.

5/10/13 IDOLA....apa mungkin kita bisa bangkit darinya? (draft)

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 09, 2013

Share

& Comment

Akademi Fantasia (AF) yang sedikit masa lalu sangat menjadi kegemaran ramai, jika dikaji kesan sosialnya, saya kira sangatlah menarik. Sebelumnya Syalawat Hijaj, Rabbani, dsb menjadi  siulan bahkan teman memandu bagi kebanyakan. Kegilaan anak Melayu khususnya kepada AF kemudian menular kepada Hip Hop, K- Pop dan sebagainya. Gejala AF, Hip Hop, K-pop dsb mendorong khususnya remaja Melayu untuk menjalani kelainan budaya dari adat resam dan tata susila perdana mereka. Sehingga kini, kian menular budaya bertatto dan bergelang leher tebal serta T-shirt dan seluar Jean potongan kesendiri sehingga jauh ke pedalaman di kampung-kampung. Keadaan ini, telah menimbulkan banyak keresahan, khusus di kalangan cerdik pandai dan para budayawan Melayu. Biar dari segi politik perdana, perkara tersebut dipandang remeh, bahkan seperti digalakkan, tetapi dari asakan anti-establishment akhirnya pertembungan panas antara budaya kuning dan adat resam tulin Melayu kian menjadi suatu medan pertempuran politik yang sangat sengit. Dari situ kemudiannya tercetuslah kelompok Liberal (UMNO) dan Konservatif (PAS). Akhirnya wujud fantasia baru di mana bermula dengan FaceBook, Twitter, kini YouTube sudah menjadi wadah untuk saling menuding dan menegakkan benang basah. Kemuncaknya saya berkira, maka terjadilah protes oleh A Samad Said dan Tok Mon. Inilah hati-hati tua yang kian pilu dan telah tidak dimengertikan sesiapa!

(2) Walau bagaimanapun, satu anugerah MahaRahimnya Allah kepada Umat Melayu adalah, saat mereka berkemelut pasti akan ada sesiapa yang datang mendamaikan. Inilah mungkin apa yang Muhammad SAW telah memperingatkan: Bila Allah menghendaki, pasti Allah akan merahmati sesiapa yang Dia mahu. Juga, selagi ada golongan yang berbuat baik dalam kelompok sesuatu kaum, pasti Allah akan melihat dan melindungi mereka. Syukur, atas rasa adanya keinsafan segelintir, kini Umat Melayu yang dahagakan roh menemukan wadah mereka tersendiri, biar kiri dan atau kanan sifatnya. Maka kini muncul pelbagai Siri Reality Popular untuk pilihan mengikut selera masing-masing. Bahkan siri seperti Imam Muda, Mari Mengaji, dsb saya kira terilham dari Siri AF tersebut. Cuma agak berbeda, dan sering terkongkong dalam kejumudannya, siri-siri berbentuk Insaniah ini sama saja cara dan gayanya sejak dari zaman Hamka dan atau Dr. Syamsiah dulunya, di tahun-tahun 1960-70an. Dalam prihal ini, Melayu Malaysia sangat tertingal jauh dalam gua berbanding dengan kreativiti tetangga Indonesia.


(3) Sepertinya, di Negara ini, khusus di kalangan Umat Melayu, mereka gemar kepada cara evolusi dalam menjalani kehidupan ini. Namun, sifat evolusi Melayu sangat berbeda dengan Sains Evolusi. Dalam ilmu sains, evolusi adalah satu proses transformasi dari primitif kepada komplek iaitu kedudukan yang jauh lebih maju. Umpamanya dari kehidupan satu sel menjadi alam pelbagai sel sehingga kepada yang paling komplek dan atau moden. Contohnya evolusi beruk berubah menjadi Chimpanzee, kemudian manusia kuno. Begitu juga mungkinnya dari Hippo, kepada kerbau, kemudian seladang, lalu menjadi lembu. Namun jika diteliti, sistem sosialisasi Melayu sepertinya harus ke kiri dulu, kemudian baru kembali ke pangkal jalan sebelum menjalar ke kanan.  Kalau ditinjua dari Sistem Matematik, transformasi Umat Melayu, ianya harus beranjak dari paksi (ordinat), kemudian ke negatif (kiri), lalu ngudur kembali ke paksi baru kemudian meniti jalan positif (kanan). Jarang kita dapati, mereka bergerak dari paksi terus secara perlahan meniti koordinat positif kemudian melakukan perkembangan secara progressif, apa lagi terus menerjah secara exponential dari julat negatifnya.

