.

1/9/18 MALAYSIA SEDANG PARAH .... apakah ada jalan keluar bagi Sarawak?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - September 04, 2018

Share

& Comment

Selangor,  Wilayah Persekutuan KL dan Sarawak adalah tiga wilayah yang menyumbang tinggi kepada ekonomi Negara. Inilah kelompok negeri dan wilayah yang menyumbang hampir atau lebih dari 10 peratus dari KDNK Negara. Selangor adalah penyumbang tertinggi dengan sumbangan sebanyak 22.7 peratus. Sabah, Pulau Pinang dan Perak adalah kelompok seterusnya yang menyumbang lebih dari lima (5) peratus dari KDNK Negara. Lain-lain wilayah atau negeri menyumbang kurang dari lima peratus. Secara perbandingan, biar Sarawak adalah antara wilayah yang paling miskin, namun peranannya dalam menyumbang kepada pendapatan KDNK Negara adalah cukup baik berbanding Kelantan, Kedah, Sabah, Trengganu jika dilihat dari sudut paras kemiskinan di negeri-negeri dan wilayah ini.

(2) Malaysia kini sedang melangkah menuju Negara maju dengan jalan penuh ketempangan. Sasaran asal untuk kita bertaraf Negara Maju adalah pada 2020. Itulah matlamat Wawasan 2020 (W2020) yang dilancarkan pada 1990. Namun akibat salah tadbir ekonomi sejak 2003 sehingga 2018 dan paling utama pada tempoh 2009-2018 di mana keberhutangan Negara telah disalah guna bukan sekadar di peringkat Kerajaan tetapi juga di peringkat GLC, maka untuk Malaysia menghambat taraf Negara maju pada 2020 adalah agak sukar. Malaysia kini sedang dalam keadaan di mana dana awam sangat terhad dan menipis, dana GLC menguncup, serta struktur ekonomi yang masih tidak sihat, maka ditambah dengan nilai hutang yang sangat tinggi, maka secara keseluruhan dana Negara (awam dan swasta) untuk dapat memacu Negara ke jalan perkembangan ekonomi yang cergas adalah sangat sukar. Paling parah, rakyat di Negara ini juga berpunya hutang pribadi yang sangat tinggi. Semua ini, jika diletakkan dalam sebuah bakul basket in, maka inilah faktor-faktor penting yang sedang mengheret turun nilai Ringgit. Lantaran itu, putaran ganas permasalahan ekonomi Negara (dan rakyat) akan terus berkitar dan boleh sangat menyulitkan.

(4) Banyak pihak berpendapat, memandangkan hutang rasmi kita masih dalam julat piawai iaitu sekitar 60 peratus dari nilai KDNK, maka selagi paras tersebut kita jaga, maka kita harus tiada kegusaran. Pada tahun 2017, kadar hutang kita adalah pada julat 50.9 peratus sebagaimana dinyatakan oleh Kerajaan lepas. Pada tahun 1990, kadar ini adalah tertinggi pada nilai 80.74 peratus dengan kadar paling rendah pada 31.8 peratus pada 1997. Namun bila Kerajaan PH terbentuk, angka hutang Negara telah berubah dengan mendadak dari bernilai sekitar RM670 billion seperti di dakwa Kerajaan terdahulu, kini telah mencecah RM1.02 trillion iaitu penambahan sebanyak 50 peratus iaitu mencecah hampir-hampir ke 100 peratus nilai KDNK Negara (2017). Benar, Amerika mempunyai nilai hutang yang jauh lebih besar dari KDNK mereka. Sebegitu juga Jepun dan China. Namun mereka tetap boleh terus maju. Malaysia pada 1990 juga mempunyai nilai hutang berbanding KDNK yang sangat tinggi. Membanding negara-negara tersebut dengan Malaysia adalah terlalu bersifat simplistic tanpa kita melihat secara mendalam struktur ekonomi mereka. Persoalan paling jelas, apakah perbedaan atau persamaan asas-asas struktur ekonomi mereka berbanding Malaysia? Kedua, bagaimanakah corak demografi masyarakat mereka? Paling perlu diketahui, bagaimanakah bentuk urustadbir Negara mereka?

