Pertama, Selamat menyambut Maal Hijrah kepada seluruh Umat Islam Nusantara dan Timur Jauh (pada saat ini). Semoga, Tahun ini semua jadikan Tahun yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga Allah melimpahkan Taufik dan Hidayahnya buat semua, Muslim dan atau bukan Muslim. Kedua, kerana hari ini adalah Maal Hijrah, maka saya berkira Mukriz Mahathir, Menteri Besar Kedah khususnya, dan UMNO umumnya ingin meraikan kejayaan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Limau sebagai suatu kemenangan yang sangat manis. Namun, kehendak Allah, juga mungkin caranya Dia mengingati, betapa kemanisan itu penuh dengan dugaan. Saya yakin, Mukriz sengaja mencetuskan ilham Jom Hijrah sebagai tonggak kepada pacingan undi di Sungai Limau sebagai ajakan saikologi agar pengundi dan bahkan seluruh rakyat Kedah berubah. Berubah dari mendokong PAS kepada UMNO adalah permulaan. Perjalanan seterusnya buat Mukriz saya menduga adalah Hijrah Ekonomi dan atau Penstrukturan Semula Ekonomi Kedah secara meluas dan lebih berani.
(2) Bagaimana keadaan semasa di Sg. Limau, Yan, Kedah? "Dok macam tu lah, dari dulu sampai lani. Bangun pagi tengok bendang. Tidoq siang, sedap hirup angin bendang. Tidoq malampun syok kena hembuis angin bendang. Budak-budak, depa siang pi sekolah, petang pi mengaji. Bila hujung minggu atau cuti sekolah, syok main kejaq-kejaq atas batais. Bila sudah besaq, pakat pilah ke Tanjung atau Kuala Lumpoq, cari kerja. Hak berani sikit pi Singapore. Ada juga pi sampai kat Arab nu. Dok sini, dok ada bendang, sajalah. Kami hak tua-tua ni, boleh buat sendiri. Boleh upah Cina. Depa hak muda-muda biaq dululah merantau. Balik sat nanti bila dah ada keluarga, kita pakat bagi-bagilah sawah ni berapa relong seorang. Cuma adalah sikit-sikit tak berapa nak betoi, dok menung syok kat dadah". Itulah sebahagian dari hujah yang dapat saya kutip semasa singgah lalu di Yan, Gurun dan Pendang sedikit masa dulu ie sekitar Ogos lepas. Mudah. Ringkas. Routine.
(3) Saya berkira Mukriz seperti sudah jatuh di timpa tangga. Dia dikalahkan dalam perlumbaan sebelumnya dalam UMNO lalu kini terpukul pula di Sungai Limau. Hakikatnya, saya sememangnya tidak bersetuju dengan langkah Mukriz bersaing di dalam Pemilihan UMNO yang lepas. Saya sangat-sangat berharap dia menjadi budak baik berbakti sepuas-puas sehebatnya kepada Kedah dulu. Sesungguhnya Lani kekuatan Mukriz, bukan pada dirinya. Dia baru sangat dalam MITI . Tidak nampak lagi kekuatannya berbanding Mustapha Mohammed. Begitu juga, Mahathir masih ada. Orang sokong dia sebab Mahathir-Hasmah masih ada. Saat Mahathir sudah tidak ada, di mana akan letaknya kekuatan Mukriz. Jadi dia mesti buktikan kejujuran, kebijaksanaan dan kesungguhannya di Kedah dulu, baru dia bersilat di tempat lain. Keduanya, saat saya mendengar hujah-hujah Najib dan para penguasa lainnya di Perhimpunan Agung UMNO serta Pembentangan Belanjawan 2014 Najib, saya dapat merasakan Robin Hood cara baru sedang muncul di kalangan Umat Melayu dan UMNO khususnya. Watak Robin Hood tidak serasi dengan Umat Melayu. Melayu lebih utamakan kejujuran dan kesungguhnan. Kekalahan di Sg. Limau sebetulnya adalah petanda awal penolakan Belanjawan 2014 dan arus Transformasi dalam UMNO bawaan Najib. Najib sebetulnya sedang menghadapi pukul Mukriz, sindir Najib di Sg. Limau. Dari mula selepas Belanjawan 2014 sehingga tamat PRK Sg. Limau, media perdana dan seluruh jentera kerajaan sepertinya sebok tentang GST yang hanya akan bermula pada 2015, sedang prihal lain di dalam Belanjawan 2014 yang dikatakan sangat "menepati kehendak Rakyat dan Negara" tengelam tidak terbangkit jelas. Soalnya, kenapa? Saya bertanggap semua adalah kerana "tiada" yang terkesan hebat buat Rakyat dari Belanjawan 2014 tersebut.
