4/10/11 BELANJAWAN PI MAI PI MAI TANG TU
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 08, 2011(Apa mungkin wajah-wajah sebegini akan semakin kurang, atau akan meledak hadir dalam rupa yang lain? Najib, dan kita semua, apakah jawabannya?)
Puitis sekali cara Najib Razak menghamparkan Belanjawan Negara 2012. Dari pembukaan kata, saya mulai bersandar mentelah kemana akhirnya dia akan belayar membawa kita semua. Ternyata dia sedang menghurai sebuah talam kebajikan. Asalnya Istilah Belajawan digunakan sejak dari Abdul Rahman sehingga kepada Husein Onn, namun Mahathir Mohammed atas sikapnya yang suka perubahan, maka istilah tersebut telah ditukar kepada Badjet. Anwar Ibrahim yang pada masa itu sangat ghairah untuk meMelayukan banyak istilah serta atas hawa Asian Renaissance yang sering dijeritkan mengangguk akan ketepatan istilah Badjet dari Belanjawan.
(2) Sehingga kapanpun, saya akan tetap mahu mempertahankan istilah Belajawan dari Badjet. Badjet boleh di salah mengerti jadi gabungan dua istilah bad and jet. Anak cucu kita besok akan kebingungan kenapa pemahaman bahasa Inggeris kita jadi terlalu lemah sehingga antara Belanjawan dan Bad Jet sudah kita campur adukan. Kalau pakai bad jet apa tidak terhumban kita nanti?
(3) Belanjawan mengikut Mahathir adalah tidak tepat kerana istilah itu terbit dari suku kata Belanja. Maksudnya Aliran Keluar: Cash Out Flow, maka tidak ada petunjuk Aliran Masuk: Cash In Flow. Saya sering berkata, betapa Melayu itu bahasanya, manusianya adalah suka berkias, berselindung, metaforik. Sebabnya, Melayu suka manusianya berfikir, menghayati setiap sesuatu itu tidak mengikut satu jalan namun dari sudut-sudut berbeda. Sebetulnya begitulah, orang tua-tua terdahulu, atas firasat dan kebijaksaan yang sukar kita sekarang ini mengertikan, sebetulnya mahu umat Melayu itu sentiasa berfikir. Itulah cabaran dan tuntutan Al Quran. Kerana ingin meMelayukan Islam, maka sebegitulah firasat umat Melayu terdahulu. Cucu cicit kini sukar mengerti semua itu termasuk Mahathir Mohammed.
(4) Belanjawan sebetulnya juga mencakupi Aliran Keluar dan Masuk. Kalau tidak ada yang masuk maka mana mungkin ada yang boleh dibelanjakan, dikeluarkan. Penambahan wan itulah penyeri dan pengukuh dari istialh belanja. Begitulah, Melayu, metaforiknya, keselindungan, kiasannya, sukar untuk dimergertikan. Inilah maksud firasat terselindung dalam: Jauhari juga mengenal manikam.
(5) Najib Razak yang saya kira adalah Melayu tulin, Melayu campur Bugis, seharusnya mencuba keras untuk mengerti seni darah yang mengalir dalam dirinya dan memeperhitungkan segala sesuatu dari cita rasa firasat Melayu asalnya. Kita kena ingat, seni mempertahankan diri Melayu adalah silat bukan kungfu. Melayu tidak main pukul terang-terangan. Kita bersilat dan berbunga dulu, baru hentak lembut mematikan.
(6) Pasti banyak pihak tersenyum lebar tentang betapa murah hatinnya Najib terhadap kebajikan rakyat. Belanjawan 2012 menghamparkan 75 peratus dari peruntukkan untuk mengurus sedang untuk membangun hanya sekitar 25 peratus. Dari sudut Hutang kita seperti sangat baik kerana deficit dapat dikurangkan dengan jayanya. Namun, dari perkembangan ekonomi, kita sepertinya telah lupa akan keperluan itu.
(7) Tekanan yang sangat tinggi kepada soal belanja mengurus banyak kelemahannya. Pertamanya harga barangan akan melambung naik. Ini akan menjadikan matlamat kenaikan gaji menjadi sia-sia. Keduanya, daya pengeluaran, productivity belum tentu bertindak balas secara positif terhadap langkah ini. Sektor ekonomi yang akan didokong oleh Aliran Masuk dan Keluar hasil dari peruntukkan mengurus yang tinggi akan tertumpu lebih kepada sector perkhidmatan. Inilah sektor ekonomi yang Najib ingin lonjakkan lagi. Namun, sektor ini belum pasti akan mendatangkan sistem ekonomi yang mampan. Lihatlah apa yang terjadi di Greece, Las Vegas, Los Angeles, dan London. Sama halnya dengan Dubai. Mereka sangat bergantung kepada sektor ekonomi perkhidmatan. Akhirnya mereka menuju kegelapan.
(8) Singapura sedang mengencang hebat perkembangan sektor ekonomi berasaskan perkhidmatan. Maka atas sebab bayangan sebegitu maka Najib memperuntukkan belanjayang besar untuk mengurus. Itu amat baik buat Singapura, Negara sebesar Simunjan, daerah tumpah darah saya. Sesuai kerana, yang membayar perkhidmatan di Singapura bukannya rakyat Singapura namun adalah para pelancung dan pedagang. Masudnya ada Aliran Tunai Luaran sedang dalam konsep Malaysia, apa yang terjadi adalah perbelanjaan kita hanya berkisar kebabanyakan secara domestik. Pastinya kesan ke atas ekonomi Negara akan berbeda. Pi mai, pi mai, dok tang tu jugalah.
(9) Pejawat awam, setelah mendapat sedikit laba dari kemurahan hati Najib, apakah mereka akan bekerja lebih keras, berani dan bistari selepas ini. Saya menaruh keyakinan, kerana peruntukan pembangunan adalah tersangat rendah dan kebanyakan akan ditelan Projek Mega, maka akan berkembang luaslah Restauran dan pelbagai jenama kedai kopi. Itu saya pasti dan telah saya perhatikan sejak 10 tahun dahulu. Ekonomi kita jadi Ekonomi Kedai Kopi.
(10) Usul Mustapha Mohammed agar ekonomi Negara harus menjurus kepada Real Growth Economy tampaknya sudah dipinggirkan.
(11) Najib, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Karpal, dan Anwar eloklah buka satu Kopitiam sekurang-kurangnya telah berkembanglah Sektor Perkhidmatan dengan pertambahan satu lagi Outlet Kopitiam dan kita harus franchisekan ianya nanti sebagaimana juga The Loaf. Elok kalau dibuka dekat dengan The Loaf.
(12) Mudah-mudahan kita dapat berfikir sejenak untuk merenung dan melihat perilaku cetek kita demi masa depan yang cerah.
Matang Jaya, Kuching
8 Okt., 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment