.

1/5/19 BOLEHKAH EKONOMI MALAYSIA CEPAT PULIH.... apakah kita harus kecut dengan keberhutangan tinggi? (DRAFT)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 02, 2019

Share

& Comment

Bila Kerajaan Baru terbentuk pada 10 Mei., 2019, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hutang Negara menjangkau jauh lebih besar dari jumlah yang dinyatakan oleh Kerajaan terdahulu. Semasa Najib, hutang Negara dinyatakan sekitar RM700 billion (2018). Bila Kerajaan baru terbentuk, nilai yang disebut di Parlimen adalah sekitar RM1.2 trillion iaitu peningkatan sebanyak RM500 billion, bertambah sekitar 70 peratus. Biar asas accounting bagi kedua-dua data ini adalah tidak sama, namun hakikatnya, bebanan kepada kewangan Negara adalah jelas. Sebetulnya, dan rakyat mudah lupa, sekitar 2-3 tahun sebelum Mei 10, 2018, Kerajaan sudah mula menghadapi masalah kewangan. Banyak Projek Kerajaan malah urusan Pentadbiran biasa Kerajaan juga mula terjejas. Paling mudah, peruntukan kepada sekolah-sekolah, hospital malah universiti pada 2016-17 sudah mulai terasa perit.

(2) Dalam prihal hutang bernilai RM1.2 trillion, segala pinjaman dan jaminan hutang (dalam semua bentuk) yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia (GOM) dan dijangka tidak boleh dibayar telah dikelompokkan sebagai hutang Negara. Dari segi perakaunan piawai, ini memang tidak tepat, namun jika dilihat dari sudut bebanan hutang Negara, ianya harus diambil perkiraan. Contoh, bila Felda menghadapi masalah kecairan berjumlah RM16.8 billion, maka GOM perlu menyuntik sejumlah wang tersebut ke dalam Felda. Jika itu tidak dibuat, Felda akan mengalami masalah besar dan pastinya ekonomi Negara juga akan terjejas teruk. Maka mahu tidak mahu, suntikan wang berjumlah RM16.8 billion kepada Felda telah dianggap sebagai hutang GOM. Benar ada pihak menganggap itu sebagai pelaburan namun harus diingat, suntikan RM16.8 billion tersebut bukanlah satu bentuk pelaburan dalam erti kata yang sebenar tetapi ianya adalah untuk menampung kehilangan wang dalam Felda.  Suntikan ini adalah usaha menyelamat, bail out. Masalah ini tidak terhenti di Felda sahaja. Tabung Haji, Felcra malah di pihak Kastam dan LHDN juga menghadapi masalah yang serupa. Saya yakin banyak lagi akan timbul kemudiannya. Semua ini timbul selepas BN kalah; cuma masaalahnya rakyat terus bersikap sentimental tidak berdiri pada hakiki.

(3) Pokok persoalan dari semua prihal ini bukanlah persoalan accounting tetapi hakikinya sebahagian besar dari Belanjawan Negara perlu dialih keluar bagi menampung untuk menyelamatkan para GLC yang bermasalah besar ini. Jika semasa harga minyak tinggi, Petronas boleh dijadikan White Knight namun kini dalam keadaan harga minyak rendah serta ekonomi dunia tidak menentu akibat perang dagang Amerika-China, maka pengalihan, siphoning Belanjawan Negara dari tujuan asalnya boleh menyebabkan ekonomi kita terjejas teruk. 

(4) Saya tidak mahu berpolimik dalam prihal angka-angka sebenar hutang ini. Yang pasti, Negara sedang menghadapi masalah kewangan bagi memajukan Negara. Kita sedang mengalami kekuncupan dana. Peruntukan Belanjawan yang ada, sebahagiannnya perlu dialih dari tujuan asal bagi 'menanggung hutang' bagi menyelamatkan GLC-GLC penting. Akibatnya, Perbelanjaan Sebenar untuk Pembangunan Baharu dan Mengurus Kerajaan perlu dikurangkan. Jika dilihat dari sudut standard accounting hutang kita sepatutnya hanya sekitar RM700 billion, namun kini jika diambil perhitungan secara keseluruhan, nilai 'hutang' tersebut mencecah ke RM1.2 trillion. Dengan andaian, bahawa masalah ini telah berkembang dari 2009-2018, iaitu bagi tempoh 10 tahun, kebocoran RM500 billion telah berlaku, Maka kita boleh menjangkakan sekitar RM50 billion setahun kebocoran telah berlaku dalam tempoh tersebut. Jika dilihat dari segi Belanjawan Negara, nilai RM50 billion ini adalah menyamai 18-20 peratus dari Belanjawan Negara terbocor pada setiap tahun. Namun melihat kepada kes-kes mahkamah yang sedang berlaku kini, kadar itu saya jangkakan adalah antara 20-30 peratus dari Belanjawan Tahunan Negara. Bermaksud bagi setiap Ringgit dibelanja untuk membangun dan mengurus Negara, sekitar 20-30 sen telah mengalir keluar tanpa mendatangkan apa-apa faedah bagi rakyat dan Negara. Benar anggaran saya itu adalah berupa Mathematik mudah, namun hakikatnya kebocoran Belanjawan Negara telah berlaku dalam pelbagai bentuk serta merata kejadiannya.

