
Saya tidak ingat kapan, saat saya masih anak-anakan dan bapa menatap akhbar yang kami tampal menjadi hiasan dinding, dia bertanya:
"Macamana rupa TV? Macamana gambar boleh masuk ke dalam TV?" Bahkan sebelumnya banyak kali dia merunggut:
"Kenapa banyak sangat orang Cina, sana sini ada saja siaran Cina!" saat saya masa itu terkial-kial cuba mencari
frekuensi Siaran Berita Radio Melayu di tombol radio transistor Philip kami. Kedua-dua siaran TV juga Radio adalah berkenaan dengan
gelombang video dan audio. Sehingga kinpun saya rasa kedua-dua istilah dan konsep ini adalah sangat asing dalam budaya Melayu.
Gelombang dalam pengertian Melayu hanya wujud di permukaan air luas saat ada pukulan angin atau kocakan apa-apa. Maka jika
gelombang cuba di kaitkan dengan
gambar dan bunyi pasti itu menjadi terlalu
mistik buat Melayu. Saat mistik, maka otak Melayu akan terus meraba-raba sukar mengerti. Akhirnya mereka mengambil sikap
terima saja. Maka apa-apapun tentang
Sains Melayu suka sekadar mengambil sikap
terima saja.

(2) Sebetulnya Sains adalah asing, terlalu asing biar mulanya kepada dunia Barat. Biar Sains sebetulnya telah wujud dan diperguna luas di temaddun-temaddun besar Timur, namun mulanya ianya tidak disebut sebagai Sains sehingga
Kebangkitan Barat selepas
Keruntuhan Islam. Sains dulu-dulu hanyalah suatu kejadian. Mengensel anak kayu kering di batu kering sehingga mengeluarkan api, hanyalah suatu kejadian. Mula-mula sebagai keajaiban, namun lama-lama menjadi kejadian kebiasaan. Begitu juga tentang bungkah-bungkah logam keras, secara tidak sengaja dipanaskan menjadi cair lalu membentuk kepingan-kepingan yang mudah dibentuk. Otak manusia-manusia dulu, mereka tidak banyak menyoal lebih dari apa yang mereka dapat lihat dan fikir. Jikapun mereka berfikir dan berbincang tentangnya, mereka sekadar berbincang dan tiada usaha-usaha
penyelidikan lanjut. Sebegitulah saya berkira apa yang terjadi di zaman temaddun-temaddun besar dulu-dulu;
Mesir, Mesopotamia, China dan Indus. Cuma di masa itu,
teknologi sepertinya terbangun lantaran ada usaha-usaha untuk
lebih memperbaiki kegunaan segala. Contohnya pada roda kereta sorong adalah dari bungkah kayu atau batu bulat, perlahan-lahan menjadi roda yang jauh lebih ringan serta agak maju cara pembikinannya.

(3) Budaya Jepun dan China, mereka punya sikap apa yang disebut sebagai
Continuous Improvement: Kaizen. Setiap perkara mereka teliti secara halus dan perbaiki secara perlahan-lahan. Ini kerana budaya kedua bangsa ini adalah sangat
artistic. Segala sesuatu buat mereka harus punya seni. Confucius China dan Shinto Jepun mengajar mereka tentang kewajiban bersikap
tekun, teliti dan kental yang sangat mendalam. Setiap sesuatu yang tercipta dan diubah harus memiliki
roh yang pada hakikatnya adalah
agar ianya lebih dan terus dimengertikan dan terpelihara turun temurun. Maka
seni, arts menjadi sesuatu yang mesti di dalam Sistem Pendidikan China dan Jepun. Di Negara ini, selagi
rahsia ini tidak Muhyiddin Yasin mengerti, maka biar sampai kiamatpun Sistem Pendidikan Negara tidak akan masyarakat Cina hormati. Sistem Pendidikan Vernacular hakikatnya adalah untuk memelihara jati diri bangsa, yang Melayu kian pupuskan dan taksub berkiblat ke Barat. Biar segala
penciptaan China-Jepun dulu-dulu tidak disebut sebagai Sains, namun kerana sifat-sifat suka
memperbaiki menjadikan mereka mudah menerima Sains.