(3) Malaysia boleh berbanga lantaran secara umumnya, ekonomi kita jauh lebih baik dari kebanyakan Negara lain. Asas ekonomi kita lebih luas serta maju. Sektor Perkhidmatan bukan saja telah menjadi penyumbangan terbesar kepada pendapatan Negara (54.3 peratus KDNK 2016) malah telah menjadi sektor yang paling banyak menyerap tenaga kerja kita (53.5 peratus pada 2012). Ini bermaksud bahawa rakyat Negara ini, kebanyakan sudah berada dalam bidang kerjaya yang lebih selesa dan mudah. The Malaysian economy is a newly industrialized market economy and it is the fourth largest in Southeast Asia ranking the 35th largest in the world. Malaysia is the third richest economy in Southeast Asia by the value of GDP per capita. The economy of the country is highly diversified and robust. Malaysia had a GDP by PPP of $815.6 billion and a nominal GDP of $296.2 billion in 2015. The country recorded a GDP growth rate of 5.0% in 2015. In 2015 Malaysia's PPP GDP per capita was estimated at $26,300.20 while the nominal GDP per capita stood at $9,776.206. Mengikut sasaran W2020, nilai KDNK Negara disasar mencapai RM990 bilion berbanding RM115 bilion pada 1990. Pada 2018, KDNK Negara dijangka mencecah RM1.002 trillion, iaitu kita dijangka akan melepasi paras RM1 trillion. Bermaksud dari segi KDNK, kita telah berjaya. Dijangkakan juga pendapat per kapita rakyat akan mencecah U$11, 237 pada akhir 2018. Pada 2020 rakyat Malaysia disasar menjadi empat kali lebih makmur dari 1990. Pendapatan per kapita rakyat diunjur mencapai $15,000.00 atau RM60, 915.00. Dari segi pendapatan per kapita, kita masih berada 25 peratus di belakang sasaran kita. Sesungguhnya, dari segi fiskal, Negara ini tidak jauh dari sasaran W2020, namun dari segi taraf hidup, rasanya kita masih jauh dari sasaran sebenar. Maka apakah halangan utama untuk Malaysia memecut pantas ke depan bagi mencapai kehidupan makmur dan sejahtera?

(4) Kita sudah terlalu dekat untuk mengecapi Negara Maju - makmur dan sejahtera, namun sepertinya sejak 2015 keresahan hidup rakyat kian memuncak sehingga pada 9 Mei, 2018, rakyat seperti memberontak membuang Kerajaan yang telah mereka percayai sejak 61 tahun lepas untuk mengurus Negara. Sejak 2003 sehingga 2018, Negara bergerak terlalu perlahan dalam membina kemakmuran dan kesejahteraan hidup rakyat. Biarpun sebegitu, hutang kita melambung tinggi dan segala macam bentuk subsidi asas telah dilupuskan. Najib dalam asakan keresahan rakyat terus-terus menyatakan "Tidak usah gusar tentang hutang. Hutang akan tetap berbayar". Cuma hairannya, beliau terus tidak dapat atau cuba menjawab "Hutang untuk apa, dan bagaimana membayarnya?". Negara menghadapi hutang tinggi, tiada kesan baiknya kepada kehidupan rakyat, malah wang terus hilang. Malaysia benar-benar dalam keadaan masuk angin, keluar asap, hasil tiada.

(5) Ambil persoalan tioritis. Sarawak menyumbang 10 peratus dari KDNK Negara. Maka secara kasar, Sarawak juga menyumbang 10 peratus dari kutipan GST. Kutipan GST kini sedang diambilkira sebagai Pendapatan Negara. Kutipan GST dianggar sebanyak RM45 billion setahun. Maka untuk itu, Sarawak pasti menyumbang sekitar RM4.50 billion kutipan GST setahun. Maka untuk tempoh 2017-2022, berapakah sumbangan GST Sarawak? Saya menjangka pasti melebihi RM30 billion selaras dengan pertumbuhan ekonomi Negara dan Negeri. Berapakah ongkos pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB)? Bagi tempoh 2017-2022, Kerajaan BN memaklumkan RM22 billion telah diperuntukan untuk itu. Maka,  LPB tidak dibiayai oleh hutang, tetapi dibiayai sepenuhnya oleh rakyat Sarawak sendiri. Maka hutang Nasional untuk siapa? Jika tidak ada untuk rakyat Sarawak, maka kenapa rakyat Sarawak perlu dikenakan GST untuk menampung bukan hutang mereka? Tidakkah Sarawak juga telah dan sedang menyumbang kepada KDNK secara lainnya? Maka sesungguhnya, rakyat Sarawak tanpa perhitungan teliti telah tertipu dengan Projek LPB yang selama ini semua pihak sedang bangakan.

(6) Sesungguhnya, jika Kerajaan BN dapat mengawal nafsu, GST dan rasionalisasi segala macam subsidi saya kira boleh mendatangkan dana dan penjimatan dana mencecah RM70-80 billion setahun. Nilai ini cukup untuk digunakan untuk memajukan Negara (Belanjawan Pembangunan) dengan baik. Tanpa GST dan dengan pelbagai subsidi, secara tahunan kita masih boleh memperuntukkan sekitar RM50b untuk Pembangunan. Maka dengan GST dan rasionalisasi subsidi, pasti kita boleh membelanjakan sekitar RM100-120 billion untuk Pembangunan. Kita tidak perlu berhutang untuk membangun Negara. Gandingan Wang GST dan Rasinalisasi Subsidi digabung dengan sumber kewangan segala GLC dan swasta di Negara ini, kita pada hakikatnya tidak berpunya masalah kewangan. Cuma, hapraknya nafsu Kerajaan BN memunsnahkan segala-gala.

(7) Sesungguhnya, kewangan Negara ini telah terlalu lama di samun. Sistem kita, dari yang paling tinggi sehingga melata ke mana-mana sudah bobrok. Lantaran itu, biar sebanyak mana perolehan Negara, rakyat yang menjadi tunggak kepada kekuatan ekonomi Negara tidak pernah mendapat pulangan yang sewajarnya. Negara makmur, yang mengaut laba hanyalah sedikit, rakyat hanya menghidu rasa dengan penuh kelaparan. Persoalannya, kini kita harus bergerak ke depan. Segala penyamun, biarlah undang-undang dan kudrat Allah menentukan nasib mereka. Jalan kita harus bagaimana?

(8) Jika dilihat kepada jalan pertunjuk Allah, terutama dengan mengambil contoh dari wujudnya Umar Abdul Aziz (717-720), Malaysia kini yang sedang tenat boleh saja memilih jalan beliau. SAW wafat pada 632 dan Umar Abdul Aziz wujud sekitar 85 tahun selepas beliau. Menurut Adi Ibn Hatim dari SAW "Allah akan menurunkan mujaddid iaitu seseorang yang memperbaharui agamanya, setiap 100 tahun sekali". Umar Abdul Aziz iaitu cucu kepada Umar Al Khataab telah melakukan perubahan keatas urustadbir Negara yang cukup tidak popular di kalangan bangsawan Ummaiyah tetapi banyak memihak kepada rakyat. Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz adalah satu-satunya Khalifah Islam yang berjiwa besar dan merupakan seorang Khalifah Bani Umaiyah yang paling agung. Watak dan keperibadinya adalah berlainan dengan sebahagian besar khalifah-khalifah Bani Umaiyah yang tegas dan zalim. Jika sebahagian besar daripada khalifah-khalifah Bani Umaiyah banyak menghabiskan kekayaan negara untuk kepentingan hawa nafsu mereka tetapi berlainan pula dengan keperibadian Khalifah Umar yang agung dan suci ini. Beliau sesungguhnya adalah seorang khalifah yang sangat bertaqwa terhadap Allah s.w.t. menyukai hidup sederhana dan zuhud serta berusaha kuat untuk mengembalikan pemerintahan negara kembali semula kepada dasar-dasar Islam yang murni. Justeru ketaqwaannya, beliau menegakkan kembali keadilan pemerintah sebagaimana yang pernah berlaku semasa zaman pendahulunya Khalifah Umar Al Khattab r.a. Dan dalam banyak aspek, beliau yang sangat sederhana serta menjauhi kesenangan itu pernah dikatakan sebagai menyerupai kehidupan pendahulunya Khalifah Umar Al Khattab yang termasyhur itu.