(5) Tujuan tulisan saya ini adalah untuk mencari apa-apa kemungkinan jalan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi Negara dan akhirnya menjadikan hutang kita bernilai RM1.2 trillion sebagai bukan batu penghalang kepada pembinaan kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Kini debat di mana-mana saya lihat, seolah-olah menjadikan hutang RM1.2 trillion sebagai hadangan besar kepada pembinaan kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Apakah itu seharusnya sebegitu, atau itu harus hanya perlu dilihat sebagai cabaran

(6) Jika andaian perangkaan saya dalam para (4) adalah benar, biarpun kita menghadapi kebocoran sekitar RM50 billion setahun, yang sangat menarik adalah ekonomi Negara terus berkembang sekitar 4.5-5 peratus bagi tempoh 2009-2013. Sebegitu juga Najib yakin, kadar pertumbuhan ini akan berkisar sekitar 4-5 peratus setahun bagi tahun-tahun mendatang. Najib menjangka perubahan ketara hanya berlaku pada pasca 2030. Saya menjangka unjuran Najib adalah berasaskan unjuran yang dibuat oleh IMF seperti tertera pada carta di sebelah. Saya lebih yakin dengan unjuran IMF lantaran asas-asas unjuran mereka saya kira agak lebih menyeluruh dengan mengambil segala faktor 'yang Najib boleh sembunyikan' khasnya dari segi rasuah dan ketidakcekapan perbelanjaan. Maka, dari sudut untuk ekonomi Malaysia terus berkembang, biar kita menghadapi kebocoran Belanjawan sekitar RM50 billion setahun, ianya tetap ada. Melainkan jika kebocoran Belanjawan Negara mencecah sehingga RM100 billion setahun, maka secara hipotisis, boleh saya katakan kita akan mengalami pertumbuhan sifar '0'. Namun dari segi gaya hidup mereka yang bertanggungjawab dalam mengurus Negara dalam pelbagai bidang dan tingkat, saya tidak menolak, jika Najib terus berkuasa sekitar lima (5) 2018-2023, Negara sebetulnya sedang menenmpah jalan bankrap.

(7) Di dalam dunia penuh kebobrokan soal-soal kesaksamaan tidak wujud. Keadilan adalah perkara paling tidak diutamakan. Akibatnya, dalam dunia kebobrokan yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin terus melarat. Julat pendapatan terus meningkat dari menguncup seperti jelas ditunjukkan oleh Carta di sebelah. Kegiatqan mencari untung berlebih mengila. Sebegitu juga belanja untuk berdagang juga terus meningkat akibat keperluan tumbuk rusuk, dsb. Keadaan ini menjadikan biarpun ekonomi kita berkembang, namun perkembanagnnya tidak menjurus kepada perkembangan produktif. Keadaan ini menimbulkan mulanya (2013) tentang keresahan perkembangan perniagaan lalu akhirnya menimbulkan keserahan rakyat. Keresahan sosial telah menjadikan rakyat kini banyak hilang pertimbangan. Inilah kesan kebobrokan sistem yang telah era Najib wujudkan sehingga ianya memuncak pada 2018 dan kini. Alhamdullillah dan In Shaa Allah selagi kita berpunya ramai yang berIman dan berTaqwa, Allah tidak akan membenarkan itu untuk terus berlaku dan memporak perandakan kita. Mei, 9 2019 mengerakkan hati umat Melayu di Negara ini untuk tampil menyelamatkan keadaan dengan mahu menukarkan Kerajaan yang ada.