(4) Sains pada hakikatnya adalah
rasional dan perkiraan di sebalik segala kejadian. Perkara ini tidaklah sukar bagi Umat Islam untuk mengertikannya jika mereka faham apa yang Allah sebutkan betapa
segala sesuatu itu ada Hisabnya. Cuma Umat Islam memikirkan betapa
perbuatan mereka sahaja yang punya Hisab serta konsep
Hisab pula kian dibatas kepada
Catatan Amal semata-mata.
Hisab dalam Islam sebetulnya adalah jauh lebih luas. Ianya meliputi antara lain
perkiraan dan rasional di sebalik segala kejadian. Maka dengan sebab itu para ilmuan besar Islam seperti Bukhari, Shafiee, Hanbali, Ghzali serta apa lagi Ibnu Sina, AlJabar, Ibnu Kahldun, dsb mereka sangat mendalami
Hisab dan Sains Alam; Natural Sciences. Mereka cuba menjelaskan kebesaran Allah lewat suatu
rasional hisab yang kemudiannnya agar manusia dapat manafaatkan untuk beroleh rahmat nikmat yang tidak terbatas. Hakikatnya, mereka tidak hanya sekadar menerima usul Allah
"betapa nikmat rahmat dariNya adalah terhampar luas". Mereka berfikir keras. Mereka cuba mengerti apa maksud
hakiki di atas pernyataan Allah itu. Kenapa mereka punya sifat-sifat sebegitu? Jawabanya mudah. Mereka sudah tidak punya
pakar rujuk hebat; Muhammad SAW telah tiada. Juga saya berkira, ada pesan Muhammad SAW yang Umat Islam juga Melayu kini sudah lupa, baginda ada berkata:
"Umat terkemudian akan jauh lebih mengetahui darinya tentang urusan dunia (?)"

(5) Bila
Empayar Islam Othmaniah Turki menebar dari Constantinople (Istanbul) dan semarak menuju Balkan dan berkembang ke Eropah Timur dan dan menghampiri Roman Barat (Itali) dan Russia, kekayaan ilmuan Islam yang terkandung pada Empayar itu mulai terjerap ke dalam budaya Barat. Apa lagi Kesultanan Islam Kardoba yang hebat dengan gedung ilmu yang dibawa lari dari runtuhnya Damshek, Baghdad dan Kaherah, sangat mendekatkan lagi ilmu Islam kepada dunia Barat. Di saat semaraknya Islam di Sepanyol dan Eropah Timur, Barat sebetulnya sedang
membuat self-correction. Runtuhnya Roman membangkitkan kewujudan Negara Kota-Negara Kota di seluruh Eropah. Gereja kian mulai dipersoalkan. Agama Nasrani dicabar hebat. Bila berlaku
Black Death maka Gereja benar-benar seperti berada di hujung tanduk. Di Eropah Barat akhirnya wujud gerakan
Pembaharuan di mana
Ilmu Akal mulai mempersoal segala. Pada waktu itulah lahirnya para
Rennaisance Men di mana salah seorang darinya adalah Leonardo Da Vinci. Unsur-unsur
Mental Rationalization yang akhirnya menumbuhkan
Sains mulai terjelma. Segala Ilmu Islam kemudiannya disorot secara mendalam lalu menerbitkan ilmu-ilmu yang lebih jelas dan itulah mulainya Barat namakan sebagai
Sains. Cendikiawan Islam tidak menamakan ilmu-ilmu hasil pemikiran mereka sebagai Sains lantaran bijak pandai Islam berpegang kepada konsep
semua ilmu adalah milik dan dari Allah. Mereka tidak mahu
personalise biar sehebat mana ilmu yang mereka temui.
(6) Jika di teliti, Sains sangat hebat berkembang di awal kebangkitan Islam, lantaran puak-puak Arab adalah pengembara hebat. Mereka mencari
panduan untuk menentukan perjalanan mereka di gelap malam di padang pasir. Lantaran itu
ilmu astronomi yang akhirnya menumbuhkan Aljibra dan Geometri menjadi tersangat hebat di zaman itu. Allah memberikan mereka ilham di atas segala pengamatan dan pencarian mereka. Perkara ini adalah tidak sukar untuk difahami lantaran dunia Arab terletak di antara perkembangan temadun besar dunia seperti Mesir, Mesopotamia, Yunani, Latin dan juga Farsi. Ilmu-ilmu yang Allah berikan dari temadun-temadun ini menjadi ilham buat mereka untuyk terus perbaiki. Sebegitu juga akhirnya terjadi di kalangan Barat. Mereka kuat mencari. Sifat Allah, Dia memberi kepada yang mencari. Maka Barat juga beroleh ilmu sebagaimana Arab Islam turut beroleh ilmu. Cuma beda, saat berilmu, Arab Islam berhenti di saat kemewahan sudah mereka kecapi, sedang hambatan ilmu Barat tidak pernah terhenti. Mereka ingin memiliki dunia, sedang Umat Islam cukup sekadar
boleh hidup yang akhirnya menjadikan diri mereka
ketinggalan dan tertindas.

