Dari mulut orang Melayu sering kita dengari :"Sabar itu separuh dari Iman". Apa benarkah sabar nilainya separuh dari Iman. Rukum Iman dalam Islam ada enam perkara. Apakah ini bermaksud, bila kita telah berpegang kepada enam perkara seperti tertera di sebelah, maka bagi melengkapi Iman kita, kita hanya perlu ada kesabaran? Dari sudut bahasa biasa-biasa sebegitulah maksudnya, namun dari segi Islami, saya berkira, sabar hanyalah salah satu dari tanda-tanda orang-orang berIman. Terlalu banyak Ayat-Ayat Al Quran yang menuntut kita bersabar. Kita dituntut untuk bersabar biar dalam senang atau payah. Dalam tulisan terdahulu, saya telah cuba melihat akan konsep redha dan syukur. Pastinya, jika sabar digabungkan dengan redha pasti nilai-nilai keIslaman seseorang itu akan tampak lebih jelas. Biasanya sabar dan redha memberikan seseorang itu sifat-sifat lembut, tenang; cool. Orang yang mempunyai sifat sabar yang tinggi adalah mereka yang jarang tergopoh gapah. Mereka, saya kira adalah sosok yang sering berfikir secara terbuka, berjiwa besar. Mereka jarang teruja. Biar payah, biar senang, mereka sukar teruja. Mereka bukan kalangan yang gemar menikmati, celebrate. Mereka bukan juga golongan yang mudah berhiba, apa lagi marah dan kecewa. Bila mendapat apa yang mereka dapati, biar payah biar senang, biar pahit, biar manis; golongan penyabar biasanya, bukan golongan gemar meraikan celebrate dan atau meratap hiba, tetapi mereka lebih gemar mengambil sikap bersyukur iaitu dengan kembali kukuh mematuhi Rukun Iman dan Rukun Islam. Pendeknya, mereka yang penyabar adalah mereka yang faham dan benar-benar mengamalkan akan pengertian redha dan syukur.
(2) Contoh, bila Albert Newton sedang baring-baring santai di bawah pohon epal, tiba-tiba sebiji epal jatuh ke kepalanya. Dia tidak marah. Dia tidak terkesan dari hempapan epal tersebut. Fikirannya terus berjalan. Dia tidakpun berpolimik dengan berkata-kata "Nasib baik epal, cuba bayangkan jika durian atau sebiji kelapa jatuh di kepalanya". Dia diam berfikir seperti merima kejadian itu. Hanya kerana dia mengambil sikap menerima, accepting the fact maka kemudiannya fikirannya ligat berputar. Dia tidak marah. Dia tidak mengambil sikap Musa AS semasa bersama Khidir AS yang tidak ada kesabaran dan sering 'marah' dengan gelagat Khidir AS yang sangat pelik. Dari memikirkan betapa akan lebih parah jika yang jatuh tadi adalah batu atau bungkah besi dia akhirnya memikirkan "Apakah faktor yang menyebabkan epal itu jatuh?". Kuasa Allah, dia melahirkan konsep graviti kepada Newton yang bukan Muslim. Mahabijaksana Allah, biar siapapun jika dia redha dan sabar pasti Allah akan memberikan ganjaran kepadanya. Dalam hal ini, Allah memberikan Newton ganjaran ilmu yang kini seluruh manusia boleh mafaatkan. Tanpa ilmu garviti Newton, saya berkira sehingga kini kita akan tiada ada pesawat terbang dan apa lagi peluru berpandu dan satelit perhubungan dsb. Sebegitulah sebetulnya besarnya ganjaran bagi mereka yang sabar. Bayangkan jika Newton juga percaya kepada Rukun Iman, pasti nilai sabarnya akan jauh lebih besar. Namun itu, hanya Allah yang berkuasa ke atas dirinya.
(3) Apa kaitan sabar dengan keadaan di Negara kita kini? Di Sarawak, khasnya, rakyat merasa resah, sedikit hilang sabar lantaran harga barangan kian mahal. Harga barangan kian mahal, bersebabkan rakyat semakin kehilangan kuasa beli. Gaji kian mengecil. Harga keluaran komoditi rendah, malah peluang pekerjaan bergaji patut juga kurang. Itu masalah harian rakyat. Dari sudut ekonomi Negeri, kita masih mundur dalam segala hal. Kita sedang menghadapi masalah kekurangan biaya bagi memajukan Negeri secepatnya. Rakyat secara keseluruhan belum dapat menikmati kemudahan asas yang baik dan menyeluruh. Ringkasnya, Sarawak masih mundur, maka segala kehidupan rakyat masih payah. Lantaran payah, itu menjadi faktor kepada kehilangan sabarnya rakyat. Untuk mengatasi masalah kehilangan sabar rakyat kini Abang Johari juga seperti hilang sabar terhadap Mahathir dan kini dia sedang memilih pelbagai jalan mahal untuk membeli sabar rakyat.
(4) Di peringkat Nasional pula, kehidupan biasa rakyat tertekan atas faktor-faktor yang sama. Cuma jika disemak dari sudut Kerajaan, faktor penyebab kepada masalah keresahan rakyat adalah berkisar kepada dua, iaitu dalaman dan luaran. Faktor dalaman tetap sama saja di mana-mana. Harga barang keperluan kian mahal. Harga rumah mahal. Biaya pengangkutan, kesihatan dan macam-macam mahal. Pokoknya rakyat menjadi kurang mampu dalam memenuhi keperluan asas mereka. Bila harga bagi segala keperluan asas terus meningkat sedang kenaikan gaji adalah rendah atau tidak sepadan, maka sebetulnya pendapatan boleh belanja rakyat kian menguncup. Pekerjaan bergaji patut paling ketara sangat berkurangan. Masalah ini sebetulnya mulai terasa sejak 2003 dan kini (2019) adalah waktu puncaknya. Semuanya tanpa banyak pihak sedari adalah berpunca dari dasar kerajaan yang agak flip flop dan tersalah keutamaan sejak 2003. Segala permasalahan harga barangan mahal di dalam Negeri adalah berpunca dari dua faktor penting iaitu harga minyak dan pengangkutan. Ketidak seimbangan kepada dua input penting ekonomi dalaman domestic economic inputs ini pasti menyebabkan ketaktentuan harga bagi barangan asas dalam Negeri.
(5) Alhamdullilah, sejak Mac, 2018 harga minyak boleh dianggap agak stabil. Penghapusan GST juga telah sedikit sebanyak mengekang kenaikan tak terkawal harga barangan asas. Di Sarawak (dan Sabah) pembinaan secara menyeluruh kemudahan jalan In Shaa Allah boleh membantu dalam mengekang kenaikan harga barang secara tidak terkawal. Di Semenanjung, mungkin insentif terbaik Kerajaan adalah dengan mengurang dan atau menghapuskan bayaran Tol bagi segala keperluan angkutan industri dan awam. Tol harus dihadkan kepada kenderaan persendirian sahaja. Bila Abdullah mengambilalih tampuk kepimpian pada 2003, beliau secara berani telah memulakan segala potongan subsidi Kerajaan. Dia berjanji untuk menggunakan penjimatan dari pemotongan subsidi untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam. Kemudian bila Najib mengambilalih tampuk kepimpinan, beliau mengambil langkah meluas untuk menghapuskan segala macam subsidi serta menambah unsur-unsur GST sebagai sumber dana Kerajaan. Janji Najib dan Abdullah sama, iaitu untuk menggunakan wang penjimatan dan tambahan GST sebagai dana pembiayaan pembangunan prasarana asas pengangkutan. Saya berkira, jika segala potongan subsidi serta perolehan GST sejak 2003 telah digunakan secara baik ke arah mempertingkatkan kemudahan perhubungan dan pengangkutan awam Negara, saya yakin kita tidak berpunya masalah berat seperti yang kita hadapi kini. Malang, penjimatan serta perolehan dari segala potongan subsidi dan GST telah terlalu banyak mengalami kebocoran sehingga kita tidak tahu ke mana wang tersebut telah dibelanjakan. Maka secara tiorinya, jika harga input industri dapat dikawal, maka harga output In Shaa Allah pasti stabil. Saya berkira inilah perhitungan yang Kerajaan Pusat harus tumpukan kini secara dalaman domestic.
(6) Jika dilihat pada harga minyak, pada geraf harga minyak dari 1950-2016 di sebelah, jelas menunjukkan bahawa pada saat Malaysia (khasnya Sarawak) mengeluarkan minyak, kita berada dalam waktu harga pasaran (1970-80) yang sangat menguntungkan (U$80-100/tong). Inilah waktunya, bilamana Abdul Razak dan Husein memerintah Negara. Pada waktu itu, Bank Dunia sangat bermurah hati dengan Malaysia di mana kita memperolehi banyak pinjaman untuk melaksanakan projek-projek Felda, Felcra, Risda, MARA dan malah projek-rojek pengairan lain seperti KADA, KEMUBU, MUDA bahkan di Sarawak seperti Asajaya, Daro, Pandaruan dsb. Razak memecut hebat pembangunan di Semenanjung. Para Ahli Parlimen Sarawak pada masa itu, mungkin kerana latarbelakang pendidikan dan pentadbiran yang lemah, suara kita untuk membangun Sarawak secara hebat tidak kedengaran. Kita ketiadaan strategi baik untuk bergerak sama membangun Negeri. Pada 1980-2000, harga minyak juga agak stabil pada harga pertengahan (U$40-50/tong) berbanding 1970-80. Inilah waktunya bila Mahathir memimpin Negara dan dia mulai menjarakkan diri dari Bank Dunia serta melancarkan program penswastaan secara besar-besaran. Beliau juga beralih dari industri pengeluaran komoditi kepada industri pembuatan. Sekali lagi, lantaran asas-asas ekonomi Semanjung jauh lebih kuat dari Sarawak, maka tumpuan Mahathir lebih ke Semenanjung dan membiarkan Sarawak di tangan Taib Mahmud.
(7) Saya berani berkata, Sarawak di era Razak, Mahathir malah Najib dan Mahathir sekali lagi, kita telah memilih untuk membangun cara kita sendiri. Kita seperti agak autonomous. Kerajaan Pusat agak membiarkan kita memilih jalan sendiri, dan kita bebas menentukan arah perbelanjaan Peruntukan Presekutuan. Abdul Rahman Yaakub, Taib Mahmud, Adenan Satem dan kini Abang Johari diberikan kebebasan untuk mengarah ke mana perbelanjaan Peruntukan Presekutuan. Dalam keadaan-keadaan tertentu, prihal sebegini, ada baiknya, bahkan ada juga pincangnya.
(7) Hakikatnya, Malaysia mengalami pengeluaran minyak cukup lumayan adalah pada waktu pemerintahan Abdullah dan Najib (2000-2014) di mana harga minyak adalah di atas dari U$100/tong. Inilah waktunya, bukan sahaja Malaysia mulai melakukan langkah-langkah pemotongan subsidi tetapi kebanyakan GLC Negara mulai berlimpah kecairan. Kitapun tahu, semasa mengambilalih pemerintahan Negara, kedudukan ekonomi dan kewangan Negara adalah dalam keadaan baik. Kita seharusnya boleh memecut deras untuk menjadi Negara maju sejak 2003. Namun, sikap Abullah merubah segala-gala. Kita jadi mengundur. Rasuah muncul kuat dan menular hebat. Saya mengira, mulai 2009, konglomerat Malaysia mulai bersikap riak dan boros. GLC kita mulai terlibat dalam segala bentuk dan mode pelaburan yang tidak sihat. Secara umum GLC Pusat tidak berminat serta memandang leceh Sarawak. Sikap itu berterusan sehingga kini. Mereka lebih memilih untuk melabur di luar Negara. Kita sekarang berdepan dengan pelbagai GLC yang kesuntukan kecairan serta susut nilai harta akibat kecelaruan ekonomi dunia. Kerajaan kini seperti sudah jatuh ditimpa tannga. Dalam keberhutangan tinggi, kita juga terpaksa berbelanja besar bagi menyelamatkan GLC kita. Mahathir terpaksa membuat pilihan: membela rakyat atau mempertahankan Negara. Kita dalam kancah perang yang kucup getir. Ditelan rakyat sengsara, dimuntah Negara tergadai.
