Suatu waktu, saat Muhammad SAW tengah ngomong-ngomong bersama para sahabat dan jemaah, maka muncullah seseorang berjubah putih bersih. Semua hadirin kaget melihat kedatangan manusia ini yang entah dari mana asalnya. Lalu, lelaki ini memberi salam lantas duduk bersama jemaah dan bertanyakan Muhammad SAW. "Ya Rasullullah, apakah itu Iman?". Baginda menjawab soalan itu dengan mudah dan ringkas. Mungkin sama dengan hafalan anak-anak Tadika jika tidak Sekolah Rendah kita. Kemudian Lelaki itu bertanya lagi: "Apa dan kapankah Qadha dan Qhadar Qiamat?". Jemaah bertambah hairan. Mungkin bengong sedikit. Kenapa manusia asing ini sanggup bersoal dengan Muhamad SAW akan prihal sebegitu serta sebegitu caranya? Namun, Muhammad SAW menjawab, juga mudah dan ringkas caranya, dan ini pasti tidak sepertinya biar oleh Mahasiswa/i kita di Menara Gading sekalipun. "Yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya". Itulah jawaban penuh hikmah Muhammad SAW jika kita mengerti. Lelaki itupun berlalu pergi dan ghaib. Siapa dia? Bacalah tulisan Bukhari dan Muslim dan yang lain-lainnya.

(3) Tunjang kepada telahan saya, bertolak kepada dua pokok asas. Pertama saya akan cuba melihat cara Najib di dalam Perhimpunan Agung (PA) UMNO dan Pembentangan Belanjawan 2014 (PB2014) lepas. Apa lagi jika diikuti cara dan gayanya yang bertali arus dalam PA pelbagai komponen Parti BN sebelum dan selepas PA UMNO dan PB2014. Pokoknya saya cuba melihat dan merasa akan kesan Dasar, Strategi, Program dan Tindakan Najib khusus dalam soal mengurus Pembangunan dan Politik Negara. Saya rasakan Najib seperti sedang hebat membina jurang yang akan melebar dan mendalam menjadi gaung politik buat diri dan kelompoknya menjelang May 2018 nanti dan atau terlebih awal. Saya mulai melihat dan merasa betapa Umat Melayu akan melakukan penolakan secara tsunami terhadap UMNO dalam sedikit waktu lagi. Kini, api dalam sekam penolakan terhadap UMNO sudah mulai berseput-seput(1). Keduanya, saya cuba melihat dan mendengar nyanyian kedua-dua NIA dan KJ dalam menongkah dan atau hanyut dalam arus dan atau cuba menimbus dan atau mendalamkan lagi gaung hasil dari kekhilafan Najib. Ringkasnya, saya sedang merasakan cara tari dan gendang NIA dan KJ dalam menempuh gelombang tututan kini yang bertali arus. Namun, biar apapun, profil Najib akan menjadi sama hebat dengan Mahathir dan atau Abdul Razak Husein sebagai wadah kajian ilmiah di masa depan. Jika budaya Ilmuan Amerika kita turuti, pasti Yayasan Perdana akan menjadi wadah hebat untuk kita menciplak the American Presidents Historical Foundation bagi meneliti kehebatan juga kekecundangan bekas-bekas presiden mereka. Najib pasti akan dapat memberikan teladan yang Melayu akan terus kenangi. Itu saya kira akan pasti.
(4) Keghairahan UMNO:

.jpg)
(4.3) UMNO kini, dan Najib khususnya sedang membangun dua kelompok Melayu konservatif dan liberal yang pasti akan bertembung hebat dan bertentangan tidak habis-habis akhirnya. Kelak, pasti akan terbangun ultra dan revolutionist di kalangan mereka, lalu mungkin merebak menjadi terrorist. Saat ini terjadi, apa tidak mungkin tangan gelap akan dihulurkan untuk Najib berperang dengan mereka ini? Itu di satu sudut yang keras. Di sudut softnya, UMNO dan Najib sebetulnya sedang membiak dan atau mentarbiahkan pembinaan bangsa dan generasi Melayu baru yang kejujuran, keuletan, dan sikap amanah mereka kian meluntur. Berapa banyak pembaziran hak rakyat kerana tipisnya sikap sebegitu di kalangan sebahagian penguasa Melayu? Biar tidak semua yang sebegitu, namun kian banyak menjadi pengecut bungkam diam menerima. Inilah jurang dan gaung pemuda harapan bangsa, pemudi sri kandi Negara yang akan Najib wariskan hebat. Semoga Allah menyimpangkan itu dari Umat Melayu!

