Tuah, sikapnya adalah setia dan terus saja berkorban. Tinggalannya adalah perigi mandian yang tetap bening, dingin dan nyaman. Itulah hakikat balasan yang terus mahu berkorban. Sedang Hang Li Po, mahunya meminta dan menerima saja. Akhirnya berkarat dan pasti terlupa!
Suatu ketika dahulu, dalam abad ke 15 iaitu kira-kira 500 tahun dahulu, untuk menguji kesetiaan Hang Tuah, maka Sultanpun menitah dia untuk ke Gunung Ledang meminang Sang Putri (PGL) di sana. Perjalanan ke Gunung Ledang semasa itu, amat perit. Harimau, gajah, serangan malaria, belantara, perompak dan segalanya terpaksa ditempuhi. Namun sebagai suatu metos cinta dan kesetiaan, PGL menyatakan ketidak inginan beliau untuk dijadikan Permaisuri dalam gaya yang sungguh menyakitkan. Boleh jadi sengsara dan menderita parah akibatnya: "Jika Sultan benar-benar mahukan beta jadi Permaisurinya maka hendaklah baginda membina sebuah jambatan emas menghubung Gunung Ledang ke Melaka. Keduanya, hantaran peminangan hendaklah berupa tujuh dulang hati nyamuk dan hati kuman.". Tertunaikah Sultan dan Hang Tuah akan permintaan membunuh ini? Apa yang boleh kita fahami di sebalik dongeng rakyat ini?
Antara Dua Darjat
Buatku, seperti telah sekian lama dimengertikan oleh cendikiawan Melayu, biar dalam berbelit mereka hendak menyatakan sesuatu, satu dari inti pati dongeng PGL ini adalah betapa bila terasa pada kedudukan upper hand pastinya, akan ada exertion as an upper hand. PGL adalah upper hand sedang Sultan dan Tuah adalah under dog. Pengagungan kedarjatan memisahkan keperluan keisanan.
(2) P Ramlee membaca ini dengan bijak lalu menukilkan buat tontonan semua Antara Dua Darjat dan Penarik Beca juga Sudarmaji kalau tak silap mengorbankan Dang Anum juga hanya kerana darjat. Maka tertulislah pantun indah si Nordin Ahmad: "Kajang tuan kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu. Dagang tuan dagang bertempat, dagang ambo tok se ke mu"
(3) Namun jika Hang Tuah dan Sultan berumur panjang sehingga kini dan sanggup menunggu, pasti Dr. Mahathir akan menjadi laksamana yang lebih bijaksana kerana dia mampu membina bukan sekadar jambatan malahnan Lebuhraya yang boleh mengangkut emas dan nyamuk aedes langsung dari Melaka ke Gunung Ledang kapanpun si PGL mahukannya. Dengan hantaran nyamuk Aedes, pastinya permintaan terhadap hati kumanpun tertunai sama kerana di dalam hati nyamuk aedes sudah tertanam kuman malaria. Inilah metos Melayu, bila berkata tidak atau tidak mahu; beraninya tidak pada kata-kata ringkas maaf, saya tidak sudi dan mati di situ! Sebaliknya kita berbelit-belit. Menjadikan yang menerima jawapan sangsi dan tidak pasti.
(4) Prihal Hang Tuah dan PGL; PGL tersenyum girang bila permintaannya tidak tertunaikan. Girangnya melonjak dan meruap kerana berjaya menolak nafsu Sultan, tanpa dia sadar betapa Hang Tuah tetap akan menjadi mangsa dan ada kemungkinan rakyat jelata juga jadi merana kerana jika Sultan naik minyak dan jadi gila pastinya Hang Tuah akan dipaksa untuk mengerah rakyat menangkap semua nyamuk dan kuman di Melaka untuk dilapah. Bayangkan, kata orang Kelantan: "Dok ralek rhigak naymuk, padi di sawoh lupo nok cedong!. Akibatnya kebuloqlah rakyat Melaka.