(7) Di dalam dunia Melayu senusantara, Islam mulanya berdepan hebat dengan
budaya tahyul mistik dari animisma juga Buddha dan Hindu pegangan asal Melayu. Islam berusaha keras membebaskan Melayu dari dunia
mistik tahyul, namun itu belum tercapai penuh lantaran luas dan terpisah-pisahnya Nusantara. Saya yakin pada masa itu ilmuan Islam juga belum mahir tentang banyak perkara. Sifat percaya mistik Melayu mudah untuk difahami lantaran dunia sebelah sini banyak genjala-genjala alami yang
meresahkan manusia: gunung berapi, banjir besar, tanah runtuh, ribut taufan, guruh-petir, hutan, binatang buas, segala penyakit membunuh, dsb. Dalam adat Melayu, pertkara-perkara mistik ini tidak boleh dipersoalkan.
Ketulahan pasti terjadi. Sehingga pelangipun anak-anak Melayu tidak boleh tunjuk
takut kudung. Melayu telah terdidik dengan budaya
jangan soal, terima saja. Apa lagi Islam Nusantara terbentuk sebagai Negara Pelabuhan dan tidak sempat kembang sebagai
Empayar lalu kemudian digempur Barat. Islam pula pada masa itu mungkin juga diajar sebagai
terima dulu, jangan banyak soal.
(8) Negara-Negara Kota Pelabuhan Melayu satu persatu jatuh ke tangan Barat dan kekal sebegitu sehingga adanya gerakan berNegara Wilayah,;
National State timbul akibat WWII. Sekitar 500-600 tahun Melayu dipecah belah, barulah tertubuh
National States namun bukan
Empayar Nusantara. Lantaran Negara-Negara Melayu adalah Negara-Negara Kota Perlabuhan lalu kemudian Negara Suku (bukan bangsa sebetulnya), maka biarpun ada perubahan ilmu pada kelompok Melayu tertentu, ilmu itu tidak tertebar sepertinya di Negara-Negara Empayar di dunia Arab, India dan China. Melayu dikongkong untuk hanya wujud pada lingkaran kelompok kaum iaitu Negara-Negara Kota Perlabuhan dan atau Negara-Negara Suku Kaum sahaja. Di waktu penjajahan Melayu hanya boleh mengurus prihal Melayu, sedang dunia luaran adalah urusan penjajah. Melayu seperti kembali kepada
katak di bawah tempurung di zaman sebelum kedatangan Islam. Namun selepas merdeka, Melayu terus-terusan terikat dengan cara Barat. Inilah yang terus-terus mengikat Melayu sebagai Melayu
not to question. Melayu
tok-tok bencikan Barat, lalu membenci Sains. Melayu
liberal cintakan Barat, sukakan Sains tetapi tidak
mendalami Islam. Sains dan Islam terus terpisah. Budaya Melayu terus-terus memisahkan Sains dari pemikiran dan kehidupan
rationalization mereka. Sebabnya, biar Melayu
tok-tok juga
liberal kedua-duanya tidak membenarkan
budaya menyoal maka Melayu terus-terus mengamal budaya
menerima tanpa soal. Inilah sistem yang semua pemimpin Melayu mahu kekalkan agar Melayu terus-terus jadi
kerbau cucuk hidung. Kegilaan kuasa menjadikan Melayu hamba kepada diri sendiri.

