Entah berapa puloh kali di dalam Al Quran, cabaran untuk kita berfikir, sayapun tidak terhitung. Juga entah berapa banyak ceritakah yang ada di dalam Al Quran, agar menjadi cermin dalam perjalanan hidup kita. Kini, pasti banyak yang membaca dan mentafsir Al Quran, lalu dengannya berpidato hebat mengikut selera juga kebutuhan masing-masing. Berkelanjutan sebegitu untuk sekian waktu, di mana kita kini? Di zaman-zaman kegemilangan Islam, agaknya bagaimana para cendikiawan Islam lampau membaca atau menyelidiki Al Quran sehingga mereka menjadi gagah? Cuba kita lihat bagaimana kini kita melihat Al Quran, contohnya di zaman Noah AS, di mana di zaman itu kita gambarkan manusia sebagai terlalu engkar, sehingga anak dan isteri bagindapun engkar terhadap perintah Allah. Apakah perintah Allah yang mereka engkari? Banyak menyorot dari segi tidak patuh sujud menyembah Allah. Apakah sekadar itu, serta tidak menyembah Allah adakah ianya sekadar sembahyang menyembah selain Allah? Banyak di antara kita membaca engkar akan perintah Allah sekadar sebegitu maka kini, dalam mengharungi hidup penuh panca roba, jalanan pelarian kita pilih. Saya yakin, maksud engkar akan perintah Allah jauh lebih luas dari itu. Apa tidak mungkin, segala macam penyimpangan, keonaran dan keenganan juga tidak tergolong di dalam sujud menyembah selain Allah? Contohnya, kepimpinan yang zalim, apa itu tidak bermaksud sebagai ciri-ciri tidak sujud kepada Allah? Saya yakin, itu sebahagiannnya, lantaran tugas dan tujuan kita sebagai khalifah dalam pengertian
Allah adalah sangat jelas iaitu memelihara kesejahteraan pimpinannya. Kepimpinan yang tidak memelihara kesejahteraan rakyat pimpinan adalah pemimpin yang zalim serta tidak sujud penuh kepada Allah. Dia engkar akan tujuan kejadiannya yang Allah asaskan. Pemimpin yang zalim adalah pemimpin yang mengkhianati tujuan azali kejadian mereka. Kebanyakan para pemimpin dalam UMNO dan PAS sudah seperti mentafsir, sesiapa yang tidak mendokong mereka adalah bukan rakyat pimpinan mereka, biarpun mereka tetap Umat Allah sekalipun. Hak Allah seperti mereka pinggirkan demi hak mereka. Sesungguhnya, istilah zalim banyak sekali digunakan oleh Al Quran yang menjadi sebab kepada segala musibah yang Allah turunkan agar manusia kembali berfikir waras untuk saling hidup sejahtera.
(2) Apakah perlu untuk Allah menimpa musibah demi musibah, bala demi bala, hanya dengan itu baru banyak mahu berfikir dan berubah menghambat mensejahterakan semua? Tidakkah cukup sejarah di dalam Al Quran menjadi peringatan dan segala musibah dan bala yang beruntun mendatang kita jadikan amaran pemula. Kenapa perlu kita tunggu yang lebih besar dan dahsat dari itu baru kita mahu berubah? Untuk apa sebetulnya segala musibah ini? Tidakkah agar kita segera mensuci hasad dan haloba dari hati dan fikiran kita? Tidakkah segala bencana di dunia ini terlahir dari seketul hati manusia yang dibaluti haloba dan hasad? Bala apa dan sebesar mana lagi yang kita perlukan untuk kita sadar akan amaran Allah itu? UMNO haloba untuk menguasai seluruh pemerintahan Negara. PAS juga tidak berbeza. Sehingga itu terjadi baru mereka akan berlaku adil dan saksama. Inilah haloba. Lantas kerana itu tidak mereka capai, dan tidak mungkin akan mereka capai, maka hasad terus-terus bermusuhanlah mengelumangi mereka. Mereka hendak berbunuh, pasti Allah biarkan. Mereka hendak serakah, pasti juga Allah biarkan. Umat Melayu hendak terus membiarkan ini, pasti Allah biarkan mereka bebas menentukan pilihan mereka. Bercakaran bagai kucing dan anjing, akhirnya tikus-tikus kencing keliling membunuh semua. Sampai waktunya, Syurga dan Neraka sudah ada dan fungsian keduanya sudah tetap dan pasti berlaku. Tidakkah itu jelas di dalam Al Quran?
