


(4) Othman Affan jauh lebih kaya dari Umar Al Khataab. Namun Bench Mark Umar Al Khataab menjadikan baginda ikut zuhud, sehingga suatu hari, baginda terlewat Jumaatan ke Masjid lantaran perlu menunggu sehingga baju hanya sehelai baginda kering dan mendapat kemarahan Umar Al Khataab. Kisah ini adalah semasa baginda baru menjadi pembantu akrab Umar Al Khataab. Namun, semasa baginda memerintah, di atas perluasan Negara Islam, kemakmuran kian mencurah-curah datang ke Madinah. Khabar kemiskinan kian kurang, namun perebutan kekayaan dan pilih kasih kian memuncak sehingga timbul fitnah yang menumpahkan darah Othman Affan sendiri. Ali Abi Thalib, mengambilalih tampuk khalifah dalam penuh kecelaruan dan perebutan. Kisah-kisah kemiskinan kian hilang, namun kepayahan lain akibat penindasan dan kerakusan menular menjauh sehingga Islam sudah bertukar jadi lain. Pasti ada yang mengungkap SuhannaAllah, MasyaAllah, Astafirullah semua dalam nada sebak dan kesal dan mati di situ. Selanjutnya bagaimana?
(5) Sesungguhnya Al Quran itu penuh dengan cerita. Perjalanan Islam itu adalah cerita-cerita panjang. Zabur, Taurah, dan Injil sebahagiannya mengandungi cerita-cerita seperti juga di dalam Al Quran, Melayu membacanya penuh khusyuk sebahagiannya, sedang sebahagian lain membaca dengan penuh harap, namun mengertinya sangat sedikit. Kenapa kita tidak berusaha keras untuk mengerti semua ini, menyorot segala ke dalam permasalahan kini, lalu meneroka jalan penyelesaian bagi segala kemelut kini yang Allah pasti akan senyum dengannya? Sesungguhnya, saya berkira, kita tidak mengerti akan maksud Allah bila menyeru "Bacalah Al Quran, di dalamnya adalah ilmu. Membacanya akan mendapat seribu rahmat dan keberkatan". Kita membaca untuk membaca, tidak untuk mengerti sebagai landasan untuk bertindak. Kita taksub pada membaca, tidak gigih pada mengerti mengamal. Apakah rahmat Allah akan datang besar kepada kita selagi sebegitu sikap kita?
(6) Sebelum kedatangan Penjajah, Melayu tidak miskin. Melayu adalah bangsa besar. Satu Nusantara adalah Kampung Melayu. Penjajah menjadikan Nusantara kepada Pattani, Cham, Malaya, Indonesia, Sulu, Borneo dan Brunei. Dulu kita adalah anak-anak pelaut Nusantara bebas berkeluarga besar. Kita membentuk Kesatuan Bangsa Besar sebelum Barat. China, India dan Arab adalah tetangga keluarga besar kita. Barat memporak perandakan semua, biar India, biar China dan pasti Arab dan Melayu telah lumpuh terus-terusan. Saya telah banyak kali menulis tentang itu, dan tidak hendak mengulang semua itu di sini. Apa yang hendak saya bicarakan adalah kecelaruan ekonomi Melayu, cara kita memahami Islam dan menangani kemelut kita tidak bercerminkan diri tetapi terkepeleset di telunjuk Barat. Kemiskinan dan kepayahan rakyat, saya lihat sedang Mohd Najib heret pada jalan kerakusan Kapitalis dan Demokrasi. Selagi Melayu tidak menari pada irama sendiri, selagi itu tarian kita tetap canggung. Itulah kias Muhammad SAW bila baginda mengasuh kita agar berbeda dan Al Quran jelas mengarah kita jangan patuh pada telunjuk bukan dari tangan kita.
