Tulisan ini terbit hasil pembacaan saya ke atas capaian E-Journal Universiti Kebangsaan Malaysia, hasil tulisan Muhammad Zain Musa. Juga kemudian saya semak dari petikan Sejarah Vietnam dari Wikipedia. Tujuan saya memaparkan sebahagian dari kandungan ringkas tulisan tersebut adalah agar Umat Melayu sedar betapa, jika Melayu hanya melihat Islam dan dunia dalam persepktif yang salah dan atau sempit, yang leka mengejar samada akhirat atau dunia semata-mata, pasti akan mengulangi kesengsaraan Melayu akhirnnya. Melayu Campa, Sulu, Pattani adalah contoh hidup yang jelas. Juga saya ingin menyadarkan Umat Melayu, betapa kita pernah menjadi Bangsa Nusantara Besar, namun lantaran kebodohan berterusan kita kian menjadi Bangsa Nusantara Terpinggir Meminggir. Kapan harus kita sadar dan bangkit bersama kembali gagah dan berjasa dalam membina Temaddun Serantau jika tidak Islam?
Menurut Muhammad Zain Musa: Kerajaan Campa adalah kerajaan Melayu yang tua. Kewujudannya telah dibuktikan dalam dokumen Cina pada tahun 192 Masehi, selain prasasti Campa dalam bahasa Cam, dan dwi-bahasa Cam dan Sanskrit. Oleh sebab bahasa Cam tergolong dalam rumpun Melayu, tidaklah salah dinyatakan bahawa kerajaan Campa adalah juga kerajaan Melayu. Selain itu, istilah Melayu Cam dan Melayu Campa telah digunakan tokoh dan pakar antarabangsa di bidang kajian Campa berikutan sebuah konvensyen antarabangsa yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1988.
Pada peringkat awalnya, kerajaan Campa terletak bersempadankan China di utara. Orang Viet yang mendiami kawasan di selatan China dan ingin membebaskan diri daripada pendudukan China sejak tahun 111 sebelum Masehi itu akhirnya berjaya mendirikan kerajaan sendiri pada tahun 939 Masihi. (Sepertinya, Kerajaan Champa wujud duluan dari Kerajaan Vietnam di bumi Vietnam). Kelahiran identiti Vietnam pada abad ke 10 itu adalah antara perubahan penting dalam sejarah Indochina secara umum dan sejarah Campa secara khususnya. Serangan pertama negara Viet ke atas Campa berlaku pada tahun 982. Dalam serangan itu, Indrapura, ibu kota pertama Campa telah musnah. Tarikh ini juga menandakan permulaan nam-tien, iaitu pergerakan atau kemaraan orang Viet ke selatan dan mengancam keselamatan pusat pentadbiran Campa (Le Thanh Khoi 1955). Akibat serangan demi serangan daripada pihak Viet, sempadan utara Campa terpaksa berpindah ke selatan dengan ibu kotanya dipindahkan jauh ke selatan pada tahun 1000. Selepas itu, Campa terus ditekan oleh kemaraan Vietnam dan bergerak ke selatan. Pada tahun 1471, ibu kotanya, Vijaya, diserang dan dimusnahkan secara sistematik dalam erti kata apa sahaja yang bersifat Campa dan budayanya telah dimusnahkan. Orang Viet juga telah membunuh dan mengusir orang Campa ke kawasan lain di selatan. Pada tahun 1653, Vietnam menakluki Kauthara dan pada tahun 1692, bahagian lain di selatan, iaitu Panduranga juga diduduki orang Viet. Akhirnya pada tahun 1835 (Po Darma 1987), wilayah Campa telah dirampas kerajaan Vietnam buat selama-lamanya. Kemaraan orang Viet ke selatan itu adalah faktor utama yang menyebabkan orang Cam berpindah dari tanah air untuk mencari perlindungan di wilayah lain di Asia Tenggara, khususnya Kemboja. Selepas negeri-negeri di Indochina dikuasai komunis pada tahun 1975, sebahagian lagi orang Melayu-Cam telah melarikan diri ke Malaysia, Eropah, Amerika Utara, Autralia dan lain-lain.
