Kapas dan sutera, warna asal mereka adalah putih, atau putih kekuningan. Begitulah juga serat-serat kapuk malah sebegitulah juga serat nenas, pisang, segala tumbuhan hibiscus, dsb. Kenapa? Allah, Dia menjadikan manusia punya nafsu. Dari bernafsu, maka manusia berkeinginan. Pada sepasang pakaian, manusia berkeinginanan yang berbeda-beda corak warnanya. Ada yang suka putih. Ada yang suka biru, ada yang suka merah, ada yang suka hijau, dsb. Pada yang lebih berkeinginan, maka ada yang suka mengabungkan pelbagai warna sehingga di Negara ini dijadikan Jalur Gemilang. Sesungguhnya, sebegitulah caranya Allah memudahcarakan akan nafsu dan akal manusia. Segalanya Dia bentangkan buat manusia selaras dengan nafsu dan akal mereka. Perjalanannya, Dia bentangkan, cuma pengakhiran segalanya Dia nantikan di saat Qiamatnya.
(2) Ahad sudah ie 2 Nov., 2013, saya berkeliling melihat-lihat apakah Rahmat Allah yang dapat saya hadiahkan buat tambah menenang dan menyerikan lagi jiwa-jiwa yang bertandang ke MyStore Restro di Kampung saya. Saya kepingin, saat saya menerima bayaran atas khidmat dari para pengunjung dan pelangan, saya sebetulnya sedang menerima rasa syukur mereka ke atas rahmat Allah yang saya panjangkan buat mereka. Lalu saya teringat akan lawatan saya di pergunungan Chiang Rai, Thailand sekitar 1992 dulu di mana masyarakat miskin di sana di bawah naungan King Bumipol Arduyadet, di sekitar Summer Palace baginda, mereka bercucuk tanam khususnya kembangan mawar yang beranika corak dan warna-warni. Juga jika sesiapa ke Puncak di Jakarta dan Bandung pasti tangan-tangan manut Jawa begitu terlaten membangun seni taman indah di laman-laman rumah yang sebahagiannya adalah sewaan Pak Gundik Kahwin Kontrak Arab Ala-Jahilliah. Namun, mawar akan hanya menarik hati-hati perempuan dan gadis-gadis, tidak anak-anak. Apakah yang mengirangkan anak-anak? Burung madu, rama-rama, dan mungkin kumbang berterbangan akan menjadikan banyak soal dalam kepala mereka lalu mengajak bicara ibu-bapa buat menjelaskan tentang Allah. Lantas, saya berkira harus ada warna-warni, haruman serta pergerakkan agar semua tertarik dan saling berhubungan kemudiannya. InsyaAllah itulah yang sedang saya usahakan.
(3) Namun dilema tetap menerpa. Jika kembangan kegemaran rama-rama ditanam, pasti ini akan mengundang pembiakan sang pupa rama-rama si ulat mentaduk atau caterpillar. Maka punahlah segala daun limau purut dan jambu air berdekatan. Untuk menarik si hummingbird atau burung madu, perlukan kembangan berkecubung dalam. Tumbuhan sebegini, agak sukar kedapatan di tropis dan selalunya adalah jenis menjalar atau pokok renek shrub yang agak merimbun. Apakah pilihan saya seterusnya. Mungkin saya harus sekadar berpuas hati dengan menarik para kumbang dan sedikit rama-rama. Dan pasti, biarlah ianya ada etno-botanical value iaitu setidak-tidaknya punya khasiat herbal. Maka terlintas untuk menanam Melastoma spp iaitu senduduk. Sebetulnya terdapat lebih kurang 50 spesis senduduk di dunia ini. Di Negara ini ada beberapa, dan saya semasa kecil sangat suka makan buah senduduk sehingga lidah saya akan berwarna biru. Itulah apa yang disebut sebagai Blue Tongue Melastoma atau Melastoma affin. Khasiat senduduk agak banyak dan tersendiri. Di katakan paling istimewa di antara senduduk adalah senduduk putih Melastoma malabathricum di mana kelopak bunganya adalah berwarna putih. Dari capaian di internet, saya turunkan berikut antara khasiat herbal senduduk. (i) Senduduk putih: Bunga senduduk putih mempunyai nilai perubatan dan keistimewaannya yang tersendiri. Ia telah digunakan secara tradisi untuk merawat kesan parut akibat demam campak melalui kaedah mudah iaitu menggosok kelopaknya pada bahagian yang