(7) Kepayahan Melayu kini adalah bikinan Barat. Di Negara ini, sedari tahun 1511 Melayu terus-terusan tunduk kepada Barat. Melayu dulu-dulu tidak miskin juga tidak payah. Di mana-mana Melayu tetap mudah mencari rezeki untuk hidup pada batas Melayu. Saat bench mark kemakmuran sudah berkiblat ke Barat, Melayu menjadi sangat terperosok ke gaung undeveloped pariah. Adakah ini bermaksud kita harus undur keMelayuan di tahun 1500? Janganlah jadi bodoh dan dunggu. Kita harus bedakan tempelakan politik rakus berbanding kesungguhan untuk menyorot cara kini berbanding cara Islam. Allah menghulur Islam buat Melayu. Namun Melayu kian lari dari Islam. Tidakkah sebetulnya Melayu sedang memurtabkan diri? Kenapa Melayu sebok orang lain sedang gigih memurtabkan segelintir Melayu, serta segala ajaran sesat sedang melanda Melayu, namun Melayu secara massa sedang memurtadkan diri tidak Melayu sadarai malah berseronok elok?
(8) Mekah itu kota kaya saat Muhammad SAW memulai kebangkitkan Islam. Ianya adalah kota dagang serta kota suci. Maka, sukar bagi Muhammad SAW untuk meyakinkan agar mereka termasuklah datuk dan bapa saudara dekatnya beralih dari Budaya-Agama Quraish kembali ke jalan Islam. Manakala Madinah pula adalah sekadar bandar persinggahan dalam perjalanan dagang dari Mekah ke Sham (Syria, Palestin, Jordan, Lubnan dan Iraq). Puak-puak Ansar dan Kawarij di sana boleh terbilang sebagai kalangan miskin. Muhammad SAW dalam perjuangan baginda mengembalikan Islam, sebetulnya didokong oleh kalangan miskin. Hanya segelintir sahaja yang kaya raya berkedudukan mengikuti baginda. Namun, biar baginda adalah miskin asalnya, saat menikah dengan Khadijah, beliau bertukar menjadi hartawan, pedagang berjaya. Namun saat terangkat menjadi Rasul, baginda memilih jalan zuhud demi Islam. Baginda terlahir miskin, bergelumang di waktu remaja dengan perit miskin, namun punya kesempatan untuk mewah dan melupakan segala, tetapi kemewahan baginda gadaikan untuk kemanusiaan. Quraish jika tidak kembali kepada Islam, kaum itu pasti akan musnah. Muhammad SAW faham akan prihal itu dan baginda berjuang memperbetulkan apa saja yang boleh menjerumus Quraish ke jalan kehancuran. Namun Allah rencanaNya lain, seluruh Arab sebetulnya sedang menuju jalan kehancuran, maka Dia mengalih Muhammad SAW ke Madinah agar bukan hanya Quraish menjadi tanggungjawab baginda tetapi seluruh Arab dan manusia sejagat akhirnya. Sesungguhnya dengan adanya Abu Bakar, Umar Al Khataab, Othman Affan, panglima-panglima perang seperti Khalid Al Walid dsb di lingkungan Muhammad SAW di masa pemerintahan baginda di Madinah, baginda boleh menjadi MahaRaja serba mewah. Yaman, Mesir, serta Iraq dan Syria sudah mulai tunduk kepada baginda. Segala bentuk kekayaan sudah kian mencurah masuk ke Madinah. Namun tetap baginda memilih zuhud sebagai jalan hidup. Kekayaan terus baginda perguna untuk Ummah dan Islam. Sebegitulah khalifah-khalifah selepas baginda. Ummah dan Islam gagah melangkah ke depan. Ini kita tahu, tetapi apa sikap kita? Peringatan Allah dalam Adhuha baginda pegang kuat: di saat kemenangan dan kemewahan melimpah ruah, itu sekadar ujian agar kemungkaran, kemiskinan, kepayahan dan kemelaratan terus baginda perjuang hapuskan.