(8) Tempoh 2019-2020 adalah tempoh bagi Malaysia untuk memulihkan segala kebobrokan sistem yang telah era Najib cipta dan tinggalkan. Bermula dari Jun 2018 sehingga Disembar 2020, iaitu sekitar 30 bulan, jika kita renung secara alami, itulah adalah tempoh biasa bagi sesuatu kontrak dapat disiapkan dengan baik. Kebanyakan kontrak Kerajaan contohnya untuk membina Sekolah, Hosiptal bah Jambatan dsb, selalunya perlukan tempoh kontrak sekitar 30 bulan. Seringnya, jika kontraktor berwibawa dan utuh, selalunya sesuatu kontrak sederhana akan dapat disiapkan sempurna dalam tempoh 30 bulan. Maka Kerajaan kini saya perkira memelukan tempoh selama sekuarag-kurang 30 bulan untuk memperbaiki banyak perkara. Maka Malaysia In Shaa Allah akan berjaya melangkah bergaya ke berwajah baru pada 2021. Cuma prasyaratnya, Kerajaan Malaysia (GOM) yang ada harus punya wibawa dan keutuhan capability and integrity yang tinggi

(9) Secara ringkas dan umum, saya berani mengatakan bahawa Malaysia mempunyai asas-asas yang kukuh untuk kembali pulih. Alhamdullilah dan In Shaa Allah masih ramai dari golongan cerdik pandai dan rakyat kita yang berpunya wibawa dan keutuhan tinggi, asas-asas ekonomi kita adalah pelbagai diversified, rakyat kita mudah berubah suai flexible skills and knowledge, dan kedudukan kita adalah amat strategik; inilah perkara-perkara pokok yang boleh menjulang kita kembali kuat dan berjaya.  Ketangkasan pemulihan ekonomi Malaysia khasnya dari segi agihan saksama kekayaan Negara, just wealth distribution tergantung kepada ketangkasan GOM dalam memusatkan dayausaha mereka kepada empat perkara pokok iaitu (i) menyusun semula Pentadbiran Negara kepada Good Governance - Sifar Rasuah dan Sifar Pembaziran dan Pemudahcara; (ii) Rule of Laws - Salah Tetap Salah; (iii)  Agihan Saksama dan (iv) Rural-GLC Synergy

(i) Islam tidak lain, adalah hukum-hukum atau peraturan-peraturan Allah agar kita mengurus diri dan sekeliling kita dengan baik. Islam adalah Peraturan Tadbirurus Sempurna Good Governance kepada manusia secara individu dan seluruh mahluk ciptaanNya. Maka atas dasar, kita harus Percaya Kepada Tuhan seperti termaktud di dalam Rukun Negara, maka kita harus menterjemahkan cara Allah mentadbir alam sebagai cara kita Adeen dalam mentadbir diri dan segala urusan kita. Keadilan dan penunaian hak-hak adalah asas kepada Tadbirurus Sempurna Allah. Allah tidak menafikan hak sesiapa dan hak tertentu adalah tertunai dengan penuh keadilan. Maka teras kepada Tadbirurus Negara harus menjurus untuk berlaku adil serta menunaikan hak-hak yang berhak secara adil. Tiada siapa harus dinafikan hak mereka. Sebagai Negara yang majoriti rakyatnya adalah Muslim dan beragama, kita harus berasa malu jika sebuah Negara seperti Amerika sangat menjamin keadilan hak rakyatnya, sedang kita tidak. Hak rakyat ke atas Negara harus jelas dan sevbegiylah sebaliknya. Tiada siapa harus dibenarkan menafikan hak sesiapa. Segala unsur yang boleh menafikan sistem keadilan Negara haruslah dikekang hebat. Rasuah contohnya adalah salah satu unsur jijik yang sangat menafikan hak mereka yang berhak. Sebegitu juga dalam soal-soal salah guna kuasa. Sistem pentadbiran kita harus bersifat Sifar Rasuah, Sifar Pembaziran dan Sifar Salah Guna Kuasa. Jika kita lihat pemerintahan sekejap Umar Abdul Aziz, sesungguhnya dia mampu menjulang kegemilangan pemerintahan Islam lantaran kemampuannya untuk menyingkirkan tiga perkara tersebut di mana beliau bersikap trully professional dan zuhud.