terjejas. Enak dan segar, kelopak bunganya turut boleh dimakan bagi tujuan awet muda dan rasanya seakan buah jambu. Lebih menarik, terdapat banyak catatan yang merekodkan bahawa bunga senduduk putih turut boleh dijadikan bahan minyak pengasih. Keistimewaan dan kepelbagaian khasiat senduduk putih menyebabkan adanya pengusaha yang telah berjaya menghasilkan minyak senduduk putih. Minyak yang dihasilkan ini dikatakan sesuai untuk merawat sakit mata, ketumbit, kelesuan, sakit telinga, dimasuki serangga, telinga bernanah, sakit kerongkong, gatal, batuk berpanjangan, senggugut dan pelbagai. Beberapa kes seperti penyakit lumpuh, terkena santau, kanak-kanak lambat berjalan atau lambat bertutur telah dikatakan berjaya diatasi melalui penggunaan khasiat senduduk putih anugerah Ilahi Sedang (ii) senduduk Blue Tongue pula punya khasiat: merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit. Daun pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan. Anda boleh merebus segenggam daun senduduk dengan sedikit gula dan halia. Air rebusan itu bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari faraj. Bagi anda yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut. Daun dan akarnya yang telah digiling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut. Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar. Air rebusan akar senduduk juga boleh digunakan bagi membasuh mulut untuk mengubati sakit gigi, boleh melembutkan kaki atau mengurangkan angin dalam badan, kadang kadang digunakan sebagai mandian.
(5) Paling mengujakan, cabang dahan seduduk kering, semasa kecil-kecil dulu sering saya jadikan gagang lastik. Juga pesan ayah saya, jika hendak mencucuk hidung lembu atau kerbau untuk dipasang tali, harus dicucuk dengan ranting kering senduduk yang telah ditajamkan. Apakah maksud sebenar akan pesan itu, saya belum pernah mengamalkannya. Melihat akan prihal sebegini, serta betapa mudahnya menanam dan memelihara Taman Senduduk saya memutuskan untuk menanam seduduk dan akan berusaha untuk mencari bibit senduduk putih. Mudah-mudahan, unjukan kecil tangan saya ini akan memberikan sedikit ilmu dan manafaat budaya dan saintifik buat Umat Melayu nantinya.
(6) Lalu, saya pun di tengah hari terik memulakan membina tembok penghadang di pinggir kolam agar saya dapat membina sebuah busut kecil yang menyediakan wadah pertumbuhan terbaik bagi segala senduduk itu nanti. Saya menggunakan bungkah-bungkah batu granit sebagai asas landscape itu. Mulanya terkial sendiri-sendiri lalu datang ponakan saya bernama Asip lalu bertanya: "Wak sedang buat apa? Boleh saya bantu?" Asip, anak Tadika bertubuh sederhana gempal, sering agak berbeda biar dari abang dan teman-temannya yang lain. Dia lebih suka menyendiri dan saat punya mood yang baik, pasti sering sedia membantu. Cuma yang sering melalaikannya adalah siri kartun yang berjujukan di Astro TV. Anak ini, bila dia berbicara, pasti gayanya adalah gaya Malaya menggunakan Bahasa Melayu Baku. Saya tidak keberatan untuk melayannya sebegitu lantaran umurnya. Lalu saya menyoalnya: "Apa awak boleh buat"? Jawabnya mudah: "Saya boleh buat apa-apa saja. Wak cakaplah". Saya tersenyum sendiri lalu menghampiri lantas mengusap-ngusap kepalanya. "Kalau kamu kuat, tolong Wak angkat batu-batu ini dan letak di tepi kolam itu". Saat saya terkial-kial bersama Asip mengangkut batu-batu ke tepi kolam, maka muncul segerombolan bala tentera yang sedang asyik bertembak-tembakan dengan segala bentuk persenjataan buatan dari kotak-kotak dan kertas-kertas buangan. Mereka akhirnya ikut menawar khidmat: "Wak kamipun hendak tolong Wak sama" tegas Nabil abang kepada si Asip. "Saya ikut" sambut si Yazid, sepupunya si Asip, juga ponakan saya.
