Agaknya, mengertikah kita terutama umat Melayu Islam, kenapa babi biar sah haram di sisi Islam, malah Yahudi dan Nasrani asalnya juga mengharamkannya, namun babi tetap utuh berada sehingga kini? Allah yang menghukum babi itu haram, namun Dia juga yang terus menghidup dan membiakkannya. Allah kelihatan seperti anih bukan? Malah ada pihak-pihak membahaskan Allah itu seperti menyangggah contradict diriNya sendiri. Sekilas pandang ada munasabahnya. Mana tidak, Dia yang mengharamkannya, namun Dia juga yang mengadakannya. Sepertinya, kita yang melarang membakar rumah, malah kita sendiri paling tega membakarnya. Bukan sekadar babi tetap utuh, malah terlalu banyak benda-benda atau perkara-perkara haram tetap berada berbaur bersama-sama yang halal. Cuba difikir dalam-dalam, pasti kebaradaan haramnya babi dan segalanya, dan tiada perintah Allah untuk menghapuskan babi itu juga ada kemusnasabahannya. Allah, MahaRahman dan MahaRahinNya adalah terlalu luas, sukar untuk kita mengerti tanpa kita mensyukuri dengan penuh keterbukaan.
(2) Jika kita mengambil geraf di sebelah sebagai panduan asas, banyak perkara akan kita mengerti betapa Hukum Sigmoid adalah benar. Sekitar 70 peratus dari apa juga di dunia ini boleh dikategorikan sebagai lumrah, biasa-biasa, average. Sedang sekitar 25 peratus pula sebagai Above Average dan sekitar 5 peratus pula sebagai Luar Biasa. Contohnya, jika Geraf ini digunakan untuk mentafsir Pendapatan Rakyat, maka akan kita dapati dalam masyarakat apapun, sebahagian besar (70%) akan berada dalam Julat Berpendaparan Rendah, sekitar 25% pula dalam Julat Berpendapatan Sederhana, sedang yang berada dalam julat paling papa mungkin hanya sekitar 2.5% dan paling kaya pula hanya sekitar 2.5%. Samalah jika Geraf ini kita pakai ke bidang kepimpinan. Sekitar 2.5% yang benar-benar berani memberi dan menonjolkan kepimpinan tinggi sedang 70% pula adalah sekadar pengikut, 25% pula hanya ingin berada di peringkat kepimpinan peringkat sederhana dan rendah, dan 2.5% pula sangat bersikap lengai. Maka, kalau kita mengunakan Geraf yang serupa untuk mengukur keresahan rakyat khususnya di Negara ini, pasti 70 peratus dari rakyat hidup biasa-biasa, resah tidak, gembira sangat juga tidak, inilah kelompok rakyat biasa. Kelompok rakyat yang dengan mudah diswing ke kiri juga ke kanan. Sedang kira-kira 25 peratus pula berada dalam lampu kuning keresahan. Golongan 25 peratus ini adalah kalangan Menengah. Golongan Menengah di Negara ini sebetulnya sedang dilanda resah. Mungkin yang paling resah adalah sekitar 5 peratus dari penduduk kita. Dari itu separuh darinya adalah mereka yang papa dan bergelandangan. Sedang separuh lagi adalah para pemimpin dan usahawan yang tamak haloba. Sekilas pandang, hujah ini banyak yang cuba menafikannya. Namun cuba teliti benar-benar, mereka