(ii) Allah menetapkan apa saja harus mengikuti ketetapanNya. Contohnya, kehangatan hanya wujud jika adanya haba. Adanya cahaya, maka hilangnya gelap. Cahaya hadir bersama haba. Samalah, adanya makanan maka hiduplah apapun. Tanpa air, tiadalah makanan dan apapun. Segala kegiatan hidup kita Allah tetapkan ada peraturannya. Sholat, puasa, Haji, makan, minum, jimak, berkeluarga, berjiran dan segala macam, semua ada peraturannya. Semua ini disebut sebagai hukum. Ada hukum wajib, sunat, harus, haram, dan makruh. Setiap sesuatu ada tahap ganjaran dan hukumannya. Itulah fitrah hukum Allah. Dia menyuruh kita untuk memerhati dan berfikir tentang keliling kita untuk memahami dan akhirnya patuh. Jika segala hukum Allah kita patuhi, maka hidup kita dan sekeliling kita In Shaa Allah dalam rahmat penuhNya. Maka bertitik tolak dari situ, atas dasar Percaya Kepada Tuhan dan Keluhuran Perlembagaan (dan Undang-Undang) maka Kerajaan dan rakyat harus bertegas untuk mengujudkan segala peraturan, undang-undang malah perlembagaan yang boleh menjamin hak semua pihak. Contohnya bagi mengekang masalah rasuah, kebocoran dan salahguna kedudukan, tiba masanya kita harus ada undang-undang yang boleh menjauhkan sesiapa dari melakukan tiga perkara buruk tersebut untuk Negara ini. Jika undang-undang itu harus berbentuk severe maka kenapa harus kita was-was untuk melaksanankannya. Sesungghuhnya Hudud Allah adalah peraturan yang cukup severe. Contoh dalam prihal rasuah, due deligent tentang tahap rasuah tersebut perlu dilakukan. Jika ianya melibatkan kepenting awam dan keselamatan Negara, maka hukum berat sehingga merampas segala harta yang berkaitan perlu dilakukan. Jika harta yang ada tidak mencukupi untuk menebus nilai dosa rasuah beliau maka harta-harta lain yang ada kaitan dengan beliau juga harus dirampas. Kita perlu menghukum perlaku jenayah rasuah awam ke tahap paling berat agar dosa-dosa dunia belqaiu terhapus,/i> dan beliau In Shaa Allah menjadi teladan mengekang rasuah yang hebat. Kita harus ada sikap jelas tentang kebencian kita kepada segala genjala yang boleh merosakkan Negara dan rakyat. 

(iii) Di alam nyata, bagi mereka yang jitu memerhati dan berfikir; segala-gala hak Allah berikan secara saksama kepada yang berhak. Gunung, lembah, sungai, laut, belantara dsb ada pada hak masing-masing. Cacing ada haknya. Sebegitu juga lembu. Hak cacing dan lembu ditentukan kepada darjat dan tanggungjawab mereka. Cacing tidak sekali-kali mengugat hak lembu. Malah cacing membantu dalam menyediakan hak kepada lembu lewat pengkumohan decomposition segala bahan sehingga menjadi baja bagi kesuburan rumput untuk makanan lembu. Lembu pula membantu untuk menunaikan hak cacing dengan menghadam segala rumput untuk keperluan cacing. Sebegitu prihal serangga, burung malah monyet. Sangat teliti dan adil pengagihan hak oleh sistem azali Allah. Maka di Negara ini, Kerajaan harus terus membina sistem di mana segala apapun terus saling mendokong dan tidak ada satupun menjadi perasit kepada yang lain. Sistem Kerajaan harus menjurus kepada memudahcara apapun keperluan rakyat di peringkat manapun. Jika kita mampu mengadakan segala sistem yang saling mendokong, saya yakin In Shaa Allah kita akan menjadi kuat dan berjaya.

