CAVEAT Sekali lagi saya perlu memperakui bahawa saya bukan pakar dalam bidang Minyak dan GAS (O&G). Apa yang hendak saya tulis adalah berasaskan logika yang saya mengerti, dan berharap tulisan ini boleh mendamaikan kita dari pelbagai kecelaruan dari kebisingan politik O&G yang sedang kita lalui kini.
Bila Adenan Satem mengambilalih tampuk pemerintahan Negeri pada Mac 2014 keadaan ekonomi serantau dan dunia adalah dalam keadaan sangat tidak memberansangkan. Harga balak dan sumber balak merosot jauh. Balak kita menghadapi saingan hebat dari pengeluaran di Papua New Guineqa, Russia dan malah Barat. Harga minyak biar agak baik, tetapi pulangan kepada Sarawak tidak seberapa. Sawit, getah dan lada masih belum menyumbang besar kepada pendapatan Negeri. Malah komoditi getah dan lada tidak pernah menjadi sumber pendapatan Negeri yang baik. Dalam tempoh 2003-2013, Dana Negeri sebahagian besarnya adalah untuk membiaya hutang sekitar RM1.5b (?) setahun. Apa lagi bila Simpanan Negeri (State Reserve) sebahagiannya adalah untuk menyokong segala Sukuk dan Bond yang Kerajaan Negeri telah terbitkan. Biar Simpanan kita ada, namun kecairannya sangat terbatas. Simpanan tidak boleh dibelanjakan. Maka semasa mengambilalih kepimpinan Kerajaan, Adenan berdepan dengan masalah kekurangan belanjawan bagi meneuhi tuntutan rakyat yang sangat besar. Paling mendesak, pada masa itu sedang berlaku gelombang kebangkitan rakyat. Maka sebagai ahli politik veteran, Adenan menggunakan isu MA63 dan Royalti O&G sebagai wadah mengembalikan semangat BN Negeri. Dalam PRN 2017, Adenan berjaya menyatukan politik Sarawak dengan tuntutan ke atas MA63 dan Royalti O&G. Strategi politik Adenan berjaya dalam meraih kembali sokongan rakyat Sarawak kepada BN. Namun dari sudut MA63 dan Royalti O&G, kita sebetulnya masih di tahap tiada apa-apa kesannya.
(2) Sumber pendapatan tradisi utama Sarawak adalah dari O&G. Kemudian diikuti oleh balak. O&G dan balak biasa menyumbang sehingga 50-70% dari pendapatan Negeri. Namun pendapatan dari balak kini telah susut hebat. Kelapa sawit sudah mengatasi pendapatan balak Sarawak. Lain-lain pendapatan adalah dari pulangan dari pelbagai pelaburan Negeri dalam pelbagai sektor. Secara am, sumber pendapatan Sarawak telah tidak berkembang seperti sepatutnya sejak merdeka. Kekhilafan Sarawak adalah untuk tidak mengurus segala sumber asli secara mapan dan sangat mengabaikan industri hiliran. Lantaran masalah hutang dari 2003-2013, keadaan itu menyebabkan Sarawak tambah berhutang lewat terbitan Sukuk dan Bond. Taib berundur dan Adenan maju dalam keadaan Negeri berhutang tinggi dan Simpanan sukar dicairkan. Keadaan Adenan mengambilalih Kerajaan dengan Mahathir kini seakan-akan serupa. Cuma Adenan ada tempat untuk dia mengalih tembakan sedang Mahathir, mahu tidak mahu harus menerima beban tertinggal.
(3) Pinggirkan dulu soal politik. Saya mendasari tulisan saya ini berasaskan ucapan Azmin Ali MoEA di sidang Parlimen pada April, 2019. Adenan menuntut agar royalti minyak kita dinaikan ke 20% dari 5% sekarang ini. Tuntutan ini diteruskan oleh Abang Johari, sebagai "menyambung" usaha Adenan. Dalam perhitungan royalti, ianya adalah berasaskan Hasil Jualan atau Revenue. Inilah kaedah yang digunakan oleh semua industri franchise seperti KFC, McDonald, Pizza, Starbuck dll. Royalti diberikan kepada pemilik industri. Dalam prihal O&G, Petronas memberikan royalti 5% kepada Sarawak sebagai pemilik O&G yang Petronas usahakan. Nilai 5% royalti ini pasti sangat berkait dengan harga minyak dan kadar pengeluaran minyak. Terdapat empat negeri pengeluar O&G di Malaysia sehingga kini iaitu Sarawak, Sabah, Trengganu dan Kelantan. Sejak 2010 (?) Malaysia sudah menjadi pengimport bersih minyak.
(4) Sarawak adalah pengeluar utama iaitu sekitar (?) 45%, Sabah 35% dan baki 20% adalah pengeluaran Trengganu dan Kelantan. Sarawak (2018) dianggarkan mengeluarkan sekitar 900,000 (?) tong minyak sehari. Umumnya Sarawak memperolehi antara RM400-700j royalti minyak setahun dari Petronas.
(5) Industri O&G adalah salah satu industri gergasi tertua dunia. Orang Belanda melalui syarikat seperti Shell adalah peneroka pertama industri carigali O&G. Dengan ledakan Revolusi Industri selepas WWII, dunia berebut-rebut dalam industri O&G sehingga peperangan demi peperangan terus berlaku khasnya di Asia Tengah, semua bersebabkan perebutan dalam industri O&G. Sepertinya, O&G adalah pembakar memusnah nilai-nilai kemanusiaan. Memandangkan industri O&G didasari oleh para penjajah sejak sebelum negara-negara pengeluar merdeka, maka atas sifat penjajah, menjaga kepentingan mereka adalah keutamaan mereka. Maka bila negara-negara pengeluar minyak mencapai kemerdekaan, maka industri O&G telah termaktub dengan pelbagai bentuk piawaian yang sangat menguntungkan mereka. Ini termasuklah konsep PSC - Profit Sharing Contract atau Norms. Maka biar Petronas melalui PDA74 adalah pengusaha tunggal minyak Negara, namun Petronas tetap terikat dengan PSC dengan Shell, Esso, Mobil, Conoco Philips, British Petrol dsb. Sesungguhnya Petronas tidak memiliki sepenuhnya untung dari operasi O&G di Negara ini.