(5) Negara Tumbuh, Rakyat Bagaimana?:


(6) Salah Baca Demografi dan Perubahannya:
(6.1) Pertama, kita lebih melihat dan menekan Generasi Kini sebagai Generasi Y iaitu kalangan remaja dan muda kini. Apakah benar sebegitu? Sekali lagi kita sudah terperangkap oleh Saikologi dan Sosiologi Barat. Dari sudut Islam, jika kita katakan sebagai generasi kini, tidakkah kita harus melihat Ummah secara keseluruhannya. Cuba berfikir sejenak, tidakkah maksud Generasi Kini sebagai manusia-manusia pada hari ini. Maka, apakah manusia-manusia hari ini hanya terbina dari satu generasi, khususnya Generasi Y? Dalam Islam, istilah Ummah digunakan. Ummah itu bermula dari saat janin sehingga rebah kujur ke liang lahad. Kerana kita terikutkan Barat, maka saat kita melihat Rakyat Negara ini, maka kita melihat mereka secara terpisah-pisah, berasaskan cohort, Kumpulan Umur. Lantaran itu, maka saat kita akan membangun mereka, maka kitapun pisah-pisahkan mereka. Anak-anak di satu sudut. Remaja pula di satu sudut lain, banyak di sudut samar dan gelap, lantaran itu kita terus teraba-raba meraba-raba. Kalangan tua, di sudut pinggir, terpinggir. Maka Integral Family Development tidak pernah wujud. Muhyiddin Yasin ada Program tersendiri. Khairi Jamaluddin terkinja-kinja sebok dengan "K-Pop", sedang Rohani Karim, sengapak terselimpoh menumbok sirih bersama para ibu-ibu tunggal dan tinggal, kalangan melarat, dan anak-anak yang terbiar.
(6.2) Pernahkan kita bertanya, kenapa Allah menjadikan, pertama Muthalib Ibn Hasyim, lalu Thalib Abi Thalib sebagai pelindung awal Muhammad SAW, sedang Abu Jahal, Abu Sufian, dsb sebagai seteru hebatnya. Kemudian lalu menjadikan Ali Abi Thalib sebagai anak kecil pendokong hebatnya, kemudian diganding dengan Siti Khadijah, wanita umuran 40an, baru muncul kalangan seangkatannya seperti Abu Bakar Ass-Siddique, serta bapa-bapa saudaranya yang hampir sebaya sebagai sahabah seperjuangan menegak dan mengembangkan Islam. Kemudian baginda juga dilingkungi kalangan muda, sepertinya Bilal, dsb. Apakah maksud Allah melingkungi Muhammad SAW dengan segala strata umur, keupayaan dan tabiat manusia? Cuba teliti, di kalangan yang melingkungi Muhammad SAW, golongan manakah yang paling awal Muhammad SAW perbetulkan dulu akidah mereka? Tidakkah generasi seangkatan dengannya? Kenapa? Tidakkkah kita dapat berfikir, itulah hakikatnya Kepimpinan Melalui Teladan. Sayang Najib sudah tidak berpegang dan berusaha mengembang falsafah kepemimpinan sebegitu. Semua ini, tidakkah itu, sebetulnya Allah sedang memberikan kita, khusus dewasa ini, betapa sebegitulah seharusnya caranya kita melihat Generasi Kini, tidak hanya terbatas kepada Generasi Y. Hakikatnya kita tidak pernah melihat Sejarah Muhammad SAW sebegitu kerana kita gagal melihat keserasian Islam bersama zaman. Kita sepertinya lebih gemar melihat cicin, selendang, jangut, serban, jubah, capal, sugi, dsb kehidupan titik bengetnya baginda dari sunnah terselindung MahaHebat Allah dilingkungan baginda. Salahnya siapa?
