Feudalisma adalah satu corak pemerintahan awal yang tersurat dalam sistem hidup Melayu. Bila dan dari mana asalnya sistem itu terbentuk tidaklah kita ketahui secara terperinci. Namun itu bukan ganjil lantaran manusia hidup mulanya dalam kelompok keluarga. Keberadaan ibu-bapa dan kalangan orang tua lainnya sudah pasti menimbulkan rukun hidup kehormatan dan penghormatan bertingkat-tingkat. Tambah-tambah lagi bila beberapa kelompok keluarga diam bersama lalu membentuk kelompok puak dan akhirnya mengujudkan kelompok masyarakat pastinya the survival of the fittest menjadikan sistem itu terbentuk perlahan-lahan menjadi sistem feudal yang formal. Feudalisma sebetulnya adalah kapitalisma kuno. Feudalisma adalah sistem kasta, kelas. Golongan kelas atasan mesti dihormati. Golongan ini membentuk Tuan-Tuan Besar. Kekuasaan mereka mesti dipatuhi oleh kasta bawahan. Sistem feudal bukan tidak baik, ianya punya kekuatan sendiri. Cuma celakanya, bila sistem itu telah berbaur pendewaan, maka yang di atas menjadi Maha Raja sedang yang di bawah terus dihenyak menjadi pariah. Mungkin pengaruh Buddha dan Hindu telah meresapi sistem feudal kuno Melayu menjadikan ianya sistem feudal kasta berRaja yang kemudian menebar menjadi mini feudal-mini feudal yang menjalar ke dalam setiap pelusok kehidupan Melayu. Pendewaan Tuan-Tuan dan Tuan-Tuan Besar in sebetulnya terus saja berlaku kuat sehingga dalam acara-acara dan tatacara-cara moden yang hakikat maksudnya tetap sama, pendewaan. Di Barat, sebelum Era Kebangkitan, feudalisma juga sangat hebat. Ianya runtuh oleh kebangkitan War Generals and the Birth of Churches. Di Tanah Melayu dan Nusantara seluruhnya, Islam cuba merombak feudalisma Melayu namun kerana Intervention Barat feudalisma Melayu didirikan teguh kembali atas rasa Kedaulatan Hak Melayu.
(2) Kini biar ratusan ribu anak-anak Melayu telah kembali dari pengajian di luar Negara, termasuklah Mohd Najib Abdul Razak namun kebanyakan dari kita tetap juga berpegang kepada feudalisma. Feudalisma menitik beratkan soal-soal keturunan, kelompok, puak atau dalam istilah kasarnya gerombolan. Gerombolan tetap utama dalam apa juga lingkungan kekuasaan kita. Di alam luas, buaya adalah kias Allah paling jelas bagi kumpulan ini. Bukan singa, bukan harimau, bukan serigala kerana semua itu masih tetap akan berkongsi mangsa dengan yang lain. Tidak pada buaya, buaya sifat lahabnya telan habis kikis sendiri. Hakikatnya, feudalisma masih subur mekar pada bangsa Melayu. Cuma beda, feudalisma kini sangat berbaur dengan perisa demokratik-kapitalis. Kelompok berkuasa khususnya, mereka sangat berpegang kuat kepada sentimen. Pada mereka Melayu adalah Tuan, maka Melayu mesti terus menjadi Tuan dan dipertahankan sebagai Tuan. Ini bumi Melayu, hak Melayu! Cuma soalnya, di kalangan Melayu siapa sebetulnya harus menjadi Tuan? Persoalan ini, sangat jarang rakyat Melayu kebanyakan persoalkan. Tuan-Tuan Melayu adalah para Tuan-Tuan Kerbau Cucuk Hidung yang dipaksakan kepada Melayu kebanyakan untuk dipilih memagari Tuan-Tuan Besar. Demokrasi diperalatkan sesempurnanya untuk memaksa Melayu kebanyakan agar tunduk memilih Tuan-Tuan yang ditunjuk ini. Pemimpin Melayu adalah ibarat sekandang