(9) Paling pedih dan terus belum diperbaiki hebat sehingga kini, Sains dan Matematik sangat jarang diajari oleh guru Melayu kepada anak-anak Melayu. Tenaga pendidik Sains dan Matematik masih dikuasai oleh bukan Melayu. Sindrom
itik mengajar ayam ini adalah galang paling besar untuk anak-anak Melayu menguasai sepenuhnya semua bidang profesional dalam dunia Melayu. Ini bukan soal pendidik bukan Melayu tidak dedikasi atau apa, soalnya mereka tidak dapat
relate sepenuhnya Sains dan Matematik dengan budaya Melayu apa lagi Islam. Ambil contoh jika seorang guru Cina bukan Islam mengajar katakan mata pelajaran Sains kepada anak-anak Melayu. Dia pasti akan mengajar seratus peratus berasaskan buku teks. Buku-buku teks pula banyak dikarang oleh kalangan bukan Melayu. Mereka ini pasti tidak akan mampu menghubung Sains itu dengan budaya Melayu apa lagi nilai-nilai Islam. Jika contohnya
fermentasi adalah suatu proses
hirolisis maka dia akan menjelaskan ianya sebegitu, biar
fermentasi dan hidrolisis itu sendiri anak-anak Melayu tidak fahami. Maka jika yang mengajar itu cerdik pandai Melayu, maka
konsep fermentasi pasti akan dia jelaskan sebagai penapaian dan
hidrolisis sebagai
urai air atau pengurairan pemahaman pelajar Melayu akan menjadi lebih mudah lantaran bahasa dan contoh dekat kepada mereka dapat digunakan. Dari istilah
fermentasi guru Melayu akan menggunakan perkataan
penapaian dan
hidrolisis menjadi
pengurairan melainkan dia adalah Melayu
murtab tidak mengerti bahasa ibunda sendiri.
Hidrolisis terlebih dahulu akan di perkenalkan sebagai
hydro bermaksud
air dan
lysis sebagai
penguraian. Begitu juga
penapaian kata dasarnya adalah
tapai. Tapai itu asalnya adalah nasi, ubi kayu, dan segala macam sumber kanji, bila digaul dengan
ragi, kulat, agen dan diletak pada suhu hangat, maka proses penapaian iaitu pemecahan kanji beras, ubi dsb menjadi gula akan berlaku. Kanji adalah ikatan panjang molikul-molikul berupa iktan kuat CHO yang berupa molikul-moliku asas gula. Kanji tak ada rasa, tawar. Gula rasanya manis. Sebab itu tapai itu jadi manis. Sebab kanji pada nasi sudah dipecah-pecahkan jadi gula. Proses pemecahan
kanji menjadi gula itulah yang disebut sebagai hidrolisis serta peranan ragi adalah sebagai
pengeluar enzim hidrolisis, agen hirolisis untuk memutuskan
rantaian molikul-molikul kanji komplek menjadi gual-gula ringkas.
Penapaian banyak digunakan dalam kehidupan Melayu. Budu, kicap, tempoyak, cincalu, belacan, sira, pekasam, dsb adalah bentuk-bentuk
penapaian. Juga air liur basi semasa tidur kerana tidak gosok gigi adalah juga
penapaianan. Penapaian mula merubah kanji menjadi gula, dan proses ini jika tidak dihentikan akan berterusan menukar gula jadi alkohol dan seterusnya asid. Sebegitulah arak dan cuka terhasil dari segala macam perahan buah-buahan yang berupa gula. Sebagai akhirnya, jika guru berkenaan mengerti segala ilmu dan kejadian adalah dari Allah, pasti dia akan mengakhiri
kuliahnya dengan ungkapan SubhannaAllah. Segala-galanya dari Allah, ilmu Allah itu maha luas, tiada akhirnya dan kita harus terus dan sekadar memperlajari dan mempergunakan segalanya untuk kebaikan Ummah. Jika sebegitulah cara kita mendidik Sains dan Metamatik kepada anak-anak Melayu, saya yakin Sains akan menjadi sebahagian Budaya Melayu dan professional Melayu pasti akan jadi lain. Inilah apa yang saya katakan sebagai ilmu orang Melayu pasti
ada rohnya dan Al Quran lantaran ada ungkapan
"dari air Aku jadikan segalanya" pasti
air akan dilihat bukan lagi sekadar
air malah air akan umat Islam terus kaji sebagai suatu sistem. Al Quran pasti Melayu dan dunia Islam akan hargai melebihi sekadar sebuah kitab yang bila membacanya kita mendapat pahala. Membaca Al Quran adalah sebagai usaha menrungkai sebagai sumber ilmu untuk kepentingan sejagat. Pahala besarnya terletak di situ, pada pemahaman sebegitu. In Shaa Allah.
