.

2/1/15 BAGAIMANA ISLAM ITU BANGKIT.... bagaimana ianya runtuh, apa mungkin ia kembali bangkit? (draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - January 18, 2015

Share

& Comment

Perhatikan suatu detik terpenting bagi seorang kanak-kanak, katakan umuran setahunan. Permulaan untuknya menerjah hidup. Dia merangkak. Cuba-cuba berdiri. Lututnya terketar-ketar. Tangannya menjepapang mendepa penuh tanda khuatir. Dia seperti tahu, itulah persediaan, kalau-kalau dia tersembam jatuh. Langkah pertama dia gagal. Mencuba lagi, tetap juga berberapa kali gagal. Cuma dia tidak pernah berputus asa. Dalam dirinya seperti ada naluri instinct kuat memaksa untuk dia berdiri dan berjalan. Apa maksudnya? Kenapa harus anak-anak ini berlajar berdiri dan berjalan? Apa tidak lebih baik dia, tidak perlu berdiri dan berjalan sampai kapan-kapanpun? Cuma anih, banyak kalau tidak semua, bertepuk sorak bila melihat dia mulai mengerti bertatih lalu berjalan penuh keceriaan. Tidak ramai cuba memahami jalanan, prosess yang terpaksa dia lalui. Kita, umat Melayu khususnya lebih gemar melihat hasil dari meneliti cara, maka akhirnya kita sekadar menjadi pak turut, ikut-ikutan dalam banyak hal. Sedang bangsa lain, khususnya Barat, mereka memperoleh segala lewat pencarian pertualangan hebat. Melayu kini, di tahap manakah kita? Sedang terkuak-kuak terlentang, mengesot, merangkak, bertatih, atau berjalan tegap? Saya yakin banyak dari kita sedang terlentang tersungkur akibat dari gaya jalan yang sebrono. Apakah cara untuk kita kembali bangkit dan berjalan terus tegap?

(2) Muhammad SAW (570-632M)  bukanlah manusia dhaif sebetulnya. Dia tidak miskin seharusnya. Cuma Datuknya Muthalib ibn Hashim Ibn Abdul Manaf lalu kemudian pamannya Abi Thalib memimpin dia hidup sebagai pengembala dan pembantu dagang semasa anak-anaknya. Hidupnya seperti sengaja dipayahkan. Dia seperti harus menjalani kehidupan yang sulit-payah. Namun, pada umuran 20 tahunan dia sudah menikah dengan seorang janda kaya dan menjadi pedagang berjaya. Biarpu sebegitu dia seperti terpanggil untuk meneliti segala sesuatu kejanggalan pada bangsa dan sekelilingnya. Di sepanjang jalan dan pergaulan perdaganagannya, dia melihat terlalu banyak keonaran dan kepayahan bangsanya. Sebetulnya, dia tidak perlu berfikir dan menyusahkan diri, demi bangsanya. Namun naluri instinct seperti memaksa dirinya, biar sebagai cucu lelaki kepada Muthalib ibn Hashim, seorang  yang terhormat lantas jalan paling mudah baginya meraih kesenangan dan kedudukan tinggi, namun dia memutus harus berani untuk susah getir demi bangsanya. Bangsanya adalah Arab Quraish yang gagah. Tiada kaum Arab lainnya yang mampu bermusuh dengan bangsa ini. Namun biar segagah itu, Muhammad sedar, bangsa itu akan punah juga akhirnya. Kejahilan pasti akan memamah bangsa itu. Pembunuhan anak-anak perempuan. Penghambaan. Sifat haloba dan dengki yang sukar dibendung. Asyabiah yang mengila. Apa lagi kebodohan menyembah yang tidak punya kuasa. Muhammad tidak mahu sifat-sifat kebodohan dan tiada perikemanusiaan itu terus berleluasa di kalangan kaum dan umat di kelilingnya. Dia sedar. Muhammad pasti, yakin penuh betapa keruntuhan akhlak adalah musuh besar yang pasti menghancurkan bangsanya. Maka dia tidak berdiam diri. Dia meninggalkan kekayaan dan kesenangan hidup. Dia ingin mengabdi diri kepada kaumnya dan umat manusia seluruhnya. Senyap-senyap dia berfikir khalwat mencari usul buah fikiran. Allah, fitrahNya, sesiapa yang mencari kebaikan, pasti kebaikan Dia datangkan. Muhammad biar sekadar manusia biasa, lantaran kebenaran yang dia cari, maka Allah berikan dia nur dan hidayah untuk menemukan jalan benar bagi bangsanya. Pada Muhammad lewat bangsanya, Allah sandarkan kebangkitan semula Islam. Islam dan dunia Arab-Farsi bangkit di tangan Muhammad SAW, Bagaimana baginda dapat melakukan itu dalam keadaan menantang panca roba arus yang menghancurkan? Sesungguhnya, jati dirinya adalah modal paling ampuh dalam Muhammad meniti jalanan perjuangannya. Sifat amanah dan zuhud adalah di antara jati diri yang mengerakkan Muhammad tekad pada perjuangannya. Sifat amanah dan zuhudlah yang menjayakan perjuangan baginda. Itulah modal paling ampuh pada Muhammad SAW. Apakah kita dapat melihat itu sebegitu? Kesedaran, keinsafan tinggi untuk merenung masa depan bangsa, umat manusia seluruhnya, lalu mengambil jalan penuh amanah dan zuhud, apa sifat itu ada pada kita khususnya umat Melayu secara umum pada hari ini?

(3) Pasti ada yang berfikir dan menyoal, perjuangan apa yang harus kita asakkan kepada bangsa Melayu atau apa lagi Islam. Dari kedudukan sebagai tukang pembersih jalan membawa ke DYMM, bukankah Melayu yang menguasainya. Bukahkan Polis, ATM, Kastam, Immigresen, LHDN, segala macam agensi penguatkuasa kita penuh dengan Melayu? Bahkan penjawat awam dan GLC kita juga penuh Melayu. Maka harus apa yang kita khuatiri dan perjuangan apakah yang perlu kita asakan kepada bangsa ini? Pada kedudukan sebegitu, Melayu harus saja merasa lega dan sangat terbela. Namun, apa tidak mungkin hujah-hujah sebegitu bukan sekadar momokan politik sekadar melegakan sedang segala di bawah kulit Melayu dan Islam di Negara ini, terlalu banyak kedhaifan biar tentang perkara-perkara asas sekalipun? Musibah banjir besar pada Disembar 2014 yang melanda Kelantan, Pahang dan Trengganu harus menjadi pembuka mata betapa Melayu masih banyak dhaif dari cerita kejayaan yang dimomok politikan. Bukan sekadar dhaif dari segi ekonomi, sosial, dan juga pengurusan, di bidang berkaitan dengan syariat Islam dan kehidupan keseluruhan, Melayu sebetulnya masih jauh dhaifnya. Islam dan Melayu masih merupakan dua perkara yang sangat terasing. Kegawatan dalam dunia Melayu kini sebetulnya adalah Melayu tetap Melayu pada jasadnya, sedang Islam hanyalah kulitnya. Selagi Islam bukan darah daging Melayu, Melayu akan terus-terusan dalam kegawatan.

(4) Sifat amanah dan zuhudnya Muhammad SAW amat sukar untuk sesiapapun ikuti. Tidak mungkin ada manusia kini yang mampu berbuat sebegitu. Jika terpaksa makan roti canai hari-haripun tidak siapa yang mahu, apa lagi sekadar makan roti kering dan tidur beralaskan lengan. Kesungguhan Muhammad  dalam memastikan kelestarian bangsanya, sebegitulah lewat sifat amanah dan kezuhudannya, yang menjadi daya tarik untuk semua mempercayainya. Sifat amanahnya sangat terserlah oleh sifat zuhudnya. Dia memilih jalanan hidup sederhana untuk kekal bertanggungjawab. Lantas saat dinobat sebagai Rasul Allah, Muhammad SAW terus memantapkan lagi sifat amanah dan zuhud baginda. Sifat amanah dan zuhud baginda diperkukuhkan lagi dengan sifat pemberani dan pintar. Biarpun bukan sebagai ilmuan ulung seperti para bangsawan lainnya, baginda pitar kerana mampu mengumpul segala sumber yang mampu memperkuat perjuangan baginda. Baginda dikelilingi mereka yang taat jujur membela bangsa dan agama. Sifat-sifat itu baginda terus bimbing dan pupuk lewat pengabdian suci putih kepada Allah swt. Muhammd SAW, para sahabah dan tabiin, mereka sujud putih dan melakukan apa saja demi Allah, Patuh menuruti tanggungjawab tunggal kepada Allah. Apakah sifat-sifat dan sikap-sikap sebegitu itu mampu sesiapa lakukan pada masa ini? Tidak mungkin, biar Nik Aziz Nik Mat sekalipun. Walau bagaimanapun, saya tidak bercadang untuk membicarakan cara dan ciri-ciri Muhammad SAW untuk mencapai missionnya seperti yang Allah kehendaki. Saya cuma ingin mengajak bersama kita menyorot, bagaimana dulu-dulu ilmuan Islam bisa membangkitkan Islam jauh lebih luas dari Muhammad SAW, tetapi kemudian tidak bisa mempertahan malah meruntuhkannya? Mudah-mudahan jika kita dapat berfikir kuat, mungkin secara sendiri-sendiri juga kelompok arus kebangkitan semula ketemadunan Islam dapat kita suburkan. Haloba dan hasad mungkin benar menjadi sebab kepada keruntuhan Islam, namun apakah itu pokok asasnya? Persoalan itu yang ingin saya lihat, dan itulah mungkin sebab kenapa Islam terus macet dan kecut.