alligators yang pelbagai species. Laungan nada perjuangan untuk Melayu bunyinya gah, hebat dan menyakinkan. Rakyat kebanyakan Melayu bertepok sorai penuh yakin setuju mendokong dan berharap. Itulah aroma dalam setiap Perhimpunan Agung (PA) UMNO khususnya. Di dalam Muktamar PAS, Melayu ditukar jadi Islam, lebih agung dan murni aroma perjuangannya. Melayu mesti bangkit bersama Islam!. Di dalam PBB (Sarawak), perjuangan Melayu menjadi bisik-bisikan, jangan bising-bising, khuatir nanti ada perpecahan, ikut saja dulu. Namun jika diteliti secara halus segala gerak kerja, rata-rata menjurus kepada peduli apa rakyat kebanyakan Melayu, yang penting aku, gerombolan aku dulu. Hakikatnya Tuan-Tuan Besar Melayu bukan sekadar tetap feudal tetapi adalah kapitalis membelit hebat. Dunia feudal-kapitalisma Melayu kini, segalanya harus dibolot gerombolan sendiri dan atau paling licik harus mendapat pembahagian habuan dari apapun perolehan khidmat dan atau barangan. Mereka memperguna demokrasi dan Islam untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Sesungguhnya, dalam nada retorik Tuan-Tuan Melayu, besar atau kecil, Melayu-Melayu yang bertanggungjawab sebetulnya mengambil kesempatan menyelam minum sepuasnya. Pemimpin Melayu gemar bermain sentimen, mengambil segala kesempatan darinya lalu mengorban kuburkan professionalisma.
(3) Hairan. Melayu telah mendokong UMNO, PAS, PBB, dan dulu (USNO dan BERJAYA) di Sabah, dan kini PKR selama sejak merdeka pada 1957, 57 tahun dahulu belum juga Melayu menjadi matang merdeka. Kenapa? Peristiwa Mei 13, 1969 mencetuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sasarannya pada 1990, Melayu mesti menguasai setidak-tidak 30 peratus dari kekayaan Negara. Abdul Razak Husein dan rakan-rakannya, berhempas pulas berusaha keras menstruktuir semula ekonomi Negara untuk tujuan itu. Pelbagai keistimewaan diberikan kepada Melayu. Perubahan sememangnya ada dan nyata, namun tetap sasaran 30 peratus tidak tercapai pada waktunya. Sebabnya mudah, sentimen DEB disalah guna sehingga professionalisma dilupakan. Kelemahan besar Melayu adalah terbendung oleh sentimen sehingga angkubah-angkubah kecapaian sasaran tidak diperduli teliti, professionalisma dipinggirkan. Mahathir Muhammed kemudian mengusul Wawasan 2020 sebagai gantian. Agenda Pembangunan Nasional dirombak dari menitik beratkan sektor-sektor primer, kepada menjurus di sektor-sektor sekunder dan tertiary. Walaubagaimanapun tetap prinsip-prinsip keistimewaan Melayu DEB dikekalkan. Peranan sektor Koprat diutamakan mengambilalih peranan sektor awam. Di situlah sebetulnya titik mula perubahan sikap Tuan-Tuan Melayu. Tuan-Tuan Melayu dari bekerja demi bangsa dan agama, sudah berubah kepada demi diri, untuk diri. Pengkopratan merobah kuat sikap Tuan-Tuan Melayu. Konsep keistimewan Melayu ditafsir secara lain. Melayu adalah mereka. Melayu adalah gerombolan mereka. Tuan-Tuan Melayu adalah Melayu. Mereka melihat diri dan gerombolan mereka adalah Melayu. Mereka kian menjadi individualist yang amat cemerlang. Mereka pentingkan kecapaian koprat. Mereka bermain secara internal trading dalam mengaut keuntungan pribadi dari keuntungan koprat. Corprate Exercise and or Transaction