yang resah tidak akan sedar betapa mereka sebetulnya sedang resah. Keresahan mereka tidak mereka rasai, tetapi secara tidak sedar tetap mereka zahirkan jelas. Sebagai contoh mudah, cuba lihat Body Langguage Mohd Najib di hari pertama beliau meninjau banjir pada Disembar 2014 lepas. Banyak tidak memerhatikan betapa semasa dia berjabat tangan, mendekati rakyat, dsb biar tangan beliau tampak mesra (sebetulnya tidak berapa mesra), namun di wajahnya tidak. Riak mata dan air muka beliau tidak focus kepada rakyat yang tengah susah. Saya perhatikan beliau sedang dalam resah yang jelas adalah berakibatkan perkara-perkara lain di dalam fikiran beliau. Saya yakin beberapa darinya adalah para Menteri dan Penjawat Tinggi Awam sedang bercuti di luar Negara dan tidak bersama beliau mendekati mangsa-mangsa banjir. Apa lagi persoalan bermain golf serta perkara-perkara peribadi lain yang viral di dalam media sosial. Lantaran keresahan itu beliau dan KSN terpaksa mengeluarkan arahan agar semua kembali pulang biar tetap ada yang tetap pulang agak lewat. Sesungguhnya, sejak akhir-akhir ini, saya melihat Mohd Najib sangat diselubungi keresahan. Kenapa dan mengapa, itulah perkara yang ingin saya selongkari, mudah-mudahan itu akan memberikan Mohd Najib sedikit pertunjuk agar dia dapat memimpin Negara ini kembali pada landasan masa depan yang cemerlang. Kita tinggalkan sebentar prihal keresahan Mohd Najib, kita lihat dulu permasalahan keresahan rakyat.
(3) Terdapat empat generasi manusia di Negara ini. Generasi Veteran atau Generasi V adalah mereka yang lahir pada atau kemudian dari 1960. Mereka kini membentuk sebahagian besar dari kempimpinan Negara di pelbagai peringkat. Mereka juga merupakan kelompok pesara yang penuh ilmu dan pengalaman. Kemudian Generasi X yang lahir sekitar 1965-1980. Inilah generasi pelapis dan sebahagian sudah melonjak ke tahap pemimpin dalam pelbagai bidang masa kini. Generasi Y adalah generasi yang lahir dalam lingkungan 1980-2000, mereka membentuk kelompok belia dan Generasi Z yang lahir selepas 2000 yang merupakan anak-anak di persekolahan. Keterbukaan Sistem Pendidikan Negara telah merobah banyak cara dan pandangan hidup rakyat di Negara ini. Demografi kita sudah berubah jauh. Perubahan ini, telah menyumbang kepada Jurang Generasi di antara generasi-generasi yang ada. Begitu juga, kejayaan Sistem Pendidikan Negara telah melebarkan pembentukan Kelompok Menengah (pendapatan RM3,000-15,000/bulan/keluarga) di kalangan orang Melayu. Lebih banyak kalangan Menengah Melayu kini berbanding katakan 30 tahun dulu. Sesungguhnya, saya melihat Kelompok Menengah Melayu kian dilanda resah di Negara ini. Keresahan mereka kian menulari kalangan Kelompok Rendah yang akhirnya menjadikan Negara ini agak kacau di akhir-akhir ini. Apa mungkin Akhir Zaman sudah mendekat?