(9) Di peringkat Nasional, Mahathir bukan sekadar harus mengerakkan semua sistem untuk kembali bekerja secara Bersih, Cekap dan Amanah (BCA) untuk rakyat dan Negara, namun dia harus dengan cepat merobah sistem ekonomi kita lari dari terlalu bergantung kepada urusan berbentuk speculative. Bursa Saham KL telah dijadikan Medan Judi untuk mereka yang bernafsu jalang. Najib merosakkan sistem ekonomi kita lewat urusniaga speculative. Najib juga telah memesongkan para talented Malays menjadi najis-najis speculative. Anak-anak Melayu yang "bijak-bijak" ini dari berkerja keras untuk Melayu dan Negara, mereka telah bekerja keras demi nafsu jalang mereka.  1MDB, FGV dan segala GLC kita telah Najib niagakan secara speculative. Najib menjebak Negara dalam perniagaan berkonsepkan riba dan harapkan untung berlebihan. Inilah NBOS Najib agar kita akan beroleh untung besar dan cepat, namun kerana sistem itu tidak Allah restui maka kita dan generasi ke depan sedang menghadapi musibah hutang dan bebanan hidup sebagaimana sedang kita hadapi.  Wang kita lesap. Hasil tidak kembali kepada rakyat. Sesungguhnya, perjalanan hidup SAW, para sahabah besar beliau malah di kalangan para pengikut setia beliau, mereka semua menjalani hard form of business transaction. Mereka terlibat dalam segala urusan secara fizikal. Tiada unsur-unsur speculative. Najib berTasbih dan Salawat secara besar-besaran di serata Negara, namun anih, Salawatnya bukan untuk menghayati sifat zuhud SAW tetapi sekadar meraih jenama Islam dan Melayu untuk kerakusan kuasa. Maka, Mahathir harus berkerja kuat menyusun kembali segala sistem yang ada dan dengan segera moving the Nation toward the real business engagement dan benar-benar mengamalkan pengurusan berjimat cermat. Segera kembalikan kepimpinan dan saf Umat ke jalan Al Quran seperti yang beliau telah perkatakan. Saya yakin, inilah roh iaitu semangat baru yang Mahathir boleh gerakkan untuk mengerakkan seluruh rakyat Malaysia kembali bersama beliau seperti pada mula-mula beliau menjadi PM. Anwar Ibrahim punya bakat tinggi dalam menjerap roh ini kepada Umat Melayu untuk bangkit pada jalan benar. Beliau harus membantu Mahathir untuk menzuhudkan sistem kita yang telah terbuai oleh nafsu jalang. Anwar harus bersabar dan berserah kepada Allah untuk kapan dia harus mengambilalih kuasa dari Mahathir. Jangan ada usaha untuk menyisihkan sesiapa dari kudrat seperti telah Allah tentukan. Saya yakin roh ini In Shaa Allah akan mendapat restu Allah swt. Jika ini berlaku, In Shaa Allah dalam 2-3 tahun, Malaysia akan menjadi jauh lebih makmur dan sejahtera.