mereka perguna secara licik untuk mengaut keuntungan bersama diri dan koprat. Mereka pentingkan diri dan gerombolan mereka lantaran mereka adalah Melayu. Melayu tidak mereka lihat sebagai Ummah kebanyakan. Mereka kian lupa kepada Ummah. Ummah juga kian terdidik menjadi individualist hebat. Masing-masing kian tumbuh bagai enau dalam belukar, bergelut hebat melepaskan diri masing-masing. Inilah apa yang berlaku di akhir-akhir 1990an. Di era awal 1990an, lahir banyak Melayu-Melayu berjaya. Di tahun 2000an, perlumbaan individualistik ini menjadi semangkin sengit dan menjalar menjadi penyakit politik yang sangat parah. Politik Melayu sudah diubah dari politik untuk mengurus kesejahteraan Ummah, kepada politik gila kekuasaan demi kapitalis individu dan gerombolan. Sentimen Melayu dipermainkan hebat, sedang tujuannnya adalah sekadar massaging ego yang akhirnya menjurus kepada abu duak suduk pun sik ada, habukpun tarak. Tuan-Tuan dan Tuan-Tuan Besar Melayu kian bermaharaja lela, sedang Melayu kebanyakan mulai nanar menuju kepayahan.
(4) Politik Melayu juga pengurusan awam dan koprat Melayu kini, apa mereka kian peduli tentang mutu Melayu kebanyakan? PA UMNO hendak banyak anak Melayu lulusan Universiti, itu mudah. Permudahkan saja kemasukan anak-anak Melayu ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi. Markah lulus di peringkat SPM dan STP boleh diatur agar banyak anak-anak Melayu cemerlang. PA UMNO hendak anak-anak Melayu mendapat Hons Kelas I, itu mudah, turunkan saja Gred Passing. PA UMNO boleh minta apa saja, Kerajaan di bawah teraju UMNO pasti akan tunaikan. Hendak banyak usahawan Melayu, banyakkan sokongan kewangan untuk mereka. Mereka ini siapa, penyokong UMNO, orang UMNO, gerombolan UMNO. Adakah itu wajar, sememangnya wajar jika mereka punya kelayakan. Tidak menjadi soal jika benar-benar telah ternilai secara professionalnya mereka adalah layak. Kebanyakan mereka adalah pemuka-pemuka yang pasti menghabiskan perbelanjaan Kerajaan namun tetap mereka tidak menjadi uasahawan. PA UMNO hendakan orang-orang miskin dijaga. Kerajaan tiada halangan. Segala bentuk bantuan diberikan. Namakan apa saja, segala macam subsidi dan bantuan akan diberikan, sehingga orang bujang berpendapatan sehingga RM2,000.00 pun boleh dibantu. Apakah jenis graduan Melayu yang terhasil, kebanyakan adalah graduan hamprak, tiada kelayakan untuk bertarung di alam terbuka. Namun itu tidak mengapa, segala program sokongan tetap boleh diberikan kepada mereka. Graduan sangkutan, penempatan pekerjaan, latihan dalam perkhidmatan, dan segala, semuanya memerlukan perbelanjaan besar tambahan. Pembaziran perbelanjaan Negara sudah tiada siapa ingin dan atau berani menegur lantaran banyak mendapat rahmat dari pembaziran tersebut. Untuk menulis segalanya, rasanya sampai matipun belum cukup. Namun dalam perkataan singkat, semuanya boleh dirangkum sebagai kerja haloba kuasa dan serakah kekayaan. Demi kuasa, apa saja menjadi harus, biar secara jangka panjang Melayu sebetulnya sedang dikhianat dan dibunuh. Apakah jenis Kerajaan dan jentera Kerajaan sebegini? Inilah Kerajaan populist. Lantaran pimpinan Kerajaan adalah populist maka jentera Kerajaan membelit di ekornya.