Orang Cam telah menghuni negara Khmer sejak kurun ke-7 lagi. Hubungan antara orang Campa dengan orang Khmer boleh dibayangkan daripada catatan di inskripsi yang menyatakan seorang putera raja Campa telah mengahwini seorang puteri Khmer (Mohamad Zain bin Musa 1991). Kehadiran orang Cam di Kemboja juga direkodkan di bas-reliefs Banteay Chmar pada kurun ke-13 apabila tentera Cam berjuang bersama tentera Khmer (Jacq-Herlgoualc’h 1991). Terdapat pemuzik, askar upahan serta guru ballista di kalangan mereka (Jacq-Herlgoualc’h 1979). Namun, sebahagian besar orang Cam tiba di Kemboja selepas kejatuhan Vijaya, ibu negara Campa pada tahun 1471. Pergerakan Vietnam ke selatan yang mula sejak terbentuknya kerajaan Viet secara rasmi pada abad ke 10 M itu telah memaksa orang Campa melarikan diri dari tanah air sehingga kerajaan Campa terhapus pada tahun 1835 (Po Dharma 1987).
Setiap kemenangan Vietnam ke atas Campa diikuti usaha penaklukan wilayah Campa oleh orang Vietnam. Akibatnya, orang Cam terpaksa melarikan diri ke tempat yang mereka rasa selamat dan yang boleh melindungi mereka. Tempat yang paling dekat dan yang boleh memenuhi kesemua faktor itu adalah Kemboja. Selain itu, mereka telah juga melarikan diri ke Semenanjung TanahMelayu, Sumatera, Borneo dan pulau Hainan. Tempat-tempat itu pernah mempunyai hubungan dengan kerajaan Campa sebelum itu. Kemasukan orang Cam secara besar-besaran ke Kemboja berlaku selepas orang Vietnam menakluki Vijaya pada 1471 seperti yang dirakam dalam babad Khmer (Mak Phoeun 1995: 397-8). Pelarian besar-besaran yang berikutnya telah berlaku pada tahun 1692-93 ekuran Vietnam menakluki Kauthara (Phanrang) (Boisselier 1963: 358-9;Po Dharma 1989: 128-35). Satu lagi pelarian besar-besaran telah berlaku pada hujung abad 18 dan suku pertama abad 19. Kali ini mereka melarikan diri kerana perang saudara Viet antara kumpulan Nguyen dan Tay Son bersaudara (LêThanh Khôi 1955:296-313; Ms CAM 27) dengan orang Campa dari golongan atasan hinggga ke rakyat jelata telah menjadi mangsa konflik politik orang Viet yang bersaing merebut kuasa. Peristiwa lain yang menyebabkan orang Campa melarikan diri adalah selepas Panduranga ditakluki sepenuhnya pada 1835, setelah dua perang pembebasan Panduranga oleh Ja Thak Va dan kemudian Katip Sumat ditewaskan oleh Minh Menh. Dalam peristiwa itu, orang Cam dituduh sebagai pemberontak. Oleh itu, mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke Kemboja (Po Dharma 1987). Pendek kata, pelarian orang Cam ke Kemboja adalah disebabkan tekanan nam-tien. Sehubungan itu, Cabaton menyatatkan Vietnam ‘boleh wujud hanya dengan merugikan masyarakat Cam’ (1907:131). Di sini Vietnam berhajat meluaskan penguasaannya ke seluruh Asia Tenggara
Dari Wikipedia, tercatat: During the Tang dynasty (Chinese Dynasty), Vietnam was called Annam until 866. Annam (with its capital around modern Bắc Ninh Province) became a flourishing trading outpost, receiving goods from the southern seas. The "Book of the Later Han" recorded that in 166 the first envoy from the Roman Empire to China arrived by this route, and merchants were soon to follow. The 3rd-century "Tales of Wei" (Weilüe) mentioned a "water route" (the Red River) from Annam into what is now southern Yunnan. From there, goods were taken overland to the rest of China via the regions of modern Kunming and Chengdu. At the same time, in present-day Central Vietnam, there was a successful revolt of Cham nations. Chinese dynasties called it Lin-Yi (Lin village; Vietnamese: Lâm Ấp). It later became a powerful kingdom, Champa, stretching from Quảng Bình to Phan Thiết (Bình Thuận). In addition, the local languages began to diverge. The modern Vietnamese tongue developed from the dialect of the towns, while that of the hill tribes developed into the Hmung language. By the 10th century, the separation between the two was complete.