(5) Biar kita tangguhkan sebentar asas-asas pembinaan kekuatan Islam pada ketika hidupnya Muhammad SAW. Kita lihat dulu apa di sekeliling selepas baginda. Ada beberapa era pemerintahan Islam selepas baginda, dan setiap era itu punya ciri kekuatan juga kelemahan tersendiri. Sebermula dengan empat Sahabah, khalifah besar, masing-masing saya kira adalah Model Kempimpinan dan Pengurusan yang sengaja Allah adakan agar kita dapat berfikir mengenainya. Pertama didahului dengan Model Abu Bakar (632-634M).  Ini adalah model lembut tetapi tegas, khusus dalam soal-soal akidah dan kemungkaran. Beliau bersifat keras terhadap sebarang penyelewengan akidah dan kemungkaran namun sangat lembut prihatin terhadap rakyat yang berIman. Sikap kepimpinan beliau sebegitu adalah selaras dengan keperluan semasa itu. Beliau sejurus mewarisi kempimpinan penuh hemah bersabar kental mahagurunya iaitu Muhammad SAW. Beliau bersikap sebegitu sebagai mempertahan apa yang ada yang telah Muhammad SAW tinggalkan. Model Umar (634-644M) pula, adalah keras dalam semua hal. Biar di kalangan yang berIman apa lagi kepada yang engkar. "The second caliph Umar was very firm on the governors and his spies kept an eye on them. If he felt that a governor or a commander was becoming attracted to wealth, he had him removed from his position."  Umar bersikap membina umat yang tegar dan pemberani. Ancaman luaran adalah musuh kuat Ummah pada masa itu, namun sebegitu dia tidak lalai terhadap soal-soal dalaman Ummah. Beliau sangat prihatin terhadap Ummah. Namun Umar sedar akan bahana ancaman luaran lantas beliau bertindak berani dan pantas untuk memperluaskan lagi wilayah Islam demi pertahanan terhadap ancaman dua gergasi dunia pada masa itu iaitu Yunani Byzanthium dan Farsi.  Dia mengajak rakyat memperkukuh keras pertahanan dari ancaman luaran dan dalaman. Akhirnya, beliau dapat menguasai Jurusalem dari Byzanthium dan Damshek dari Farsi. Seperti Abu Bakar, Umar mendapat dokongan kuat dari para Sahabah Muhammad SAW yang seangkatan. Model Uthman (644-656M), pula sangat terpengaruh dari kekayaan yang mulai melimpah di dalam Empayar Islam tinggalan Umar. Perluasan wilayah Islam jauh ke dalam wilayah Farsi yang kaya dilakukan pada zaman beliau. Pada masa ini Golongan Elit sudah mulai menguasai pentadbiran di bawah Uthman. Mereka kebanyakan adalah ahli keluarga beliau: "It was really the caliphate of Uthman Ibn Affan (644–656), a member of Umayyad clan himself, that witnessed the revival and then the ascendancy of the Umayyad clan to the corridors of power. Uthman placed some of the trusted members of his clan at prominent and strong positions throughout the state. Most notable was the appointment of Marwan ibn al-Hakam, Uthman's first cousin, as his top advisor, which created a stir among the Hashimite companions of Muhammad, as Marwan along with his father Al-Hakam ibn Abi al-'As had been permanently exiled from Medina by Muhammad during his lifetime. Uthman also appointed as governor of Kufa his half-brother, Walid ibn Uqba, who was accused by Hashmites of leading prayer while under the influence of alcohol. Uthman also consolidated Muawiyah's governorship of Syria by granting him control over a larger area and appointed his foster brother Abdullah ibn Saad as the Governor of Egypt. However, since Uthman never named an heir, he cannot be considered the founder of a dynasty." Segala ini menuntut Uthman untuk bersikap bertolak ansur sehingga ini menjadi bahan tentangan Golongan Pemula. Di zaman Uthman pertentangan Golongan Elit dan Pemula 
menjadi sengit, yang akhirnya mengakibatkan pembunuhan beliau sebagai titik permulaan kepada perpecahan jelas umat Islam pada masa itu: After his conquest of Mecca, Muhammad gave many Quraysh elites, including members of Muawiya’s Umayyad family, high-ranking positions in his government. Muawiya joined the army of his older brother Yazid in the conquest of Syria. Yazid was granted governorship of Syria by Caliph Umar, and Muawiya continued to serve him. In 640 AD, however, Yazid died of the plague, and Muawiya replaced him. Muwaiya quickly set about turning Syria into his own power base. He launched successful attacks against the Byzantines, which brought him great booty and respect from his soldiers. His power extended when Uthman, his uncle and fellow Umayyad, succeeded Umar as the third caliph. Uthman, however, was killed by Muslims who were angry at his concentration of power in the hands of fellow Umayyads, and he was succeeded by Ali. Model Ali, boleh diibaratkan sebagai Model Kecelaruan (656-661M) Sayidina Ali terperangkap di antara tuntutan Golongan Elit dan Pemula. Ali lebih dilihat sebagai Golongan Pemula sedang Muawiyah yang mulanya adalah salah seorang panglima perang yang diangkat menjadi Gabenor Damshek berpura-pura membela kematian bapa saudaranya Uthman, namun sebetulnya adalah Golongan Elit yang mahu terus berkuasa untuk menikmati segala kemewahan hebat dari hasil penaklukan Damshek, Syria dari Byzanthium. Muawiyah seperti tidak memperakui kekahlifahan Ali lantaran sifat amanah dan zuhud kian dikaburi kemewahan dan darjat. Ali, biar adalah seorang ilmuan, namun kurang berpengalaman dalam pentadbiran, telah terdedah hebat dalam permainan politik sehingga Ali dan Aishah RA terjebak di dalam peperangan: "After the assassination of Uthman in 656, Ali, a member of the Quraysh tribe and the cousin and son-in-law of Muhammad, was elected as the caliph. He soon met with resistance from several factions, owing to his relative political inexperience. Ali moved his capital from Medina to Kufa. The resulting conflict, which lasted from 656 until 661, is known as the First Fitna ("civil war"). Muawiyah I, the governor of Syria, a relative of Uthman ibn al-Affan and Marwan I, wanted the culprits arrested. Marwan I manipulated everyone and created conflict. Aisha, the wife of Muhammad, and Talhah and Al-Zubayr, two of the companions of Muhammad, went to Basra to tell Ali to arrest the culprits who murdered Uthman. Marwan I and other people who wanted conflict manipulated everyone to fight. The two sides clashed at the Battle of the Camel in 656, where Ali won a decisive victory." Selepas kemenangan ke atas Aishah, Ali kemudian terpaksa berdepan secara lansung dengan Muawiyah dan Marwan dan mengambil sikap mengalah, namun segelintir pengikutnya, kaum kharijit tidak membenarkan itu dan mengambil sikap membunuh beliau. Islam kemudiannya terpecah antara Golongan Muawiyah (Elit), Ali dan Aishah (Pemula).

(6) Sengaja saya menggunakan istilah Golongan Elit sebagai kalangan Quraish yang memeluk  Islam selepas penawanan dan pembersihan Mekah (627M) oleh Muhammad SAW, saya ingin membezakan amalan Islam mereka berasaskan waktu dan tidak pada bentuknya. Mereka ini, menerima Islam dalam suasana jauh lebih damai dan selesa berbanding dengan Golongan Pemula. Golongan Elit ini adalah kalangan bangsawan-pedagang Quraish, khususnya dari Bani Ummayah pimpinan Abi Sufyan bapa saudara sepupunya, yang merupakan yang sangat menentang Muhammad SAW pada mulanya. Cara mereka
mengurus Negara dan Ummah adalah sangat berbeda:"Mu'awiyya and the Umayyads, however, adopted models of kingship from surrounding peoples. They separated their court from the Muslim community and surrounded themselves with wealth and ceremony. This was a model of leadership based on the idea that authority was vested in super-normal individuals, a radically different turn of events in the Muslim world." Saya menolak penggunaan istilah Golongan Islam Liberal bagi golongan ini. Sedang Golongan Pemula memeluk Islam dalam seribu satu macam cabaran getir yang membunuhkan. Inilah golongan yang terpaksa lari menyelamatkan diri mulanya ke Ethopia dan kemudian ke Madinah. Di Madinah mereka terus-terusan diancam, biar mereka berada dalam keadaan minoriti. Para sahabah dan tabiin kebanyakan adalah Golongan Pemula. Inilah kalangan yang paling dekat kepada Muhammad SAW dari mula sehingga akhir hayat perjuangan baginda. Inilah golongan yang patuh kepada prinsip: "Muhammad and the Patriarchal Caliphs integrated themselves closely with the Islamic community—the entire religion is founded on an unprecedented egalitarianism. These caliphs lived fairly normal and unpretentious lives and did not seek to separate themselves in dress or manner from the community they ruled." Saya juga menolak pengunaan istilah Golongan Islam Konservatif dan atau Ortodok ke atas mereka ini. Islam tetap unggul, dan ianya tidak akan berubah selagi Al Quran kekal azali. Istilah-istilah ortodok, konservatif, liberal atau dinamis tidak perlu digandingkan dengan Islam. Islam adalah untuk sepanjang zaman dan semua manusia. Sebetulnya golongan ini adalah Liberal dan atau Orthodok Quraish  tidak lebih juga tidak kurang dari itu. Mereka sekadar ingin mempertahan jati diri kelompok masing-masing dan mulai membelakangi Islam.