(10) Sesungguhnya saya yakin, jika Muhyiddin Yasin faham akan perkara ini,
pengetahuan (saya tekankan perkataan pengetahuan) Islam Melayu akan menjadi dinamis hebat. Masyarakat Melayu pasti akan bergerak ke alam Islam sebenar dan Melayu akan dapat membentuk
Empayar Nusantara yang mampu menyumbang kepada ketemaddunan Islam dan manusia. Pokonya apakah Mohd Najib, sebagai penghulu yang menganggap dirinya sebagai
moderate and inclusive benar-benar bersifat sebegitu pada
benchmark yang betul dan tidak pada tafsiran sendirinya. Saya sangsi lantaran melihat gelagat Mohd Najib yang suka kepada
rhetoric tanpa
follow through jitu. Mohd Najib bagi saya
is a leader with weak followers dia bukan
a leader who steer leaders.
(11) Melayu
tok-tok tidak faham Sains, sedang Melayu
liberal janggal ilmu Islam biar mereka mengerti Sains, menjadikan keduanya saling tidak dapat berhubungan jelas. Satu adalah akibat
kiblat kepimpinan dan kedua adalah akibat
para professional Melayu sudah jauh dari Islam dan budaya Melayu. Melayu sedang di
bunuh kuat oleh sifat
kebutaan, ketulian dan kebisuan ini. MasyaAllah.
Kuching, Sarawak
24 Nov., 2014
Nota: Tulisan ini adalah sebagai tanda hit ke 250,000 pertama pada Blog saya. Diucapkan syukur dan terima kasih kepada sdra Omarali yang tidak jemu-jemu memperbaiki
layout Blog ini serta Sdra Busrah Bujang yang telah memperkenalkan saya kepada dunia
media sosial ini sekitar lima tahun dulu. Kepada semua pembaca, saya doakan semoga kita terus dilimpahi taufik dan hidayahNya untuk sama-sama kita kongsikan demi Islam dan Melayu ini. In Shaa Allah
2 comments:
Assalamualaikum kepada semua....
Hari ini 25.Nov.2014,hanya ada satu bulan sahaja lagi seterusnya untuk melangkah tahun 2015, bersama kita tinggalkan kenangan yang pasti tidak mudah untuk dilupakan.
Pernyataan Sdra ABC tentang blog beliau,sebenarnya telahpun bertukar wajah, jika tidak silap ia telah bermula pada Nov.4 yang baru saja berlalu.
Kini, ia dibackgroundkan dengan warna hijau colour yang menarik,segar,bermotifkan nature semulajadi.
Mengikut ahli fisiology terdapat 4 warna primer,merah, hijau,kuning,biru .Namun,jelasnya,kombinasi warna mempunyai kaitan rapat atau sifat yang berbeda-beda terhadap kehidupan manusia.
Benarkah hijau lambang universal tentang cinta....saya juga agak kurang pasti. Hijau disimbolikkan warna cinta yang menyeluruh, tidak hanya berkait rapat tentang alam malah ia berhubung mengembangkan potensi atau bidang keilmuan..wallahualam.
Pada 18.2.2015, adalah ulangtahun ke 6 penulisan beliau , hit ke 250.000 pada blognya,dengan visitors telah melebihi 519.000 hari ini . Jika dilihat pada rankednya 9,361,775 in the world, website beliau adalah antara visitors teramai. Harap pengiraan saya tidak silap Sdara ABC...
Satu jumlah yang besar diminda saya ....
semoga ia menjadi satu laman ilmu yang dapat kita kongsi dan manfaatkan bersama. Jika berpeluang, saya juga mengimpikan memiliki angka seumpama itu, In Shaa Allah....wassalam....
Assalamualaikum .
Corrections ...
Didalam tulisan saya diatas berlaku sedikit kesilapan tarikh .
18th . Feb . 1960 adalah tarikh lahir Sdra ABC, seperti yang tertulis didalam
Special 11 MylifeRedline And Those I Owed....,blog beliau .(7th.Feb.2010).
Saya telah membaca tajuk itu , being poor and hard , sesuatu yang begitu sukar untuk dijelaskan kecuali bagi mereka yang telahpun melaluinya .
Manakala ulangtahun ke 6 tulisan beliau ialah pada 14th.Feb. 2015 , menurut catatan melalui Lautan Darah Tidak Akan Menjayakannya .(14th.Feb. 2013 ).
Hanya beberapa hari sahaja perbedaan tarikh tersebut . Harap maaf atas kesilapan itu , TQ.
Post a Comment