(8) Biarpun pada 2015-2019 harga minyak telah merudum, namun harga ini masih lebih baik dari tempoh 1980-1990. Saya berkeyakinan, dengan paras harga sekarang dan semoga ianya stabil pada sekitar U$65/tong, dengan amalan Good Governance yang sedang keras diusahakan oleh Kerajaan, In Shaa Allah menjelang pertengahan 2020 ekonomi dalaman domestic kita akan mulai pulih. Pada pertengahan 2020, In Shaa Allah kehidupan rakyat Malaysia akan kembali seperti di tahun-tahun 1990 dengan syarat politik Negara kita menuju kestabilan. Saya yakin, inilah pertaruhan besar Mahathir untuk seluruh rakyat Malaysia.
(9) Malaysia adalah Negara Pengguna Consuming Nation. Banyak keperluan kita adalah diperolehi secara import. Kita juga adalah Negara Perdagangan Trading Nation, kita melakukan urusan jual dan beli yang tinggi di peringkat antarabangsa. Malangnya sejak 1996, nilai Ringgit kita telah merudum dari sekitar RM2.51 (1996) ke RM4.18 (6 April, 2019). Kemerosotan nilai Ringgit mengugat kedudukan kita sebagai Consumer and Trading Nation. Harga barang keperluan kita yang kebanyakannya diimport, pasti sangat sukar dikawal jika nilai Ringgit terus tidak menentu. Geraf di sebelah jelas mununjukkan nilai Ringgit adalah sekitar RM2.50 bagi U$1 sejak 1972-1996. Perubahan nilai Ringgit bermula pada 23 June, 1972 bila mana asas Ringgit telah berubah dari asas Pound Sterling-Emas kepada Dollar Amerika. Pada 1973, akibat Perang Arab-Israel, maka telah berlaku krisis minyak dunia yang mencelarukan ekonomi dunia sehingga menjejaskan nilai Dollar dan Ringgit. Perang Dingin Cold War Barat-Russia-China bermula pada 1972, dan hanya tamat pada 1991 dengan runtuhnya USSR. Hampir-hampir dua dekad dunia berada dalam keadaan was-was prejudis. Di Malaysia, mungkin orang masih ingat betapa pada tahun-tahun sebelum 1972, rakyat boleh membeli gula dengan harga RM0.25. Pada 1973, inflasi di Malaysia melambung sehingga rakyat banyak tidak mampu membeli gula dan beralih ke gula nipah (di Sarawak).
(10) Dari situ sehingga kini, nilai Ringgit sangat terpengaruh oleh keadaan ekonomi Amerika dan dunia. Kini akibat Perang Dagang Amerika-China dan Brexit, ekonomi dunia menjadi kembali celaru. Setelah sekitar tiga dekad dunia berada dalam keadaan free market kini kita berada dalam closed market kembali. Maka di sinilah letaknya cabaran getir bagi ketokohan kepimpinan Mahathir. Mungkin benar kata Tengku Rezaliegh semasa kempen PRK Semenyih pada Mac 2019, bahawa "Jika apa-apa berlaku kepada Mahathir, Negara akan berada dalam kacau bilau". Bagi saya, kehebatan Mahathir adalah beliau tahu kepada siapa dia boleh mendengar, dan dalam mendengar, dia juga boleh berfikir. Banyak orang juga mendengar, cuma mereka mungkin mendengar dari pihak yang salah. Bahkan bila mendengar, banyak pula tidak tahu berfikir, sehingga apa yang didengar semua adalah benar. Saya berkira pada zaman Abullah dan Najib, sebegitulah keadaan jalan pendengaran dan pemikiran mereka.