(6) Perkembangan Islam terencat di masa permusuhan Ali (Bani Hashim) dan Muawiyah Ibn Abi Sufyan ibn Umayyah ibn Abdul Syams (Bani Muawiyah). Selepas kekalahan Ali, Islam kembali berkembang. "The Umayyad family had first come to power under the third caliph, Uthman ibn Affan (644–656CE), but the Umayyad regime was founded by Muawiya ibn Abi Sufyan (661-680M), long-time governor of Syria, after the end of the First Muslim Civil War in 661 CE/41 AH. Syria remained the Umayyads' main power base thereafter, and Damascus was their capital. The Umayyads continued the Muslim conquests, incorporating the Caucasus, Transoxiana, Sindh, the Maghreb and the Iberian Peninsula (Al-Andalus) into the Muslim world. At its greatest extent, the Umayyad Caliphate covered 5.79 million square miles (15,000,000 km2), making it the largest empire the world had yet seen, and the fifth largest ever to exist" Perkembangan ini, membawa kepada beberapa asas pentadbiran Islam diubah berasaskan tuntutan semasa. Banyak unsur-unsur Yunani, Farsi malah Hindu diserap ke dalam sistem pengurusan Ummah. Sifat-sifat amanah dan zuhud pada para pemimpin Islam mulai menghakis akibat pendedahan kepada segala macam kemewahan yang melimpah-limpah. Kekayaan Negara menjadi pertimbangan utama. Keperihatinan terhadap Ummah dan rakyat pimpinan mulai diabaikan. Ini jelas dari sisipan petikan berikut: The Umayyads were the first Muslim dynasty—that is, they were the first rulers of the Islamic Empire to pass down power within their family. Under their rule, which lasted from 661 to 750 AD, the early Islamic community was transformed into the most powerful empire of the day. In many ways, the Umayyads defined how an Islamic Empire would be ruled. Nonetheless, their lack of descent from Muhammad, their controversial practice of handing down power from father to son, and their mistreatment of non-Arab Muslims made them a controversial dynasty yang pasti mulai menanamkan bibit-bibit pemberontakan senyap. Kerakusan Ummayah dalam menghambat kelainan dari Islam pembawaan Muhammad SAW dan para sahabah jelas bila dia "The Umayyads wrought many changes in Islamic government. The most significant of these was the adoption of Byzantine administrative and financial systems. Mu'awiyya had moved the 
administrative center of Islam from Medina to Damascus in Syria, right in the heart of the Byzantine presence in the Fertile Crescent. He was persuaded by his closest advisors to adopt the Byzantine administration he found in Damascus and he appointed a large number of Byzantine administrators and counselors—almost all of these were Christians." Kegemilangan dinasti Ummayah mulai goyah selepas kematian Ummayah. Perebutan kuasa secara dalaman membaham Empayer itu. Namun Empayar Muawiyah tetap bertahan, biar pelbagai kegawatan terus berlaku. Allah Dia punya rencana paling baik buat Umat pada waktu itu dan untuk ditelandani selepasnya. Selepas kematian Yazid Ibn Muawiyyah (680-683M), pemerintahan Bani Ummayah beralih kepada Marwan dari keluarga berbeza dari Muawiyah tetapi tetap dari Bani Ummayah juga. Marwan (684-685M) terpaksa menghadapi penentangan dari kalangan umat Islam di Mekah di bawah pimpinan Abdullah ibn al-Zubayr. Kematian Marwan kemudian diganti oleh anaknya Abdul Malik (685-705M), yang juga terus mendapat tentangan umat Islam di Mekah dan Iraq. Al Malik dapat mematahkan semua pemberontakan dan akhirnya menyedari kekhilafan kepimpinan lepas lalu mengembalikan segala ke dalam budaya Arab dan Islam. Di bawah anaknya, Al Walid (705-715M), Islam terus berkembang ke utara Afrika dan Sepanyol menjadikan ianya empayar terbesar pernah wujud. Al Walid kemudian diganti oleh adeknya Sulaiman (715-717M), Sulaiman kemudian digantikan oleh Abdul Jaafar Umar ibn Abdul Aziz ibn Marwan ibn Hakam cicit kepada Umar Al Khataab sebagai khalifah Ummayah ke 6 (717-720M). Beliau mengusahakan secara lebih tegas perlaksanaan cara-cara pemerintahaan Islam kedalam sistem kerajaan seperti yang diperkenalkan kembali oleh Al Malik. Lantas, beliau mengembalikan segalanya ke zaman Muhammad SAW, di mana konsep asasnya boleh dilihat dari ungkapan berikut:"Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ (orang-orang fakir) kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah s.a.w." Isterinya juga turut mengalirkan air mata." Baginda kembali beramanah kepada rakyat serta mengamalkan kehidupan zuhud, segalanya menjadi damai dan Negara tetap menikmati kemakmuran. Beliau menafikan segala kemewahan untuk diri dan keluarga. Di saat kematian beliau berpesan kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama: menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam syurga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih syurga." Cuma umur beliau tidak panjang, biarpun dalam tempoh singkat selama tiga tahunan, beliau mampu melakukan banyak kebaikan, dengan berlandaskan jalanan Muhammad SAW seperti juga datuknya Umar Al Khataab. Namun beberapa siri kekalahan peperangan sebelumnya serta kepimpinan yang lemah selepas beliau, semuanya menjadi daya lemah bagi dinasti Ummayah.

(6) Secara kesimpulan, Abu Bakar mengikuti dekat cara Muhammad SAW mengurus Ummah. Itu adalah lumrah bagi Abu Bakar yang terkenal sangat patuh kepada Muhammad SAW. Umar yang terkenal sering punya cara tersendiri, boleh dilihat sebagai berkeras dalam semua hal. Umar sedar dia tiada pilihan lantaran angin perpecahan sudah mulai bertiup dan apa lagi ancaman Byzanthium, Farsi serta golongan Yahudi kian membara. Uthman adalah kalangan bangsawan. Kaum kerabatnya juga adalah bangsawan yang hebat-hebat. Maka caranya mengurus Ummah pasti sangat bergantung kepada kelilingnya. Inilah mungkinnya, mengakibatkan Ali Abi Thalib agak kian tersisih dari lingkungan kuasa Uthman Affan. Penyisihan ini, pasti bersebabkan ada kalangan selain Ali Abi Thalib yang ingin menguasai Negara. Maka sebegitulah percaturannya. Pendeknya, Muhammad SAW serta Abu Bakar dan Umar, Ummah yang diurus mereka masih terhad kebanyakan di kalangan Arab. Sedang Uthman sudah merangkumi Roman Byzanthium, Farsi dan lainnya.

(7) Selepas kematian Uthman Affan, dunia Islam berpecah mulanya kepada Golongan Elit Bani Muawiyah dan Golongan Pemula Bani Hashim. Pergolakan juga terus berlaku di dalam suku-suku kaum ini, yang menghasilkan pelbagai puak yang saling tidak bersatu. Secara dasar, dengan pembunuhan Uthman Affan umat Arab mulai kembali berpecah belah dan saling bertelagah. Biarpun wilayah perluasan Islam di zaman Ummayah menjangkau dari China-India ke Laut Casparian di Asia Tengah ke Maditteranean sehingga ke Afrika Utara dan Sepanyol-Peranchis di Eropah, kecondongan Islam dibauri temaddun-temaddun awal di rantau itu akhirnya membawa padah kepada empayar Islam itu sendiri. Islam dari terus berdiri sebagai Islam, Muawiyah seperti mencemari Islam khususnya dengan menyerapkan nilai-nilai dari temaddun-temaddun tersebut ke dalam sistem Islam, bukan sebaliknya. Kedaan ini menimbulkan masalah bagi Umat Arab bukan Syria yang lebih condong kepada Islam asal. Kemudian timbul pula sikap tidak puas hati dan dendam masyarakat Farsi Iraq dan Iran di atas kekejaman yang diterima oleh keluarga Ali Abi Thalib. Begitu juga di kalangan Mawali iaitu saudara baru yang dianak tirikan. Semua ini menjadi asas kepada pelbagai pemberontakkan khususnya selepas pemerintahan Umar Abdul Aziz dari dinasti Muawiyah. "All these various groups who were angry with the Umayyads united under the Abbasids, who began a rebellion against the Umayyads in Persia. The Abbasids built a coalition of Persian mawali, Eastern Arabs, and Shiites. The Abbasids were able to gain Shiite support because they claimed descent from Muhammad through Muhammad’s uncle Abbas. Their descent from Muhammad was not through Ali, as Shiites would have preferred,but Shiites still considered the Abbasids better than the Umayyads. A Persian general, Abu Muslim, who supported Abbasid claims to power, led the Abbasid armies. His victories allowed the Abbasid leader Abul `Abbas al-Saffah to enter the Shiite -dominated city of Kufa in 748 and declare himself caliph. In 750, the army of Abu Muslim and al-Saffah faced the Umayyad Caliph Marwan II at the Battle of the Zab near the Tigris River. Marwan II was defeated, fled, and was killed. As-Saffah captured Damascus and slaughtered the remaining members of the Umayyad family (except for one,Abd al-Rahman,who escaped to Spain and continued the Umayyad Dynasty there). The Abbasids were the new rulers of the caliphate "(750-1258CE)