(2) Jika diteliti banyak tulisan mengenai masyarakat Champa, mereka asalnya adalah sangat bersahabat dengan masyarakat China. Tidak salah jika saya katakan, sebetulnya, masyarakat Melayu asalnya adalah berasal dari Utara China yang mengembara duluan ke Selatan, akhirnya menjadi bangsa Kelautan (Maritime) dan Pedagang. Bangsa pelaut dan pedagang inilah akhirnya membentuk Melayu Kepulauan yang bertebaran dari Sumatera ke Selatan Filipina dan Tanah Melayu (termasuk di Segenting Kra). Sedang bangsa Champa, mereka diam tinggal terus di Annam lalu membentuk bangsa petani yang sangat maju. Catatan sejarah ada menyatakan betapa mereka telah menemukan cara penanaman padi paling moden sehingga menjadi ikutan segala bangsa sehingga kini. Namun, sayang, sifat dagang, sifat kelautan, serta sifat petani Melayu telah banyak melekakan kita, sehingga kita lupa untuk membina pertahanan diri yang kukuh. Bangsa Cina adalah pencipta bahan peledak, sedang Melayu hanya leka menempa keris tidak membina meriam dan perledakan lainnnya. Kita tidak patuh kepada pesan Muhammad SAW: belajarlah sehingga ke Cina. Maka, sifat itulah yang akhirnya meruntuhkan semua Kerajaan Lama Melayu bermula dari Champa sehingga kepada Melaka.
(3) Kini, khususnya di Malaysia, bahkan di Indonesia, dan Brunei persahabatan akrab Melayu dengan masyarakat Cina juga sedang mengikuti jejak berdirinya Vietnam atas keruntuhan Melayu. Singapura adalah bukti jelasnya, begitu juga kian berlaku di Tanjung, saat Cina seberang laut kian memperkasa diri, Melayu kian jadi korban. Sebagai contoh mudah serta kian berulang-ulang khilaf berterusan juga kebodohan panjang Melayu, banyak saudagar dan pengusaha Cina kita berikan gelaran apa saja dari Datu kepada Tun, sedang mereka bersenjata pistol keliling pinggang, namun Datu dan Tun Melayu tetap hanya membeli keris buat penghias almari riak kebodohan. Kawan akrab Melayu membina kekuatan, Melayu membina keriakan dan kebodohan. Sesungguhnya, kita masyarakat Melayu, tidak mengerti dan tidak bijak cuba mentafsir kudrat Allah menghadirkan masyarakat Cina di kalangan kita. Begitu juga kita tidakpun cuba melihat kehadiran dan keIslaman Laksamana Cheng Ho, dalam dunia Melayu, sebagai kias jelas Allah betapa Melayu perlu bijak meneliti jalanan masyarakat Cina untuk gagah dan terus bertahan ke depan. Dari kita sama-sama membina kekuatan, kita kian menyerah segala. Paling hina saya kira, kita lelaki Melayu sudah enak melihat perempuan Melayu jadi sundal jualan bangsa lain. Tidak silap sesiapa, bodohnya adalah kita, Melayu sendiri.
Kuching, Sarawak
17 Jun, 2013
0 comments:
Post a Comment