.

2/5/19 RAMADHAN ADALAH PENANDA SIAPA DIRI KITA

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - May 22, 2019

Share

& Comment

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud: " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.......".

(2) Secara biasa-biasa kita sering didengarkan dan atau berfikir betapa pada sepanjang Ramadhan para syaitan itu terkurung atau terbelenggu, maka dengan itu manusia terlepas dari segala godaan syaitan. Apakah benar manusia bebas dari godaan syaitan di bulan Ramadhan? Atau apakah maksud sebenar para syaitah terbelenggu? Tulisan secara theologi Islami mengenai perkara ini banyak boleh kita capai di mana-mana. Dari sudut theologi Islami yang pernah saya dengar dan baca, maksud terbelenggu, terikat atau terkurung bukanlah membawa erti secara fizikal para syaitan itu dibelengu, ikat, rantai atau terkurung. Ianya lebih kepada konsep terhalang. Hadangan godaan syaitan pada bulan Ramadhan tidak tertanggung kepada syaitan tetapi lebih kepada keImanan dan keTaqwaan Muslim itu sendiri. Kemampuan para Muslimin dalam menahan nafsu dari apapun adalah pagar atau rantai yang menghadang syaitan dari mendekati mereka. Contoh, para Iblis paling tidak berani dengan Umar Al Khataab. Para Iblis sangat menjauhi Umar, lantaran kental Iman dan Taqwa beliau. Pokok pangkalnya adalah kekuatan Iman dan Taqwa Muslim itu sendiri menjadi rantai atau kurungan buat para syaitan dari menggangu mereka. Secara Islami, kekuatan Iman dan Taqwa di bulan Ramadhan adalah dinding penghadang manusia dari godaan syaitan. Jika itu sebegitu, tidakkah Iman dan Taqwa adalah pelindung bagi manusia pada masa manapun dari godaan syaitan, dan ianya tidak terbatas hanya di bulan Ramadhan?

(3) Allah sengaja menjadikan Ramadhan sebagai bulan di mana Dia mengikat segala syaitan, ada hikmah tersendiri yang semua Muslim harus tahu. Sesungguhnya, di bulan Ramadhan, khasnya di malam Lailatul Qadar adalah malam di mana Allah menurunkan Kalam Al Quran dari Arasyi ke Langit Bawah. Dari langit bawah, kemudian Jibril menyampaikan Ayat-Ayat Al Quran secara berperingkat-peringkat kepada Muhammad SAW selama 23 tahun kemudiannya. Sesungguhnya, mengikut pemahaman saya, rantai kepada para syaitan di bulan Ramadhan dan pada sebilang masa adalah Al Quran. Al Quran yang Allah turunkan kepada manusia, adalah lawan kepada segala kehendak jahat syaitan jika kita mengerti dan mematuhinya.

(4) Kita tangguh dulu prihal tafsiran theologi Islami sebenar akan maksud para syaitan dibelengu di bulan Ramadhan.  Dalam tulisan ini, biar saya mengutarakan logika dari maksud dan kesan bahawa di bulan Ramadhan para syaitan terbelenggu, dirantai, diikat atau terkurung. Katalah dari sudut bahasa biasanya, para syaitan benar-benar secara fizikal terikat, terbenggu atau terkurung, maka bolehlah kita berkata Ramadhan = Bulan Bebas Syaitan; Satan Free Month. Allah atas kuasaNya, tiada halangan untuk Dia mengikat atau merantai para syaitan. Maka jika ini benar, manusia di bulan Ramadhan adalah manusia sebenar-benarnya manusia iaitu dia bebas dari pengaruh syaitan. Pada bulan Ramadhan, manusia adalah dirinya sendiri he is himself. Jika ini benar, kesannya sangatlah luas. 

(5) Bagi saya, adanya bulan Ramadhan adalah cara Allah hendak menunjukkan kepada diri kita siapa kita sebenarnya. Ramadhan adalah bulan memuhasabah diri, bulan menilai dan mengenal diri sendiri. Kita boleh menentukan siapa diri kita secara sendiri-sendiri, bila bulan Ramadhan itu muncul. Dalam kata lain, bulan Ramadhan adalah kayukuran tentang siapanya diri kita, khasnya dari sudut Iman dan Taqwa. Kita boleh membandingkan di tahap mana Iman dan Taqwa kita dengan melihat darjah kepatuhan kita berbanding manusia-manusia lain di sekeliling kita. Di bulan Ramadhan, banyak pantang larang serta banyak pula perkara-perkara ibadah yang wajib dan harus kita lakukan berbanding dengan bulan-bulan lain. Inilah bulan di mana kita diminta untuk tekun dan rajin beribadah. Inilah bulan bagi mengukur tahap kepatuhan kita kepada suruhan Allah. Di bulan inilah, Allah berikan kesempatan untuk kita menilai tahap keImanan dan keTqwaan diri sendiri. Contohnya, jika ada manusia lain menuding betapa Iman dan Taqwa kita adalah lemah pasti kita akan marah atau sakit hati. Tetapi dengan cara membebaskan manusia dari pengaruh syaitan, khasnya di bulan Ramadhan bermaksud kita adalah kita, kita tersendiri, maka siapa kita bila tidak terpengaruhi syaitan adalah kita yang sebenar. Maka, contohnya jika kita suka berbohong di luar Ramadhan, maka kita boleh mendakwa bahawa sifat pembohong kita itu adalah hasil godaan syaitan. Tetapi jika di bulan Ramadhanpun kita tetap berbohong, maka dapatlah dirumuskan biar tanpa syaitanpun kita tetap pembohong. Dengan itu maka bolehlah dirumuskan bahawa kita adalah sebetul-betulnya kita adalah pembohong tegar.  Khasnya bagi orang Melayu yang marah digelar pemalas, cuba lihat apakah kita pemalas di bulan Ramadhan atau tidak? Jika di bulan Ramadhan, di mana Allah memberikan ganjaran berlipat ganda lewat membuka pintu Syurga di atas apapun kebaikan yang kita buat, kita tetap bermalas-malas sehebat malasnya kita di bulan-bulan lain, maka tidak usahlah kita marah atau berkecil hati jika dijenamakan sebagai bangsa pemalas. Di bulan Ramadhan, tiada sebab untuk umat Melayu khasnya untuk berdalih-dalih dalam apapun, lantaran sikap kita seharusnya berebut-rebut mengerjakan kebaikan lantaran kebaikan di bulan Ramadhan nilai ganjarannya adalah sangat tinggi. Ibarat jika dibayar gaji besar, kita harus tidak malas. Saat upah tinggi disediakan, tahap kerja kita mesti lebih tekun, tangkas dan beyond expected. Namun, saya perhatikan, sebilangan besar bangsa Melayu cukup lesu dalam banyak hal bila saat datangnya Ramadhan. Kerja mereka tidak focus. Ketangkasan mereka juga jauh berkurang. Mereka cukup menghidar kerja-kerja berat apa lagi jika perlu keluar menantap matahari. Puasa sering dijadikan alasan. Dari melihat Ramadhan sebagai bulan penuh rahmat, sebilangan Melayu melihat Ramadhan sebagai bulan disandarkan segala alasan untuk "berundur"

(6) Dalam kata mudah, jika kita sama saja (atau mungkin lebih teruk) sepertinya tidak di bulan Ramadhan, maka hakikatnya itulah kita sebenarnya. Perit getir berpuasa di sepanjang Ramadhan sepertinya tidak mendatangkan rasa sedar dan insaf kepada diri kita untuk berubah ke jalan kebaikan. Apa lagi bagi yang seronok berpuasa, itupun tidak mengentalkan kecintaan kita kepada kebaikan yang dituntutkan.

(7) Sebagai gambaran bertapa puasa Ramadhan belum boleh memberikan kesan mendalam kepada banyak umat Melayu akan saya gambarkan dengan mengambil suatu fenomena hebat yang kini sedang melanda Negara. Fenomena tersebut adalah penjajaan Badut MaluApaBossku. Sosok dan watak utamanya, seseorang telah dituduh berlaku onar dalam kerjayanya. Dalam konsep kebertangungjawaban, dia bolehlah dikatakan sebagai telah pecah amanah. Dalam tulisan ini, biar saya ringankan pertuduhan ke atas beliau dari pecah amanah kepada kealpaan. Saya menggunakan kealpaan sebagai gantian pecah amanah lantaran itulah dakwaan pembelaan iaitu beliau mengatakan bahawa dirinya telah didecieved; tertipu = dikelirukan. Seringnya, bila kita alpa, maka kita sering 'tertipu' dan atau dikelirukan. Salahnya adalah kita alpa. Saya terima walau dengan berat hati masalah 'tertipu' yang beliau cuba permainkan. Bagi saya pada kedudukan darjat beliau, masalah decieved adalah mustahil lantaran beliau dikelilingi oleh mereka yang pakar dalam bidang-bidang berkaitan. Sebagai seseorang yang berkuasa penuh serta bertanggungjawab berat, dia dalam keadaan apapun, harus berpunya kumpulan mesyuarah dan atau pemikir yang hebat-hebat bagi meneliti apapun yang harus beliau putuskan khasnya bila melibatkan kepentingan rakyat dan Negara. Sesungguhnya, dia bukan sekadar dituduh, bahkan sedang disiasat hebat bukan sahaja di Negara ini, bahkan di negara-negara lain. Beberapa bukti-bukti sahih telah menunjukkan kealpaan jelas beliau dalam amanahnya. Banyak pihak di luar Negara telah terhukum berkait dengan kealpaan beliau tersebut. Femomenalnya, dari menginsafi kealpaannya, dia malah rela dijadikan simbol betapa malu itu tidak perlu. Beliau sedang bergaya di mana-mana bertopengkan tiada malu. Dengan bertopengkan MaluApaBossKu hakikatnya, lantaran dia adalah Melayu, berada dalam masyarakat majoriti Melayu, sesungguhnya dia sedang dilanda malu besar. Dalam budaya Melayu, sesorang yang tidak tahu malu atau ada malu, sesungguhnya dia sedang dalam kehinaan. Topeng MaluApaBossKu  hanyalah penutup kehinaannya. MaluApaBossKu sedang melahirkan fenomenal biar alpa biar terkeliru Melayu harus jangan ada malu. Bibit-bibit Melayu jangan pernah malu sedang tumbuh subur jika tidak dibendung pantas.

