
(2) Pada 19 Okt, ini akan berlaku Pemilihan dalam UMNO. Pada 12 Okt., pula akan berlaku pemilihan bagi Bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri. Seronok juga melihat calun-calun yang akan berebut kerusi bagi Jawatan dalam Induk, Wanita, Pemuda, Puteri, dan Bahagian khususnya di kalanagn muka-muka lama yang telah terkecundang di tangan Rakyat Umum dalam PRU13 lepas. Sememangnya, dalam PRU tidak semestinya sama dengan Pemilihan UMNO. UMNO adalah UMNO, dan PRU adalah PRU. Tidak sama. Berbeza sekali. Tidak bermaksud jika kecundang dan atau tidak terpilih sebagai calun dalam PRU, maka harus kalah atau tidak boleh bertanding dalam UMNO. Sama sebaliknya.
(3) Begitulah saya berkira pendapat dan atau pegangan bagi mereka yang bertanding. Tidak salah. Tidak pelek. Semuanya jika disorot pada pandangan berasaskan kepentingan sendiri, pasti tiada yang salah. Malah mesti dipertahankan at all cost. Biar berpatah arang. Namun cuba sorot dari pandangan orang lain. Lihat pada pandangan umum. Jika umum sudah tidak menerima, apakah masih ada asas kukuh bagi segelintir untuk memaksa keberadaan sesiapa untuk menentukan arah tuju serta prihal pentadbiran umum. Keduanya, banyak juga yang sediaada dan yang baru cuba mengenengahkan diri. Bagi yang sudah di dalam, mereka berhujah, penawaran diri adalah sebagai mempertahankan kedudukan yang ada dan paling tidak menyambung perjuangan dan cara kerjanya yang sudah dia berikan. Bagi yang baru, hujah yang sering diketengahkan adalah menyediakan landasan perlapis.

(5) Pemilihan UMNO kali ini agak istimewa. Pemilihan dibuat oleh Bahagian. Bahagian yang akan menentukan penguasa UMNO. Dulu, hanya perwakilan yang memikul tanggungjawab tersebut biar kemudiannnya banyak dari perwakilan telah pecah amanah, tidak mematuhi kehendak majoriti ahli di peringkat Bahagian. Jika cara pemilihan UMNO ini berjaya, apa lagi jika Jawatankuasa Pemilihan benar-benar dapat memastikan perjalanan Kempen dan Pemilihan adalah berjalan dengan bersih dan saksama, saya yakin SPRM selepas ini wajarlah diswastakan sahaja kepada Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Harap-harap UMNO tidak perlu mengikut jejak undur ke belakang SPRM dalam menidakkan kejujuran dan kewarasan pengundi Malaysia lewat pengunaan dakwat India.
(6) Cuma saya khuathir, apakah mampu setiap Bahagian untuk meneliti dan memberikan keadilan dan sikap paling bertanggungjawab dalam memilih penguasa UMNO? Apakah Bahagian dan atau Cawangan UMNO yang paling pedalaman di Sabah umpamanya kenal akan anu dan si anu sebelum membuat undi pemilihan. Keduanya, saya lihat ada segelintir calun yang sedang sibuk ke seluruh pelusuk Negara menonjol menjadi manusia paling prihatin dan bijak. Mereka melakukan apa juga cara untuk menonjol menjual diri. Media Negara seperti dijadikan wadah milik mereka, sedang yang lain terpinggir terus. Di manakah kesaksamaan? Sesungguhnya Umat Islam sering diingat akan amanat Luqman Haqim, khususnya dalam soal terlalu banyak cakap dan menonjol diri yang boleh saya ringkaskan sebagai berikut: Diam (rendah diri) itu adalah kebijaksanaan. Apakah mereka ini patuh akan prihal ini? Jika Al Quran berulang-ulang mengingati kita tentang sesuatu perkara, dan kita memingggirkan peringatan itu, pasti musibah sedang menanti kita. Ambil contoh mudah. Umar Al Khataab dan Ali Abi Thalib, sangat berminat untuk ke medan perang biarpun semasa mereka menjawat jawatan sebagai Khalifah. Sebabnya mudah, mereka telah dijanjikan mati sahid. Mati sahid adalah kematian di medan perang. Namun para sahabat sering menasihati mereka untuk hanya kekal di Madinah mengurus pentadbiran Negara, dan menyerah soal peperangan di tangan para panglima yang ada sahaja. Mereka patuh. Dan sepertinya di dalam PRU13 lepas, penguasa UMNO lupa akan prihal ini, maka khususnya Ali Rustam dan Ghani Othman, mati di tangan umum. Kiasnya, bila ada golongan terlalu berkeinginan kuasa, sehingga melupakan tertib untuk mendapatkan kuasa, maka besarlah kemungkinannya, mereka ini landasan keIslaman mereka harus diteliti halus. Tidakkah boleh kita belajar menjadi Khalid Al Walid, saat kuasa terlucut darinya, dia kental memperbetulkan diri agar janji Muhammad SAW kepadanya mewangi. Dia patuh atas kehendak ilmu iaitu Umar Al Khataab iaitu agar tentera Islam tidak tercemar dengan kemegahan dan Khalid Al Walib menjadi lupa betapa segala kemenangannya bukanlah kerananya melainkan atas kehendak Allah.
(7) Saya berdoa, agar ahli-hali UMNO benar-benar bertanggungjawab dalam memelih penguasa UMNO bukan untuk UMNO, tetapi untuk Islam dan Melayu.
Kuching, Sarawak
8 Oct., 2013
0 comments:
Post a Comment