.

2/8/18 MAHATHIR-ANWAR ADALAH RACUN DAN PENAWAR ... pasti boleh saja kembali jadi racun berbisa, apakah kita sadar?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - August 17, 2018

Share

& Comment


Pemerhatian saya, rasanya sikap kenegaraan rakyat Negara kini telah susut dengan teruk sejak timbulnya krisis Mahathir-Anwar pada 1998. Puncak semangat kenegaraan kita adalah bila Mahathir mengambil langkah mengikat kekal nilai Ringgit kepada Dollar US; fixed U$ to RM3.80. Pada masa itu kita berasa kita sebagai sebuah Negara Bangsa punya jati diri yang kukuh dalam menentukan arah tuju dan kemandirian kita. Pastinya dunia heboh dengan cara Mahathir. Dunia, terutama Amerika yang ditunjangi Kapitalisma Yahudi, tiba-tiba rasa tercabar. Bukan cabaran apa yang mereka takuti, sesungguhnya melalui Mahathir Allah jelas menunjukkan bahawa urusniaga speculative dan apa lagi nilai Dollar U$ yang sebenarnya tidakpun disandarkan pada nilai apapun, tetapi telah menghantui dunia, boleh saja dikalahkan. Yahudi dan Amerika cukup takut, jika semua Negara mengikuti jejak Mahathir; pasaran speculative yang mengkayakan Yahudi dan Amerika pasti punah. Musnahlah kemegahan mereka. Tidak ada orang Islam dan cendikiawan Islam melihat ini sebagai keberanian dan kebijaksanaan luar biasa Mahathir yang Allah ilhamkan kepada beliau khasnya dan dunia Islam umumnya.  Sesungguhnya, dunia Islam terlalu kerdil untuk faham bahawa keberanian dan kebijaksanaan Mahathir tersebut adalah pertunjuk dari Allah untuk seluruh umat Islam ikuti dalam perjuangan mereka untuk bebas dari cengkaman imperialisma Barat. Pada 1990an, dunia Islam dicengkam kuat oleh Barat dan pada 2000an, dunia Islam menjadi porak peranda sepertinya kekalahan Othmaniah dalam WWII. Cinta seluruh rakyat Malaysia kepada Negara ini menjulang pada saat kita dapat membebaskan diri dari menerima akibat keruntuhan nilai Ringgit.

(2) Sesungguhnya, tanpa semangat Kenegaraan yang utuh, Negara pasti goyah. Amerika bangkit gagah lantaran We are America. Itulah pegangan mereka pada saat mereka mengistihar perang dengan British pada 1775. Jepun yang punah akibat ledakan bom atom pada 6 Ogos, 1945, dalam tempoh kurang dari 50 tahun bangkit menjadi salah satu gergasi dunia lantaran kekentalan semangat Samurai mereka. Sama dengan Jerman, semangat kenegaraan meruntuhkan tembok Berlin pada 9 Nov., 1989. Sama dengan Vietnam pada 30 April, 1975 Ho Chi Minh menyatukan Selatan dan Utara membentuk Vietnam. Lihatlah bagaimana semangat kenegaraan Vietnam yang kerdil mundur dapat mengalahkan Perancis, Amerika dan kini China. Sama dengan China. China kian menjadi hebat lantaran CCP. Pada 25 Disembar, 1995 USSR hancur lantaran semangat Kenegaraan wilayah-wilayah jajahannya kukuh. Arab punah ranah lantaran kenegaraan mereka juga punah ranah. Sunnah SAW yang menyatukan mereka pada landasan Islam punah ranah lantaran sikap amanah mereka pudar oleh pancingan Barat terutama Amerika dan Yahudi.

(3) Sifat kenegaraan rakyat Malaysia mulai pudar bila timbul krisis Mahathir dan Anwar pada 1998. Krisis itu timbul hanyalah bersebab kegilaan kuasa mereka di sekliling Mahathir dan Anwar. Saya melihat, kedua mereka terkorban oleh keadaan. Segala macam perkara dalam kain terdedah. Pesan Al Quran, tutupilah aib kamu dan sahabat kamu, terhambur di segala jalan dan denai di seluruh Negara. Rakyat jadi hilang keyakinan kepada sesiapapun. Rakyat keliru. Negara ini terus keliru bermula dari 1998-2018. Rakyat terus keliru dan mengapai-gapai bila Abdullah suka tidur dan Najib rusuh, buru-buru. Siapa pilihan rakyat? Rakyat terus binggung. Mei, 9, 2018 rakyat mengenepikan segala sentimen lalu mencuba nasib dengan melemparkan sokongan kepada Pakatan Harapan pimpinan Mahathir (dan Anwar).