(4) Dalam istilah biasa, perubahan sikap dari kiri ke kanan atau kanan ke kiri ini, sering kita dengar ungkapkan 360 degree turn around. Namun saya berkira jika seseorang telah membuat 360 degree turn-around dia sebetulnya berbalik kepada kedudukan asal, ie jalan asal. Seharusnya jika kita hendak berubah, kita membuat 180 degree turn-back. Kalau kita membuat 360 degree turn-around sebetulnya, kita dok pi mai pi mai tang tu.

(5) Dalam bahasa theology, Umat Melayu sepertinya harus happy go lucky dulu, kemudian mengalami zaman gelap, lalu harus terhantuk, kemudian termengadah, dan barulah insaf dan mungkin taubat. Jangka masa untuk mencari jalan kebenaran bagi Umat Melayu sepertinya sering hanya di hujung hayat. Soalnya, di mana zaman gelap Melayu, titik thresholdnya, kemudian jalan pulang dan atau penerjahannya? Bagi memudahkan pemahanan pembaca tentang persoalan yang saya ajukan ini, cuba lihat pada Iklan Pelansingan Badan Ziana Zen (?). Bermula dari comel lote, kemudian tembun berisi, baru kembali langsing bergetah. Tidak terjumpa suatu Iklan dari Comel lote terus kepada bergetah melelihkan. Kekuathiran saya, saat kita terhantuk, tersadar, apa masih luaskah jalan pulang? Atau saat berpulang, ke mana sampainya kita, ke pangkal jalan, di tengah jalan, di penghabis jalan, atau apa tidak mungkin tidak kesampaian ke mana-mana?. Dalam urusan pribadi dengan Allah, pastinya mudah jalan pembetulannya. Namun jika sesuatu perkara itu melibatkan kepentingan awam, apa lagi Ummah, apa mungkin mudah untuk kita melenyapkan kegelapan yang telah kita lakukan, sedar atau tidak sedar?

(5) Remaja Melayu, juga sebahagian yang sudah matang pada usia, sekitar 4-5 tahun dahulu umpamanya, menjadikan Mawi AF sebagai idola. Ada yang tidak lena tidur malam jika tidak dapat menatap atau paling kurang mendengar suara Mawi, sehingga Tsunami berganti Tsumawi. Kemudian muncul Siti Nurhaliza, sehingga para wanita di Pulau Seram (Timur jauh Indonesia), pernah menyoal saya: "Hairan Pak, kok kenapa harus Siti Nurhaliza menikah sama "kakek", apa ngak ada pria ganteng di Malaysia?". Namun, kini kedua-duanya kian pudar dalam ingatan. Tegar, penyanyi pinggir jalan Indonesia kian sudah mendapat tempat di hati banyak pihak, hanya kerana sekarang aku bukan seperti dulu lagi. Juga manusia-manusia seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don, dsb kini kian muncul. Sedikit masa dulu, manusia seperti Khomeni menjadi kebangaan Umat Melayu. Begitu juga dengan Dr. Mahathir Mohammed di sekitar 1990an, sehingga anak-anak di Tadikapun ingin jadi Dr. Mahathir. Persoalannya, dalam menjadikan mereka ini idola apakah jalan penelitian yang kita buat? Juga dengan mengambil mereka ini sebagai idola apakah kegemilangan pribadi dan kelompok yang telah kita capai?

(6) Dalam beberapa minggu sudah, saya kembali meneliti trend gaya penulisan mengenai khususnya Umar Abdul Aziz RA, Khalid Al Walid, Sallahuddin Al Ayubi, serta para Imam Besar Sunni (Bukhari, Muslim, Syafiee, Maliki, Hanafi dan Hambali). Saya tertarik dengan mereka ini melihat akan betapa tinggi keIlmuan, KeZuhudan dan pasti KeImanan dan Ketaqwaan mereka. Mereka sepertinya tidak menjadi idola Umat Melayu. Kenapa? Usah ditanya tentang Zaaba, Hamzah Fansuri, Hamka, Aminuddin Baki, apa lagi Tok Kenali pasti sudah menjadi Tok Tak Dikenali, Tok Janggut, Tok Bahaman, dsb. Sejarah bangsa sendiri sudah kita lupakan, apa lagi Sejarah Islam. Apakah yang kita ingat?