(5) Apakah ada jalan pembaikannnya? Pasti ada jika kita mahu. Kita itu siapa? Tuan-Tuan kita? Jangan diharap. Kita Melayu kebanyakan mesti merobah. Bagaimana? Suatu fenomena yang sedang saya perhatikan adalah betapa Melayu kebanyakan sudah mulai condong kepada Islam. Melayu kebanyakan sudah mulai mahu membaca, menghafal Al Quran. Alhamdullillah. Benar. Jawaban di atas segala kekhilafan dan kelemahan kita adalah Islam. Cuma saya perhatikan, petafsiran kita tentang Islam saya kira agak terpeleset. Kenapa? Melayu kebanyakan adalah sangat kurang punya sifat membaca dan menyelidik. Mereka lebih gemar mendengar dan menonton. Maka Melayu kebanyakan paling asyik mendengar dan menonton dari khalwat berfikir mengkaji. Lalu, apa yang mereka dengar dan tonton, kemungkinan 80 peratus mereka jerap sebagai benar. Tidak ada kemahuan untuk counter check pada mereka. Maka, kepalsuan, fitnah, kebohongan serta salah pengertian tetap mereka terima sebagai benar dan atau mungkin benar. Dengan sebab itulah fitnah dan kebohongan mudah menular di kalangan orang Melayu kebanyakan. Sesunguhnya, kecondongan Melayu kebanyakan untuk kembali kepada Islam adalah lantaran mereka sedang dilanda resah serta berputus harap kepada Tuan-Tuan dan Tuan-Tuan Besar mereka. Mereka sudah lama berharap, namun harapan adalah sekadar harapan. Dari terus berharap kepada yang diharap, mereka mengalih harap kepada Allah. Itulah hakikat pendekatan Islam Melayu kebanyakan. Mereka melihat Islam setelah gagal berputus harap pada pimpinan mereka. Escapism jadinya. Islam tidak menjadi tongak asas Adeen Melayu, tetapi sekadar akar saat rotan tidak ditemukan. Pilihan kedua, a second choice.
(6) Paling mudah, cuba lihat bagaimana Melayu kebanyakan mengertikan Ayat-Ayat Al Quran yang mustajab contohnya: 10 Ayat pertama Surah Yasin, Al Kahfi, Adhuha, Al Kursi, Al Fathihah, Tiga Qul, dsb, surah-surah dan atau ayat-ayat itu lebih dilihat sebagai doa dari dilihat sebagai peringatan atau panduan. Mereka bersungguh-sungguh berdoa dengan ayat-ayat tersebut sehingga menjadi amalan wajib dari mengertikannnya sebagai peringatan bertalu-talu agar mereka perlakukan dan atau tidak menjadi sebagaimana diperingatkan oleh Allah di dalam ayat-ayat tersebut. Contohnya Al Kahfi sering Melayu amalkan dijadikan doa mengharap kemurahan Allah, sedang saya menghitung Al Kahfi adalah peringatan betapa di antaranya kemungkaran harus didatangi berdepan untuk merobahnya, kita tidak boleh mengambil sikap "indifferent" sembunti tidur; ilmu harus dicari di padang luas Allah, bukan sekadar duduk berguru setempat, dan harta harus dicari keras agar dapat dimanafaatkan ke jalan benar dan baik. Kelemahan kita dalam memahami Islam pada jalan ilmu yang luas adalah kerana kita umat Melayu bukan umat penyelidik. Lantaran itu, bila Tuan-Tuan Besar dan Tuan-Tuan kita bercakap, biar bohong, mereka tetap kita percayai. Kita paling kecut bila percakapan sering dibauri ugutan. Contohnya, jika UMNO lemah, maka lemahlah Melayu. Apa lagi disogok dengan bukti jelas di Kelantan umpamanya. Melayu menjadi yakin Melayu Kelantan lemah lantaran UMNO di Kelantan lemah. Apa UMNO tidak pernah berkuasa di Kelantan? Apakah kisah-kisah dan fakta-fakta sebetulnya di balik kelemahan Melayu Kelantan? Namun, kuatkan Melayu di Perlis, Kedah, Trengganu, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan bahkan di Johor yang sejak berdekad-dekad dipimpin UMNO? Kenapa masih banyak rakyat tercicir, terpinggir kegusuran di negeri-negeri tersebut. Maka, saya yakin, langkah pertama Melayu kembali kepada islam adalah betu. Cuma, Islam harus mereka lihat dari sudut ilmu yang jauh lebih luas, tidak sempit seperti yang sering mereka lihat dan tonton. Melayu harus sedar akan maksud Syahadah mereka. Tiada apa yang harus Melayu takuti, jika mereka hanya sadar insaf mengerti dalam: mengaku tiada lain yang esa melainkan Allah. Amalan Islam Melayu lebih bersifat sentimen tradisi dari bercorak professionalisma. Islam turut-turutan dari Islam mekar hasil dari penemuan ilmu yang luas mendalam. Islam tempelan.