(4) Pada ketika dunia Islam di Timur Tengah kian hancur di tangan Barat, China sedang mara untuk menganyang seluruh Nusantara, Afrika dan Asia Tengah lewat OBOR Silk Road. Mereka melalui pelbagai FDI yang anih-anih cara perlaksanaan dan bentuknya, dan paling merbahaya Umat Melayu di Negara ini kian tersisih hebat. Kewujudan Forest City di Johor, Industrial Park di Kuantan, Malacca Gateway di Melaka serta bermacam-macam lagi di Pulau Pinang, Langkawi, Sarawak, Sabah dsb dalam bentuk FDI China cukup mengerunkan masa depan Melayu. Allah seperti janjiNya, Dia tidak akan pernah mengabaikan Islam dan mereka yang teguh berIman, Dia memberikan peluang kepada Mahathir-Anwar untuk menyelamatkan keadaan setidak-tidaknya di Negara ini dan Nusantara. Setidak-tidak Erdogan tidak sendirian di Asia Barat-Tengah. Sedang di tengah-tengah dunia Barat, Allah sedang menanam bibit-bibit cendikiawan Islam tumbuh bagai jamur di musim hujan. Sebegitulah mahabijaksana Allah dalam menjaga Islam dan mereka yang berIman.

(5) Pastinya, banyak pihak bertanya, apakah ukuran sifat kenegaraan rakyat. Jawaban mudah, tetapi berat adalah sifat kenegaraan sangat bergantung tentang sikap rakyat terhadap Negara. Asasnya adalah soal kesetiaan rakyat kepada Negara. Memang banyak kayukuran untuk menentukan sikap setia rakyat kepada Negara. Cuma mungkin faktor paling rengkasnya, adalah bagaimanakah sikap rakyat terhadap kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Segala sikap positif dalam menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan Negara, pasti itu adalah sikap setia seseorang terhadap Negara; vis bersih, cekap, amanah dsb. Segala sifat yang boleh memudaratkan kemakmuran dan kesejahteraan Negara pasti itu tanda sikap khianat seseorang terhadap Negara; vis rasuah, salah guna kuasa, lengai, dsb. Di zaman SAW, kesetiaan sesorang jelas terpampang di saat perang, biar apa terjadi, akan ada tenteranya yang sanggup berbuat apapun menegakkan panji-panji Islam. Menegakkan dan mengibar panji-panji Islam adalah tanda taat setia pengikut SAW terhadap Islam. Bagi kita, apakah kita sentiasa berasa seronok dan bersemangat untuk mengibarkan jalur gemilang? Itulah lambang setia dan bersyukurnya kita terhadap Negara ini.

(6) Kemelut politk Malaysia sejak 2003-2018 di mana hal-hal rasuah dan salah guna kuasa menjadi tunjang kemelut Negara, telah menghakis hebat semangat kenegaraan terutama di kalangan anak-anak muda di Negara ini. Masalah pengangguran dan kenaikan sara hidup di luar kemampuan mereka menjadikan mereka berasa hampa. Mereka terpelajar, mereka bercita-cita, namun mereka hopeless. Memang benar, jika diperhati secara kasar, rakyat masih mampu membeli belah, bahkan dakwaan sebahagian pihak, bahawa Melayu masih ramai mampu untuk ke Umrah dan Hajj, namun sesungguhnya pandangan sebegitu adalah dari mereka yang sudah tertutup mata hati mereka. Inilah sebetulnya kalangan segelintir Melayu yang sudah lupa daratan. Hujah sebegitu, terus dipertahankan oleh para pemimpin UMNO yang menunjangi politik Negara menjadikan umat Melayu akhirnya melihat mereka sebagai harapkan pegar, pegar makan padi.  Ini adalah 2018, bukan lagi 1960an. Kini harapan kehidupan life expectation Melayu adalah amat tinggi. Mereka ingin hidup sebagai bangsa sebuah negara yang sedang pesat maju. Mereka tidak ingin kembali ke zaman payah 1980an apa lagi 1960an. Melayu, sebermula 1998-2018 mulai hilang harapan, hilang rasa kenegaraan semua gara-gara politik gila kuasa yang tidak mendatangkan rahmat besar kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

(7) Bersyukur kita kepada Allah. Dia Al Rahman. Dia Al Rahim. KasihNya kepada kita tidak pernah kurang. Mahathir-Anwar adalah racun pada 2003-2018, kini Mahathir-Anwar Allah datangkan sebagai penawar. Apakah kita sedar akan rahmat Allah ini? Jika rahmat itu tidak kita sadari dan manafaatkan secepat dan seutuhnya, Mahathir-Anwar boleh saja kali ini adalah racun paling bisa untuk seluruh Umat Melayu. Sadarkah kita, dan bagaimana sikap kita?