(6.3) Najib berkira, bahkan seperti semua kian percaya, betapa generasi kini sudah berubah. Siapa kata generasi bila-bilapun tidak berubah? Kaum Firaunpun boleh berubah. Begitu juga kelompok Roman. Sama halnya dengan kaum Jahilliah. P Ramlee yang tidak jadi penguasa apa lagi berpendidikan tinggipun tetap tahu betapa mana-mana generasipun akan berubah bila-bilapun. Lihat pada filem Anakku Sazalinya. Bedanya, mengertinya P Ramlee tentang perubahan kepada generasi kini, bukan pada mereka tetapi kepada khilafnya pendidiknya, bapa si anak itu. Dalam hubungan sebuah Negara, pendidiknya adalah penguasa. Kekalutan di kalangan generasi kini, adalah kerana khilafnya penguasa dalam membimbing mereka. Faktur paling jelas, bila Pembangunan Insani sudah bertukar jadi Human Capital Development. Islamic Human Values kian kita piciskan. Itu kekhilafan MahaBesar Penguasa Negara kini. Maka tidak perlu UMNO, apa lagi Mahathir untuk menangis malah meraung, Melayu kini sudah lupa bangsa, lupa Agama, lupa Negara. Mereka tidak salah. Tangan penguasa kini yang membuai bandul, maka terimalah akibatnya.

(6,5) Sedarkah Najib, dari sekitar 65 peratus penduduk Negara yang boleh menggundi ie sekitar 18,000,000 orang, 8,000,000-10,000,000 orang darinya adalah Generasi Y dan Z, apa tidak mungkin separuh selebihnya akan turut terpengaruh oleh daya dan gaya fikiran dan tindakan dua generasi ini? Juga sedarkah Najib, jika Generasi Y sudah menjadi terumbang ambing, apa mungkin Rakyat akan diam setuju dengan Dasar, Strategi, Program dan Gula-Gula dia lagi? Saya yakin tidak, dan pasti, secara tegas saya yakin tidak. Perhatikanlah, Arab Spring, asasnya adalah bila Generasi Y sudah lompang dan Generasi Z mulai mempersalahkan Penguasa. Itulah asas sebenar Arab Spring. Melayu tidak akan menjadi Melayu Spring, itu bukan cara kita, bukan budaya kita, namun sejarah telah membuktikan Melayu akan mengamuk saat kegelisahan kian merusuh. Jebat membuktikannya, tidak mungkin anak-cucu Tuah tidak menjejakinya. Itulah hakikatnya bila Tuah berkata: Tidak Melayu akan hilang di dunia, pada perhitungan saya, dan A Samad Said, adalah langkah awalnya!
(7) Apa Mungkin Perhitungan NIA dan atau KJ:
(7.1) Kedua-duanya akan cuba memanipulasi keadaan. Tercemarnya Khairi Jamaluddin Abu Bakar (KJ) adalah Sejarah PRU12, juga cara yang telah dia lalukan ke atas Pemuda yang menjadi Pendemo Jalanan selari dengan pihak yang dimusuhinya. KJ juga telah melukakan hati Generasi Z, sehingga Kedah tumbang kepada PAS, dan UMNO dimalukan di Kelantan, juga timbul kemelut hebat UMNO Trengganu, dan pasti sehingga 2018 nanti, masih banyak dari mereka ini terus berada di bumi Allah ini, InsyaAllah. Pokoknya, apa bedanya KJ dengan semua mereka di Seberang Jalan? Cuma, harapan saya, kerana dia berasal dari Rembau, anak Minang (harapnya jati), maka dia harus boleh mengerti akan pribahasa Melayu berbunyi Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya; Kerbau dipegang talinya, manusia dilihat adatnya; dsb yang mengusul biar mati anak, jangan mati adat, sebijak manakah dia akan menilai pribahasa tersebut. Namun dari gerak kininya, dia kian membantu Najib mempercepatkan pembinaan Generasi Y yang lompang.