(10) Buat Sarawak, terus terang saya katakan perubahan dari Barisan Nasional (BN) ke Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak jelas boleh memberi semangat baru kepada Abang Johari dan pasukannnya. Rakyat Sarawak saya kira tidak teruja dengan adanya GPS. Lantaran kelemahan BN dalam membawa arus perubahan ketara kepada Sarawak, biar BN telah bertukar menjadi GPS, maka GPS sedang dan akan terus dilihat sebagai BN 2.0. GPS adalah saki baki BN. GPS sedang dibayangi oleh sejarah rakus BN. Masalah ini, bukanlah terletak sepenuhnya pada GPS. Inilah kelemahan BN biar di peringkat Pusat juga Negeri. Fenomena feel good Adenan Satem, Tok Nan tidak bertahan lama selepas kematian beliau. Sebaik mengambilalih kuasa Tok Nan menunjukkan dengan jelas sikap anti rasuah dan bekerja untuk rakyat. Beliau juga kelihatan tegas dalam menuntut hak Sarawak dari Kuala Lumpur. Tok Nan benar-benar membawa fenomena feel good kepada rakyat Sarawak. Lantaran itu, rakyat kembali padu mendokong BN. Cuma, langkah berani Tok Nan tidaklah berapa berani sangat, kerana dia masih bertolak ansur dalam membenarkan sisa-sisa BN di dalam Kerajaan Sarawak (GOS) yang kini diwarisi oleh Abang Johari. Bahkan pada PRU14, Abang Johari seharusnya berani menampakkan integriti beliau dengan melakukan perubahan ketara dalam pemilihan calun-calun Parlimen, namun sikap bertolak ansur terlalu ditekankan sehingga BN mencapai kemenangan paling tipis dalam sejarah politik Sarawak. Maka, ditambah dengan sikap BN dan kini GPS yang kelihatan lari dari focus bekerja untuk rakyat telah melunturkan fenomena Feel Good Tok Nan tersebut. Rakyat khasnya golongan berpelajaran atau muda, hampa di atas ciri-ciri BN yang masih untuh di dalam GPS. Selain itu, dengan kemunculan Mahathir dengan sikap anti rasuah dan penyusunan kembali sistem tadbirurus Negara ke arah konsep bekerja secara Bersih, Cekap dan Amanah dan Pakatan Harapan (PH) New Force berbanding dengan tekeh-tekeh, sisa-sisa Budaya BN yang masih ada di dalam GPS, pasti akan memberikan rakyat ruang untuk mencari alternatif yang lebih baik. Saya yakin dengan wujudnya PKR dan Bersatu di dalam PH, ini akan terus mewujudkan persaingan antara keduanya untuk menerajui PH. Dengan faktor Mahathir, Bersatu kini kelihatan adalah peneraju PH dan ini pasti kurang disenangi oleh PKR. Atas faktor ini, Sarawak pasti menjadi percaturan dalaman PH sehingga jika betul caranya pasti akan menguncang GPS. Sedang di sisi lain, GPS mungkin agak payah untuk diterima ke dalam PH atas faktor PKR dan DAP Sarawak. Mengikut filem Penyamun Tarbus P Ramlee, watak Apek Tukang Kasut adalah sangat menepati keadaan GPS iaitu Ilup Susah, Matipun Susah. Inilah dilema politik GPS terutama PBB di Sarawak akibat keonaran BN-UMNO. Jika tiada langkah berani segera dari GPS, saya menduga, PBB tetap menang dalam PRN 2021, namun menang yang kalah.

(11) Adakah jalan keluar bergaya bagi GPS dan atau PBB? Atau beranikah GPS dan atau PBB membuat langkah revolusi bagi menyakinkan rakyat Sarawak bahawa, GPS bukan sisa-sisa BN dan tidak akan berperangai seperti BN?

(11) Sesungguhnya ada saja jalan yang telah Allah pertontonkan. Bagi Allah, setiap sesuatu kejadian, pasti ada jalan keluarnya, dengan syarat kita bijak menilai jalan yang telah Dia berikan. Bagi saya, kita mungkin seronok dan megah bercerita prihal tumbangnya Kerajaan Ummayah Damshek, muncul Abbasiyah Baghdad, malah munculnya Kardoba di Sepnayol dan Famitah di Mesir. Namun, semua tidak kekal biar Kerajaan hebat Othmaniah sekalipun. Mereka hancur itu satu hal. Apa yang harus kita teliti adalah Kenapa satu muncul dan menguat di atas keruntuhan yang lain? Apa tidak mungkin GPS boleh belajar dari fenomena tengelam timbulnya Kerajaan Islam lepas, malah temaddun besar lepas? Apa baiknya sehingga Baghdad, Damshek, Kahirah, Cordoba, Istanbul malah Moghul hebat? Tidakkah asalnya mereka semua berdiri atas memenuhi kehendak rakyat? Sebelum berdirinya Damshek, Baghdad, Kaherah, Istanbul, Moghul dsb, tidakkah rakyat mereka tertindas hebat oleh Byzanthium dan Farsi malah Monggol? Maka kenapa pula mereka runtuh? Rom runtuh, Byzanthium runtuh, banyak lagi runtuh, semua kenapa? Palin hampir kepada kita sendiri, kenapa UMNO gagah untuk selama 60 tahun? Namun kenapa UMNO terkecundang pada 9 Mei., 2018? Tidakkah jawabannya semua sama?