(6) Secara Matametik; Hasil (H) = Harga (P) x Jumlah Pengeluaran (V). Cost Pengeluaran (C) O&G mengikut Azmin, telah meningkat dari dulu 15% dari Hasil (H) sehingga ke 80% kini. Maka oleh kerana Royalti (R) adalah dikira dari Hasil (H) di mana R = 5%H, maka dalam perhitungan Petronas, R adalah dikira sebagai Cost Tambahan. Maka Perolehan Untung Kasar Petronas menjadi (GP) = H - R - C = 100% -5%-80% =15%. Dari GP, Kerajaan pula mengenakan Cukai Pendapatan sebanyak 38%. Ini menjadikan perolehan Untung Selepas Cukai Petronas (PAT) menjadi 15%- 15%x38% = 15%-5.7% =9.3% H. Jika kefahaman saya betul, mengikut piawaian PSC antarabangsa dalam industri O&G, Perolehan bernilai 9.3% H inilah akan dikongsi bersama antara Petronas dan syarikat antarabangsa atau pemmain lain berkaitan. Biasanya PSC menetapkan perkadaran 70:30 (?). Dengan itu Petronas cuma memperolehi 6.51% H dari angka 9.3%H tadi. Maka jika cost structure seperti yag Amin katakan itu adalah benar, maka sesungguhnya, Petronas tidak mendapat perolehan tinggi dari industri carigali O&G.
(7) Maka jika telahan Matematik yang saya buat ini adalah benar, maka untuk Sarawak meminta kadar Royalti yang jauh lebih besar, katakan 20%, pasti bukan hanya mendapat hadangan Kerajaan Pusat (kerana hilang sumber cukai), Petronas dan malah pemain lain berkaitan (khasnya di peringkat antarabangsa) akan membantah keras kerana PSC mereka boleh benilai sifar atau negatif. Shell, Esso, Conoco dll yang ada perjanjian PSC dengan Petronas pasti tidak akan membenarkan hal itu, dan kerana itu pastinya biar Amerika dan British sekalipun tidak akan mendokong tuntutan Sarawak.
(8) Mungkin menyadari hal ini, Abang Johari telah menjenamakan tuntutan tambahan royalti dengan Cukai Jualan 5%. Cadangan ini boleh membunuh politik PH dan GPS jika diteruskan kerana harga minyak pasti akan meningkat 5% lebih dari separtutnya. Akhir-akhir ini, Abang Johari menjenamakan kembali Culai Jualan sebagai 5% Income Tax Sharing yang mambawa maksud Kerajaan Negeri perlu diberikan 5% dari 38% cukai yang Kerajaan Malaysia kenakan. Inilah win-win solution yang Abang Johari fikirkan. Maka dengan formula Matematik sebegitu, ada kemungkinan boleh diselesaikan secara baik. Dengan mendapat 5% dari Pendapatan, berdasarkan struktur cost kini, Sarawak akan memperolehi tambahan 0.75% "tambahan royalti" menjadikan royalti kita melonjak ke 5.75%.
(9) Cuma sayang, bila Mahathir mengusulkan pengenalan semula MA63, ianya telah GPS diamkan. Tanpa MA63 berkuatkuasa, apa mungkin tuntutan 5% tambahan Royalti, kemudian Cukai Jualan dan kini Perkongsian Cukai Pendapatan dapat dilaksanakan. Terasnya, MA63 mesti terlebih dahulu berkuatkuasa. Dan jika MA63 berkuatkuasa di peringkat Persekutuan dan Negeri, maka peruntukan bahawa Sarawak boleh menuntut sehingga 40% (?) cukai jualan akan dapat diperhalusi. Jika itu dapat dibuat, maka Sarawak boleh mengusul O&G Income Tax Sharing sehingga ke 40% (?) seperti terselindung di dalam MA63. Jika andaian saya ini betul, Sarawak pasti memperolehi tambahan 6% royalti menjadikan royalti kita 11%. Tetapi bagi mengelakkan bantahan antarabangsa, kita jangan sebutkan sebagai Royalti tetapi Pulangan Hasil kepada GOS (PH) = 5% Royalti + ~40% Income Tax Sharing. Tuntutan Matematik sebegini saya kira sangat memungkinkan feasible dari sudut politik dan dagangan.
(10) Sesungguhnya jika pendekatan GPS adalah seperti apa yang saya fikirkan, kita bukan sahaja dapat menjadikan MA63 sebagai dokumen yang boleh dipertahankan di peringkat persekutuan malah dunia. Sama juga, kita akhirnya mencapai apa yang Abdul Rahman Yakub telah lakukan demi Negara dan Negeri. Negara dipertahankan keutuhannya dan Negeri menerima hasil dari Persekutuan yang adil dan makmur. Keadaan kita kini ibarat telur dulu ke ayam dulu atau hendak kedua-duanya bersama, secara hukum azali alam, itu pasti mengundang kepayahan panjang. Sayang, kita memilih untuk berlunjur dahulu sebelum duduk. Kita biar berketurunan Melayu, kita memilih untuk tidak patuh kepada keluhuran senibudaya Melayu.
Terasi, Pendam, Simunjan
15 April, 2019

0 comments:
Post a Comment