(8) Walau apapun, Bani Ummayah mampu memperluas pengaruh Islam meliputi Asia Tengah, Afrika, Eropah dan sebahagian Asia lewat percaturan bijak keilmuan asing ke dalam Islam. Cuma malangnya percaturan ini banyak menyisihkan nilai-nilai Islam sehingga Islam itu jadi agak tengelam. Syukur, dengan kuasa dan kehendak Allah, Dia terus merintis jalan pulang bagi Umat Islam untuk terus kembang dan hebat, maka kelompok Bani Abas pula diberi peluang untuk menguasai tampuk kepimpinan Islam. "The 'Abbasids, after their victory over the Umayyads, had transformed the Umayyads' Arab empire into a multinational Muslim empire. They moved the capital of the empire from Syria to Iraq, where they built a new capital, Baghdad, from which, during the next five centuries, they would influence many of the main events of Islamic history. In the early period of 'Abbasid rule, al-Mansur, the second caliph of the dynasty, continued the reorganization of the administration of the empire along the lines that had been laid down by his Umayyad predecessor, 'Abd al-Malik. Much of the 'Abbasid administration, for example, was left in the hands of well-educated Persian civil servants, many of whom came from families that had traditionally served the Sassanid kings. The important office of wazir or vizier, chief counselor, may well have developed from Sassanid models. The vizier was much more than an advisor; indeed, when the caliph was weak, a capable vizier became the most powerful man in the empire" Dengan perluasan empayar sebegitu luas, maka pemerintahan Abbasyah telah membangunkan Sistem Pos sebagai jalan pengumpulan dan sebaran maklumat yang lebih teratur dan cepat. Inilah sistem yang diguna penuh oleh para khalifah untuk memantau segalanya di seluruh pelusuk pentadbiran khususnya dalam mengawasi para perwakilanya di wilayah jauh. "In some ways the 'Abbasids were more fortunate than the Umayyads. When, for example, al-Mansur died in 775 after a reign of twenty years, his son, al-Mahdi, inherited a full treasury and an empire that was more devoted to trade than war. The developments in trade, indeed, are among the achievements of the 'Abbasids that are too often overlooked. Because Islamic rule unified much of the Eastern world, thus abolishing many boundaries, trade was freer, safer, and more extensive than it had been since the time of Alexander the Great. Muslim traders, consequently, established trading posts as far away as India, the Philippines, Malaya, the East Indies, and China. This expansion of commercial activity led to other developments too. One was a system of banking and exchange so sophisticated that a letter of credit issued in Baghdad could be honored in Samarkand in Central Asia or Kairouan in North Africa. The demands on trade also generated development of crafts. From Baghdad's large urban population, for example, came craftsmen of every conceivable sort: metalworkers, leatherworkers, bookbinders, papermakers, jewelers, weavers, druggists, bakers, and many more. As they grew in importance to the economy these craftsmen eventually organized themselves into mutual-benefit societies which in some ways were similar to later Western guilds and which offered many social services: lodging travelers, engaging in pious works such as caring for orphans, and endowing schools. Because of this growth in commerce the 'Abbasids also developed a system by which a muhtasib, an inspector made sure that proper weights and measures were given and that dishonest practices of all sorts were avoided. The early 'Abbasids were also fortunate in the caliber of their caliphs, especially after Harun al-Rashid came to the caliphate in 786. His reign is now the most famous in the annals of the 'Abbasids The Golden Age was a period of unrivaled intellectual activity in all fields: science, technology, and (as a result of intensive study of the Islamic faith) literature - particularly biography, history, and linguistics. Scholars, for example, in collecting and reexamining the hadith, or "traditions" - the sayings and actions of the Prophet - compiled immense biographical detail about the Prophet and other information, historic and linguistic, about the Prophet's era. This led to such memorable works as Sirat Rasul Allah, the "Life of the Messenger of God," by Ibn Ishaq, later revised by Ibn Hisham; one of the earliest Arabic historical works, it was a key source of information about the Prophet's life and also a model for other important works of history such as al-Tabari's Annals of the Apostles and the Kings and his massive commentary on the Quran. Penciptaan kertas dari temaddun China dan juga penerapan sistem angka dari temaddun Hindu sangat menyuburkan perkembangan ilmu dan penulisan di zaman Abbassyah. Perkembangan bidang penulisan dan penemuan saintifik mula melebar luas di era Abbassyah. During the Golden Age Muslim scholars also made important and original contributions to mathematics, astronomy, medicine, and chemistry. They collected and corrected previous astronomical data, built the world's first observatory, and developed the astrolabe, an instrument that was once called "a mathematical jewel." In medicine they experimented with diet, drugs, surgery, and anatomy, and in chemistry, an outgrowth of alchemy, isolated and studied a wide variety of minerals and compounds.Important advances in agriculture were also made in the Golden Age. The 'Abbasids preserved and improved the ancient network of wells, underground canals, and waterwheels, introduced new breeds of livestock, hastened the spread of cotton, and, from the Chinese, learned the art of making paper, a key to the revival of learning in Europe in the Middle Ages.The Golden Age also, little by little, transformed the diet of medieval Europe by introducing such plants as plums, artichokes, apricots, cauliflower, celery, fennel, squash, pumpkins, and eggplant, as well as rice, sorghum, new strains of wheat, the date palm, and sugarcane. Many of the advances in science, literature, and trade which took place during the Golden Age of the 'Abbasids and which would provide the impetus for the European Renaissance reached their flowering during the caliphate of al-Mamun, son of Harun al-Rashid and perhaps the greatest of all the 'Abbasids. Baghdad pernah menjadi Kota Kecemerlangan Ilmuan Dunia pada saat Eropah sedang dilanda kegelapan. Banyak ilmuan dunia berhimpun di Baghdad untuk menterjemah juga bertukar-tukar ilmu antara temaddun awal dunia di Timur dan juga Barat. But politically the signs of decay were already becoming evident. The province of Ifriqiyah - North Africa west of Libya and east of Morocco - had fallen away from 'Abbasid control during the reign of Harun al-Rashid, and under al-Mamun other provinces soon broke loose also. When, for example, al-Mamun marched from Khorasan to Baghdad, he left a trusted general named Tahir ibn al-Husayn in charge of the eastern province. Tahir asserted his independence of the central government by omitting mention of the caliph's name in the mosque on Friday and by striking his own coins - acts which became the standard ways of expressing political independence. From 821 onward Tahir and his descendants ruled Khorasan as an independent state, with the tacit consent of the 'Abbasids.Al-Mamun died in 833, in the town of Tarsus, and was succeeded by his brother, al-Mu'tasim, under whose rule the symptoms of decline that had manifested themselves earlier grew steadily worse. As he could no longer rely on the loyalty of his army, al-Mu'tasim recruited an army of Turks from Transoxania and Turkestan. It was a necessary step, but its outcome was dominance of the caliphate by its own praetorian guard. In the years following 861, the Turks made and unmade rulers at will, a trend that accelerated the decline of the central authority. Although the religious authority of the 'Abbasid caliphate remained unchallenged, the next four centuries saw political power dispersed among a large number of independent states: Tahirids, Saffarids, Samanids, Buwayhids, Ziyarids, and Ghaznavids in the east; Hamdanids in Syria and northern Mesopotamia; and Tulunids, Ikhshidids, and Fatimids in Egypt.

(9) Baghdad akhirnya tersungkur di tangan Hulagu anak kepada Batu dan cucu kepada Ghengis Khan. Sikap Hulagu yang sama dengan bapa dan datuknya, berperang sekadar ingin melebarkan kekuasaan dari mendirikan ilmu, membawa kepada kemusnahan besar-besaran temaddun Islam yang dibangunkan oleh kedua-dua Ummayah dan Abbasyiah. Namun Allah tetap ingin umat Islam terus kukuh lantas, mentakdirkan kebangkitan Seljuk di bawah Timur juga dari keturunan Ghengis Khan yang telah memeluk Islam. Namun tetap segala dinasti selepas Abbasyiah, kurang menitik beratkan perkembangan ilmu, dan lebih banyak berpusat kepada menantang permusuhan luaran, sehingga akhirnya mencetus pembentukkan Empayar Ottoman di Turki. Kebangkitan Ottoman ini tidak juga jauh berbeza dengan dinasti-dinasti Islam lainnya, ianya lebih bertumpu kepada berperang samada untuk mempertahankan diri juga perleluasan wilayah. Tentera, rakyat dan para pembesar Negara letih di medan perang. Bidang-bidang keilmuan, biar turut dikembang namun jauh lebih kurang dari apa yang diasakkan oleh Bani Abbasyiah. Ottoman Turki, akhirnya tersungkur akibat percaturan tidak bijak pemerintah pada waktu itu dengan kebangkitan hebat Barat. Perang Dunia Pertama (WWI) adalah helah paling ampuh Barat untuk melumpuhkan dunia Islam, khususnya haloba Ottoman untuk meluas ke Barat. Dengan kejatuhan Ottoman, dunia Islam menjadi Negara-Negara terpisah-pisah lalu terjajah. Perperangan Dunia ke II (WWII) adalah perluasan tak terbatas Barat untuk menjajah Timur secara lebih dahsat bagi menampung keperluan Revolusi Industri mereka.