(7) Islam tempelan itu suatu hal, hal paling jelek pada sebahagian besar Melayu kebanyakan, Tuan-Tuan, dan Tuan-Tuan Besar Melayu adalah kedungguan, buta mereka tentang mengapa Allah memberikan mereka segala deria penting di kepala. Ada enam deria penting terbangun bersepadu di kepala. Rerambut, telinga, mata, mulut, dan hidung (dan kulit) semuanya di kepala dan hanya deria sahwat saja terselindung di celah peha. Otak, pusat kawalan segalanya terletak di kepala. Namun yang menghantui kebanyakan Melayu adalah deria dan organ sahwat, bukan kepala dan segala padanya. Sesungguhnya bontot yang banyak mengawal Melayu, bukan kepala. Dalam kata lainnya, Melayu tidak punya pemikiran dan gerak kerja strategik untuk gagah berdiri bersama membina bangsa Melayu Besar Nusantara. Melayu dunggu gemar berbunuh-bunuhan. Jangankan mahu melihat Pattani, Sulu, Champa, Bugis, Jawa, dan segala pribumi Nusantara sebagai Melayu, biar sekadar UMNO dan PAS sekalipun mereka tidak nampak sebagai serumpun Melayu dan sebaliknya. Apa lagi PKR. Sesungguhnya Islam seperti belum hadir pada Melayu. Fitrah Muhammad SAW terpaksa Hijrah ke Madinah untuk bersama kaum Al Ansar dan Kawarij, tidak sekadar memperbetulkan Quraish tidak Melayu mengertikan mendalam. Sebegitu juga, Hijrah awalnya penganut Islam ke Ethopia. Mereka sekadar melihat Hijrah sebagai jalan lari dari kekejaman. Apa lagi untuk Melayu boleh faham mengapa harus puak-puak Arab lainnya dari Sham (Palestin, Jordan, Lebanon, dan Iraq) memusuhi Islam. Sebegitu juga Arab dari selatan Arabia, khususnya Yaman, lalu ke Mesir dan Farsi. Kepada Sejarahwan Islam dan Melayu, semua itu adalah kerana mereka jahil dan tidak mahu menerima Islam. Mungkin belum ada terfikir itulah Grand Plan Allah agar Melayu harus melihat perjuangan mereka harus meliputi seluruh Nusantara. Apakah rentasan rempuhan Islam meluas dari dunia Arab ke Farsi, Utara Afrika, Meditteranean Timur, Balkan, Mongolia, India sehingga ke perbatasan China dan Nusantara itu Melayu mengerti maksud Allah akan sejarah itu? Sesungguhnya Melayu hanya membaca segala itu sebagai kebesaran Islam. Kenapa? Itulah akibatnya bila segalanya Melayu lihat dalam julat sentimen. Pengamatan kritis tidak ada pada Melayu. Sayang, sesungguhnya, seperti sering saya katakan, Allah sedang menyediakan wadah bagi Melayu menjulang membina Temaddun Islam di sebelah sini. Runtuhnya Islam bawaan Arab dan India di Nusantara adalah peluang bagi Melayu menyumbang dalam membina Temaddun Islam untuk kesejahteraan semua. Begitu juga runtuhnya Islam di dunia Arab, tidak Melayu ambil peluang sebagai Messiah Islam. Melayu masih pada puak dan gerombolan sebelum Islam sepertinya. Melayu tidak melihat kepesatan dan keruntuhan Islam dulu-dulu sebagai langkah-langkah strategik dalam menjadikan Melayu sebagai penyumbang kepada kebangkitan semula Temaddun Islam. Professionalisma Melayu sangat tipis lantaran deria sahwat mengatasi lima deria utama lain di kepala. Dalam istilah Melayu persisir Sarawak, Melayu kita adalah Melayu kepala but. Melayu pentingkan nafsu. Melayu sentimen.