(12) Sesungguhnya, SAW dari belum janin sehingga beliau wafat, hidupnya penuh zuhud. Apakah beliau tidak pernah kaya raya dan paling berkuasa? Siapa berani menentang SAW di saat kalangan seperti Abu Bakar, Uthman, Umar, Ali, Khaleed Al Waleed, Abi Suffian, Abdul Rahman Aus dsb berada bersama beliau. Apa saja kemahuannya pasti tertunaikan, jika dia mahu. Namun pada saat sebegitu paling berkuasa, beliau memilih pembalasan di akhirat sebagai keutamaannya maka beliau memilih zuhud sebagai jalan teladan terbaik. Beliau mengutamakan Umatnya dari segala-gala yang lain. Seperti Najib di Malaya, Sarawak juga sering menganjurkan Bersalawat Ke atas SAW. Kita berselawat untuk apa? Berdoa kebaikan untuk SAW? Apakah beliau perlukan itu bila Allah telah memuktamatkan apa haknya? Seharusnya, kita berselawat untuk mengigat teladan pribadi beliau, bukan berselawat untuk meraih jenama Islam dan Melayu demi kerakusan kuasa. Perhatikan contoh lainnya, pada 1628 Shah Jehan menguasai Moghul, ke manakah arah tuju kepemimpinan beliau? Beliau leka membangun kemewahan dan menikmati keindahan Mumtaz Mahal sehingga lupa derita rakyat. Shah Jehan lupa kepada rakyat. Khazanah Negara dibelanja untuk kemewahan diri dan para pembesar talibarut. Akhirnya, anaknya Aurang Zeb mengurung beliau untuk terus pedih menyaksikan Taj Mahal dari kejauhan. Maka dari dua perkisahan nyata dua sosok paling berkuasa ini, apakah GPS terutama Bumiputera dalam PBB boleh berfikir akan langkah wajar yang seharusnya mereka lalukan.

(13) Bumiputera sebagai teras PBB dan GPS mesti berani mengambil langkah hebat untuk berubah bagi meningkatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Abang Johari perlu berani merombak dan menyusun kembali budaya politik, pentadbiran dan koprat di Sarawak. Time is an essence untuk Abang Johari menampakkan his true people oriented leadership. Bagaimana?

(14) Jika apa yang saya sebutkan di atas sebagai terlalu theological atau philosophical, maka mari kita melihat kepada 1860, bila Abraham Lincoln berkata "My dream is of a place and time where America will once again be seen as the last best hope on earth". Tidakkah semua akan mendapat nikmat jika Sarawak adalah maju makmur sejahtera? Jika ya, maka harus kenapa pentingkan diri? Kita tidak kaya lantaran kita kaya. Kita kaya bila pada saat payah kita bijak dan bersyukur. Kemudian JF Kennedy pada 1917 berkata "Ask not what your Country can do for you...". Maka kenapa harus menagih jasa dari rakyat? Apa jasa kita yang ikhlas buat rakyat (Negeri)? Inilah nilai-nilai demokrasi yang menjadikan Amerika Modern terus kekal juara dari 4 Julai, 1776 sehingga kini. Sesungguhnya semua ini, lantaran Allah memberikan ilham kepada sesiapapun yang terus mahu berfikir untuk menghambat kemakmuran dan kesejahteraan hidup untuk semua secara jujur. Bagi Umat Islam, itu harus menjadi pertunjuk tentang jalan Iman dan Taqwa yang wajib menjadi pilihan kita dalam menghambat dunia dan Syurga secara bersama. Kita melalui Selawat ke atas SAW, memperakui kebenaran belaiu,  harus yakin dan percaya dengan janji Allah dengan pernyataanNya sekitar lebih kurang bermaksud sebegini "Kamu hendakkan dunia, Aku berikan dunia, jika kamu hendakkan akhirat, Aku berikan Akhirat" dan sesungguhnya "Kamu adalah siapa diri kamu"

(15) Maka rakyat Sarawak sedang menanti harapan. Siapakah yang terdahulu menampakkan jelas tentang harapan masa depan Sarawak maka di situlah rakyat akan menumpahkan sokongannya. Abang Johari dan GPS jangan mudah selesa seperti biasanya lantaran now the opposition is the Government, the Big Brother. The game and the battle field had changed. Ramai anak Sarawak boleh berfikir untuk membantu. Bahkan ramai mahu bekerja untuk membantu. Cuma budaya di sekeliling Abang Johari, I know better than the others, all those circle of little Napolean telah menjadi the Great Wall of China antara Abang Johari dan mereka yang mahu membantu.

Kuching, Sarawak
5 Sept., 2018

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.