(8) Dalam tulisan saya terdahulu:1/8/18 MELEWATI 100 HARI ....di manakah harapan kita?, saya katakan, masalah terbesar kita adalah kebobrokan yang terlalu meluas telah Kerajaan Kleptokrat BN terdahulu lakukan. Kerajaan kini, adalah Kerajaan yang diselubungi oleh segala macam kebobrokan lepas. Kerajaan kini adalah ibarat sang miskin yang mendapat hadiah rumah bobrok. Maka untuk mengharap Mahathir melakukan keajaiban di atas 10 janji PH dalam waktu 100 hari, sesungguhnya tidak semudah lidah berjanji. Kini kuncu-kuncu kleptokrat lepas sedang menempelak Mahathir "Kalau tak boleh tunaikan janji, kenapa berjanji" seolah-olah mereka lupa yang mereka pernah "menjanjikan Syurga seandainya mereka diundi." Sistem kleptokrat BN sebetulnya yang telah meruntuhkan sikap kenegaraan rakyat. Lantaran kleptokrat, khazanah Negara telah tidak dimanafaatkan untuk Negara. Khazanah Negara berubah dari segala kemudahan untuk rakyat menjadi Equanimity, kereta-kereta mewah, kediaman mewah-mewah serta segala kehidupan mewah segelintir pemimpin-pemuka Melayu. Lebih tepat penyamun rakyat. Maka cabaran paling hebat Mahathir kini adalah bagaimana untuk mengembalikan semangat kenegaraan di seluruh Negara agar rakyat kembali bersatu memusatkan membina kembali Negara.

(9) Di Sarawak dan Sabah sikap kenegaraan saya kira adalah paling tipis kini. Mana tidak, berapa lama harus Sabah dan Sarawak terus menjadi fixed deposit untuk Putera Jaya kaut, sedang Sabah dan Sarawak terus miskin tegar. Sarawak dan Sabah tercorot dalam segala bidang sosio-ekonomi. Kini, Kelantan dan Trengganu pasti ingin menumpang perjuangan Sabah dan Sarawak ke atas hak-hak mereka. Soal pemimpin Sabah dan Sarawak sangat rasuah itu prihal lain. Sarawak dan Sabah tidak mendapat hak mereka, itu harus diteliti segera dan janganlah berdolak dalik. Tanpa jalan bijak dan berani; kemungkinan di tangan Mahathir akan retaknya Malaysia. Demi Islam dan Melayu sejagat, kita minta Allah jauhkan ini. Semoga penemuan Mahathir bahawa tiada jalan lain harus dipilih melainkan jalan Al Quran akan membawa semua pulang membina Malaysia yang makmur sejahtera untuk semua.

(10) Jika di bawah Kerajaan Kleprokrat, kerakusan rasuah dan kegilaan kuasa telah merundumkan sikap kenegaraan rakyat, namun pada 9 Mei 2018, atas sikap cintakan Negara yang masih tersisa, rakyat membuang UMNO dan BN yang telah 61 tahun berkuasa. Kini PH telah diberikan rakyat sebagai pembangkit obor kesetiaan kenapa Negara, namun atas faktor kebobrokan yang terlalu hebat telah Kerajaan Kleptokrat lakukan, maka harapan yang rakyat tagih kian terlalu pudar untuk ditunaikan cepat. Khilaf yang terlalu khilaf buat Mahathir dan Kerajaan PH lakukan adalah dalam cara mereka menjelaskan tentang kenapa janji 10 perkara yang tidak dapat mereka tunaikan segera. Khilafnya, mereka boleh menyatak keadaan yang menyukarkan penunaian janji tersebut, tetapi tidak usahlah berkata janji itu bukan khitab. Saya kira, cukup jika mereka terus berkata In Shaa Allah kita akan bekerja keras untuk memulihkan keadaan dan akan menunaikan janji secepat mungkin. Berhentilah berpolimik politik dengan rakyat. Just tell the truth in a non-political way, just say things straight professionally and work hard to resolve what needed to be resolved.