(8) Sesungguhnya, malu adalah susila adat Melayu. Susila malu pada Melayu adalah terapan hebat keIslaman yang mereka pegang. Dengan adanya malu, Melayu menjadi santun, luhur, susila dan cukup dihormati. Intipati Kesopanan dan kesulilaan dalam Rukun Negara adalah manifestasi Melayu agar bangsa-bangsa di Negara ini ada pegangan kepada sikap ada malu sebagai personal and communal enforcement element dari berbuat sebarang perkara tidak baik. Bahkan ianya juga sebagai pendorong kepada Melayu harus turut baik-baik, lantaran jika tidak berbuat baik sedang masyarakat berbuat baik, maka itu pasti menimbulkan juga rasa malu. Melayu yang hilang malu, apa lagi Melayu yang tidak tahu malu, sesungguhnya, jatidiri Melayunya telah luntur atau tiada. Sesungguhnya, malu adalah tonggak Melayu. Cuba perhatikan, dalam menuntut hutang, bila berkali-kali tuntutan tidak tertunai, seorang Melayu sejati, biar menuntut hutangpun dia sudah merasa malu. Itu menuntut hutang, bukannya berhutang. Melayu paling malu untuk berhutang. Berhutang sesama Melayu paling memalukan Melayu. Melayu juga rasa malu bila dirinya tertipu. Biar tertipupun Melayu berasa malu, apa lagi untuk menjadi penipu. Makanya, Melayu cukup malu untuk menipu. Bahkan, malu menjadikan Melayu untuk ikut-ikut berbuat amal kebaikan. Cuba lihat di Aidil Fitri dan atau Adha, semua Masjid akan sesak lantaran Melayu malu jika tidak sholat sunat Aidil Fitri dan Adha. Sebegitu juga, biar tidak berpuasa, Melayu pasti malu untuk mengaku tidak berpuasa. Sesungguhnya, jatidiri malu pada Melayu cukup luas maksud dan kesannya dari sudut nilai-nilai keIslaman mereka. Bagi Melayu, malu adalah teras nilai-nilai keIslaman mereka. Dalam Islam, malu adalah benih-benih kesucian diri. Melayu yang tidak tahu malu adalah Melayu yang bibit-bibit kesucian hatinya sedang menuju kegelapan yang pekat.

(9) Fenomenal, bila di bulan Ramadhan, malu yang menjadi asas keIslaman Melayu, sedang dijaja dan disemarakkan sebagai MaluApaBossKu. Dirinya dan para pendokongnya megah menjaja sifat Tidak Perlu Malu. Jika di bulan Ramadhan kita tiada malu, maka sebegitulah sifat sebenar kita secara azalinya. Biar ada atau tiada syaitan, malu yang menjadi dinding perlakuan buruk kita, kita robohkan dan nyahkan nilai-nilai tersebut.

(10) Saya mungkin kelihatan picky dalam pemilihan teladan dalam tulisan ini. Namun, cuba perhatikan Al Quran. Sengaja Firaun, umat Lut, Yahudi bahkan Luqman Al Haqim dan sosok tertentu dijadikan teladan tepat dalam pembicaraannya. Asasnya adalah itulah teladan benar dan itulah yang wajib dihidari dan atau dipatuhi. Saya memilih Badut MaluApaBossKu lantaran sosok-sosok dan watak-watak itu adalah nyata di depan mata.

(11) Maka dalam fenomenal Badut MaluApaBossKu, jika benar dia alpa, maka seharusnya, khasnya di bulan Ramadhan yang penuh keterbukaan pintu Syurga ini dia harus membantu Kerajaan bagi membawa semua mereka yang telah decieving him ke tengah. Jika benar kealpaannya adalah atas khilafnya maka, bantulah Kerajaan untuk membawa pulang khazanah Negara yang telah being decieved. Saya sebel, saya kecewa sebetulnya, bila dia mengaku being decieved tetapi dari berusaha cuba menghukum para pengkhianat berkenaan kini gelagatnya dia tetap tidak bersalah sehingga didapati bersalah. Benar dari hukum duniawi, namun di mana letakknya susila Ramadhan. Dia berpegang bermati-matian kepada tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah namun lupa kepada konsep jika dia sedar, dia harus insaf. Tuntutan insaf ke atasnya mengikut Islam adalah taubat. Taubat bermaksud, kita harus berhenti dari terus melaku dan atau bersekongkol melakukan keburukan. Paling afdal, kita harus berusaha mengembalikan segala-gala kepada jalan baik asalnya. Bagi kita umat Melayu, tuntutan adat sangat mudah; memohon maaf dan bantulah pulihkan keadaan. Dia harus berani untuk berjiwa besar dengan menjadi saksi Negara dalam membawa pulang segala khazanah Negara yang dicuri akibat 'kekeliruan'nya. Membela Negara jauh lebih mulia dari membela diri. Jika itu sikap beliau, In Shaa Allah rahmat Syurga Allah luas terbuka untuknya.

(12) Sesungguhnya, konsep perundangan yang berpegang kepada tidak bersalah selagi tidak dibuktikan salah mempunyai gandingannya iatu the onus is on the accuse to prove he is innocent. Dari apa yang kita sedang lihat, dia lebih rela dijadikan Badut MaluApaBossKu seolah-olah dia benar hanya atas dasar not yet proven wrong, namun apa bukti yang telah dan sedang dia ketengahkan untuk mengesahkan bahawa dia tidak bersalah? Sejak 2013, rakyat mahukan bukti tentang "kebenarnya" namun sehingga kini dia tetap making people as clowns. Sepertinya, dia lebih suka memilih jalan popular dari proses mahkamah, professionalisma apa lagi Islami sebagai jalan pembelaan diri. Sesungguhnya, saat para isteri SAW terfitnah, SAW mengasingkan diri dan diam khalwat. Beliau berjanji akan khalwat selama sebulan penuh. Namun pada hari ke 29 beliau bubar berkhalwat sehingga para sahabat mengingatkan beliau bahawa sebulan bermaksud 30 hari. Namun SAW bertegas, sebulan tidak semestinya 30 hari, boleh saja 29 hari. Dari peristiwa tersebut, maka Hisab Ramadhan boleh 29 dan atau 30 hari, dan ini kini telah diterima sebagai piawaian hitungan hari dalam sebulan bagi seluruh dunia. Namun, saya melihat kesan paling besar atas sikap SAW tersebut adalah pertalian antara Ramadhan, khalwat dan jalan penyelesaian fitnah. Bagi Badut MaluApaBossKu dan para pendokongnya, jika mereka mengerti, bilamana kita yakin tidak bersalah sehingga dibuktikan salah; katakan sedang berdepan dengan "fitnah", maka sikap atau jalan yang ditunjukkan oleh SAW adalah teladan terbaik; diam, khalwat. Ramadhan harus dijadikan bulan untuk diam dan khalwat memuhasabah diri. Bahkan SAW menanganinya secara cukup professional iaitu dengan membiarkan para sahabah melakukan "sisatan". Maka, janganlah biar para syaitan sedang dipasong ie Allah hadangi dari mengaggu kita di bulan Ramadhan, sifat dan sikap kitapun seperti tiada beda dalam keadaan sedang kerasukan syaitan.

(13) Maka harus semua mulai sedar, mahabijaksana Allah dalam mengkhususkan Ramadhan sebagai bulan penuh rahmat dan menghalang Syaitan dari menganggu manusia, benarlah, jika di bulan Ramadhanpun kita jahat maka sahih kita adalah penjahat dan sebegitulah sebaliknya. Kita adalah diri kita di bulan Ramadhan. Mahabijaksana Allah, bulan Ramadhan adalah bulan bagi kita memuhasabah siapa dirinya kita. Ramadhan is the month specially designed by Allah for one to see the truly himself.

(14) Semoga semua cuba mengerti rahsia-rahsia Ramadhan seluas-luas dan sehalus-halusnya dalam waktu kita mengamalkan puasa dan segala ibadah berkait dengannya. Salam Ramadhan.

Kuching, Sarawak
22 Mei, 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.