(10) Sesungguhnya, jika kita perhatikan Sejarah Islam, dan kalau kita teliti perjalanannya, pasti kita dapati temaddun Islam itu bangun atau runtuh adalah bertonggakkan pengukuhan atau pengabaian ilmu Islam. Maka adalah MahaBijakasana Allah meletakkan Al Quran sebagai Kalam Ilmu MahaBesar. Segala pertunjuk Dia letakkan dalam kalamNya itu. Muhammad SAW mematuhi ketat akan Al Quran. Baginda menebar ilmu yang Allah turunkan langsung kepada baginda. Baginda membina jati diri Islam tulin kepada para sahabah dan umat Islam di waktu hidupnya baginda. Sebegitu jugalah bagi Abu Bakar dan Umar Al Khataab. Mereka berdua meneruskan Sunnah Muhammad SAW dalam membangunkan syiar Islam juga perluasan wilayah Islam. Saya mengira Sunnah ikutan Abu Bakar dan Umar Al Khataab adalah cara Muhammad SAW melaksanakan suruhan Allah yang berteraskan Al Quran dengan bimbingan rapat dari Allah lewat Jibrael, sedang kini, Sunnah yang kebanyakan umat Islam khususnya Melayu amalkan adalah gaya pribadi Muhammad SAW, dari kacamata mereka, dua perkara yang mungkin sangat berbeza. Namun, keadaan dunia Islam Allah jadikan amat berbeza selepas Abu Bakar dan Umar, sehingga memaksa Uthman dan Ali untuk sedikit menyesuaikan diri lalu di situlah permulaan pergenseran biarpun di kalangan sesama Islam. Saya yakin, semua ini adalah Rencana Besar Allah untuk kita renungi. Bukanlah khilaf Uthman dan juga Ali, namun itu adalah Rencana MahaBesar Allah untuk kita kaji dan untuk bercermin diri. Hujjah saya itu saya sandarkan di atas, kehadiran Al Malik juga Umar Abdul Aziz, di saat kegawatan yang tinggalkan oleh Yazid ibn Marwan di zaman Ummayah. Ianya adalah sepertinya Allah memberi kias betapa saat sesat di penghujung jalan, maka kembalilah ke pangkal jalan. Pemerintahan awal Abbasyiah memperbetul kembali kesilapan pemerintahan Ummayah. Khususnya di zaman Harun Al Rashid dan Al Makmum, di mana bidang keilmuan diberikan penekanan, maka di waktu itu temaddun Islam dapat kembali subur berkembang. Di era itu lahir banyak ilmuan Islam samada yang menyangkut bidang keImanan dan juga urusan duniawi. Cuma akhirnya tetap sifat tamak, dengki, riak, mementingkan diri akhirnya kembali meruntuhan temaddun Islam sehinggalah bangkitnya Empayar Ottoman yang mula dan akhir asasnya sama dengan Abbasyiah. Tiga Kerajaan Besar Islam yang terbilang, Allah tunjukkan kepada kita betapa keduanya bangkit dan tumbang bila mana Islam didahulu dan dikemudiankan.

(11) Dari corak kebangkitan dan kejatuhan empayar-empayar Islam, biar Ummayah, Abbasyiah apa lagi Ottoman serta wujud Kerajaan Islam kecil-kecilan darinya, saya yakin, sesungguhnya Allah sebermula telah menunjukkan betapa Dia lebih suka kepada kepelbagaian dari penyatuan sejagat. Konsep 1Malayisa adalah contoh dekat. Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Free Trade, dsb adalah contoh luasnya. Ini terbukti seperti dijelaskan di dalam Al Quran di mana Dia sengaja mengadakan segala perbedaan untuk mudah saling mengenali serta saling mendokong. Allah, saya yakin hanya inginkan kesatuan dalam soal-soal Iman (akidah) sedang dalam soal pengurusan duniawi, biarlah ianya berbagai asal kesejahteraan dan hak masing-masing terurus baik. Juga dalam soal keImanan, Allah juga terus berpesan, betapa itupun sangat tergantung kepada kehendakNya juga. Soal keImanan, saya tidak akan membicarakannya lanjut di sini. Saya akan lebih menumpu kepada soal pengurusan duniawi. Maka kalau kita dapat secara ringkas menyorot tentang kebangkitan, kejatuhan serta pembentukan negara-negara Islam berasaskan wilayah dan kaum, pasti itu adalah sangat sesuai dengan kehendak Allah tentang perlunya kepelbagaian. Namun sebegitu, tetap Allah menetapkan jalan penyatuan, iaitu lewat keImanan berTuhan Tunggal iaitu Dia, Allah swt juga mengariskan cara-cara asas urusan duniawi yang harus dijalankan agar tidak melanggar pra-keperluan keImanan dan Taqwa. Kekhilafan besar dan atau suatu yang terlepas pandang Umat Islam dalam menilai Sunnah Pemerintahan Muhammad SAW adalah sifat baginda yang membenarkan di kalangan kaum itu sendiri untuk mentadbir kaum berkenaan. Ini jelas, bila baginda mengutus para Gabenor dan atau Khadi ke wilayah-wilayah baru Islam, baginda samada menghantar bijak pandai dari kalangan kaum tersebut dan atau kalangan yang mahir dalam adat budaya kaum tersebut yang juga turut mahir dalam Ilmu Islam. Pendeknya, baginda mengutamakan Professional Islam Dalaman sebagai sandaran sebaran Islam juga sebagai penguasa tadbiran mereka. Sesungguhnya, itulah kebijaksanaan pengurusan diplomatik Muhammad SAW yang sering diajukan kepada kita tetapi jarang kita melihat gaya terperinci baginda. Saya melihat Sunnah Muhammad SAW dalam mentadbir Negara adalah lewat mendidik kalangan tempatan terhadap Ilmu Islam lalu kemudian membenarkan kalangan tempatan ini untuk mentadbir kaum atau kelompok masing-masing. Yang utama buat Muhammad SAW adalah mendidik Ilmu keIslaman kepada para pentadbir ini. Inilaha asas Sunnah yang kita agar pinggirkan sekarang ini, di mana para pentadbir dan professional punya latar Ilmu keIslaman yang sangat tipis.

(12) Sesungguhnya, Yahudi itu bangsa pemikir yang sangat hebat. Mereka mampu menrencana dan melaksanakan  sesuatu usaha dengan penuh licik bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di seluruh dunia. Umat islam seperti tidak dapat mengambil iktibar dari ciri-ciri unggula bangsa ini. Contohnya, biar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB atau UN)  itu diasaskan oleh bangsa Caucasian-Anglo, namun pemulanya adalah Yahudi dari golongan Zionis . Kelompok Zionis adalah nasionalis Yahudi yang tertubuh jauh lebih awal iaitu sebelum dari WWI, bilamana mereka telah menubuhkan sebuah Bank di London bagi tujuan mengumpul dana untuk membeli sebuah Negara Afrika sebagai Negara Yahudi. Dari usul Bank Zionis tersebut, maka PBB (UN) itu tertubuh dan karana Yahudi sudah punya dana terkumpul, maka PBB akhirnya dipengaruhi untuk menjadikan Palestin sebagai Negara Yahudi. Walau bagaimanpun, penubuhan UN itu saya juga yakin adalah Grand Plan Allah agar Umat Islam insaf dan mengerti betapa bersatu dan berpandangan jauh itu adalah penting. Culasnya, Umat Islam tidak insaf dan mengerti. Maka dengan sebab itu Umat Islam terus-terusan lemah sehingga kini, lantaran tidak boleh berfikiran jauh untuk melihat musibah Allah sebagai teguran dari Nya untuk kita berfikir dan kembali bersatu kuat. Sesungguhnya dari selepas Uthman Affan sehingga kini, kita tidak boleh membaca dan insaf betapa kita lemah dalam soal duniawi lantaran kita tidak punya pertalian diplomatik serta pengaturan urusan duniawi sesama Islam yang kental. Bagi dunia Barat, UN dan segala sistem di sebalik badan itu, adalah norms and regulatory systems yang mereka gunakan untuk menyatukan seluruh dunia bagi menjaga kepentingan mereka. Yahudi adalah pengerak di sebalik semua itu "1897. Lord Edmond Rothschild of London and Jacob H. Schiff of New York City, two of the Elders of Zion, got Theodor Herzl (of Austria) to arrange for the World Zionist Congress at Basel, Switzerland; 197 delegates met there and laid out a plan of World Conquest with plans for a World Government. Herzl, founder of Zionism, in opening the meeting, raised his right hand and repeated an ancient oath of the Talmudists: "If I forget thee, O Jerusalem, may my right hand forget its cunning." Herzl also said at this meeting: "We are one nation. We are neither American nor Russian Jews, but only Jews!" He also said: 'With a few exceptions that do not figure at all, the entire press of the world is in our hands."  1898. Dr. Mandelstam said on August 29 at the opening of the Zionist Congress of 1897: "The Jews will use all their influence and power to prevent the rise and prosperity of other nations and are resolved to adhere to their historic hopes; i.e., to the conquest of world power." LE TEMPS, Paris, September 3,1897. The Zionist Organization of America was organized in 1897 with Richard Gottheil of Columbia University as its first president, and Rabbi Stephen Wise as the first secretary. Branches for women (Hadassah), and children (Young Judea) were soon organized. ZIONIST NETWORK, p. 32. 1898 Dr. Mandelstam, professor of the University of Kiev, Russia, at Basel Zionist Congress in 1898 said: "The Jews energetically reject the idea of fusion with the other nationalities and cling firmly to their historical hope,i.e., of world empire." THE FOUNDATIONS OF THE NINETEENTH CENTURY, by H. S Chamberlain, Vol. I, p. 335. Also p. 221 of DEMOCRACY AND WORLD DOMINION. 1900  Theodor Herzl, the Zionist leader, went to see Abdul Hamid the Sultan of Turkey, to buy land for the Zionists in Palestine. When the Sultan said "no" he had a revolution on his hands Note later item in 1914. 2. Between 1900 and the outbreak of World War I (1914), the United States was flooded by large waves of immigration from Eastern Europe. 1901  Because President William McKinley in the United States refused to be a stooge for the International Bankers, he was killed by Russian Zionist, Zolkozh. Presidents Lincoln [on Good Friday] and Garfield had been previously murdered. Doctor Leopold Kahn summed up these sentiments when speaking about Zionism in a Jewish school at Pozrony (Bratislava) in 1901: "Jews will never be assimilated and will never adopt the customs or morals of strangers. The Jew will remain a Jew under all circumstances." WORLD CONQUERORS, p. 21. Nafsu Zionis tidak akan puas sekadar menguasai Palestin. Seluruh Arab, Farsi malah Afrika akan mereka kepingin kuasai penuh. Mereka punya sejarah penempatan di wilayah-wilayah itu. Semua itu akan mereka jadikan asas untuk menguasai wilayah-wilayah itu dengan apa cara sekalipun. Keruntuhan Iraq, Syria, Mesir dan malah Yaman adalah semua bertitik tolak dari nafsu Zionis yang tidak pernah padam. Kebanyakan Umat Islam tidak atau kurang nampak itu serta lalai akan hakikat itu. Umat Islam sedang disebokkan dengan kemelut hidup masing-masing dan atau kelompok masing-masing dan tidak punya waktu untuk berfikir secara jauh dan lebih luas demi Islam dan masyarakat umunya. Umat Islam hanya melihat Yahudi dari sudut kutukan Allah kepada mereka namun Umat Islam tidak pernah berfikir kenapa Allah terus-terus melestarikan Yahudi sama turut tetap hadirnya para iblis dan syaitan sehingga ke akhir zaman.