(7.2) Sedang bagi Nurul Izzah Anwar Ibrahim (NIA), dua kali dia menang di Lembah Pantai. Di sinilah hakikatnya betapa Generasi Y dan Z serta generasi lain, daya dan gaya fikiran mereka sudah tidak selari dengan UMNO kini. Keadaan ini sudah merebak ke seluruh Selangor (hampir), separuh Kedah, separuh Trengganu, seluruh Kelantan, sedang melanda Melaka, Johor, Negeri Sembilan, dan Perak. Maka, NIA yang mana ibunya Wan Azizah Wan Ismail pernah menjadi wanita terhormat, telah melalui dugaan sangat hebat, pasti jiwanya lebih kental dan mudah merasa. Buat saya, NIA sudah menemui roh Melayu dan dengan kehebatan turunan pidato bapanya serta darah kental perjuangan Cik Siti Wan Kembang ibunya, dia pasti akan melangkah dengan lebih yakin. InsyaAllah jika dia terus bersikap rendah diri, kental hati, tidak takbur dan bersabar dia pasti menjadi lagenda politik baru Melayu akhirnya. Cuma, bagaimana caranya Anwar Ibrahim sanggup untuk berehat dan redha. Saya cuma boleh berdoa, NIA akan menjadi Ketua Wanita UMNO dan seterusnya merobah UMNO sehingga dia akan menjadi Presiden UMNO. InsyaAllah. KJ bolehlah jadi Timbalan Presiden UMNO jika tidak "dimatikan" sebelum waktunya.
(8) Mungkin jika, Najib membaca dan atau sesiapa mengkhabarkan tulisan ini kepadanya, saya menduga, dia akan bertanya: "Who are you to put this theory or questioning me?". Jawaban saya pasti seirama dan semudah jawaban Muhammad SAW kepada persoalan Malaikat tentang Qhada dan Qhadar Qiamat, betapa "Yang bertanya, pasti lebih tahu dari yang kena tanya". Bagaimana? Orang Melayu dulu-dulu berkata: Tepuk dada, tanya selera.
Nota:
(1) Seput-seput adalah Bahasa Melayu Sarawak. Ianya bermaksud antara hidup tak hidup, ada tetapi macam tidak ada. Istilah ini adalah khusus untuk keadaan api di dalam sekam. Hidup seperti tidak hidup, namun tetap perlahan-lahan membakar, sehingga waktunya bila angin kencang bertiup pasti marak menjadi. Samalah juga keadaannya api dalam gambut kering, saat cun waktunya, seluruh Nusantara jadi heboh berjerubu!
(2) Kelapa hanya tumbang saat akarnya, perdunya telah terbongkar. Yang mendokong kelapa untuk menjulang tinggi dan tegap adalah akarnya. Dalam hubungan kemanusiaan, siapakah akar, siapakah pohon, siapakah pelepah dan dedaunan jika dilihat dari sudut sepohon kelapa? Tidakkah jelas kepada manusia, untuk sesuatu pohon dan tumbuh-tumbuhan bair sekadar kiambang, akarnya dulu mesti kuat terbangun, maka baru pohon berdiri kukuh. Apakah maksud Allah menjadikan alam tumbuhan sebegitu?
Kuching, Sarawak
28 Okt., 2013
(2) Kelapa hanya tumbang saat akarnya, perdunya telah terbongkar. Yang mendokong kelapa untuk menjulang tinggi dan tegap adalah akarnya. Dalam hubungan kemanusiaan, siapakah akar, siapakah pohon, siapakah pelepah dan dedaunan jika dilihat dari sudut sepohon kelapa? Tidakkah jelas kepada manusia, untuk sesuatu pohon dan tumbuh-tumbuhan bair sekadar kiambang, akarnya dulu mesti kuat terbangun, maka baru pohon berdiri kukuh. Apakah maksud Allah menjadikan alam tumbuhan sebegitu?
Kuching, Sarawak
28 Okt., 2013
0 comments:
Post a Comment