.

25/4/09 EKONOMI BABI....SELSEMA BABI....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 28, 2009

Share

& Comment

The Limping Eagle, let shot him down, now!Suatu hari, anak babi melewati anak lembu. Bertanyalah sang anak lembu, kepada sang anak babi. Wahai anak babi, kenapa kau nampak sugul, bersusah hati, mendengus-dengus, jalan tertunduk-tunduk sentiasa? Tidakkah kau boleh mendongak sesekali sepertinya aku? Wahai, sang anak lembu, tidak terkiranya sedih hatiku, malunya rasa aku, kerana aku anak babi!

Pernahkah kita bertanya, kenapa adanya babi dalam hidup kita ini? Pernahkah juga kita bertanya, kenapa babi, diharamkan sangat-sangat bagi orang Islam? Kenapakah, bila kita di panggil babi, maka tidak kepalanglah marahnya kita? Apakah maksudnyna perumpamaan, tebal macam muka babi, di tampal kulit babi.....ya babi, macam babi!

(2)Pernah saya mengusulkan, inilah masanya bagi kita, Malaysia dan seluruh negara Islam, bangkit dan menjadi gagah. Semua negara yang mempunyai sistem ekonomi yang ditadbir berasaskan Nafsu Babi, atau Ekonomi Babi, bulldoze-based economy, kini sedang menghadapi keparahan yang sangat dahsyat. Kita, Malaysia, dan negara-negara Islam seluruhnya, punya asas ekonomi sahih, punya segala kekuatan untuk bangkit dan memimpin. Pokoknya, kita kena berani, kena banyak berbincang, banyak mengasak....

(3) Sistem Ekonomi Babi, Bulldoze-based Economy, kini mesti diganti dengan ekonomi Islam yang bersandarkan real business transaction. Bukan, speculative business system.

(4) Suatu ketika dulu, satu suara dalam ABIM, sangat lantang melaungkan perlunya negara melaksanakan Ekonomi Islam. Aku, ketika itu sangat hormat akan laungan ini. Sehingga bila empunya suara berkuasa, aku kecewa dan teramat kecewa, bila dia patuh kepada telunjuk IMF menaikkan kadar faedah bank dan juga menurunkan tempoh NPL. Aku kesal kerana, prinsip asas ekonomi Islam di nodainya!

(5) Kini, Najib tengah melaungkan perluasan Perbankan Islam di negara ini. Malaysia mampu jadi pengerak kepada pembentukkan sistem kewangan Islam serantau dan global. Cuma aku ingin bertanya, kenapa kadar (apa juga namanya), sama saja seperti faedah, tetap juga tinggi nilainya! Ya alasannya, kerana risiko yang sangat tinggi. Tapi tidakkah mungkin langkah-langkah lain dapat difikirkan, selain dari kaedah monetary control measures?

(6) Jika financial charges dalam perbankan Islam dapat diturunkan, aku pasti, ekonomi, perdagangan kita akan lebih maju, kerana, wang akan di labur dan terus di kitar dalam segala sistem ekonomi negara. Begitu juga, kos perkhidmatan dan pengeluran kita akan jauh lebih murah. Maka, kita akan dapat menembusi apa juga pasaran. Aku, kira High Financial Charges, bukan jalan baik bagi perkembangan Perbankan Islam. Kecekapan pemantauan dan penguatkuasaan mungkin jalan yang lebih baik, biarpun payah. Kenapa kita takut sangat dengan benda-benda yang payah. Dulu, masa kita lahirpun payah, tak pun kita undur dan masuk balik dalam rahim ibu!

(7) Bagi sektor-sektior tertentu, kadar Financial Charges ke atas pinjaman, boleh di kurangkan. Contohnya, dalam pembiayaan perumahan, pendidikan, pembangunan prasarana awam, dsb. Pasti ada saja jalan, bagi kita mengurangkan Financial Charges, jika ini dapat dizahirkan, barulah Islamic Economic System and Financial Management System, bersifat facilitating, tidak membebankan, berkemungkinan jaya tinggi (high success potential), barulah sistem Yahudi yang menghancurkan dunia sakarang ini dapat di atasi dengan sempurna.