(13) Jika dahulu Umat Islam itu mabuk menyeret Islam berlutut kepada temaddun-temaddun Yunani, Farsi, India dan bahkan China, kini Umat Islam juga tengah diseret ke dalam dunia Kapitalis dan Demokrasi bikinan Yahudi. Babylon suatu ketika sebelum kembali berdirinya Islam juga telah dibauri Yahudi bila mana kaum itu dijadikan hamba tawanan lalu kemudian menjadi kaum dagang dan pemula kapitalis di sana sekitar 500SM. Sesungguhnya berdirinya Baghdad di Tigris adalah bertepatan dengan pengaruh kebendaan Yahudi yang telah terbaur kukuh di dalam temaddun Mesopotamia dan Farsi. Saya yakin, pertimbangan kebendaan adalah perkiraan utama kenapa Abbasyiah memlilih tanah Tigris sebagai tapak Baghdad di zaman mereka. Di situ, sebetulnya Yahudi telah mampu membentuk suatu sistem dunia kebendaan yang sangat berkeupayaan tinggi untuk dikembangkan. Kini di abad ke 21 ini, Yahudi khususnya Zionis kembali menulari Umat Islam dengan segala macam kelalaian kebendaan yang menjadikan Umat Islam kembali ke jalan tamak, dengki dan khianat seperti di era-era Muawiyah, Abbasyiah juga Ottoman sebelumnya.

(14) Cuba perhatikan perkembangan siasah di dunia Melayu. Hanya Malaysia, Indonesia dan Brunei telah merdeka. Lain-lain Melayu khususnya Pattani, Champa dan Sulu terus terjajah, bahkan kian parah terhenyak. Di dunia Melayu merdeka, banyak sikap tolak ansur terpaksa dilakukan demi kemerdekaan. Di Malaysia, Melayu terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum Cina dan India yang sebetulnya British mahu kekalkan di Malaysia merdeka demi perusahaan perladangan, perlombongan dan perdagangan yang mereka kuasai. Di Brunei, biar Melayu berkuasa penuh namun tetap Perlembagaan Negara beracuankan Perlembangaan India yang terubah suai.  Brunei dan Malaysia sebetulnya secara tidak sadar masih terus berada dalam cengkaman halus imperilaisma. Barat tetap menguasai Brunei lewat industri minyak yang terikat dengan perlembagan acuan Barat. Banyak sistem di Brunei dan Malaysia terus-terusan beracuankan Barat. Indonesia bangkit bersatu lewat air mata, keringat, darah dan nanah, sesuai dengan bendera Merah Putih mereka. Biar mereka menidakkan Belanda, namun tetap pengaruh Britih menulari mereka sehingga juga menerima pakai Perlembagaan India yang terubah suai. Di Malaysia, perjalanan kempimpinan Abdul Rahman Putera, mirip Abu Bakar Ass-Siddique, melainkan dalam unsur-unsur keIslamannya. Abdul Rahman Putera adalah seorang sangat lembut sesuai dengan keadaannya. Bila Abdul Razak Husein mengambilalih, beliau menumpukan usaha-usaha pembangunan demi kesejahteraan sejagat rakyatnya. Keperihatinan beliau terhadap rakyat menjadikan beliau pemberani dalam membelakangi kepentingan politik. Seluruh usaha beliau, biar dari sudut politik atau apapun beliau tumpukan untuk rakyat. Dalam keadaan serba kekurangan, Abdul Razak mampu meletakkan asas-asas kukuh untuk pembinaan Negara selanjutnya. Saya melihat Public Corporate adalah alat paling ampuh Abdul Razak gunakan sebagai asas membina Negara. MARA, SEDC, FELDA, FELCRA, RISDA, UDA, dsb adalah contoh-contoh agensi bersifat koprat yang beliau asaskan. Namun bila Husien Onn mengambilalih, atas sebab kesihatan, beliau ,mengambil langkah paling sederhana dan sangat berlembut. Pentadbiran beliau berjalan aman damai, sehingga bila Mahathir Muhammed mengambilalih pentadbiran. Mahathir sikapnya lebih suka mengempur dan mengasak. Ciri-ciri pentadbiran Umar Al Khataab ada pada sistem beliau kecuali dalam soal-soal keIslaman. Negara menjadi agak makmur dan dapat melonjak ke depan dengan gagah. Cuma, akibat perubahan ekonomi yang pesat di zaman beliau, telah melahirkan kapitalis-kapitalis yang lupa asas-asas asal keNegaraan dan apa lagi keIslaman. Jentera pengurusan Mahathir saya lihat sebagai kebalikan dari Abdul Razak iaitu bersandarkan Corporate-Public. Maka dengan sebab itu, pengkopratan adalah menjadi kegilaan Mahathir. Dengan itu akhirnya melahirkan CEOs dan para pengurus Corporate-Public enitites yang kian diterajui anak-anak Melayu yang berjiwa kapitalis. Bila Abdulah Ahmad Badhawi mengambilalih tampuk pemerintahan Negara, jiwa tamak haloba kapitalis di Negara ini sudah matang dan marak. Konsep Liberal Kapitalis kian diketengahkan, atas tuntutan anak-anak muda. Negara, bangsa dan Islam mulai dikesampingkan menjauh. Atas sebab itu, Abdulah kemudiannya terpaksa berdepan dengan peperangan empat penjuru terpaksa menantang mereka yang cintakan Negara, Bangsa, Islam, dan Kapitalis. Hakikatnya, zaman pentadbiran Abdullah, adalah mirip zaman Ummayah selepas Yazid ibn Marwan. Beliau berkubur akibat kancah Kapitalis-Kebangsaan yang mengetarkan. Kini Mohd Najib memimpin Negara. Beliau sebetulnya masih bergelumang dengan kancah antara Kapitalis-Kebangsaan. Pertentangan oleh kalangan Islamis telah mereda sejak Abdullah Ahmad Badhawi, maka Mohd Najib agak beruntung, kerena zamannya kini hanya melibatkan kancah Kapitalis-Kebangsaan namun itu kini telah berubah corak kepada Liberal Kapitalis-Kebangsaan. Akibatnya, sejak sepertiga dari zaman Mahathir sehingga kini, gerakan Islamis bukan lagi menjadi critical political front maka pemikir dan pengerak Islamis kian meminggir diri. Lantaran itu, Melayu kini kian menyasar perlahan-lahan tengelam dimamah arus perdana Liberal Kapitalis-Kebangsaan. Mohd Najib atas keperluan kekuasaan serta serasi dengan cara didikan dan kehidupan beliau dengan mudah menukar haluannya menjadikan Liberal Kapitalis- Kebangsaan sebagai falsafah siasahnya.  Gerakkan liberalisasi politik dan ekonomi Mohd Najib adalah sangat menepati tuntutan Liberal Kapitalis-Kebangsaan. Kepentingan ekonomi Melayu dan Negara, pada pandangan keras Mohd Najib akan terpelihara penuh secara Liberal Kapitalis-Kebangsaan. Soal akhlak dan sosial Melayu dan bangsa Negara, itu soal lain yang pasti akan terarah sempurna dengan keharmonian dan kesejahteraan kebendaan iaitu kekukluhan ekonomi Negara. Buat Mohd Najib, ekonomi Negara harus kukuh dulu, dan rakyat boleh dibantu kemudian. Ibaratnya, Mohd Najib yakin betapa Negara yang mengukuhkan rakyat dan bukan sebaliknya. Kebendaan dulu, kemanusiaan itu akan tersusun saat kebendaan tergapai. Beliau seperti mempunyai kefaham kebalikan dari Abraham Lincoln Ask what you can do for the Country, notr ask what the Country can do for you. Semuanya lantaran Mohd Najib sudah berada dalam keadaan terdesak dan terus terperangkap hebat demi kuasa yang harus dipertahankan segera.