(7) Siri AF, juga Siri-Siri "Reality" yang kian diasak di media-media di Negara ini asasnya adalah penyaduran siri-siri yang serupa di TV Amerika khususnya. American Idol bertukar jadi AF, Raja Lawak, dsb. Oprah Winfrey menjadi Tiga Ustazah, Uztazah Muhaya (?) dsb. Jay Leno dan Jerry Springer Show mungkin ada pihak yang sedang berfikir keras bagaimana menyadurnya atau sudah ada gayanya pada AC Mizal. BBC Hardtalk khususnya olahan David Letterman kian menjadi segala Bicara. Pokoknya, biar Wawasan 2020 seperti telah menjadi Falsafah Halacara Pembangunan Negara, kita kian lupa betapa kita mesti membangun mengikut acuan sendiri. Umat Melayu, kelihatan berdaya cipta, saat melibatkan hiburan dan perkara-perkara yang menjurus kepada making oneself happy ie self pleasing. Jika di cuit soal Islam di kalangan orang Melayu, merekalah paling cepat melatah. Namun sekadar melatah, lalu menghumban segala kelemahan kepada orang lain, tidak menilai diri secara menyeluruh dan mendalam. Soalnya, dalam memperkasa Melayu lewat Islam, berapa banyak yang benar-benar peduli?

(8) Telah menjadi resam dalam budaya Melayu, soal Islam, biarkan saja kepada yang tahu agama. Dalam mentafsir agama, Melayu pula sudah terjebak dengan Barat, agama adalah agama dan Negara adalah Negara. Keduanya harus jelas terpisah. Kerana Melayu tidak mengerti bagaimana dan kenapa Barat melihat dan mengamalkan agama sebagaimana mereka mahu, maka kitapun ikut-ikut sama. Saya berkeras bahawa Islam bukanlah agama, tidak sebagai agama yang umum mengerti dan telah dirasuahkan. Juga Sejarah Islam itu sendiri adalah bersifat organik dan tidak sekali-kali harus dimatikan tafsir dan pengertiannnya hanya kepada sesuatu waktu sahaja. Ambil satu contoh, fikirkanlah, saat kaum Muslimin dihenyak kuat oleh Roman dan sekutu Baratnya, siapakah pembela Islam (juga Yahudi) pada waktu itu? Apakah saat kemuncak Perang Salib, puak Arab yang membela Islam? Tidakkah hampir seluruh para Nabi dan Rasul turun di dunia Arab, namun saat genting kehancuran Islam di tangan Roman dan Barat, apakah bangsa Arab dapat membentuk benteng yang kukuh? Salahuddin Al Ayubi, bukan berbangsa Arab, yang menyelamatkan Islam Arab di saat itu. Kenapa? Cuba teliti akan para cendikiawan Islam khusus di tahun-tahun selepas 100 H (700 Masehi), tidakkah kebanyakan dari mereka adalah dari Farsi dan atau dari tanah bekas Jajahan Farsi. Damshek, Baghdad, Busra, Kufa, Bukhara, dsb adalah sangat terkenal yang melahirkan banyak cendikiawan Islam terbilang, tidak dari dunia Arab. Anihnya mereka adalah benteng Sunni sedang puak Arab biar Dinasti Ummaiyah dan atau Abbasiah, mereka kian menghancurkan Islam, malah kian lari dari Islam. Kenapa?  Apa maksud Allah menjadikan semua itu sebegitu?

(9) Saya berpendirian, cara Allah mendidik manusia, banyak firasat di balik pernyataanNya. Umat Melayu harus bijak to read in between the line. Kekacauan di dunia Arab kini, serta kemungkinan juga kekacauan hebat di sebelah Kapitalis-Demokrasi, adalah wadah Allah untuk kita menilai diri kita dengan berani dan bersungguh-sungguh. Juga kita Umat Melayu sudah cukup teruji, dari gempuran feudalisma Buddis-Hindu, kemerdekaan dan penyatuan Melayu lewat awalan Islam, kemudian Imperialis Barat, dan kini Kapitalis sejagat. Dalam era Kapitalis Sejagat, kita pernah diadu domba berkancah dengan Komunisma, lalu beberapa siri kemelut ekonomi dan politik, sehingga beberapa dugaan tentang penyelewengan akidah Islam. Pokoknya, kita sudah banyak kali terlibat dalam peperangan dan sehingga kini kita masih boleh bertahan. Cuma, anihnya kita tetap bertahan biar dalam keadaan kian terhakis perlahan-lahan. Kita tidak pernah bangkit dan membangun apa lagi menyerang. Kenapa?