(4) Saya pernah menulis, Akhir Zaman itu bikinan manusia. Allah menetapkan aturan sahaja untuk kapan ianya terjadi. Di saat pra-syarat sudah mencukupi maka ungkapan Kun Fa Ya Kun Allah adalah terlalu mudah bagiNya. Akhir Zaman Melayu itu terletak di tangan Melayu. Bahkan Melayu jika mahu boleh mempercepat juga melewatkan Akhir Zaman mereka. Memang ada akan berkata, hujjah saya ini gila. Biarkan. Itu pendapat mereka. Soal mereka benar atau tidak, masa yang akan menentukannya. Begitu juga tentang hujah saya. Saya yakin, Akhir Zaman itu ditentukan oleh manuisa, Allah hanya membenarkannya. Samalah samaada manusia masuk ke Neraka dan atau Syurga, adalah ditentukan oleh manusia itu sendiri, dan Allah hanya membenarkannya saat sampai waktunya. Berbalik kepada keresahan Melayu, apa sebetulnya yang sedang diresahkan Melayu. Sedar atau tidak sedar, setiap Generasi punya keresahan tersendiri. Cuma terlalu ramai tidak sadar atau juga mengakuinya. Jurang Generasi membikin keresahan itu menjadi recam dan anih. Sistem Pendidikan kita telah menjadikan jurang generasi ini wujud mengasak. Generasi V cukup resah melihat keadaan Generasi X yang kian luntur kenegaraan dan apa lagi kemasyarakatan mereka. Dalam soal keTuhanan, sama saja pencarian terhadap Allah hanya berlaku di hujung usia masing-masinmg, itupun saat resah sudah membadai gila. Kebanyakan Generasi X sudah berTuhankan Kapitalis. Saat Generasi V menyorot ke dalam Generasi Y dan Z, mereka semakin rasa terpukul. Kedua-dua generasi ini sudah hanyut jauh. Generasi Y dan Z sudah berada di alam lain, kebanyakannnya Dunia Maya. Lantaran itu banyak kalangan Generasi V, mulai bersikap lengai cuba mengasingkan diri, melakukan perkara-perkara yang merenggangkan diri mereka dari masyarakat. Mereka seperti ingin hidup bagai beruk tunggal biar di Masjid-Masjid, Padang Golf, Kedai-Kedai Kopi, di kebunan, atau merantau menghabis sisa-sisa hidup yang mereka kian lihat sudah tidak diterima zaman. Tidak ramai dari kalangan Generasi V ini yang sanggup tampil menyusun kembali kesilapan masa lalu mereka. Mereka mengalah dalam seribu sesal yang mempercepatkan alam kubur mereka.
(5) Sikap Kapitalisma Generasi X kini adalah berasaskan Praga Kemanusiaan yang ditunjukkan oleh Generasi V terdahulu. Generasi V lantaran telah menyaksikan keperitan nenek moyang mereka terdahulu, menumpu untuk bangkit membina keluarga sendiri-sendiri. Mereka tekun belajar, mereka tekun bekerja, mereka gigih kebanyakannya sendiri-sendiri. Jarang kegigihan itu demi masyarakat, agama dan Negaranya. Mereka membanting tulang dan fikiran untuk menjayakan diri masing-masing. Banyak peristiwa, di masa lalu sehingga ada di kalangan Generasi V ini dulunya menjijik-jijikkan masyarakatnya sendiri yang tidak lepas dari kepayahan hidup silam. Sebahagian memandang hina akan asal keturunan sendiri. Inilah Model yang menjadi didikan kepada Generasi X kini. Maka tidak hairan jika Genersai X kini jauh lebih hebat sikap menjauhi masyarakat mereka dan menghambat deras Kapitalisma, lalu memisahkan diri sejauhnya dari masyarakat keturunan sendiri yang tidak setaraf. Mereka kian tidak kenal sanak saudara mereka sendiri apa lagi yang sedang payah. Mereka kian mengasingkan diri dari kelompok keluarga besar asal mereka, dan kini mereka sudah membentuk kelompok setaraf yang lain. Inilah Praga Kemanusian baru bagi Generasi Y dan Z kini. Sebetulnya, Generasi X inilah yang membentuk sebahagian besar dari Kelompok Menengah Melayu kini. Secara mudah, Generasi X sudah kian lupa kampung halaman nenek moyang mereka. Sikap mahu berkorban demi Bangsa, Negara dan Agama kalangan Generasi X ini pasti jauh lebih rendah dari Generasi V sebelumnya. Perebutan status sosial pada masa ini jauh lebih hebat dari di waktu Generasi V. Generasi X sudah menuju ke arah Generasi Kapitalis Tulin. Mereka bukan sekadar kian terpisah dari masyarakat kebanyyakan, tetapi secara tidak sedar mereka sudah tidak menjadi ibu-bapa dekat bagi Generasi Y dan Z. Lantaran perebutan status sosial yang jauh lebih mencabar, maka mereka kian dilanda segala macam keresahan yang jauh lebih hebat. Anak-anak mereka iaitu Generasi Y kini, harus mereka didik untuk punya watak yang lain dari diri mereka. Genersai Y harus menjadi generasi bebas merdeka, tidak terikat oleh terlalu banyak perkara seperti Generasi V dan X telah lalui. Kebebasan seperti hendak diberi penuh kepada Generasi Y dan Z ini. Mereka kian menilai betapa terdahulu, mereka telah tersalah didik oleh Generasi V iaitu ibu-bapa mereka, maka sikap sebegitu harus diubah kuat. Atas sikap sebegitu, Generasi Y menjadi kian terputus hubungan dari Generasi V dan kian bersengganbg jauh dari Generasi X. Akibatnya, di situlah mulai runtuhnya rasa kemasyarakatan Melayu di kalngan Generasi X dan Y dan pastinya Generasi Z akan lebih jauh tersenggang. Atas keruntuhan kemasyarakatan Melayulah maka kini telah timbul keresahan yang sangat besar di kalangan orang Melayu seluruhnya. Melayu kini kian berkemelut di antara Budaya, Islam, dan Kapitalisma-Liberal
(6) Melayu kini sedang berkemelut besar dalam pencarian dan penegapan jatidiri. Yang Islami dan atau condong ke arah itu, berusaha keras mahu menonjolkan diri sebegitu, sehingga ada di antara mereka mengambil jalan jauh ke kiri; memisahkan diri atau ke kanan, mengasak terus masyarakat sehingga menjadi musuh masyarakat pula. Masyarakat pula banyak yang binggung mengambil jalan mudah; jangan peduli. Namun ada waktunya masyarakat kebanyakan juag terheret tanpa suatu alasan yang kukuh. Ke kiri juga ke kanan, kalangan Isl;amis Melayu sepertinya tidak mendatangkan kesejahteraan kepada masyarakat. Mereka yang condong pada adat dan budaya Melayu, juga mengambil sikap yang serupa. Para budayawan Melayu sering juga menjadi bahan tertawa dan momokan kalangan yang kurang berminat kepada mereka. Apa lagi yang dinamakan Kapitalis Melayu, kebanyakan mereka memilih untuk business first dan tidak tampak tangan mereka untuk bersama masyarakat biar sehingga akhir hayat mereka. Mereka sering menjadi bahan sindiran Melayu Islamis juga Melayu Nasionalis. Sesungguhnya, Melayu biar Generasi V, X, Y, dan Z sekalipun, mereka sedang resah dalam meletakkan diri mereka ke dalam sistem Islam, Melayu dan Negara yang baik. Inilah durja yang sedang melanda Negara.
(7) Hakikatnya, masalah keperluan hidup yang kian recam dan membebankan sangat memukul rakyat. Rakyat resah atas bebanan perumahan. Rakyat resah atas bebanan harga makanan. Rakyat resah atas perolehan tidak dapat menampung nafsu yang sudah jauh berubah. Asasnya bermula bilamana Pengurusan Ekonomi Negara sudah tidak lagi melihat Jalan Seimbang antara Public and Private Enterprise. Jika adapun Public Intervention ianya masih di tahap lama serta sangat bersifat kronisma. Pengujudan pelbagai GLC umpamanya tidak mempertingkatkan kemakmuran rakyat tetapi membuncitkan hanya segelintir. Rakyat sekadar menikmati balung dan duduh, tulang dan kuah sedang segelintir membaham semua. Private Enterprise pula sedang diguna hebat untuk kebuncitan sendiri-sendiri dari sebetulnya digunakan secara strategis demi Masyarakat, Islam dan Negara. Perebutan untuk kian menbuncit inilah sedang berlaku kencang di kalangan Generasi X dan Y Melayu yang terpelajar. Apa lagi ditokok oleh kecelaruan ideologi politik dan fahaman-fahaman keAgamaan yang sudah lain. Di kalangan orang Melayu, Islam sudah seperti bukan jalan perpaduan. Islam kian menjadi jalan perpecahan. Inilah hasilnya bila Islam di Negara ini mulai dilihat dari tiga sudut berbeda iaitu Barat, Timur Tengah dan Budaya Melayu. Belum ada pihak di Negara ini dapat menyatukan perbedaan Islamic School of Thought ini. Semua ini menjadikan keresahan dan kecelaruan rakyat bertokok-tokok dan berindan-tindan. Apa lagi ditambah dengan segala macam kecelaruan urus tadbir yang tidak selari dengan tuntutan zaman serta tidak menepati lunas-lunas professionalisma murni. Generasi Y dan Z sudah mulai menilai Generasi V dan X sebagai jijik perasuah dan penyalah guna kuasa. Prilaku salah guna kuasa dan rasuah yang bermaharajalela itu menjadi pokok benih kebencian dan semarak pergelutan, sosial di dalam masyarakat kita di Negara ini. Rasuah dan penyalah gunaan kuasa adalah punca kepada kelembapan juga penghadang besar bagi pertumbuhnan ekonomi Negara dan kesejahteraan rakyat. Kelompok-kelompok Melayu, masing-masing akhirnya cuba membunuh pihak lain di atas segala keonaran dan atau kelainan pihak lain itu. Contohnya PAS menuduh UMNO sebagai korup sedang UMNO menuduh PAS sebagai pelampau. Apa lagi DAP menuding UMNO sebagai perkauman sedang UMNO pula menuding DAP sebagai Penderhaka Kontrak Sosial dan sebegitulah berkelanjutan kepada PKR, PERKASA, MCA, MIC, Gerakan dsb. Politik kita jadi ribut. Pemimpin kita jadi lebih banyak berpolitik demi membunuh dari berpolitik untuk mengurus demi kesejahteraan Negara dan rakyat. Perkara-perkara percakaran tidak henti-henti ini sebetulnya adalah atas sifat rasa tidak selamat yang dirasakan oleh Generasi V juga sebahagian Generasi X yang agak veteran. Lalu Generasi X yang lebih muda yang sudah tidak heran di atas sifat Generasi V yang saling berdolak-dalik saling menuding, lalu mengambil jalan mudah mampus lu masyarakat. Inilah Generasi X dan Y kini yang kian hanyut dalam kancah Kapitalisma Tulin. Apa tidak mungkin, ada di kalangan Generasi Z nantinya bangkit memberontak menentang segala namun juga hancur sebagai Arab Spring yang nyasar lantaran mereka sedang bangkit dalam penuh kecelaruan?
(8) Akibatnya, kian wujud di Negara ini, dan saya yakin, tanpa sikap berani-hemah dan bijaksana Mohd Najib masyarakat Melayu kian terbahagi kepada tiga kelompok yang suatu masa akan berkancah hebat: Melayu Tradisional (Nasionalis), khususnya di Luar Bandar, Melayu Islamis Berbagai (Bandar dan Luar Bandar), dan Melayu Kapitalis-Liberal (Bandar). Melayu Kapitalis-Liberal akan mengaut untung sekuatnya dari Melayu Nasionalis dan Islamis yang tidak cerdik di alam perniagaan dan perusahaan. Biarpun Melayu Kapitalis-Liberal ini mengaut banyak untung dari Melayu lainnya, namun keuntungan yang mereka perolehi adalah sekadar laba hasil tunggangan semata-mata. Sebahagian dari para ahli politik, penjawat-penjawat awam serta ahli koprat Melayu adalah tergolong sebagai mereka yang sangat berminat menjerat Melayu Nasionalis dan Islamis ini. Kapitalisma sedang berakar kuat di kalangan Pemimpin, Penjawat Awam dan Koprat Melayu. Sedang Melayu Nasionalis dan Islamis akan saling berperang untuk saling menguasai jalan ideologi masing-masing. Perperangan ideologi ini, akhirnya tidak juga menjadikan biar mana satu pihakpun benar-benar kuat. Mereka sebetulnya menjadi semakin lemah. Sikap saling ingin memakan di antara ketiga-tiganya, adalah punca keresahan yang kian memuncak hebat. Pada suatu ketika nanti, ketiga-tiga mereka akan berperang di atas keruntuhan akibat dari sikap egoistic dan tamak masing-masing. Sesungguhnya, riak-riak ini sudah mulai muncul bilamana sudah wujud kelompok-kelompok extremist dalam bidang-bidang tertentu Melayu kini. Munculnya kalangan extremist ini kini seperti lagu dan seruan gempita yang sedang dipergunakan oleh Mohd Najib untuk menyatukan Melayu, namun saya yakin semua itu pasti akan mewujudkan social and economic back fire. Mohd Najib, resahnya sebetulnya apa? Saya merasa dia sedang kebinggungan apa ingin benar-benar mahu menyatu dan memperkuatkan Umat Melayu atau terus membiarkan Melayu bercelaru? Pada saya, Mohd Najib sedang binggung tentang persoalan apakah Melayu harus kuat atau biar terus lemah? Dia belum menemukan jawaban jika Melayu kuat, apa akan terjadi, juga jika Melayu lemah, tidakkah dia akan terus berkuasa?. Untuk menguatkan Melayu, saya yakin Mohd Najib sudah punya jawaban. Cuma resahnya dia, bila dia seperti tidak pasti, apa terjadi pada kekuasaannya saat Melayu menjadi kuat. Sesungguhnya jalan memperkuatkan Umat Melayu Mohd Najib sudah tahu. Cuma dia masih berexperiment untuk melihat apa jadi saat Melayu masih lemah tidak bersatu. Apa tidak mungkin Mohd Najib sudah terlalu condong mendokong Kapitalis-Liberal di Negara ini dan di peringkat antarabangsa. Lantaran Melayu belum bersatu, maka kaum-kaum lain juga tidak akan bersatu, biar Cina, India, Iban, Kedazan dsb. Negara ini terus bercelaru, selagi Mohd Najib tidak berani tegas menjalankan jalan tengah bagi menyatukan Melayu. Walau bagaimanapun, kelemahan ketara Mohd Najib yang menjadi resah berpanjangan dia adalah sifatnya yang gemarkan Popular Political Stance. Kepada saya, Mohd Najib failed to walk his talks untuk rakyatnya dan paling parah saya berkira He talked without serious studies or thinking being done first. Sesungguhnya keresahan mengila Melayu adalah lantaran kempinan yang popular dan keresahan pemimpin adalah lantaran mereka kurang berfikir panjang dan bermesyuawarah baik. Ibarat kambing, selagi dia belum kenyang, selagi itu dia membingitkan. Kambing Allah pertontonkan agar Mohd Najib boleh berfikir lewatnya jika dia memerhati.
(9) Hakikatnya Mohd Najib, gagal dan tidak mahu secara jujur dan tegas menjurus jasad dan fikiran Melayu ke arah di mana bangsa ini punya Masyarakat, Agama dan Negara yang benar-benar terhormat pada lunas-lunas betul dan berani. Ibarat sebatang pohon rimbun, selagi ianya terus bergoyang, maka selagi itu segala penghuni di pepohon itu akan terus tidak aman. Mengertinya Mohd Najib akan kias alam ini, mungkin lain dari apa yang saya mengerti. Dia mungkin melihat pohon yang terus bergoyang sebagai suatu keindahan alam, jika boleh biar ianya terus bergoncang hebat.

Kg. Terasi, Asajaya, Sarawak
19 Feb.-4 March, 2015
0 comments:
Post a Comment