(4) Inilah apa yang sering saya katakan salah bacaan Najib ke atas signal Rakya. Inilah juga apa yang sering saya katakan betapa Najib sedang membina kelompangan bangsa yang sangat hebat. Sg Limau, sejak 1995 adalah di bawah penguasaan PAS. Azizan telah mendidik rakyat di Sg Limau tentang hidup yang lain dan mereka telah sebati dengan gaya sebegitu. Hakikatnya, rakyat Sg Limau adalah rakyat yang sayangkan Melayu dan Islam. Mereka bukan rakyat yang bodoh dan jumud. Mereka bukan konsevatif. Mereka adalah Melayu yang cintakan Islam. Cinta dan kasih mereka terhadap Melayu dan Islam adalah tidak berbelah bahagi. Cuma, sekian lama mereka telah terhukum tidak dapat bangkit keluar dari sekadar bendang. Salahnya bukan Islam yang mereka anuti, tetapi pincang dan piceknya adalah atas sikap dengki dan khianat pada Melayu yang berkuasa dalam meminggirkan mereka. Ingatlah anjing yang tesepit, biarpun dilepaskan, pasti dia akan tetap geram dan menokak sesiapapun, membalas kesakitan dirinya. Sesungguhnya, sejak sekian lama, PAS seperti dapat sedikit mengisi kelompangan rohani biarpun mereka tetap membina jurang kehidupan lainnya lantaran keterbatasan tertentu, namun UMNO biar punya segala kekuasaan, tetap kelompangan batiniah dan jasmaniah mereka bina dan terus menghantui Sg Limau (dan lain-lainnya). Saya menduga mungkin Mukriz perlu melihat bagaimana Islamic Materialism seperti saya duga amalan Umar Al-Khataab vs Materialism Islamic yang mulai dibenarkan oleh Usman Affan dalam dia menggerakan Jom Hijrah Rakyat Kedah. Sesungguhnya, saya melihat kegagalan Sanusi Junid biarpun dia bersikap jujur dan bersungguh-sungguh, dia gagal kerana dia mengamalkan Materialism Islamic sedang rakyat hendakan Islamic Materialism. Pendeknya, Melayu sanggup mati kerana adat dari mati kerana anak atas rasa cinta dan yakin mereka betapa tiada yang lebih baik darinya Allah, Islam cuma mereka mentafsirkan Allah dan Islam itu sebagai "adat". Di Kelantan, Nik Aziz cuba mengutarakan Membangun bersama Islam, tidak lain adalah atas kesedaran beliau betapa Melayu sangat sayangkan Allah dan Islam, cuma dia gagal lantaran sekali lagi atas sikap khianat dan dengki penguasa UMNO. Juga saya tidak nafikan sudah wujud hebat budaya Materialistic Islamic pada sebahagian penguasa PAS. Atas sebab itu, PAS juga sudah kian dipinggirkan oleh Melayu. Zuhud PAS akan mati bersama Nik Aziz sepertinya.

(5) Saya melihat, Melayu menjadinya seperti jumud atau apa-apa sahaja istilah yang Najib ingin ciptakan serta patuhi ke atas mereka adalah atas sifat alami Melayu. Lihatlah pada segala haiwan bercangkerang biar kura-kura, labi-labi, penyu, siput, kerang, lokan, kepah, ambal, tengiling dsb, saat mereka terusik dan demi mempertahankan diri mereka akan terkelup, ngelinsep, modot, monyok, sembunyi dalam cangkarang dan diam. Saya berkira Melayu mengerti akan prihal itu, dan itulah cara mereka saat mereka terasa mereka dalam keadaan bahaya. Maka, Melayu yang "pandai" melihat itu sebagitu sebagai sifat bodoh, jumud, kolot, dsbnya Melayu.
(6) Juga, saya melihat pertarungan Mukriz dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas serta perebutan kemenangan manis di Sg Limau, segala kekecundangan beliau adalah akibat "pukulan gelap di saat-saat akhir", jika di dalam arena tinju, dia sepertinya terpukul oleh last minit punch. Namun, jika dia sedar, segala itu adalah tangga kejayaan seterusnya, semoga dia cepat mengerti dan dapat membaca tajam. InsyaAllah.

(8) Mukriz harus bekerja kuat, bijak dan jujur untuk membebaskan Melayu Kedah dari kemiskinan batiniah dan jasmaniah. Perhatikan, saya dahulukan batiniah dari jamaniah. Kita sebetulnya telah terlalu lama menyogok jasmaniah dari mengandingkan secara bijak dan jujur batiniah dan jasmaniah. Dia harus secara kuat menjadi Model Kepimpinan Islam Melayu yang dapat merobah Melayu menjadi penyumbang besar kepada keTemaddunan Islam di sebelah sini. Menjejaki Mahathir dan Sanusi Junid, serta berdasarkan kealpaan saya sendiri, wajar bagi Mukriz tidak terlalu menekan pembacaan tulisan Barat. Seharusnya dan kerana kini sudah berlambak di pasaran, wajar dibaca tulisan-tulisan Islami. Saya yakin para guru-guru agama di Kedah akan sanggup bersama dia, jika mereka didekati secara jujur dan bersungguh-sungguh. Saya berdoa, agar di Maal Hijrah ini, Mukriz sendiri benar-benar Hijrah lari dari kejumudan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.
Kuching, Sarawak
4 Nov., 2013 1 Awal Muharam 1435
0 comments:
Post a Comment