(iv) Kita sedar atau tidak, rakyat di Negara ini terdiri dari empat temaddun yang cukup berbeza. Rakyat keturunan Cina, mereka mewarisi temaddun Yang Tze sekitar 5,000 tahun dahulu. Sama bagi rakyat keturusnan Inda dari Indus dan Arab dari Babylon. Sesungguhnya rakyat pribumi Negara ini biar Melayu, Dayak dan Kedazan-Dusun, kita tidak terbina dan mewarisi temaddun besar seperti kaum Cina, India dan Arab. Bahkan kita juga jauh tertinggal biar dari kalangan dari keturunan Eropah (Barat). Demografi rakyat pribumi yang cukup jauh ketinggalan dari segi warisan dan pengalaman ketemaddunan, perlu diperakui dan diurus dengan bijak. Mereka tidak mahir dalam putar belit dan hubungan perdagangan, khasnya bila Negara ini sudah berada dalam kelompok Negara Perdagangan Trading Nation. Untuk cepat-cepat memperbaiki keadaan ini, sesungguhnya bukanlah perkara mustahil lantaran Allah telah memberikan hidayah yang cukup tinggi kepada pemimpin-pemimpin  kita terdahulu. Abdul Razak telah Allah berikan ilham dan hidayah untuk menubuh Felda, Felcra, Ridsa, MADA, KEMUBU, MARA, Bank Bumiputera dan segala macam institusi lalu kemudiannya dirombak dan deiperkukuhkan oleh Mahathir sehingga terlahir segala macam GLC bagi mengurus prihal ekonomi kaum pribumi. Maka jika difahami benar-benar, sesungguhnya dalam sistem dunia yang penuh cabara ini, kalangan pribumi tidak mungkin dan boleh untuk bangkit besar tanpa dokongan Kerajaan. Namun peranan Kerajaan dalam mendokong kaum pribumi, tidaklah boleh secara menantang minyak yang penuh. Peranan Kerajaan ini boleh dilakukan secara lain khasnya oleh para GLC yang ada. Para agensi dan GLC yang telah Razak, Husein dan Mahathir bina adalah mekanisma paling ampuh dalam melonjak keupayaan dan ketangkasan pribumi untuk mendapat taraf saksama dalam agihan kekayaan ekonomi Negara. Sesungguhnya kewujudan semua agensi dan GLC ini adalah menepati tuntutan susila Melayu: Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Allah telah memberikan kepada pemimpin terdahulu akan wadah bagi pembentukan pemaufakatan Melayu dan pribumi lainnnya. Cuma, para pendokong GLC ini harus berpunya rasa Iman dan Taqwa kepada Allah yang tinggi agar jiwa mereka penuh dengan segala keinginan untuk membina keperkasaan Ummah. Peranan Kerajaan adalah untuk memastikan semua GLC dan agensi ini berbuat apa yang mereka mesti buat pada norma-norma suci dan murni.

(10) Sesungguhnya, jika kita bijak melihat dan mengambil manafaat dari sifat majmuk rakyat Malaysia yang dibauri oleh empat temaddun hebat dunia dari segala penjuru: Arab (Babylon), India (Indus), Cina (Yang Tze), Barat (Eropah) di mana kaum pribumi yang menjadi asasnya (70 perastus), adalah suatu kekuatan yang tidak dimiliki oleh banyak Negara di dunia ini. Amerika dan Kanada mungkin menghampiri ciri-ciri demografi Malaysia, namun struktur politik mereka menjadikan mereka lain dari Malaysia. Mungkin hanya Malaysia yang mempunyai ciri-ciri demografi rakyat yang cukup menarik ini. Di bumi ini, rakyat asal pribumi dan asing memilik hak-hak yang sama, di mana nilai-nilai ini tidak kedapatan biar di Amerika Bapa Demokrasi sekalipun Sesungguhnya, Allah menghadirkan ini di Malaysia, adalah dengan sebab untuk memberikan kita hak sebagai penyumbang hebat pembinaan peradaban manusia yang cukup sempurna di sebelah sini. Prejudis kaum, agama dan ras yang telah ditanam hebat oleh para penjajah Barat: Cina adalh kominis, India adalah kuli, Arab kaki rasuah, Melayu adalah pemalas, Dayak adalah lanun dan Kedazan-Dusun adalah Backward Hill Tribes kekal mengakar kuat dalam jiwa kita sehingga biar telah merdeka melebihi separuh kurun, kita masih kekal perjudis tebal. Kita terus melihat kaum-kaum yang ada dari sudut jenama yag telah para penjajah berikan kepada kita. Kemakmuran dan kesejahteraan mutlak yang Allah hamparkan di depan kita, terhalang dan malah kian punah lantaran kita tidak melihat segala-gala dari sudut mahabijaksana kehendak Allah. Kita melihat segala-gala dari sudut sempit kepentingan masing-masing.

(11) Untuk membuktikan bahawa kita benar-benar menyukuri nikmat Allah kepada kita, Melayu wajib mengambil sikap melihat segala-gala dari kehendak hakiki Allah ke atas kita hadir di sini sebegini di waktu ini. Kerajaan dan Melayu di Negara ini perlu kini melakukan sesuatu dengan tegas dan berani bagi meletakkan diri kita dan Negara ini untuk terus mendapat rahmat mahaluas Allah. Hutang tinggi dan kebobrokan yang dilakukan untuk sekian lama adalah suatu penyakit yang Allah sengaja datangkan agar kita sedar, insaf dan cekap berIman dan Taqwa. Jika Umar Abdul Aziz boleh melakukannya dalam tempoh sekitar dua tahun, kenapa kita tidak?

Kuching, Sarawak
2-9 Mei, 2019


#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.