(11) Maka kembali kepada tajuk tulisan ini, Mahathir-Anwar pernah merintis jalan ke arah kegemilangan Negara ini di awal 1990an. Namun lantaran gagal menghadapi dugaan Allah, krisis Mahathir-Anwar di akhir 1990an telah bertukar menjadi racun kepada jalan yang pernah mereka rintis. Mereka terlalu mudah untuk disabung oleh kalangan tamak di sekeliling mereka. Biar kini, mereka sudah berjabat tangan dan saling memaafkan, racun itu kini sedang banyak pihak hamburkan,
agar kesatuan Mahathir-Anwar kali ke dua ini, akan terus menjadi racun dan bukan penawar. Musuh-musuh Mahathir-Anwar di dalam dan luar Negara sedang mengadun agar kali ini kedua mereka adalah racun paling berbisa untuk Umat Melayu dan Islam di sebelah sini. Musuh-musuh Mahathir-Anwar kini jauh lebih licik dan tertenaga. Mereka sudah punya orang dalam yang gagah dan orang luar yang luas untuk mengadun racun paling berbisa bagi membunuh kedua-duanya. Mereka berdua, kian dilihat sebagai kuasa yang harus disekat demi kebangkitan Islam apa lagi demi kedaulatan sebenar Bangsa dan Negara ini. Di samping itu, kalangan opportinist di sekeliling mereka juga cuba meraih simpati dai natara keduanya. Akibatnya, opportunist ini akhirnya bersabung dan atau bergabung dengan circle pada keduanya untuk terus bertarung tanpa mendatangkan kebaikan kepada Negara. Inilah golongan pengkhianat musang berbulu ayam  Saya tidak berminat untuk berbicara lanjut tentang ini. Cukup sekadar saya katakan kedua-dua Mahathir dan Anwar harus saja menumpu untuk membina Negara dengan kesadaran mereka berdua boleh saja menjadi racun berbisa dan juga penawar. Saya ingin mengutarakan jalan agar mereka terus jadi penawar hebat rahmat Allah dalam pembinaan temadun Islam dan  peradaban manusia yang hebat di sebelah sini.

(12) Melihat kepada sosok Mahathir, beliau adalah seorang pemimpin teknokrat yang sangat genious untuk umat Melayu. Kita banyak berpunya pemimpin. Kita juga banyak berpunya teknokrat. Bahkan kita juga banyak kepemimpinan teknokrat. Namun kita ketandusan pemimpin teknokrat yang genious. JIkapun mereka genious namun tahap geniuos mereka terbatas kepada bidang-bidang teknokrat. Mahathir genious dalam national management technocratic fileds. Dia seorang ahli politik yang genious.  Genious bukanlah bermaksud Mahathir itu serba hebat. Genious Mahathir adalah lantaran dia boleh nampak siapa yang boleh membantunya untuk bekerja secara berkesan. Biar kawan, biar lawan, kepada Mahathir itu semua tidak penting, yang utama adalah kebolehan sesiapapun untuk bekerja bersama beliau.  Beliau, hasil dari ketelitiannya dalam bekerja, In Shaa Allah akan dapat mengatasi apa saja masalah teknokratik yang sedang dan akan kita hadapi. Yang paling utama, Mahathir dapat memberikan jalan penyelesaian teknokrat yang cukup genious dalam menyelesaikan masalah-masalah pokok kita. Mahathir pada masa ini adalah yang terbaik Allah masih sisakan untuk kita. Beliau berpunya keazaman tinggi dalam berbuat apapun. Beliau berbuat apapun lewat kajian yang teliti. Beliau tahu siapa yang boleh membantu beliau dalam menangani apa-apapun masalah. Mahathir seorang yang punya disiplin berkerja berpasukan yang cukup teliti dan utuh. Dan paling utama, apapun yang beliau lakukan, beliau membuat demi kesejahteraan dan kemakmuran masa depan Umat Melayu.