(10) Di sinilah, apa yang saya kira, bila para Ustaz dan Uztazah mengalak Umat Melayu untuk berSyalawat pengertiannya yang sering dipaksa kepada kita adalah memuji memuja Muhammad SAW. Syalawat ke atas Muhammad SAW akan memayung kita di Padang Mahsyar di kemudian hari. Itulah pengajaran, itulah doktrin berulang-ulang, terulang-ulang dalam lingkungan Umat Melayu kita sekian lamanya dan berterusan sebegitu mungkinnnya. Kesannya? Melayu hanya berSyalawat, apa lagi berTasdih dan Zikir saat kepayahan melanda mereka. Sepertinya mereka telah terdidik sebagai Pengemis dalam Islam. Jika dijadikan budaya, hanyalah sekadar Nyanyian Nashid buat siulan dan teman memandu melewati kawasan sepi dan seram. Pokoknya, adalah tentang caranya kita mengemukakan idola kita, dalam dunia hiburan cukup kreatif dan terkesan, sedang dalam dunia Insaniah paling jumud, kuno, membosankan. Maka dalam dunia Melayu, khususnya di kalangan para remaja, idola mereka sekadar making feel good or self pleasing sementara belum tidur. Mereka melihat Worldly Success Figure dari menjadikan Negarawan dan atau Ahli Ilmuan sebagai idola mereka. Juga bila sudah cukup berumur, paling-paling berpakaian jubah putih dan berselendang Arab tiada lain menanti waktu untuk ke Masjid seperti menanti hari-hari untuk mati.  Sememangnya benar, kalau sudah berumur kubur jemput mari, dunia halau pergi, namun pernahkah bersoal di dalam hati Apa akan kutinggal untuk Melayu jika tidak Islam?.  Inilah kritik saya terdahulunya bertajuk Mengapa Harus Aku Ke Neraka Ya Tuhan?.

(11) Kini, Tegar "Aku Yang Dulu, Bukan Aku Yang Sekarang sudah menjadi minat banyak. Cuma, sekali lagi, mereka cuma melihat Tegar saat dia sudah diangkat jadi Pengamen Hebat. Pernahkan kita mengkaji perjalanan awal hidupnya. Di sini saya usul agar pembaca sama-sama mudah-mudahan tersentuh mengenali sejarah awal hidupnya lewat YouTube: http://youtu.be/Kvo0OZgb9pI. Kelemahan nyata Umat Melayu, adalah tentang cara kita memilih idola kita. Juga tentang cara kita mengenengahkan idola kita. Kita hanya melihat kepada kesan kejayaan, kita tidak pernah meneliti proses kepada pembentukan Insan Idola itu sebermulanya. Muhammad SAW kita lihat hanya sebagai Nabi dan Rasul. Kita tidak menghayati latarbelakang serta jalannan menjadikan baginda sebagai Manusia Pilihan penyelamat Ummah. Buat saya, Allah tidak pilih sebarang pilih. Dia memilih permata dalam himpunan kaca. Maka cara kita mempersembah idola yang harus jadi teladan Umat Melayu biar dalam ruang bicara, lakunan, juga tulisan, saya berkira harus menitik beratkan proses. Sesungguhnya, masyarakat Jepun, mereka berjaya lantaran Allah mahu menunjukkan kepada kita Umat Melayu, betapa ketekunan dan ketelitian mereka tentang proses maka mereka berjaya. Cuma Mahathir gagal untuk mengkaitkan proses Jepun dengan jalan teliti Allah maka Look East gagal Umat Melayu hayati. Saya tabik kepada Karya Pementasan Mahathir-Hasmah yang cuba mengajak Umat Melayu untuk meneliti kejadian manusia Mahathir-Hasmah, cuma pelitnya, kodokutnya wajarlah usaha itu dijadikan hak rakyat dan didedahkan seluasnya kepada rakyat.

Kuching, Sarawak
11 Okt., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.