(15) Sesungguhnya, saya melihat masalah yang dihadapi dunia Islam apa lagi dunia Melayu dulu dan kini adalah akibat dari Jurang Generasi. Jurang ini terbina dari latar belakang pendidikan yang sangat berbeza. Untuk meneliti kemelut jurang antara generasi tersebut, cuba kita lihat sebegini. Bila Mahathir menjadi Menteri Pelajaran (MoE), Generasi Matang (ie umuran 45-60an) kini, yang dinamakan sebagai Generasi Z1.1 adalah Generasi Y1.1 (umuran belasan-20an) pada tahun 1980an dulu-dulu. Generasi ini masih punya kesempatan untuk menikmati rasa kepayahan perit ibu-bapa nenek-moyang mereka sebelum kemerdekaan. Mereka terdidik dalam lingkungan budaya dan keIslaman yang agak tebal di samping keilmuan Barat. Bila Mahathir menjadi Perdana Menteri, mereka membentuk Generasi Y1.2 (umuran 25-35 tahun), yang diasak untuk berkerja dan bekerja. Generasi Y1.2 ini sebetulnya di tahun-tahun 1980an-1990an sangat terpimpin kuat oleh Generasi Z0 hasil didikan keras Abdul Razak Husein. Maka perjuangan Generasi Y1.2 ini agak terpengaruh dan condong kepada membela bangsa dan agama sepertinya Generasi Z0. Mereka bekerja kuat untuk membina keluarga berjaya. Semasa Mahathir jadi PM, Musa Hitam (?), Abdulah Ahmad Badhawi, Anwar Ibrahim dan Mohd Najib menjadi MoE. Di tangan mereka terbina Generasi Y2.1. Khususnya di tangan Mohd Najib, liberalisasi pendidikan mulai diperkenal hebat untuk memenuhi tuntutan UMNO yang melambakkan siswa/i Melayu belum masak ke dalam pasaran. Mereka mulai dididik ibarat bagai menatang minyak yang penuh. Mereka terdidik dengan penuh kemanjaan. Mereka inilah yang membentuk Genarsi Y2.2 kini. Lantaran mereka adalah Generasi Y2.2 di abad ke 21 dan bukan Generasi Y1.2 di abad ke 20, maka sikap mereka jauh sangat bersahaja. Mereka rata-rata adalah dari keluarga yang jauh lebih berjaya, pendedahan mereka terhadap budaya Melayu dan ilmu keIslaman sangat berbeza dan atau kurang, maka rasa tanggungjawab terhadap keluarga kian menipis. Akibatnya, sikap mereka terhadap masyarakat juga sangat berubah. Kepedulian mereka terhadap masyarakat jauh terhakis. Mereka akhirnya membentuk sebahagian besarnya Generasi Individualistik. Islam mereka sangat lain caranya. Inilah yang menimbulkan kelompok Melayu Liberal-Kapitalis dan kemungkinan sedikit Melayu Kebangsaan.

(16) Saya tidak menafikan sejak sebermula Negara ini telah memberikan perhatian besar terhadap kemantapan ilmu, khususnya di kalangan anak-anak Melayu. Cuma saya melihat, dari sejak saya boleh berjalan ke sekolah sehingga kini, cara pemantapan ilmu kita tidak lebih dari memisah-misahkan ilmu. Ilmu professionalisma dan KeIslaman sangat jauh bersenggang. Samada Melayu yang terdidik di dalam juga luar Negara, mereka melalui sistem pendidikan yang memisahkan dunia professionalisma dan keIslaman. Sebetulnya, inilah amalan di zaman Ummayah, Abbassyiah, juga Ottoman. Biarpun pada zaman Abbassyiah umpamanya banyak melahirkan pemikir-pemikir dan ulama-ualam besar Islam, namun asakan kalangan Feudal-Kapitalis pada masa itu jauh lebih hebat menyebabkan para pemikir dan ulama Islam terpinggir hebat. Inilah kemudiannnya yang menghancurkan keTemadunan Islam. Dunia Melayu kini juga sedang meniti jalanan yang sama, dan ini akan menengelamkan dunia Melayu atas prihal yang serupa. Benar Melayu tidak akan hilang, tetapi Melayu yang terlahir dari sistem pincang sebegini akan menjadi Melayu Hanyut. Apa lagi dengan diasak oleh sistem Liberal Kapitalis-Kebangsaan bawaan UMNO di bawah kempemimpinan Mohd Najib, yang menjadi tonggak pentadbiran Negara ini akan menyesatkan Melayu ke alam kebendaan yang akhirnya menyungkur mati bangsa itu sendiri. Lihatlah apa sudah jadi dengan apa yang dikatakan sebagai Generasi Y Melayu kini? Sikap kemasyarakatan mereka sudah sangat lain. Tidak usah disoal tentang kefahaman mereka tentang Islam. Banyak hanya sebagai hiasan kulit. Dunia pendidikan Melayu akhirnya membentuk kelompok Melayu Islami, Melayu Kebangsaan, Melayu Liberal-Kapitalis. Untuk tempoh mungkin sekitar 5-10 tahun mendatang, keadaan sebegini mungkin akan kencang berlanjutan.

(17) Al Quran adalah institusi keIlmuan terunggul bagi Umat Islam. Saya akur betapa di kalangan Umat Melayu sudah tinggi kesadaran mereka untuk mengkaji Al Quran. Namun Al Quran banyak dikaji sekadar untuk ke Syurga sedang soal dunia Umat Islam nafikan tanggungjawab mereka untuk menjadi khalifah memimpin semua ke jalan kesejahteraan agar Syurga yang lebih indah dapat mereka kecapi kemudiannya. Biarpun Al Quran Umat Melayu hormati, namun tetap ianya menjurus kepada membina Melayu Islamis Pincang . Juga, di Negara ini, di Malaysia ini, bahkan di Indonesia dan rantau Melayu lainnya seperti Pattani, Champa dan Sulu, Umat Melayu sedang diasak dengan hambatan dunia Kapitalisma dan Demokrasi yang sangat hebat. Umat Melayu terperangkap hebat di dalam perlombaan Kapitalisma. Kehidupan Umat Melayu menjadi kucar kacir lantaran sifat tamak haloba Kapitalisma sehingga Melayu di mana-mana terjerat dalam Kos Hidup yang sangat membebankan. Kedaan sebegini menjadikan Melayu menjadi resah dan kecelaruan. Kedaan ini akhirnya mengujudkan sekelompok Umat Melayu yang kecewa. Umat Melayu khususnya, yang sedang dilanda banyak kekecewaan sudah mulai menidakkan dunia sebagai jalan hambatan ke Syurga mereka. Mereka sudah banyak mahu membelakangkan dunia dalam perjalanan ke Akhirat. Mereka seperti sudah menolak tanggungjawab sebagai khalifah Allah di bumi ini. Mereka sudah hanya mementing keselamatan diri ke Akhirat. Soal Ummah sudah disingkirkan. Hakikatnya Al Quran kebanyakan Umat Islam baca sekadar untuk beroleh ganjaran pahala membacanya, bukan untuk dijadikan pedoman jalan kekhalifahan mereka. Lantaran itu, maka dari Umat Islam cuba memahami Al Quran lewat segala perkara yang Allah bentangkan di muka bumi, mereka akhirnya sekadar suka mencedok dan tidak mahu berfikir untuk menjadikan hujah-hujah di dalam Al Quran sebabagai jalan pengurusan keduniaan Islam, Al Quran akhirnya menjadi bahan rujukan penyembahan dari Kalam Ilmu untuk panduan hidup. Sesungguhnya saya memperhitung kekhilafan kita dalam mengarap apa yang ada di dalam Al Quran serta pandangan sempit dan mungkin terpesongnya kita tentang Sunnah maka di situlah akhirnya kita kian menyimpang dari ajaran Islam. Penyimpangan itulah asas kepada kelemahan kita kini. Kita terus-terusan membina Umat Melayu Islamis Pincang. Inilah Umat yang samada menantang dan atau meminggir terus dari Umat Melayu Liberal-Kapitalis dean Umat Melayu kebanyakan.