(13) Masalah yang dihadapi oleh Negara kini bukanlah sesuatu yang mudah. Kita bobrok dari sudut ekonomi. Ekonomi kita tumbuh, tetapi tumbuh tidak melata. Ekonomi kita kian dikuasai oleh pendatang asing. Ekonomi rakyat sedang diregut hebat oleh pendatang asing. Asas ekonomi rakyat sedang bercelaru. Di bidang sosial kita juga bobrok parah. Perpaduan antara kaum hancur. Kesejahteraan beragama turut haru biru. Amalan Islam di Malaysia kian haru biru. Keselamatan awam juga tidak ketentuan. Kita haru biru dalam terlalu banyak hal bertunjangkan keharu biruan politik. Politik kita politik sasau. Negara perlukan kesatuan jiwa dan fikiran untuk bangkit gagah. Dalam erti kata mudahnya, dan mengenali saikologi Melayu, apa yang penting jiwa dan semangat kenegaraan mereka perlu segera dipulihkan bukan dengan mengharap tetapi padu menyumbang. Kita harus membawa Melayu keluar dari sikap mengharap. Kita perlu tanam kembali semangat mahu menyeinsing lengan di kalangan umat Melayu. Melayu mesti dibangkitkan untuk menyumbang. Maka melihat kepada sosok Anwar yang petah berpidato, beliau adalah permata di tengah lumpur umat Melayu. Anwar boleh mengukuhkan semangat kembali menyumbang kepada seluruh umat Melayu. Di saat itu dapat Anwar lakukan, maka dengan segala penyelesaian di peringkat teknokrat yang Mahathir jalankan, In Shaa Allah, Malaysia pada 2020 akan lebih bersedia untuk mara lebih jauh.

(14) Maka untuk tempoh 2-5 tahun ini, biarlah Mahathir meletakkan jalan teknokratik terbaik sebagai asas untuk Anwar memimpin Negara dengan lebih bergaya dan dalam penjelmaan reformed yang terbaik. Anwar jangan buru-buru untuk meregut kuasa kebijaksanaan teknokrat pada Mahathir. Let Mahathir deliver all the necessary economic and institutional reform needed as the new foundation to excel the Nation. Anwar harus ingat sejarah Negara. Tanpa usaha gigih Razak sebagai genius Negara, Mahathir tidak akan pernah sampai ke mana-mana.  Pandangan saja, biarlah Anwar kini menumpu untuk membina PH sebagai Parti Besar untuk kita menuju ke arah sistem dua parti. Usahakan agar PKR, DAP, Amanah, Bersatu, malah GPS dan Warisan melebur dalam PH yang hebat. Anwar should focus to Malays' mentality and Malaysian political reform. Untuk itu, Mahathir harus menyisih dari politik dan menumpu di bidang pengurusan Negara. Lepaskan politik kepada Anwar, Muhhyidin, Muhamad Sabu, Lim Kit Siang, Abang Johari dan Shafie Apdal. Mereka ini harus mengambil langkah berani dalam penjelmaan reform politik dan jiwa kenegaraan kita. Semua pihak harus berjiwa besar. In Shaa Allah saya yakin, pada saat asas-asas ekonomi dan institusi kita telah kukuh, serta penjelmaan mentaliti Melayu dan politik Negara yang ampuh, Anwar akan dapat memimpin PH dalam PRU 15 dengan penuh bergaya dan mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Jangan dibunuh UMNO dan BN. Biarkan mereka juga sama-sama menjelma menjadi badan politik alternatif dan berwibawa Negara. Telah tiba masanya kita seluruh rakyat Malaysia berjiwa besar.

(15) Telah terlalu lama Melayu bertelingkah. Kita banyak bertelingkah yang melemahkan diri kita. Biarlah kita berpegang kepada apa Al Quran minta; yang benar, benarlah dan perlalukan gigih, yang salah, salahlah, maka menyisihlah kita. Kita amalkan kehendak Taqwa yang Ala Quran tutntutkan kepada kita.

(16) Kejayaan penjelmaan reform ekonomi dan institusi Mahathir jika digabung dengan kejayaan penjelmaan reform mental Melayu dan politik Negara oleh Anwar, In Shaa Allah Melayu akan melangkah bergaya di persada Nusantara dan dunia. Umat Melayu dan Islam seluruhnya akan terbela oleh Mahathir dan Anwar yang berjiwa besar. Sesungghnya, kejayaan Umar Abdul Aziz dalam membawa perubahan kepada kehidupan sebenar kepada rakyat Damsyik  pada 717-720 adalah dengan melakukan penjelmaan reform ekonomi, institusi dan politk (mental)
dalam Kerajaan Ummayah. Sesungguhnya Allah telah menunjukkan jalan jelas buat Mahathir, Anwar dan umat Melayu untuk teliti dan teladani.
Kuching, Sarawak
17-27 August, 2018

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.