(8) Kini, selsema babi sedang melanda dunia. Mengikut anggaran awal, selsema babi ini akan memberi kesan negatif U$3.00 trillion kepada ekonomi dunia. Ya, Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia, melainkan mata dan telingga kita buta. Lebih dahsyat, jika otak dan hati kita buta.

(9) Inilah masanya, Ekonomi Babi ini digantikan dengan ekonomi Islam yang memudahkan, mengamankan. Najib, push hard ahead to transform Malaysia as an Islamic Banking Center of Excellent. Aku kira, itulah perjuangan yang lebih agung dari One Malaysia kerana ianya adalah One Global, an Islamic Global!

(10) Maka terjadinya Selsema Babi adalah asakkan Allah supaya kita lebih mudah menggantikan sistem keparat yang sedang kita amalkan.

(11) Ayuh kita sungguh-sungguh ternak lembu, kambing, rusa, unta, biri-biri, ayam, puyoh, ikan...kita gantikan babi dengan semua makanan halal ini supaya otak semua manusia jadi bersih, dan jiwanya pun bersih. Inilah mungkin isyarat Tuhan yang mesti kita gerakkan.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

3 comments:

Anonymous said...

Yah..Sarawak, if am not mistaken has the biggest pig Farm joint venture with Singapore. Well dont know whether this "Selsema Babi" will also attact our "Babi"..

Anyway Islamic Banking is the most clean banking system. The ability to be differentiate the product from "Loan", the Islamic Banking is free from "Interest".

There is no uncertainty in Islamic Banking... I am agree with you Abbdullah. Murabahah, Al-Istisna'...Al Bai' Bi Thamanil Ajil..Al Ijarah ...and so many including Islamic Bonds... Try...you will see the different...

Anonymous said...

the water catchment are for kuching has many small pig rearers that wash their pig stys' faeces and wastes into the sarawak river directly. Further downstream, there is a water intake station at Batu Kitang.The water is cleaned and processed there before being piped to homes in Kuching. Is the water 'clean"?
The main road from Kuching to Serian is nice now that it's wider and smoother. However, the stinks from pig farms (there are some right beside the road) is really unbearable. The farms can be recognised easily thru the high wall build around them. you can't see them from your car or perhaps even four wheel drive. But tourists on the bus can jolly well see them and breathe the wonderful aroma in the air. Tourism, anyone?

Anonymous said...

Apa yang dimaksudkan dengan qada dan qadar. Adakah takdir seseorang itu telah ditentukan sejak kita lahir lagi? Jikalau begitu, adakah kita sudah ditakdirkan untuk masuk syurga atau neraka?

Apa yang pasti ajal maut sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Cuma, dalam keadaan apa kita akan mati. Adakah sebagai seorang yang beriman atau tidak. Adakah itu juga telah ditentukan?

Jawapan :

MENGIKUT pandangan Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari mentakrifkan: "Qada merupakan kehendak Allah s.w.t .yang bersifat azali yang bergantung dengan sesuatu yang
berlaku."

Beriman kepada qada Allah s.w.t. dan qadar-Nya adalah adalah salah daripada rukun akidah dan ia adalah rukun yang keenam daripada rukun-rukun iman.

Kesempurnaan iman seseorang bergantung rapat dengan kepercayaan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi akan ketentuan Allah s.w.t. yang diterimanya.

Persoalan berkaitan qada dan qadar menjadi pertelingkahan dan perdebatan di kalangan aliran pemikiran agama Islam. Ia juga menjadi punca kepada perpecahan sehingga lahirnya pelbagai aliran dengan pandangan yang sederhana dan pandangan yang ekstrem. Sehingga perbalahan itu menjadi punca kepada mengkafirkan golongan yang tidak cenderung kepada pandangan mereka.

Para ulama berbeza pendapat tentang perbezaan antara kedua istilah tersebut (qada dan qadar). Sebahagian mengatakan bahawa qadar adalah ketentuan Allah sejak zaman azali (zaman yang tak ada awalnya), sedangkan qada adalah ketetapan Allah terhadap sesuatu pada waktu terjadi.

Maka ketika Allah menetapkan sesuatu akan terjadi pada waktunya, ketentuan ini disebut qadar. Kemudian apabila tiba waktu yang telah ditetapkan pada sesuatu tersebut, ketentuan tersebut disebut qada.

Masalah ini (qada) banyak disebut dalam al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Sesuatu itu telah diqada. (Yusuf: 41). Dan firman Allah lagi yang
bermaksudnya: Allah mengqada dengan benar. (Ghafir: 20). Dan ayat-ayat lain yang serupa.

Maka qadar adalah ketentuan Allah terhadap segala sesuatu sejak zaman azali, sedangkan qada merupakan pelaksanaan qadar ketika terjadi. Sebahagian ulama mengatakan kedua-dua istilah tersebut mempunyai satu makna.

Pendapat yang dianggap rajih (kuat) adalah bahwa kedua istilah tersebut bila dikumpulkan (qadar-qada), maka mempunyai makna berbeza, tetapi apabila dipisahkan satu dengan yang lain maka mempunyai makna yang sama.

Dr. Qahtan Abdul Rahman al-Duriy dalam kitabnya yang berjudul Usuluddin al-Islamiy membahagikan qada dan qadar kepada dua bahagian:
Pertama: af’al al-idthirariyyah
(perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara terpaksa). Perkara yang tiada daya usaha bagi manusia dan manusia tidak boleh memilih, atau dalam erti kata yang lain tiada pilihan bagi manusia melainkan dihadapinya, seperti tangannya menggigil, bersin dan sebagainya.

Kedua: af’al Ikhtiyariyyah (perbuatan yang boleh dipilih oleh manusia) untuk melakukannya atau tidak melakukannya seperti bercakap, berjalan dan sebagainya.

Berhubung dengan perkara ini Imam Nawawi mentakrifkan maksud qadar dengan berkata: "Qadar atau takdir ialah semua perkara atau benda yang wujud di alam ini telah ditentukan dan ditetapkan mengikut garisan yang telah dibuat oleh Allah s.w.t. sebelum sesuatu itu berlaku dan terjadi, di mana Allah mengetahui
apa sahaja yang akan berlaku dan yang akan terjadi ke atas sesuatu itu dalam masa dan waktu yang telah ditentukan Allah sesuai dengan garisan yang telah ditentukan-Nya."

Selalu kita dengar ungkapan "kita merancang Allah jua yang menentukan". Kita selaku hamba yang diciptakan hanya mampu merancang, biar hebat sekali manapun rancangan kita, namun keputusan muktamadnya daripada Allah s.w.t.

Cuma persoalannya apa yang kita rancang? Bagaimana kita merancang? Apa matlamat perancangan kita? Apa usaha kita untuk mencapai perancangan tersebut? Semua ini dilihat oleh Allah s.w.t. untuk menetapkan keputusan. Adakalanya keputusan daripada Allah s.w.t. berbentuk musibah.

Ketahuilah sesungguhnya setiap sesuatu yang menimpa manusia sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah kehendak Allah s.w.t. Jika ketentuan itu merupakan nikmat wajib dia bersyukur dan sekiranya ketentuan itu merupakan musibah maka wajib dia bersabar. Ini kerana Allah menguji manusia dengan kenikmatan dan
musibah.

Kita masuk syurga dengan pilihan kita dan kita masuk syurga dengan pilihan kita juga. Yang dimaksudkan dengan tertulis sejak azali lagi ialah, ilmu Allah s.w.t. mendahului perbuatan manusia. Contohnya, pada hari pertama seorang guru mengajar di bilik darjah, dia dapat menilai potensi kecerdikan seseorang murid.

Justeru itu, pada hari peperiksaan pelajar itu benar-benar cemerlang. Guru tadi dapat menilai sebelum peperiksaan dan keputusan dikeluarkan. Ilmu guru dalam menilai murid tadi adalah berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh guru tadi. Bagi Allah lebih daripada itu.

Allah s.w.t. menetapkan demikian kerana ilmu Allah telah mendahului perbuatan manusia. Untuk itu manusia tidak boleh berserah kepada takdir bulat-bulat tanpa berusaha ke arah mencari kebaikan untuk memanfaat di dunia dan di akhirat.
"Kejadian selsema babi ini ada qada dan qadar nya." "TheMonkey"

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.