(5) Jika perintah kerahan berlaku, pasti Hang Tuah, atas sifat setianya, akan melakukan apa saja demi Sultannya. Mungkin jika ini terjadi, aku pasti Melaka kini akan menjadi satu-satunya tanah di bumi ini yang tiada nyamuk dan kuman lagi. Namun, kita juga mesti dapat membaca, betapa akhirnya PGL adalah hanya sebuah Gunung yang mati di situ sampai kapanpun.
(6) Metos kesetiaan Hang Tuah dan kecintaan gila Sultan tidak berakhir di situ. Tun Teja, sang puteri rupawan dari Pahang, adalah dugaan seterusnya. Biar sebetulnya Tun Teja jatuh hati kepada Tuah, namun, dengan tipu muslihat, Tuah dapat melarikan Tun Teja ke Melaka lalu menyerahkannya buat permaisuri Sultan. Tuah sebagai sifat setianya, sekali lagi mematikan cintanya demi kesetiaannya kepada Sultan. Namun cinta tetaplah cinta. Biar boleh bertukar ganti: "Patah tumbuh hilang berganti", namun tetap yang diganti pasti tersangkut di hati: "Tempat bermain lagi dikenang, inikan pula tempat jatuh".
(7) Mungkin jika boleh aku tafsirakn cinta adalah sebaris seangkatan dengan dendam dan dengki. Inilah rasa-rasa hati yang sukar untuk mati. Dan aku percaya, kerana adanya cinta Teja pada Tuah dan sebaliknya, maka ini akhirnya terhidu oleh para pendengki, lalu akhirnya Tuah dan Jebat bertumpah darah memutus sahabat, semuanya kerana fitnah. Paling tidak kerana keliru tak terjelas baik, khususnya bila yang bersengketa sudah masing-masing menutup mulut tetapi jadi tipis telinga. Inilah yang dinamakan miscommunication, saling tidak ada wadah luas untuk mengerti memahami.
(8) Lalu, mengetahui akan tabiat Sultan yang sangat gemarkan banyak bini mungkinnya, maka Sang Maharaja Chinapun menghadiahkan Hang Li Po sebagai jambatan penghubung China-Melaka. Hang Li Po, kerana dia dari Tanah Besar, dengan penuh perhiasan, menjadikan dia puteri dewata kayangan berbanding dengan para perempuan dan gadis Melayu yang hanya berkemban. Hang Li Po menduduki Bukit Cina, terpagar, terpelihara rapi, punya telaga sendiri, terpisah dari kaum Melayu pribumi yang berkemban dan mandi telanjang di sungai-sungai dan lokah-lokah yang mendiami tanah paya dan datar. Darjat juga akhirnya memisahkan mereka, biar tiada siapa tahu baik-buruknya si Hang Li Po. Apakah tidak mungkin dia adalah gundek Maharaja China?
(9) Alasan betapa bangsa Melayu itu kononnya, sangat mahu bersopan santun dalam banyak hal, adalah metos permintaan melulu PGL. Namun, apakah sebenarnya konsep sopan santun?. Bersopan untuk membunuh atau membunuh dalam kesopanan? Apa beda pengakhirannya? Mungkin cuma, sedap di telinga namun pedih di hati!
Robohnya Kota Melaka.
Saat mendarat di LCCT, dan selepas pamitan dengan beberapa teman yang kukenali sepesawat, aku memecut ke Kota Melaka. Seperti selalu, saat di Highway, kakiku sangat gatal untuk memecut sehingga 160-180 km/j. Namun, dalam benak ada juga rasa khuatir akan hayatku melayang terbabas. Cuma, Al Kursi dan sikap berawas dan yakin menjadikan fikiranku menuruti saja kehandak hati. Memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka melewati kawasan tanaman kelapa sawit dan karet getah yang beralun khususnya di lewat siang adalah sangat mengasyikan. Deru angin lintang menambak thrill pecutan.
(2) Sebagai firasatku, sedikit kekhuatiran pasti mengundang galang. Kereta yang kupecut deras, mengalami sedikit kecelakaan sehingga aku hanya mampu bergerak 40-50 km selepas melewati R&R Air Keroh. Syukur, kemudiannya aku bisa Maghrib dengan selesa di kamar.
(3) Aku berencana, insyaAllah jika diizinkan, aku akan ke Telaga Hang Lipo dan Telaga Hang Tuah. Apakah air dua telaga ini benar-benar ada tanda perlambangan kecintaan dan kesetiaan? Juga, mungkin aku akan berada di Pusara Jebat bagi melihat titisan darah pertualangan, dan pada Pusara Kasturi untuk melihat darah dan nanah kesetiaan. Lekir dan Likiu sepertinya tiada jejaknya. Apakah mereka kemudiannnya turut menjauh diri bersama Tuah ke hutan belantara, tiada siapa menulis mengenai mereka. Metos ini ingin kuselongkar atas sebab yang nantinya akan kuceritakan. Namun pasti sebagai selalunya aku akan menatap Runtuhan Kota Melaka saat aku menikmati cendol pulut di bawah pokok!
(4) Sebetulnya, telah kutemui dan kurasa dalam perjalanan empat bulan lepas menyusur Kota Bharu-Vientien-Bandung akan sakit yang dalam. Sakit yang dalam, adalah sakit yang perih, lirih, meluluhkan. Ianya tidak tampak berdarah atau bernanah. Tiada isi atau kulitku yang tercarik terbelah koyak. Aku luka di dalam. Di dalam, pada tempat yang secebis zat Allah tersimpan padaku. Namun, kerana aku belum mahu mati sebelum mati, biar payah kucari juga ramuan pengobatannya. Maka aku datang ke sini, ke Kota ini, biar kutemui akan ertinya Robohnya Kota Melaka, Papan di Jawa Kudirikan dan metos-metos seperti yang kuperkatakan terdahulunya.
(5) Sepertinya, tanpa sakit yang payah, pasti kita tidak akan pernah mahu mencari obatnya sekerasnya. Begitu juga, betapa aku telah terlalu banyak melihat dan turut merasai betapa cinta itu adalah kesakitan. Dan kebahagian cinta adalah pengorbanan. Dalam lain kata, obat cinta adalah pengorbanan. Tanpa pengorbanan tiadalah cinta. Juga tiada cinta, tiadalah pengorbanan. Khalil Gibrar dalam madah pujangganya berbicara: ”jika kamu inginkan kebahagian mutlak, kobankan dirimu”, sepertinya Ismail sanggup disembelih Ibrahim demi kebahagian mutlaknya kepada Allah. Juga Noh terpaksa melepaskan anak dan isteri mati ditengelami bah, hanya kerana cintanya kepada perintah Ilahi. Muhammad melepaskan banyak dari isteri-isterinya, mengorbankan mereka, hanya kerana cintanya kepada Ilahi. Mereka menyerahkan milikan tersayang mereka demi korban kecintaan.
(6) Tuah mengorbankan dirinya demi cintanya pada tanahairnya. Jebat mengorbankan dirinya demi setianya pada Tuah. Kasturi bungkam di tangan Jebat, demi cinta dan setianya pada Tuah dan Sultan. Demi cinta, anak-anak Adam, sanggup bertumpah keringat, darah dan nanah. Sepertinya, cinta menuntut anak-anak Adam untuk sanggup mati biar sebelum ajal. Lihatlah pada Qabil dan Habil, anak-anak Adam yang memulakan sengketa pertumpahan darah sesama manusia. Anak-anak Hawa bagaimana? Selalunya hanya bercucuran air mata dan pedih sendiri! Tidak banyak sepertinya Siti Zubaidah.
(7) Aku sudah menemui beda yang jelas pada fitrah Adam dan Hawa, lelaki dan perempuan. Lelaki kejadiannya adalah dari tanah. Tanah sepenuhnya. Fitrah tanah adalah menampung menanggung segalanya; biar tumbuh biar mati; biar bersih biar kotor. Maka jika lelaki dilihat dari sudut tanah, mereka punyai tanggungan yang amat luas dan berat. Cuba fikirkan jika tanah di keluarkan dari bumi ini sepenuhnya, betapa dunia ini pasti bertukar jadi neraka. Makanya, lelaki itu akan banyak sifat mendokong dan sejuk juga sifat kotor dan membakarnya. Maka lelaki menjadi pemburu, penjinak, penternak, pengembara, dsb; memiliki segala sifat pertualangan. Sebagai khalifah, sebegitulah sifat dan tugas lelaki, dan itu tidak perlu dipersoalkan.
(8) Hawa, perempuan terbina dari salah satu dari lima tulang rusuk kiri Adam, lelaki. Terdapat lima pasang tulang rusuk, namun kerana keinginan Adam untuk berteman, maka satu dari 10 tulang rusuk itu terpaksa dikorban untuk dijadikan kekasih Adam, perempuan. Azalinya, lelaki sering dituntut berkorban demi cintanya. Secara statistik pula, perempuan itu hanya mempunyai 20 peratus dari keupayaaan seorang lelaki. Kerana itu maka perempuan sifatnya adalah lemah dan sentiasa ketakutan, merasa tidak selamat. Rasa ini akhirnya terlahir dalam pelbagai pola: khuatir, cemburu, tamak, was-was, risau, resah, gelisah, rendah diri, dsb. Sifat-sifat ini boleh menjadikan seorang perempuan itu jadi teliti dan tekun, namun ada juga akhirnya hancur sendiri atas curiga yang meluap tak kebendung. Perhatikan betapa membunuhnya Sarah atas cemburunya pada Hajar. Juga betapa Zulaikha hampir saja menghumban Yusuf ke Penjara kekal atas sikap tamaknya.
(9) Dalam perjalanan panjang aku menemui engkau, biarlah sekadar kusebut namamu sebagai Shaniz. Ceritamu cerita panjang. Pertualangan cinta menemukan kita. Cintamu sepertinya terlalu banyak galangnya. Dan jari-jarimu menuding pada yang lain. Satu kegagalan menyebabkan engkau lari lalu bersembunyi dibalik adat dan kudrat. Alasanmu kelihatan sangat benar, namun aku adalah aku, bukan tidak percayakan kudrat dan adat, namun tidakkah kita juga harus mengerti akan adanya janjiNya: "...tetapkan imanmu, dan pintalah apa saja padaKu, bersabar dan yakinlah....juga tidak Kuubah nasibmu, tanpa engkau mengubahnya..". Aku sebetulnya, hanya akan menyerah, setelah semua usaha, jalan terbaik telah aku laksanakan. Aku bukan mahu mengajarmu, kerana engkau sudah dewasa. Aku cuma memberikan engkau pelita untuk berjalan biar terus terang. Pertamanya, cubalah diam dan renung dalam psyco-analystku tentang kejadian perempuan seperti kusebutkan sebentar tadi. Aku yakin, engkau ada di situ!
(10) Keduanya, Shaniz, biar kutegaskan, sifatku sebagaimana seorang pemerhati, bernama Izan, pernah mengusul padaku, betapa aku seorang yang tersangat gemar untuk bila membuat sesuatu, maka ianya harus selengkapnya dan sesempurnanya, cuma mungkin dia sekadar tidak berani untuk berterus terang betapa aku adalah perfectionist. Aku percaya, dia sebetulnya mahu mengingatkanku, betapa perfectionist itu bisa menghancurkan diri sendiri. Aku bukan perfectionist. Aku sekadar siapa aku seharusnya iaitu bila membuat sesuatu biarlah kuusahakan segalanya selengkap dan sesempurnanya. Soal berjaya atau tidak, itu bukan tugasku untuk menentukannya. Tugasku adalah menyempurnakan tanggunganku. Sholat kita tidak akan sah tanpa ketertiban, kelengkapan dan kesempurnaan. Aku hanya mengambil ikhtibar dari situ.
(11) Aku telah terdidik untuk mengambil berat hal orang lain, kebajikan dan kepentingan orang lain. Namun aku juga telah terdidik untuk tidak peduli hal pribadi orang lain. Ibuku, seluruh keluargaku, mendidik aku agar jangan menjaga tepi kain orang lain. Namun, bagi dirimu, Shaniz, kepercayaanku, jika aku dapat sedikit berkorban buat kebahagiaanmu, aku juga akan berbahagia. Biarlah aku berbahagia dengan berkorban untukmu. Itulah makanya aku rela datang ke sini, bagi mengenal erti pada metos Hang Li Po, Hang Tuah, Tun Teja, PGL, dan Kota Melaka. Aku ingin sekali engkau hadir bersama, agar kita bisa berbicara lidah bersama buat menjelas yang mungkin terkeliru. Aku tidak mahu kita bertikam hati bagai Tuah-Jebat bertikam keris. Namun, waktu, jarak dan tempat seperti mencemburui kita atau mungkin engkau hanya ingin lari. Maka biarlah aku depani dan sendiri-sendiri, khalwat di sini untuk mengerti lalu berkongsi buat dirimu dan sesiapa juga yang ingin mengerti lewat tarian jari-jariku ini. Biarlah aku, jika tidak kita belajar dari hadirnya Kota ini, Kota Melaka, sebuah Kota yang pernah menjadikan Melayu gah. Aku mesti mengerti tentang Kota ini.
(12) Aku bukanlah Khalil Gibral pujanga Lebanon yang sedikit waktu pernah kubicarakan atau Sigmund Freud, seorang Yahudi yang akhirnya menyadarkan Hitler kepada kebangkitan Arian Jerman, namun ingin aku cuba merungkai metos-meatos ini dari sudut Sastra dan Budaya, khusus dalam bidang penulisan bersifat psycho-analyst. Aku ingin melorongmu, tentang pengertian di sebalik kejadian Adam, lelaki dari tanah seperti kukatakan tadinya. Maka, janganlah engkau menjadi terlalu was-was tentang lelaki dalam gayanya yang sememangnya pemburu.
(13) Mengertilah, saat pemburu puas dengan buruannya, maka pulang dan bergembiranya dia bersama rakan taulan, sanak saudara dan keluarganya dia. Tidak dia akan ingat yang selainnya. Kepuasannya adalah bila pemburuannya adalah apa yang diidamkannya. Shaniz, janganlah ada curiga yang melulu tentang rangkai kata ini. Biarpun pemburu terus memburu, sadarlah, pasti dia akan tetap ingat dan berbahagia dengan pemburuannya yang terbaik. Pernah aku menemui suatu tulisan tentang sang suami: "Dia akan tunduk pada isterinya, jika sang isteri mengerti untuk membantu dia menjadi suami dan mencapai cita-citanya". Maka, jika engkau mengerti, ditangan dan dada isteri, letak kepuasan pemburuan seorang lelaki. Juga tulisan yang sama, kuingat pesanan buat sang suami bagi si isteri:"Lindungi dan peliharalah dia seperti engkau mengasihi nyawa dan jasad mu sendiri". Pendeknya, engkau dokonglah lelakimu, dan mudah-mudahan engkau menemui sang lelaki yang melindungimu.
(14) Mengertilah juga, Adam tahu betapa singkat umurnya dia. Dia pasti mati, dan tidak pada para malaikat dan setan. Dua mahluk ini telah Allah tetapkan untuk dipimpin olehnya. Maka jika dia mati, siapakah yang akan menjadi khalifah mereka ini? Inilah perkiraan kebijaksanaan yang telah Allah hembuskan sejadinya dalam kalbu Adam. Maka, dia yakin, dia mesti punya zuriat bagi menyambung tugasnya. Begitulah aku berkira asal bermulanya naluri membiak lahir dalam diri Adam, seorang lelaki. Kekuatan naluri ini, pada lelaki, adalah lewat nafsunya yang lalu luruh menjadi cinta dan kasih sayang. Sedang pada Hawa, seorang perempuan, kerana asalnya adalah dari rusuk Adam, lelaki, maka terlahirlah keserasian yang mengalir jadi kasih-sayang mendalam.
(15) Mengertilah, pada dirimu, ada lelaki yang yakin pasti tentang tapak perburuan yang dia boleh tunaikan tanggungjawapnya. Maka, aku mengusul agar engkau bijak dan yakinlah untuk menerima memikul bersama beban tugas itu. Buka dan beranikanlah hatimu dan lapangkanlah fikiranmu menerima tugas azali Allah pada dirimu. Muhammad menanti dan menghitung setiap ummah yang terlahir dari rahimmu.
(16) Kerana taatmu pada sejadah, tetaplah engkau di situ, dan aku percaya engkau mampu memperhatikan Siti Khadijah dan Aishah dalam mendukung Muhammad dalam tugas-tanggungjawapnya. Juga kau lihatlah Fatimah Ibni Muhammad dalam dia mendokong Ali Abi Thalib. Sijil dan darahmu seharusnya tidak berada di antara dirimu dan lelakimu. Juga yang hitam di belakangmu, hanyalah salah pada caranya dan bukanlah suatu ketentuan yang mematikan. Aku yakin, atas keikhlasan, kejujuran, penghormatan, dan keyakinan, Dia akan memungkinkan apapun juga. Sebetulnya, Dia mendaulatkan kita pada kemahuan kita, cuma caranya saja mungkin kurang jelas atau belum ditepati.
(17) Kota Melaka telah roboh. Bekasnya sudah menjadi jalan dan taman. Perigi Hang Tuah airnya jernih dan tetap untuk bersiram. Inilah kudrat yang sentiasa berkorban. Sedang Telaga Hang Li Po terpagar rapi dan sedang berkarat. Inilah juga petanda kudrat apabila kita hanya mahu menerima dan tidak memberi. Itu firasatku. Hadirlah ke situ dan mengertilah kiasnya. Dan aku mungkin tidak upaya menganding lenganmu. Laut, waktu, dan keadaan mengalang kita. Aku akan terus berjalan dan bersuara; mungkin tertawa, bernyanyi, beriul, atau menangis. Aku akan tetap berjalan. Namun, tetap akan kudirikan papan di Jawa. Kau tetapkan jalan cinta, semahumu. Dan aku, papan itu telah kutemui, dan adalah anak-anak miskin yang telah kutemui dalam jalanan panjangku. InsyaAllah, aku akan kembali kepada mereka di Papua, Sambas, Seram, Madura, Surabaya, Bandung dan Phnom Pehn. Papan di Jawaku, adalah kasihku pada mereka. Aku bukanlah manusia hanya untuk diriku atau milik satu siapapun. Kemerdekaanku adalah daulat azali kejadianku. Tanpa kemerdekaan, matilah aku. Biarlah aku pergi penuh merdeka berdaulat.
(18) MasyaAllah. Semoga aku telah menunaikan erti pertemuan sekejap kita. Shaniz, aku izinkan segalanya. Namun, engkau tetap hadir sebagai yang lainnya sehingga terkuburnya tulisan ini.
Kota Melaka-Kuala Lumpur.
11-12 Jan., 2012
1 comments:
MEMORY...
Post a Comment