5/4/11 SENI HALUS DAN KEHALUSAN KITA...
Posted By: Abdullah Chek Sahamat - April 07, 2011Sejak akhir-akhir ini, Tun Mahathir menerima pelbagai teguran pedas berhubung dengan mutu dan harga kereta kebangsaan iaitu Proton. Mutu rendah, harga mahal. Sebagai pengasas kepada perusahaan tersebut, pastinya beliau berusaha keras cuba menjelaskan keadaan. Jawapan-jawapan beliau, serta serangan dan saranan mereka yang berkaitan, boleh diikuti samada dalam blog, akhbar, dan bahkan buku-buku tulisan oleh dan tentang beliau.
(2) Saya ingat, bila saya sembahyang di masjid Al Nur, Denver, Colorado sedikit waktu dahulu, seorang Arab (Iran), usai sahaja saya sembahyang terus menghulur jabat kepada saya, lalu berkata: "You must be Malaysian". Balas saya: "You must be very familiar with Malaysia". Sambung beliau lagi: "Not really, but from the way you pray, I know you are Malaysian. You Malaysian always practiced very polite order in your prays".
(3) Begitu juga bila saya berjalan bersama anak perempuan saya di Kota Hanoi, suatu ketika, rata-rata pemilik atau pelayan kedai yang saya masuki khususnya bila mahu makan: "You must be Malaysian". Jawap saya: "Ya but how do you know". Balas mereka: "You are very particular about your food".
(4) Pergilah ke Kota Bharu Kelantan. Jengoklah ke kedai-kedai emas, perak dan tembaga di sana. Perhatikan tepak sirik, kacip, gobek, pemegang lilin, tempat membakar kemenyan, dsb. Lihatlah betapa indah ukiran seni logam kita. Juga lawatlah gudang-gudang batik dan songket di Kuala Trengganu. Perhatikan warna dan corak sulaman kita. Kunjungilah kilang-kilang pasu di Air Hitam Johor dan Perak. Telitilah lekuk, warna-warni dan perlambanagn yang digunakan. Perhatikanlah anyaman terendak Mukah, tikar mengkuang Semera, Pendam, Simunjan. Sangat menarik seni hias pada kerajinan itu.
(5)Jika kita ke kampung-kampung lama, perhatikan ukiran kekisi rumah, tiang seri, ukiran di bingkai dan daun pintu dan jendela,segala lekuk dan tebukan pada meja, kerusi, katil, kepala tangga kayu, dan ukiran pada haluan perahu, semuanya mengambarkan sikap tekun, teliti, dan dayacipta orang Melayu.
(6) Pada sanggul, pada anting-anting, pada gelang, pada busa, pada klip rambut, pada renda kebaya-baju Melayu, hiasan cadar, sarung bantal, sarung bantal peluk, alas meja, dsb semuanya menampakkan suatu kesenian keindahan dan kesungguhan yang amat luar biasa dalam budaya orang Melayu.
(7) Pada keris, badik, pisau sembelih, bukan hanya bilah-bilahnya melekok-lekok serta mempunyai firasat yang tersendiri, tetapi pada sarung dan pintalan talinya juga punya perlambangan dan makna yang sangat istimewa.
(8) Perhatikan juga pada kuih muih Melayu: jala, gelang, cincin, lapis, serta pelbagai biskut, semuanya akan terukir dengan gaya dan maksud-maksud tersendiri. Cara orang tua dulu-dulu menyusun sirih-pinang, sungguh teratur bukan hanya untuk acara-acara rasmi, tetapi juga dalam kehidupan harian mereka.
(9) Orang Melayu juga tidak kalah dalam dunia kesusasteraannya. Pantun, gurindam, seloka, pribahasa, perumpamaan, puisi, dsb telah memainkan peranan yang sangat hebat dalam memperkasa dan mempertahankan hak-hak bangsa.