(8) Kenapa ini terjadi? Dulu-dulu manusia-manusia seperti Senu Abdul Rahman, Ahmad Boestaman, Pak Sako, Sulaiman Palestin, dsb sangat lain jiwa mereka. Mereka berdiri pada jati diri Melayu. Mereka mati dalam keadaan tidak ada apa-apa. Mereka berani untuk mati dan mati dalam kepapaan asal Melayu teguh dan membangun. Namun kini, kebanyakan Melayu paling takut untuk mati, apa lagi kalau mati dalam kepapaan. Biar seorang ustaz dan yang dinamakan ulama sekalipun. Mereka takut mati dan mati dalam ketiadaan Zuhud sudah mati bersamanya Muhammad SAW dan sahabah-sahabah dekat baginda, namun tetap banyak Melayu akan berkata ikutlah sunnah, ikutlah sunnah yang tidak lebih dari sunnah "kepala but". Tunku Abdul Rahman dan juga Abdul Razak Husein tidak gentar Melayu ultra hadir dalam lingkungan mereka. Namun kini, bukan sekadar Melayu Ultra, pemimpin Melayu tidak sanggup hadapi, bahkan yang bijak bistaripun mereka gemar singkirkan. Dulu-dulu para raja dan pembesar Melayu di kelilingi para bijak pandai agama. Mereka menasihati raja-raja dan pembesar negeri. Ngeri jadi aman dan terus kembang biak. Kini para agamawan juga adalah penasiaht pembesar Melayu. Keberadaan para agamawan ini adalah sekadar pada sentimen, bukan atas professionalisma sebenar, mereka sekadar pagar menegak kebaculan dan kedunguan para pemimpin Melayu. Professionalisma Melayu tidak terbina lantaran pemimpin Melayu adalah paling bacul dungu untuk dapat melihat dan bersama cerdik pandai Melayu untuk membangkitkan Melayu menjadi Bangsa Besar Nusantara. Lantas, pemimpin Melayu terus-terus mengambil pakar luar yang akhirnya merosakkan Melayu dan mengkhianati amaran Allah jangan sekali-kali kamu ambil pemimpin di kalangan Nasrani dan Yahudi.
(9) Darah Si Buyung, Rosli Dobi, Mat Salleh sebagai di antara yang sanggup mati demi Melayu, pemimpin Melayu kini khianati kematian dan hamburan darah mereka. Tanah tumpah darah Melayu kian para pemimpin Melayu jual tanpa ada rasa bersalah kepada cucu cicit piut bangsa Melayu keseluruhannya. Semuanya lantaran sentimen Melayu dan kehancuran professionalisma Melayu. Astarfirrullah Halazim.
Note:
All illustration photos and diagrams are sourced from the internet. Thank to all the contributors.
Balai Karangan-Pontianak, Kalbar
21 Disembar, 2014

0 comments:
Post a Comment