(3) Beberapa kegetiran masalah air di Negara ini tidak merubah banyak cara berfikir juga rasa keisafan kempimpinan dan rakyat di Malaysia untuk sekian lamanya. Bila saya menyebut kepimpinan, ianya meliputi seluruh lapisan kepimpinan. Di musim kemarau, kita menghadapi kekurangan air. Derita rakyat yang diam di apartmen-apartmen saat ketiadaan air, tidak mahu difikir dan kerja keras seutuhnya untuk mengatasinya. Apa lagi derita para petani, saat sawah ladang mereka kering kontang. Di musim tengkujuh, kita menghadapi kebanjiran air. Rakyat yang diam di pinggiran sungai dan laut, resah mereka tidak kita hirau kuat. Apa lagi rakyat terkandas terputus hubungan dan kehancuran harta benda, di saat banjir sering kita ambil mudah sahaja. Kita heboh seketika, kita lupa hari-hari berikutnya. Semua ini terus-terus menambah resah rakyat. Maka, resah rakyat bertukar menjadi kebencian, tidak kita urus secara jangka panjang. Seoalah-olah, Allah menjadikan kemarau dan tengkujuh itu sebagai waktu laknat buat umat Melayu. Kenapa sebegitu? Sebetulnya, kita tidak pernah mahu berfikir, menyelidik alam keliling kita, contohnya kenapa Allah mengujudkan dua bangsa yang mulanya lemah kemudian menguat gila pada masa ini iaitu bangsa Belanda dan Israeal. Kedua-dua bangsa ini tidak wujud sebermula sebagai bangsa-bangsa kuat gagah, kebangkitan mereka hanya sekitaran 50-100 tahun dulu, seumuran Negara kita juga. Apa ada pada Belanda? Mereka asalnya hanya punya Negara di bawah Paras Laut (MSL). Apa ada pada Israel? Sekadar gurun pasir kering kontang. Bagaimana mereka bisa bangkit kuat dan menguasai dunia? Mereka adalah bangsa yang kuat berfikir dan bersatu. Mereka adalah bangsa yang melihat musibah dan bala sebagai cabaran Allah untuk mereka lebih kuat. Biarpun mereka adalah kafir, namun mereka tetap mahluk Allah, dan Allah tetap menjaga mereka atas usaha mereka. Tidakkah itu telah Allah janjikan? Apakah sikap keras berfikir dan bersatu berusaha itu ada dalam kempimpinan dan umat Melayu? Melayu melihat musibah itu sekadar laknat Allah ke atas musuh sesama sendiri mereka. Sesungguhnya sebegitulah "murni dan tingginya darjat pegangan" hasad dan haloba Melayu?
(4) Banjir bukanlah sesuatu yang baru bagi Negara ini. Cuba perhatikan petikan berikut "According to the Ministry of Natural Resources and Environment, Malaysia in June 2007, Malaysia has experienced major floods since 1920 especially in the years 1926, 1963, 1965, 1967,1969, 1971, 1973, 1979, 1983, 1988, 1993, 1998, 2005, December 2006 and January 2007. " Bahkan di tahun-tahun 2010, dan 2013 sebahagian Negara juga dilanda banjir. Pada tahun 2014 digembar gembur sebagai banjir paling buruk pernah berlaku. Juga, telah dikenalpasti "9% (~30,000 sq km) of the total area of the country is prone to flooding". Inilah kawasan di mana rakyat kebanyakan berada mencari hidup dan hidup. Mereka saban tahun sangat terdedah kepada banjir dan bahkan kemarau. Apa telah kita perbuat?
(5) Saya yakin, kita hanya melihat banjir pada banjir per se, ia datang dan pergi secepat ianya datang. Paling-paling dalam tempoh dua minggu. Juga kemarau. Kemarau akan datang, paling lama bertahan sekitar sebulan sehingga dua bulanan. Maka laknat alam kepada Melayu hanyalah sekitar dua hingga tiga bulan. Selama sembilan bulan selanjutnya, Melayu pasti lupa akan semua itu lantaran banyak yang berseru sabar dan redhalah. Kebanyakan Melayu akur pada saran sebegitu. Berapa ramai yang ingin melihat banjir dan kemarau dari sudut yang jauh lebih luas? Apakah kesannya kepada bekalan makanan Negara dan serantau? Apa kesannya kepada taraf hidup dan saikologi rakyat? Apa kesannya kepada Melayu di mata dunia dan Islam di mata semua? Apa tidak mungkin Melayu dan Islam itu lantaran menerima banjir sebagai takdir tidak dilihat sebagai passive dan mundur? Apa kesannya kepada cara perancangan dan pembangunan kependudukan dan sektor-sektor pekerjaan, perhubungan, pengangkutan, pengurusan alam dan air, dan segala macam ketemaddunan manusia Melayu? Saat banjir dan atau kemarau berlalu, kebanyakan jika tidak semua akan menarik nafas lega bersyukur kerana Allah telah memberhenti dan atau mendatangkan hujan. Terlaung serata Negara betapa kita harus bersyukur kita lolos dugaan keImanan, kita orang-orang berIman. Kita mendabik dada. Kita yakin Allah sedang senyum puas kepada kita. Kita orang-orang yang sabar. Kita orang-orang yang Allah sayangi maka segala dugaan Dia berikan untuk memperteguhkan keImanan kita. Apakah benar sebegitu cara Allah menguji segala? Saya kira sungguh singkat pemikiran manusia meletakkan Allah pada hanya jalan sebegitu mudah dan ringkas! Tidakkah itu sekadar gula-gula untuk Melayu to be at peace with themselves? Islam seperti dijual untuk sekadar melegakan biar usaha selanjutnya tetap bagai melepas batok di tangga.
(6) Saat banjir besar melanda Kelantan pada Disembar 2014 yang baru lepas, dalam rakyat sedang parah resah, dua pihak sudah memukul canang bertelagah. Satu menuding jari kepada pengondolan hutan. Satu pihak pula menuding kepada pelepasan air takungan segala empangan. Bencana dijadikan pertelagahan dari dijadikan titik kuat untuk semua berfikir dan kerja keras untuk mengatasinya. Pokoknya, tidak ada satu pihakpun mahu berkata, kita tangani bersama dulu musibah banjir, namun dalam waktu yang sama, kita berfikir dan berunding secara ikhlas dan professional mengkaji semua. Hancainya semua ingin bermain wayang untuk menutup kelemahan masing-masing. Apakah sikap itu, tidak bersifat engkar tidak sujud penuh kepada Allah? Saya yakin, itulah sebahagian ciri-ciri manusia tidak sujud penuh kepada Allah. Mereka durhaka terhadap perintah Allah agar bersatu hati dalam mengurus kebenaran dan jalan kebaikan. PAS dan UMNO kedua-duanya sudah mentafsir Al Quran pada kehendak tujuan sendiri-sendiri. Buat mereka, yang penting rakyat harus dipesongkan agar terus bengong. Kepimpinan Melayu sudah jauh menyimpang menurut hati yang penuh penyakit haloba dan hasad. Biar jalan masa lalu sudah terintis baik, mereka memilih untuk haloba ingin berkuasa penuh, lalu saling membunuh lantaran hasad yang tidak terbendung. UMNO melaung-laung tentang penebangan hutan berleluasa. Lesen pembalakan sememangnya dalam tanggungjawab PAS Kelantan. Namun, agensi-agensi penguatkuasaan yang boleh menyekat pembalakan di bawah seliaan siapa? DOE, JKR, Hutan, JPJ, dan Polis umpamanya kenapa tidak boleh digunakan untuk menyekat semua itu jika benar-benar pembalakan di Ulu Kelantan mengancam kesejahteraan rakyat Negeri itu. Hakikat semua itu tidak diperbuat adalah atas dasar biar, biar Allah menghukum mereka. Padan muka, tengok apa PAS boleh buat. Akibatnya, apakah sekadar PAS terhukum? Tidakkah Negara menangung beban dari musibah yang sengaja UMNO biarkan ke atas rakyat yang tersepit? Juga pernahkah diteliti halus, kenapa PAS mengondol hutan mereka? Setiap sesuatu tidak terjadi tanpa sebab dan musabab. Pokoknya, rakyat Kelantan telah dihukum miskin lantaran kedua-dua UMNO dan PAS serakah dan hasad sesama sendiri.
(7) Sesungguhnya, bila banjir terjadi pada 1950an-1970an, tumpuan Abdul Razak Husein pada masa itu tidak pada banjir per se. Beliau menumpu kepada soal kesan banjir, khususnya dari segi kesan kepada taraf hidup rakyat. Beliau saya kira, melihat banjir sebagai punca kepada kemiskinan. Lantaran miskin, rakyat dilihat sebagai tidak mungkin berkemampuan untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Kepada Abdul Razak Husein, banjir adalah punca kedhaifan Melayu, banjir adalah punca kepada rendahnya martabat Melayu. Beliau tekad mengurang dan atau menghapus banjir demi maruah Melayu dan pastinya Umat Islam. Pada kedudukan martabat Melayu, Abdul Razak pertaruhkan martabat Islam dan UmatNya. Sangat berbeza dengan pandangan kepimpinan Negara selepas beliau, khususnya di masa kini. Maka tidak heran jika dia dan Asri Muda boleh duduk semeja berunding apa yang seharus diperbuat, bukan sekadar membuat apa yang tahu dibuat dari sudut politiknya.
(8) Maka dengan sebab itu, Abdul Razak Husein menjalankan usaha-usaha keras memisahkan rakyat dari bencana banjir lewat pelbagai cara. Di antaranya adalah penubuhan FELDA dan KEMUBU sebagai langkah berani dan jangka panjang beliau. FELDA dan KEMUBU tidak sekadar diusaha untuk memperbaiki taraf hidup rakyat, malah beliau gunakan secara bijak untuk berdepan dengan cabaran Allah. Beliau tidak melihat banjir sebagai musibah tetapi cabaran untuk berfikir keras dan bersatu mengatasinya. Ini dapat dilihat jika kita imbas ringkas sejarah dua agensi tersebut: "THE Federal Land and Development Authority (Felda) journey started back in the 1950s with a dream by Tun Abdul Razak, Malaysia’s first deputy prime minister and second prime minister. His dream was for the poor to have land and productively develop them to get a decent source of income. In July 1956. the Land Development Act 1956 come into force giving birth to the statuatory body, Felda. Dalam prihal KEMUBU pula disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973. Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972. Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA." Dari KEMUBU maka berkembanglah pelbagai projek yang serupa di seluruh Negara dengan pelbagai jenama lainnya. Usaha Abdul Razak Husein terus diusahakan lancar oleh Hussien Onn dan malahan Mahathir Mohammed. Di Kuala Lumpur pula Mahathir mengatasi masalah limphaan air dengan cara lain. The 9.7 km stormwater tunnel in SMART helps divert excess floodwater from Sungai Klang and Sungai Ampang saving the District of Kuala Lumpur, in the surrounding area of Masjid Jamek, from future floods. The 3 km motorway tunnel incorporated into SMART acts as an efficient alternative route from the Southern Gateway of KL-Seremban Highway, Federal Highway, Besraya and East-West Link from entering and exiting the city centre. This iconic project assembled the best of Malaysian engineering expertise and won the Group international accolades from the most prestigious builders’ award, the British Construction Industry Award (BCIA) for Best International Project. Pendeknya, para pemimpin terdahulu, mengambil langkah berani dan strategik dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Apakah ini terjadi selepas mereka?
(9) Pada tahun 2013 Allah memberi amaran awal tentang kekurangan air di Lembah Kelang, yang hampir-hampir merebak ke Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah tindakan kepimpinan kini? Haloba dan hasad UMNO dan PKR pula menjadi dalang kepada permasalahan ini. Masing-masing berusaha keras menegakkan benang basah masing-masing, yag hakikatnya hanyalah haloba dan hasad. Apa tidak mungkin masalah air ini tidak akan berulang kembali pada 2015 nanti? Jika ini terjadi apakah ianya tidak akan menjadi lebih dahsat? Jika kita lalai terus bergumpal dengan haloba dan hasad, pasti Allah akan sekali lagi menghantar tangan hitamNya. Apa tidak mungkin henyakan tangan hitamNya nanti tidak lebih keras?. Sesungguhnya kebencian Allah pada Yahudi, bukan pada bangsa itu, tetapi pada sifat haloba dan hasad sebahagian dari mereka. Apa tidak mungkin Allah juga akan menjadi benci kepada Melayu dan kepimpinan Melayu jika jiwa kotor Yahudi menunjang kuat pada kita? Sesungguhnya terlalu banyak mimpi indah yang hendak kita capai di Negara ini. Kuala Lumpur contohnya akan kembang menjadi Kota Sejagat setaraf kota-kota besar seperti Tokyo atau New York. Begitu juga dengan kota-kota lain di seluruh Negara. Perindustrian kita pasti perlu diasak kuat. Rakyat pasti menumpu ke kota-kota ini. Apa persiapan telah kita rangka dan laksanakan keras? Keperluan makanan kita perlu direncana hebat. Segala bentuk perumahan dan susunan jalan dan pengangkutan harus terencana rapi. Segala keindahan alam kita perlu terpelihara hebat sebagai keseimbangan hidup yag lebih damai buat rakyat. Apa lagi yang dinamakan bekalan air, eletrik dan gas. Segalanya harus terencana hebat. Namun apa persediaan kita? Mampukah kita untuk terus bertelingah melayani nafsu haloba dan hasad? Sesungguhnya, saya melihat Mohd Najib sedang dikelilingi algojo-algojo bangsa. Mereka sedang berdendang hebat tari-tari haloba dan hasad. Mereka ini saling berbunuh untuk lebih dekat kepada Mohd Najib dan atau siap siaga untuk membunuhnya nanti. Untung nasib Negara dan bangsa bukan menjadi perjuangan mereka. Mereka sedang serakah untuk diri sendiri. Apa Mohd Najib berani untuk berdepan kembali kepada rakyat untuk membersihkan dan atau menyingkirkan diri dan mereka ini? Saya khuatir, dia tidak punya keberanian untuk bersama rakyat sebagaimana Abdul Razak Husein dan Mahathir Mohammed dalam membersihkan jalanan pembinaan Negara ini. Saya melihat, Mohd Najib hanya punya cita-cita dan slogan, tetapi tanpa forceful executing team. Dia hanya boleh melaung, tetapi tiada pengerak.
(10) Sesungguhnya untuk menangani kemelut politik PAS, UMNO dan PKR tidaklah susah. Begitu juga untuk mengatasi kemelut dana pembangunan Negara. Soalnya, mahu atau tidak Mealyu kembali ke pangkal jalan. Salahkah PAS mengurus Kelantan secara betul? Biarlah mereka mengurus Kelantan pada hak dan kemahuan rakyat Kelantan. Jangan segala macam duri dan ranjau ditabur di sepanjang jalan sehingga mereka berjalan tidak lurus terkinja-kinja. Apa yang hak pada mereka, tunaikan saja sebagai sebuah Negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Jika Sarawak boleh dihormati sebegitu, kenapa tidak Kelantan? Hak mereka dalam sebuah Persekutuan harus dihormati. Rakyat Kelantan, mereka punya harga diri yang tinggi. Inilah bangsa dari sisa-sisa kerajaan lama Majapahit dan Pattani. Mereka kepingin kental bangkit lembali sebegitu, apa salahnya? Uruslah Kelantan seperti mana orang-orang Melayu dulu-dulu memelihara keharmonian kejiranan sekampung. Jika itu terjadi apa akan ada perlunya setiap rumah akur pada satu jalan?. Sesungguhnya jika UMNO dan PAS mendokong budaya Melayu, itulah asas yang menjadikan Melayu gagah sewaktu-waktu dulu. Sebegitu juga harusnya sikap PAS. Apa perlunya PAS begelandangan ke seluruh pelusuk Negara, menanam ras kebencian yang tidak wajar? Cuma UMNO sebagai upper hand apa salah untuk terlebih dahulu menghulur salam. Apa akan hilang bisa ular menyusur akar?. Atau kedua-dua UMNO dan PAS sudah buta, tuli dan pekak tentang konsep ini. Sama juga prihal PKR di Selangor. Pemimpin UMNO pernah bersikap kurang ajar di Selangor, maka salahkah jika rakyat Selangor memilih apa yang wajar bagi mereka? Hakikatnya, jika PAS, UMNO dan PKR mampu merenung kembali amalan murni budaya Melayu, mereka pasti jelas akan kebodohan masing-masing terus bertelaggah sehingga bertelanjangan tanpa ada rasa segan silu lagi. UMNO telanjang, PAS telanjang, PKR telanjang, apa Melayu akhirnya tidak murat maret bercelaru bertelanjangan juga? Anih sekali bila disorot cara Melayu kini khususnya para pemimpin dan rakyat Melayu berfikir! Mungkin Melayu harus mengerti halus segala filem P Ramlee juga cereka Abu Nawas untuk menyorot kebodohan semua lapisan sebetulnya. Lihat betapa cereka Abu Nawas dalam sinis menampakkan pemimpin (Sultan) bodoh, cendikiawan (Abu Nawas) jadi biol dan rakyat yang hanya mengerti mengemis dan di"petronized".
(11) Kemelut ekonomi dunia kini tidak lain hanyalah percaturan Yahudi untuk kembali perkasa tanpa tantangan. Di Barat, urusan dagang dan industri kian tepu. Yahudi cuma ingin pasti, mereka terus kukuh dari segi perekonomiannya. Timur sedang bertatih bangkit gagah. India dan China sedang mengalih letak kebangkitan ekonomi dunia. Jepun dan Korea sekadar feeders untuk seketika. Barat sudah penasaran lantaran keangkuhan berpanjangan Yahudi yang menjadi pengerak ekonomi mereka selama ini. Yahudi kini secara keras dan licik memperkuda Barat untuk menghancur dunia lewat apa juga cara. Dunia yang lemah adalah asas bagi kebangkitan gagah Yahudi. Russia sedang diasak lewat pertentangan pelbagai mazhab Nasrani Coptic, Protestan dan Khatolik. Timur sedang dihenyak dengan segala macam liberalisasi. Maka di sinilah jika kempimpinan Melayu itu hebat, pasti tampak kelicikan dan perangkap Yahudi serta lowongan untuk kita bisa lolos. Sesungguhnya jika kita cuba berfilir keras dan cepat, pasti cereka Abu Nawas mampu memberikan kita jalan keluar yang bagus. Tidak Abu Nawas itu terlahir tanpa sebab dan tujuannnya. Bagi saya, gabungan di antara pemikiran Abdul Razak Husein dan Mahathir Mohammed pasti boleh membuahkan satu jalan strategik yang terbaik buat Negara ini untuk terus melonjak ke depan. Dalam cereka Abu Nawas, biarlah sang Sultan (Yahudi) dengan watak rakusnya, namun kita, kepimpinan (Abu Nawas) harus selicik bijak bistari Abu Nawas mengaut untung dari hadirnya haloba Sultan untuk tidak mem"petrovize" rakyat, tetapi memerdekakan mereka. Cuma sayang kini saya lihat Yahudi dan kita, sama-sama rakus haloba dan hasad, maka terus tetap di sini sahajalah kita. Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Dana China dan Dinar-Petro serta kekuatan biaya tempatan harus boleh kita gembeling untuk kita memuaskan hati semua sedang kita bangkit secara bijak di atas kekuatan pihak lain. Segala permasalah kita, dari banjir membawa kepada kemarau, kemelut perumahan dan makanan, serta apa saja, pasti In Shaa Allah boleh kita selesaikan jika kita jujr dan ikhlas. Apa mustahilnya? Umar Abdul Aziz telah membuktikannya. Saya yakin, inilah masanya, dan Allah sedang menyediakan lowongan itu seluasnya utuk kita garap cepat. Kita harus bersyukur bukan sekadar sujud di sajadah, namun bersyukur mengerti untuk membaca rahmat Allah atas kegagaluan di Timur Tengah serta limpahan masyarakat Nusantara, Cina, Selatan Asia, Arab serta Asia Tengah di Negara ini, kerana Allah sebetulnya sedang memberi raung untuk kita menongkah arus dan terus memimpin Nusantara menuju keperkasaan yang boleh merobah dunia ke jalan kesejahteraan sejati. Apa ini bisa di sorot terang oleh Mohd Najib dan mereka di kelilingnya.
(12) Saya melihat Mohd Najib terlalu yakin akan corporatization dalam cara membina Negara ini. Apa lagi kini di sekeliling dia, sudah ramai para lulusan luar Negara dari pelbagai universiti ternama dunia, menjadi penasihat beliau. Apa Mohd Najib tidak sadar, tidakkah mungkin mereka ini sama saja dengan para penasihat Sultan dalam cereka Abu Nawas? Benar, corporatization adalah caranya negara-negara seperti Amerika, Peranchis, Australia dsb bangkit pantas, namun kita tidak boleh secara buta menjejaki jalan itu tanpa asas kita sendiri. Biar mereka mengamalkan corporatization namun pelbagai hidden safety net mereka sediakan untuk memastikan hidden agenda tertentu. Kita banyak meniru tanpa mengerti second tiers stratedies mereka. Akibatnya, banyak apa yang Mohd Najib laungkan sebagai kejayaan transformasi hakikatnya adalah sekadar rebranding tanpa ada isi jelasnya.
(13) Soal pokoknya, apa Mohd Najib berani untuk merobah diri, mensuci diri dan menumpu jalan fikir dan tindaknya dalam mendaulat Melayu dan membina Negara seperti Muhammad SAW dalam mission baginda untuk kembali mendaulatkan Mekah dan Islam? Saya melihat Mohd Najib sudah terlalu banyak menuruti jalan penyimpangan dan ketak khusyukan dalam jalan membina Melayu dan Negara ini. Sejujurnya, kita tidak menuntut perfect leader pada Mohd Najib, tetapi kita hendak lihat dengan jelas dan tegar betapa dia sedang meniti jalan lurus agar kita boleh mati bersamanya mengharungi segalanya. Umat Melayu sudah membuktikan sikap mereka pada kepimpinan Abdul Razak dan Mahathir, maka saya yakin mereka juga akan lebih kental dan tegar bersama Mohd Najib jika geraknya adalah jelas dan suci murni. Bahkan seluruh rakyat Negara ini akan bersamanya, jika segala kesamaran apa lagi momok riak segala jalannya terhapus. In Shaa Allah.
(14) Paling saya khuatir, cara Mohd Najib mengurus Negara ini akan menjadikan dirinya Sultan seperti petronizing Sultan zaman Abu Nawas, dan rakyat menjadi rakyat di zaman Abu Nawas, miskin bergantung terus kepada ehsan Sultan (Negara), dan para cendikiawan lari sendiri-sendiri sesal menangis tanpa ada keberanian memperbetul. Apa akan harumkah Melayu dan Islam jika ini terjadi?
Kuching-Terasi, Sarawak
15-18 Januari, 2015

1 comments:
Assalamualaikum
Saudara Penulis dan Pembaca semua .
Selamat tahun baru 2015 , semuga kita semua dalam limpahan Allahswt .
Besuk Feb . 18 , saya mengucapkan Selamat ke 55 , semuga Saudara Penulis sentiasa dalam sihat sejahtera .
Empat hari lepas , Feb. 14th. adalah ulangtahun blog Saudara ABC yang ke 6 , walaupun kini beliau agak jarang menulis harap perkongsian itu sentiasa akan berpanjangan buat kami semua pembaca .
Latest Postings , Bagaimana Islam Itu Bangkit jika tidak silap saya ia ditulis pada Jan.18th .2015, saya ketinggalan untuk post itu ..., harap ia dapat disiarkan kembali .,
wassalam , TQ .
Post a Comment