(10) Kalau kita ke laman rumah, biarpun tidak semua, akan tertanam bunga-bungaan yang warna warni berseri-seri, juga segala tanaman yang punya kepentingan harian: serai, kunyit, sirih, lengkuas, cabai, belimbing, jambu, manga, pinang, kelapa, pisang, dsb. Semua itu menunujukkan betapa orang Melayu punya sikap mahu berfikir tentang keperluan kehidupan masa depan mereka. Mereka berusaha agar keperluan hidup mereka adalah mencukupi serta mandiri.
(11) Perhatikan seni mempetahankan diri kita. Lengang lengoknya sangat halus namun merbahaya. Juga permainan sepak taqraw, gasing, dan wau turut melambangkan kehalusan dan kehebatan seni kita.
(12) Begitu juga seni musik kita agak tidak berkembang. Kekolotan Nik Aziz Nik Mat umpamanya seperti telah membunuh Dikir Barat, Wayang Kulit dan Mak Yong. Boria di Pulau Pinang juga sudah semakin kelam. Joget lambak di Melaka, hanya tinggal nama. Zapin dan Dondang Sayang hanya kedengaran sekali sekala. Hadrah dan kompang hanya kedengaran di acara-acara rasmi. Gendang dan bermukun di Sarawak, sudah semakin uzur dan tua, terpinggir.
(13) Cuma mungkin, kita orang Melayu Malaysia khususnya, agak kurang dalam seni lukis (painting). Saya belum dapat melihat perkembangan meluas seni lukis pada orang Melayu. Berbeza dengan rumpun Melayu di Indonesia, Filipina, dan bahkan di Siam dan Champa. Lukisan-lukisan di sana sangat hebat-hebat dan sangat berkembang luas. Budaya melukis, mencatat, dan menulis, seperti bukan budaya kita. Kerana itu, mungkin menjadi sebab, kehebatan kita kian tidak ketahuan di mana makamnya.
(14) Pokoknya, budaya kita punya seni dan kerajinan yang melambangkan keupayaan bangsa. Buat saya, seseorang atau bangsa yang hebat seni halusnya, pasti adalah seseorang yang kuat daya penghayatan dan dayaciptanya. Bayangkan dari seketul besi yang hodoh, dapat terbentuk keris tujuh lok dengan mata yang tipis, dan sangat berbisa. Pastinya, jika seseorang tidak punya daya penghayatan yang dalam, maka segumpal besi itu tadi hanyalah sesuai buat membaling anjing.
(15) Jika dididik dengan baik, seseorang yang punya sifat kesenian, pastinya dia boleh menjadi pemikir, dan pencipta yang baik. Bacalah tentang Leonardo Da Vinci, seorang pelukis hebat, lihatlah daya khayalannya telah mengilhamkan pesawat terbang buat the Albright Brothers. The Last Super, bukan hanya suatu mural yang indah, namun juga telah membangkitkan persoalan apakah benar tidak pernah ada wanita dalam hidup Isa, sehingga jika itu terbukti sebaliknya, pasti akan mengugat pegangan agama Kristian. Monalisa, sungging senyumannya, menjadi idaman para wanita.
(16) Dr. Mahathir Mohammad, minatnya adalah pada kerja tangan (craft). Saban waktu terluang, dia menghabiskan masanya di bengkel mereka cipta apa saja. Semua itu, menjadikan pemikirannya semakin tajam dan dapat melihat bentuk-bentuk baru dari hanya sebungkah kayu. Kemahiran sebegitu akhirnya terlahir menjadi bentuk agenda-agenda negara.
(17) Kita mungkin tidak sadar, betapa bangsa India, di Silicon Valley di Carlifornia, sangat banyak tenaga profesional IT India di sana. Kemahiran bangsa India dalam seni halus, sememangnya sukar di tandingi. Dari sejak kegemilangan Temadun Lembah Hindu sehingga ke Zaman Sanskrit, kemudian dengan perkembangan budaya Mongul dan Islam telah menjadikan seni halus India menjadi sangat gemilang. begitu juga pelbagai Epik contohnya Mahabrata, Ramayana dsb sehingga dapat melahirkan agama-budaya Buddha dan Hindu. Kerana kehebatan daya visual mereka, maka dunia Computer Chip menjadi terlalu sangat mudah bagi mereka.
(18) Begitu juga dengan masyarakat Jerman. Mereka amat terkenal sebagai suatu bangsa yang sangat cintakan seni. Dalam Perang Dunia II, harta rampasan yang paling mereka minati adalah kerja-kerja seni. Bahkan, kerja-kerja archeology juga di pelopori oleh mereka. Maka tidak heran jika kemudiannya Jerman menjadi bangsa yang dapat mengeluarkan pelbagai jenis kenderaan dan jentera bermutu tinggi. Juga mereka adalah pelopor dalam dunia hubungan digital.
(18) Jepun tidak terkecuali. Perhatikan segala seni halus Jepun. Kerana sifat ketelitian dan istimewa seni mereka, mereka menjadi bangsa hebat dalam keluaran elektronik. Semua kemahiran kesenian mereka kini mereka terjemahkan dalam bentuk bahan-bahan elektronik yang sungguh istimewa dan mendatangkan pulangan yang sangat baik.
(19) Perhatikan juga masyarakat Thailand. Sama halnya dengan masyarakat Indonesia. Kehalusan seni dan akhirnya kesopanan tingkah laku mereka menjadikan mereka bangsa yang sukar di lawan kehebatan mereka dalam bidang perlancungan dan makanan.
(20) Pendeknya, seseorang yang berjiwa atau berkecenderungan seni (seniman), fikirannya akan lain dari manusia lain. Pengamatannya sangat berbeza. Daya fikirnya berbeza. Jerap (tangkap) fahamnya tentang apa yang dia lihat juga sangat berbeza. Visualizationnya tentang segala sesuatu adalah jauh lebih tajam dan luas dari yang lain.
(21) Kita mungkin tidak sedar, kerana dalam jika tidak semua, dalam kebanyakan ceramah agama kita, tidak pernah ada pencermah menceritakan betapa Muhammad SAW juga adalah pencinta seni yang hebat. Seni pidatonya, seni tangkap kesusateraan Arabnya, juga adalah hebat. Begitulah juga bagi Ali Abi Thalib. Kerana semua itu, mereka dapat melihat jauh lebih jauh dari yang orang lain dapat lihat.
(22) Kehebatan pengalaman seni juga telah membentuk bangsa Melayu terdahulu yang jauh lebih kuat dari masa kini. Jika dulu-dulu, anak-cucu akan berkumpul bersama nenek-datuk, menganyam ketupat (dalam pelbagai rupa: segi empat, segi tiga, lonjong, udang, dsb), mengait jala, merenda, dsb yang menunujukkan betapa tekunnya mereka memperturunkan dan mengembangkan ilmu kesenian mereka kepada anak-cucu (golongan dewasa dan tua kini) mereka.
(23) Semua kegiatan kekeluargaan yang kita lalui semasa kecilnya kita dahulu, memperkuat sikap dan kesadaran kekeluargaan dan kemasyarakatan kita. Berkumpul, bercerita, saling mengajar, saling bermesra, saling menegur, semuanya dalam suasana penuh kegirangan, menjadikan kita wujud sebagai bangsa kuat, bersatu, bertolak ansur biar dalam serba kekurangan.
(24) Cucu-cicit kita sekarang ini, hanya mengerti Remote Control dan segala sensor yang belum pasti menampakkan gaya pembinaan jati diri yang kuat. Ibu bapa pula sudah hanya kenal KFC, McD, Pizza Hut, dan segala kesegeraan yang akhirnya membentuk jurang pemisahan kekeluargaan dan kemasyarakatan di kalangan kita. Akhirnya, apakah jati diri yang akan kita tinggalkan?
(25) Saya sangat berharap, Rais Yatim yang asal keturunannya (Minang) sangat bersifat seni akan masyarakatnya, akan dapat melihat kepincangan kita, dalam melupakan kesenian kita sehingga menjadikan banyak di antara kita kian mengurang daya cipta dan 'visualization' kita. Para budayawan Melayu, harus mengorak langkah segera, dan perlu melihat kebangkitan seni budaya Melayu sebagai teras kebangkitan semula Melayu.
Mukah, Sarawak
7 April, 2011
#Abdullah Chek Sahamat
Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment