.

7/10/11 BILA USIA 60 JADI UKURAN....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 08, 2011

Share

& Comment


(Mahathir kata: "Lani manusia koi lama koi sihat. Umoq dah 86 tahunpun dok masih ada lagi. Susahlah Kerajaan dok bayaq pencen. Eloklah depa teruih kerja. Depa sihat lagi".)

Akhirnya, penjawat awam mendapat apa yang mereka tuntut, iaitu usia persaraan sehingga ke usia 60an. Semua seperti bersetuju, pada usia 55, 56 dan 58 seseorang dianggap masih sangat bertenaga dan waras. Apakah itu hakikatnya? Apakah kita benar-benar masih sangat bertenaga dan waras seusia sebegitu? Apakah kayu ukuran yang kita gunakan? Mengukur si tua dengan si tua, memanglah muda jadinya. Cuba ukur si tua dengan anak 24 tahun, bagaimana agaknya jawabannya?

(2) Jika dilihat keliling kita, budaya KFC, McDonald dan Pizza Hut telah menjadikan masyarakat kita jadi kegemukan; obess. Apa lagi kini hasil dari kejayaan nasi Lemak Antarabangsa sudah ada restauran pelbagai jenama dari Kopitiam kepada Kluang Station. Semuannya menyajikan makanan yang sangat berlemak dan menyelerakan. Akhirnya, semuanya menjadikan masyarakat kita masyarakat suka makan dan duduk-duduk. Lihat saja keadaan restoran-restoran ini sebelum waktu pejabat, ketika jam 10.00, kemudian masa rehat tengah hari dan begitu juga pada jam 3.00-4.00 petang dan waktu awal malam. Semuanya seperti sesak tidak kecukupan tempat duduk.

(3) Kegilaan dalam dunia Alternative Media telah menjadikan Starbuck, Coffee Bean, Old Town dsb sebagai tempat yang paling santai buat anak-anak muda kita. Mereka jadi leka untuk sekian lama tanpa jemu-jemu menjamu nafsu beralih dari milky and high sugar drinks kepada creamy cakes yang akhirnya, tanpa mereka sadari, tubuh badan mereka kembang bagai anak badak yang terurus sempurna.

(4) Begitulah keadaannya, bilamana gaji rakyat kian kembang, terutamanya di kalangan penjawat awam. Gaji kembang, badanpun kembang. Cuba teliti di mana-mana kantor awam berapa ramai yang tidak kembang. Pasti lebih ramai yang kembang dari yang perfect built. Cuba fikirkan, jika usia persaraan ditingkatkan, sedang masyarakat kita tidak punya kesungguhan diri untuk menjaga agar mereka terus cergas dan cerdas. Apakah kemudiannya menjadi kenyataan betapa pada usia 60, kita masih cergas dan cerdas?

(5) Penyakit jantung sangat biasa pada lelaki. Kini, sudah ada tanda-tanda penyakit jantung sudah menular pada kaum perempuan, dan serangan sudah mula menjalar kepada mereka berumur kurang dari 40 tahun. Sebahagian besarnya ada kaitan dengan sikap pemakanan mereka. Semuannya terkait dengan handsome take home income.

(6) Usia dan berat badan pastinya berkait rapat. Berat badan dan kecergasan dan kecerdasan juga pastinya bertali erat. Lihat Chef Wan, dulu comel, cergas. Lihat sekarang semakin bulat dan selalu bila bercakap macam termengah-mengah. Maaf Che We deh kawe guno demo sebagai contoh montel hok paling molek!

(7) Dua puloh tahun dari sekarang, saya yakin Najib, pasti akan mengusulkan Bantuan Perubatan Hebat buat menyokong khususnya mereka yang diserang masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, gaut, dsb yang terkait dengan soal pemakanan bernafsu selaras dengan take home salary lumayan.

(8) Soalnya, apakah Program yang perlu dibuat sekarang agar rakyat Malaysia tidak membadak, mengajah kalau tidak mendugong, tampak gagah tapi lembek dan berpenyakit. Tidakkah akhirnya nanti jabatan awam akan dipenuhi manusia-manusia gendut dan ngantuk.

Terasi, Simunjan
8 Okt., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.