Kemudian Iqbal, teman sejiran juga mahu menghulur tangan. Mereka adalah anak-anak seumuran 5-7 tahun. Haqim, juga ponakan saya yang masih kecil yang seringnya hanya membontot gerombolan tentera ini minggir kerana batu-batu yang mereka angkat beratnya sekitar 4-7 kilo setiap satunya. Dia baru berumur sekitar tiga tahunan. Dia minggir menonton ke tepi kolam. Agak kesal kerana saya agak kotor maka saya tidak dapat merakam telatah mereka saling berebut memilih batu mana yang hendak diangkat sesuai dengan kudrat masing-masing. Saat berebut seperti itu, saya agak kagum melihat Asip bercekak pinggang sambil menjerit:"Janganlah bergaduh. Angkat sajalah batu itu". Abangnya menjegil mata melotot ke arahnya, namun dia tetap bercekak pinggang seperti sedang memberi perintah. Di dalam hati, saya sangat bersyukur, pertama gelagat kepemimpinan sedang tumbuh di kalangan anak-anak ini. Kedua, saya sangat tersentuh betapa mereka tanpa diminta sanggup bergelopot kotor dan berpeluh membantu saya. Mereka peduli akan kerja berat yang saya dan Asip tengah lakukan. Mudah-mudahan semangat setiakawan akan subur hidup di jiwa mereka secara berterusan. Saya melihat sifat-sifat dan watak-watak Laskar Pelangi sedang terbangun dari anak-anak ini. Namun yang paling menyentuh saya ialah bila Haqim mengambil seketul batu sebesar kepal tangan saya lalu membawanya kepada saya untuk dijadikan benteng kolam. Sesungguhnya, inilah hadiah Ilahi saat anak-anak diasuh dengan jalan tuju yang jelas, pasti mereka akan tumbuh sebagai benih-benih bangsa yang peduli. Makanya, Allah memerintahkan agar dalam setiap prilaku kita, harus punya niat yang jelas dan suci. SubhannaAllah.

(7) Usai membina benteng kolam, sayapun menawarkan: "Siapa mahu minum?" Semua mengangkat tangan. Merekapun saya suruh duduk di meja khas dan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan sementara saya beredar kerana perlu membersihkan diri sedikit. Saat saya kembali ke MyStore Restro, alangkah kagetnya saya melihat pesanan minuman mereka. Semua mereka memesan minuman special sedang saya hanya perlukan Kopi 'O' Peng. Asip tidak kelihatan. Saya mencarinya dan ternyata dia sememangnya lain dari yang lain. Dia ke MyStore untuk mendapatkan yang lain dari yang lain. Dia meminta Ais Krim.
(8) Taman Mini Melastoma yang hendak saya bina adalah berdepan dengan Mushola tempat anak-anak belajar mengaji dan sholat serta mudah-mudahan dalam sedikit waktu lagi tentang tata tertib kehidupan beradab. Muidah-mudahan segala ini, akan memberikan suatu suasana pembelajaran yang menyeronokkan buat anak-anak yang berpengajian di sini serta akan memberikan tarikan khas agar lebih banyak lagi akan turut serta menyubur Iman dan Taqwa mereka. Saya ingin sekali melihat anak-anak ini akan tumbuh menjadi anak-anak Kampung berjiwa besar, kental dan murni di suatu hari nanti. InsyaAllah.
Kuching, Sarawak
5 Nov., 2013
0 comments:
Post a Comment