(16) Lantaran wujud tiga kelompok Melayu berpengaruh yang bertentang falsafah perjuangan iaitu Islamis , Kebangsaan dan Liberal-Kapitalis maka ini akhirnya membingungkan Umat kebanyakan Melayu. Kebingungan inilah yang menjadi asas kepada keresahan politik Melayu. Ianya bertambah kacau, bila mana Mohd Najib dengan Politik Liberal-Kapitalis-Kebangsaannya tidak pula ingin meraikan kepelbagaian budaya dan latarbelakang kelompok. Sepertinya, sifat Feudalisma masih kukuh dalam jiwa Melayu. Kita terlalu ingin meletakkan kayu aras kita untuk >diikuti oleh kelompok lain. Contohnya, di bidang politik, UMNO mahukan cara UMNO mesti diterima oleh PAS, Jika itu tidak berlaku, maka penyisihan harus dilakukan. Kelantan sudah sekian lama disish dari arus perdana pembangunan Negara. Sebegitu juga pernah terjadi kepada Kedah dan Trengganu. Kini Selangor sedang menerima nasib yang sama. Musibah banjir dan juga kekurangan air, sering dilihat sebagai musibah kepada negeri-negeri berkenaan, sedang sebetulnya seluruh Negara terpaksa memikul beban yang sama. Allah, itu MahaAdil, Dia tidak menghukum hanya satu pihak demi MahaSaksamanya Dia, tetapi semua akan menanggung musibah dosa. Bagi UMNO, seluruh Melayu harus mendokong UMNO, sepertinya UMNOlah Tuhan Baru Melayu. Sama juga bagi PAS. Anih. Sebegitu juga dari sudut budaya, contohnya cara Melayu Johor mesti diakui dan diikuti oleh Melayu Kelantan. Jika tidak, sepertinya taraf budaya Melayu itu tidak sempurna pada kelompok yang lain dan dalam prihal ini Kelantan atau sebaliknya. Samalah bagi seseorang bukan Melayu bila memeluk agama Islam di Negara ini. Mereka harus diMelayukan dari hakikatnya mereka harus saja sekadar Muslim dan tetap dalam kelompok diri mereka. Tanpa sifat meraikan kepelbagainan ini maka, kita terus terpisah dan merenggang. Di Negara ini khususnya, perbedaan fahaman politik, budaya kelompok dan keIslaman dijadikan asas untuk tidak menyatukan Umat Melayu, sedang pada hakikatnya akidah mereka tetap sama. Sebetulnya, kita hanya berbeda pandangan tentang cara mengurus prihal duniawi, dan itu kita jadikan batu penghalang untuk kesatuan Ummah; sedang Sunnah pada hakikatnya meraikan kepelbagaian dalam urusan duniawi. Lantaran kita terus saja bertelagah dalam soal-soal picisan, maka kita alpa dan lupa untuk memperkukuh diri. Akhirnya kedua-dua nilai-nilai akidah dan duniawi Umat Melayu tercicir. Sesungguhnya dunia Melayu sedang mengulangi sejarah Ummayah, Abbassyiah dan Ottoman yang lalai berperang dan mengadun ilmu pihak lain sedang melupakan kepentingan dan jati diri Ummah maka akibat parahnya kita sedang meminggirkan usaha-usaha keras dalam pendongkelan Ilmu Islam yang sebenar.

(17) Saya yakin, Umat Melayu akan dapat menjadi penyumbang besar dalam pembentukan temaddun Islam dan Kemanusiaan, jika kita bijak memperakui dan meraikan kepelbagaian. Apakah salah Allah menjadi Melayu itu asalnya dari pelbagai latar budaya sehingga seluruh Umat Melayu harus saja menjadi 1Melayu? Jika kita menghormati penciptaan azali Allah, maka tidak perlu bagi Melayu menjadi 1Melayu dan apa lagi segalanya di Negara ini menjadi 1Malaysia. Mohd Najib harus berani bersikap liberal dalam mengakui kepelbagaian dunia Melayu adalah asas bagi pembinaan Melayu Nusantara yang kuat dan sejahtera. Mohd Najib harus tidak keliru hanya meraikan tuntutan kepelbagaian Barat untuk kekuatan Melayu.Mohd Najib harus insaf betapa saat bangsa Melayu di Utara Filipina sujud kepada Barat iaitu Sepanyol dan Amerika, mereka kini sedang parah. Tideakkah sebegitu apa yang sedang terjadi di Timor Lestye? Sesungguhnya sejarah telah membuktikan betapa melayu itu menjadi gagah lantaran mereka merraikan kepelbagaian pada diri mereka. Sesungguhnya sebegitulah sikap Muhammad SAW di dalam pentadbiran baginda. Baginda meraikan kepelbagaian melainkan dalam soal asas akidah. Itulah ikutan Abu Bakar As-Siddiqque dan Umar Al Khataab. Umar Abdul Aziz mengembalikan segalanya sebegitu saat cara itu telah diselewengkan oleh Ummayah. Sama juga bagi Al Makmum. Bahkan para khalifah-khalifah Kerajaan Islam lainnya sebegitulah sifat mereka yang boleh mengangkat mereka berjaya, namun saat sebegitu tidak diperhatikan, bukankah itu menjadi sebab kejatuhan pengaruh Islam sehingga kini. Sesungguhnya alam cakrawala ini Allah jadikan penuh kepelbagaian. Tidakkah itu kita harus mengerti? Mampukah Mohd Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, bukan PM 1Malaysia, bukan PM Malaya, bukan PM UMNO, tetapi PM Malaysia yang akan menyatukan Umat Melayu Nusantara menjadi suatu bangsa berbilang budaya besar? Galang untuknya sudah banyak yang tiada. Karpal Singh sudah tiada. Tok Guru Nik Aziz sudah tiada. Anwar Ibrahim sudah kemas dipenjarakan. Mahathir sudah kian disenyapkan. Lim Kit Siang kian menua. Bahkan Abdul Taib Mahmudpun sudah kian sendiri. Melihat gelagat Mohd Najib yang hanya ingin menghambat kuasa lewat popularity , saya tidak yakin, Mohd Najib akan dapat mentadbir Negara ini dengan makmur apa lagi menyatukan Melayu jika kepelbagaian dalam dunia Melayu itu dia tidak hargai-hormati.

(18) Kesimpulannya, selagi Islam dipinggirkan dalam pengurusan duniawi, selagi itu kebarakahan dalam segala urusan kita tidak kecapaian dan atau lestari. Juga selagi roh kepelbagaian duniawi dalam Islam tidak diraikan dan atau dihormati, selagi itu kita akan terus berkemelut dalam perkara-perkara picisan. Kebijaksanaan dalam mengambil iktibar dari perjalan turun naik temaddun Islam sejak Muhammad SAW sehingga kini harus ada dan diusahakan keras oleh Umat Melayu. Juga, sesungguhnya politik Liberal Kapitalis-Kebangsaan sebagai memenuhi tuntutan Generasi Y kini yang Mohd Najib asakkan sebagai landasan membina 1Malaysia, pasti akan gagal. Semangat politik sebegitu akan menzahirkan kerakusan kuasa, akibatnya segala urusan pengurusan khususnya pengurusan pembangunan di Negara ini akan semua terarah kepada kerakuasan kuasa dan haloba kebendaan. Kelantan, Selangor dan Puilau Pinang selagi tidak dalam kendongan BN, akan terus terisish. Dari tiga negri tersebut, berapa juta Melayu akan terkesan akibat sikap sebegitu? Juga lantaran tidak sealiran dengan Mahathir, Mukriz harus dibunuh dan Kedah harus disisih. Tidakkah akhirnya, permusuahn sesama Melayu akan membunuh Melayu sendiri? Tidakkah itu jelas menunjukkan semangat bodohnya pemimpin Melayu. Semua ini akhirnya tidak sekali-kali menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kesaksamaan yang berhak. Hak-hak yang berhak terus saja akan dinafikan seandainya jalan bersama tidak pernah wujud. Politik sebegitu mengarah Negara ini sepertinya harus bangun mengikut satu acuan sahaja. Seolah-olah seperti di alam nyata, lantaran babi itu telah Allah haramkan, maka hak babi harus dinafikan sedang secara alami Allah tidak pernah menafikan hak biar yang Dia haramkan sekalipun. Hikmah di balik itu, Mohd Najib harus mengerti. Keseragaman dalam semua perkara mengikut acuan kerakusan politik tidak mungkin akan rakyat terima dan jika itu terus berlaku maka selamanya politik Negara tidak akan pernah damai. Melayu Liberal Kapitalis akan menjadikan Melayu sebuiah bangsa bangsat di suatu hari nanti.

Nota:
Semua sisipan tulisan, gambar juga gambarajah di dalam tulisan ini adalah capaian di internet. Diucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang berkenaan.


Terasi, Asajaya, Sarawak
18 Januari-17 Feb., 2015,

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum , bertemu kembali semuga sihat sejahtera....

Bagaimana Islam Itu Bangkit , terima kasih Saudara ABC kerana menyiarkannya kembali .

Dari tulisan beliau di para yang ke 6 ,

'Wahai anak-anakku,sesungguhnya ayahmu telah diberi 2 pilihan. Pertama, menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk kedalam neraka, kedua, kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk kedalam syurga(kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku,aku telah memilih syurga'.

Berdasarkan petikan diatas, saya berfikiran, pemimpin yang mirip sifatnya pastilah tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz.
Perhatikan wawancara Majalah Detik
menulis.....TQ.
Tok Guru sign dokument seakan melayangkan pen sahaja..
Lufti berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu Tok Guru baru clear..."
sambil tersenyum Tok Guru membalas,
"Ambo guno pen pejabat , hok rakyat ..Tekan kuat takut membazir..kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih"..

Dakwat pen pun jadi perhitungan untung rugi...itulah Tuan Guru Nik Aziz .
Beliau bukan sekadar MB ,tapi cerapan Islamnya jelas melahirkan satu kepimpinan membentuk keperibadian muslim sejati untuk semua . TQ.....

Abdullah Chek Sahamat said...

Banyak orang mendewakan Nik Aziz selepas matinya beliau. Semasa hidup juga banyak berbuat sebegitu, namun sekadar mendewa bukan mengikuti cara dan apa yang baik pada pendapatnya.
(2) Sama hal dengan Muhammad SAW. Kini sudah kegilaan Berselawat. Hakikatnya hanya berselawat dan tetap tidak berbuat seperti suruhan baginda. Melayu sifat mendewa-dewa adalahlah. Tetapi berbuat, belum pasti dan itu pasti!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.