(11) Pada awal 2019 ini, kita sedang diberikan amaran, melihat kepada kemungkinan aliran keluar tunai, currency kita, maka saham-saham utama Malaysia akan merudum. Saya yakin, Mahathir faham akan prihal ini. Kita telah ada pengalaman serupa pada 1997. Cuma pada waktu itu, setidak-tidak GLC kita kukuh. Kini GLC kita sedang berdepan masalah kecairan. Fundamentalkita mungkin agak terjejas kini. Maka dalam memilih antara rakyat dan Negara Mahathir terpaksa menyelamatankan GLC dulu terutama Felda dan TH. Namun saya yakin rakan-rakan Mahathir di sektor swasta pasti tidak mahu melihat ekonomi Malaysia merudum sama. Mereka In Shaa Allah akan mahu berkorban sama. Inilah kekuatan Mahathir, dalam kebijaksanaan beliau dalam memulihkan para GLC kita beliau tetap mempunyai rakan setia swasta yang boleh dijadikan sandaran. Kedua, saya juga yakin, kelicikan beliau untuk bermain politik antarabangsa maka banyak dari pelaburan tidak jelas Najib kini akan dapat diperbetulkan bagi kebaikan Negara. ECRL contohnya, bukan sekadar menjadi lebih murah tetapi jajaran laluannya menjadi lebih berdayamaju bila ianya merangkumi kawasan Negeri Sembilan iaitu kira-kira the next Klang Valley. Nilai, the next Klang Valley akan memacu ekonomi Malaysia berteraskan perusahaan pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. In Shaa Allah FDI akan mengalir masuk hebat. Keyakinan dunia kepada good governance kita In Shaa Allah akan memulihkan Ringgit kita.
(12) Cuma khilaf Mahathir adalah bila persoalan ICERD, Statue Rome dsb yang penting untuk Malaysia iktiraf telah tidak diperjelaskan dengan betul, sehingga ianya mudah diselewengkan. Dengan Maslaysia tidak mengiktiraf ICERD dan Statue Rome, kita menjadi ienternationally isolated dan kurang diyakini. Kerajaan perukan lebih kebijaksaan dan keterbukaan dalam menangani perkara-perkara sebegini di masa-masa akan datang. Kepercayaan dan penghormatan antarabangsa adalah penting untuk segera memulihkan Ringgit.
(13) Saya yakin, Mahathir biar bunyinya keras namun, beliau tidaklah pekak untuk hanya mendengar apa yang beliau mahu dengar sepertinya Abdullah dan Najib sebelumnya; beliau akan meneruskan segala projek yang baik untuk Negara dan rakyat, cuma rakyat kena sedar pastinya dia memilih pada gaya dan jalannya tersendiri. Kini, bagi kita di Sarawak, sikap State Centric seperti telah diamalkan sejak dari Kalong Ningkan sekalipun, mungkin perlu kita ubah suai selaras dengan rentak Putera Jaya. Nota: Melayu Sarawak mungkin sudah lupa, lantaran sikap "centric" Kalong Ningkan, maka Rahman Yaakub perlu "balik" memimpiin Sarawak yang juga kemudian memilih 'jalan centric sama". Dalam beberapa segi, State Centric itu baik, namun di sudut lain, State Centric boleh membawa kita kepada Assabiyah yang boleh merugikan. Ambil contoh, bila Razak membuat Felda, Rahman menubuh SLDB, beliau tidak mahukan Felda. Akibatnya, Felda dapat dana besar, SLDB terkial-kial dengan berjalan sendiri dan akhirnya, berkubur tanpa nisan. Begitu juga dengan Felcra Vs SALCRA. Kini SALCRA jadi 'cukup centric" maka siapa yang membina kekuatan ekonomi Melayu Sarawak? Sama juga, bila Razak membangun DARA, KETENGAH, KEJORA dll Sarawak membina Skim DID Asajaya. Kini DARA, KETENGAH malah KEJORA menjadi asas-asas wilayah ekonomi yang kukuh bagi Pahang, Trengganu dan Johor, Asajaya hanya terhubung dengan sekelilingnya pada 2017 (melalui Jambatan Sadong dan Samarahan). Sikap "centric" mengheret kita ke belakang dari seiring ke depan.
(13) Maka saya berkira wajar dalam kita ingin memelihara Sarawak for Sarawak, sikap Sarawak Centric kita harus tidak menuju ke jalan Assabiyah. Kita harus punya kebijaksaan luas dan kesabaran tinggi untuk sama-sama maneauvering dalam Persekutuan yang cukup British feudal biased ini. Selama ini sikap State Centric kita telah mengasingkan kita dari bersama segala GLC gergasi Malaya-based. Equity kita dalam berNegara Persekutuan kian terhakis lantaran sikap State Centric pada jalan sempit dan Assabiyah.
Kuching, Sarawak
18 April, 2019

0 comments:
Post a Comment