(9) Islam pernah gah di Nusantara. Melayu juga pernah gah. Tetapi kenapa punah? Sejarah Melayu samalah dengan Sejarah Arab-Islam selepas Ali Abi Thalib. Gah dan saling memusnahkan. Ummayah, Abbasiah, Fatimah, Ayubi, Timur, Othmaniah, Kordova dsb semuanya saling meruntuhkan. Bukankah sebegitu Melayu-Islam Majapahit, Melaka, Pasai, Demak, Palembang, Melaka, Pahang, Trengganu, Pattani, Cham, Sulu, Brunei, Sambas, Pontianak dsb. Islam hadir untuk membebaskan Melayu dari perhambaan Buddha dan Hindu, namun Islam sekadar kembang sebagai Kerajaan-Kerajaan Kota, City States buat Melayu yang akhirnya dipergunakan ampuh oleh Barat sebagai alatan penjajahan baik buat menghambat Kapitalisma. Hakikatnya, kini di Negara ini, pentadbiran kita juga terus berpaksi Negara Kota. Kita membangun kota-kota dari membangun Negara. Kota lebih utama dari Negara. Kuala Lumpur lebih penting dari Kelantan sebagai sebuah Negeri. Begitu juga Petaling Jaya, Shah Alam lebih utama dari Serlangor seluruhnya. Apa lagi Pahang, Trengganu dsb. Akibatnya, kemiskinan dan ketidak seimbangan terus berleluasa biar Kuala Lumpur sudah mencapai ke langit. Bahkan di Kuala Lumpur itu sendiri penuh dengan rayapan kepayahan dan kemiskinan yang jauh lebih parah.
(10) Sesungguhnya di zaman Muhammad SAW dan khalifah-khalifah besar, cara mereka amat berbeza. Mereka menitik beratkan Negara dari Kota. Mereka tidak membangunkan Madinah melebihi tanah-tanah taklukan lainnya. Pembahagian harta dan segala tidak pernah diabaikan di segala pelusuk tanah taklukan. Bahkan pemimpin-pemimpin yang tinggi ilmu dan akhlak dihantar buat mentadbir



(12) Di peringkat Negara, urbanization menghenyak Melayu. Di peringkat petadbiran, sifat sendiri-sendiri biar pada pemimpin juga pentadbir Melayu kian berleluasa. Anak-anak Melayu lebih enak duduk-duduk di kerusi malas berhawa dingin di kantor-kantor dari berkeliling menjadi Abu Bakar juga Umar Al Khataab. Mereka lebih gemar menjadi Maharaja perut buncit bersenang menerima gaji di hujung bulan. Para pemimpin Melayu pula, mereka tiada lain, hanya kelihatan berjuang bertekak di Parlimen dan atau DUN. Apakah mereka benar-benar bersinsing lengan ke lapangan. Kus semangat, jauh Pak Awi kata Melayu Sarawak.

(14) Paling sedih saya berkira Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sudah over stretched sehingga soal pokok sudah mereka abaikan. Saya tidak melihat KKLW berusaha keras dalam meningkatkan kecekapan segala agensi di bawahnya untuk memajukan ekonomi Melayu di luar bandar. Shafie Afdal harus di keluarkan dari Kementerian tersebut, cukup sudah apa yang mampu beliau buat. Saya berkira Shafie Apdal has come to his limit. Sama bagi Kementerian Pertanian. Sedang Kementerian Pelajaran yang seharus menjulang Malays' Human Capital sedang hebat membangun Malays' Capitalist yang kian lupa bangsa, lupa jati diri. TV dan Radio Awam pula, sudah ketandusan fikir dan cara untuk menjadikan Melayu sadar betapa time is up buat mereka. TV dan Radio Awam kian menjadikan Melayu lalai lantaran Menterinya bukan profesional berorientasikan research. Negara ini kian menjurus kepada Welfare State di mana Kementerian-Kementerian dan agensi-agensi bercorak membelanja dari membangun kian menjadi lebih penting. Suatu hari bukan Negara menjaga rakyat, namun rakyat menyuap Negara. Kemiskinan dan keresahan akan terus membantai Melayu. Sebabnya, Mohd Najib gemar memilih jalan popular. Kepal reput, ekorpun ikut sama.
Kuching, Sarawak
18 Nov., 2014
0 comments:
Post a Comment