber asli kita hendak diuruskan. Keduanya, tidak boleh dinafikan, sebagahagian besar keputusan kita bercanggah dengan para professional ini lantaran amalan rasuah yang sangat mendalam dan meluas di dalam sektor perhutanan dan perladangan kita. Kita dan Barat berpunya agenda dan kepentingan diri yang sukar dipertemukan, maka kita kepingin terus saling menegak 'benang basah'.
(9) Sarawak telah menjadikan Batang Ai sebagai Taman Negara. Usaha ini adalah penting sebagai langkah untuk memastikan Tasik Batang Ai tidak mengalami gangguan bekalan air bagi keperluan penjanaan kuasa elektrik. Atas tujuan sebegitu, secara kebetulan UU ada di sekitar itu, maka, GOS telah menjadikan kawasan sekitar terutama di sebelah hulunya sebagai Taman Negara. Maka jika dilihat hati-hati, soal UU adalah secondary. Soal utama adalah soal tadahan air. Jika telahan saya itu betul, maka di situlah khilafnya kita. Seharusnya, lantaran kini Barat sedang menggunakan isu UU sebagai asas serangan ke atas sawit kita, maka saya berkira GOS dan GOM perlu memperluaskan kawasan Taman Negara Batang Ai untuk meliputi seluruh kawasan NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau UU supaya ianya ada jaringan jelas dengan para saudaranya di KalBar dan KalTeng. Untuk Kalbar sudah ada Taman Negara Lanjak-Entimau yang bersambungan dengan Taman Negara Batang Ai. Namun itu saya kira masih memujudkan jurang antara saudara-saudara UU di seluruh Kalbar. Di KalTeng pula telah diwujudkan Taman Negara Betung-Kerihun. Namun jika diteliti betul-betul akan semua jaringan Taman-taman Negara ini masih menimbulkan jurang gaps dalam hak NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau UU Sarawak, KalBar dan KalTeng. Maka satu bentuk kerjasama utuh antara Sarawak, KalBar, Kalteng, Malaysia dan Indonesia adalah penting dalam menangani kelestarian UU di sebelah Barat Borneo.
(10) Perlu dimaklumin bahawa sistem pengurusan tanah di Malaysia dan Indonesia khasnya di Borneo adalah agak serupa. Tanah adalah milik Negeri (Wilayah), maka dalam hal ini, peranan GOS dan KalBar-KalTeng adalah lebih besar. GOM hanya mungkin perlu memainkan peranan diplomatik dan bersepadu dengan Jakarta. Namun begitu, kerjasama padu GOS, GOM dan Indonesia menjadi terlalu penting jika kita ingin melihat pasaran minyak sawit kita tidak berdepan dengan hal-hal sebenar dan 'buatan, sepele'.
(11) Saya berpendapat dan mencadangkan agar Sarawak dan Indonesia perlu mengangkat Batang Ai, Lanjak-Entimau dan Betung-Kerihun sebagai Taman Tropika Borneo di mana, peranannya dapat diperluaskan serta pembiayaan dari badan-badan penting dunia dapat diraih hebat. ITTO yang telah lama hadir di Sarawak dan malah Kalimantan, pastinya sangat berminat untuk meneliti prihal ini. UN khasnya UNESCO serta banyak mereka yang prihatin tentang alam sekitar dan kelompok 'minoriti' pasti sangat berminat untuk sama membantu. Say juga yakin, jika betul cara dan connection, pihak USA dan Canada pasti boleh membantu dengan meminjamkan cara pengurusan Rocky Mountain National Park bahkan di kalangan negara-negara Scandinavia, mereka cukup hebat dalam mengurus the Alp Range National Park sehingga bukan saja hidupan liar dan alam sekitar terpelihara baik, tetapi rakyat di kawasan berkenaan mendapat rahmat kemajuan yang sangat luas.
(12) Saya yakin, jika semua ini dapat dilihat melangkau keperluan traditional views seperti Tadahan Air; kawasan NCR, Pemakai Menoa dan Pulau Galau UU, dengan segala kepelbagaian flora dan fauna di kawasan ini, In Shaa Allah rahmat Allah yang jauh lebih meluas akan kita perolehi. Kehadiran UU dan golongan 'minoriti' di kawasan ini harus dilihat dari sudut maha kebijaksanaan Allah dalam cuba menjelaskan kepada manusia betapa di sana sedang tersembunyi segala rahmat yang sangat luas. Kita harus jangan buru-buru meranap hutan untuk apapun tujuan 'sempit kini'. Saya yakin, pasti Allah sedang menyembunyikan banyak rahmat tentang kenapa UU ada tiga kelompok jelas dan mereka tidak berbaur rapat. Segegitu juga mereka berada dalam ekologi masyarakat 'minoriti' yang sangat menghargai alam sekitar. Pasti di alam ekologi UU ini nilai-nilai pemakanan, pharmaceutical, malah industri lain yang belum cukup kita bongkar dan mafaatkan. Paling ketara, jika Batang Ai, Lanjak-Entimau dan Betung-Kerihun dapat disepadu dan diselaraskan pembangunannya, salah satu industri kegilaan yang pasti terjelma wajar adalah Adventure Eco-Tourism. Jika seseorang sanggup menghabiskan ratusan ribu dollar untuk ke Mt Everest dan Khutub, saya yakin, nilai ribuan dollar yang boleh ditawarkan oleh Batang Ai-Lanjak-Kerihun pasti mengamit lebih banyak pengunjung. Jika ini terjadi, kita tidak perlu secara cepat membuka hutan kita untuk sawit bagi mengatasi masalah kemiskinan dan kemunduran di kawasan-kawasan berkenaan.
(8) Kita harus bijak mengolah keghairahan dan kecintaan Barat dengan Urang Utan dan Alam Tropika menjadi Bo Derek dan Chimpanzee. Soal sawit, itu soal kedua. Persoalan terpenting untuk kita adalah bagaimana mendapat aliran wang masuk untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat. UU kita jaga. Sawit kita kawal. Duit tetap mengalir masuk hebat. Rakyat kita tetap maju. Alam sekitar kita kekal nyaman dan mafaat dari Allah perlahan-lahan kita dongkel hebat dan lestari. In Shaa Allah jika itu strategi jangka panjang kita, Allah pasti tersenyum lantaran kita tidak kalah oleh kafir Barat lantaran ilmu Al Quran yang Dia telah bertikan kepada kita kita mengerti dan amalkan secara cukup bijak...... In Shaa Allah bersambung

0 comments:
Post a Comment