.

12/2/10 TANJONG....mutiara kegelapan!

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 25, 2010

Share

& Comment

Dua bulan sebelum Piliharaya Umum 2008 (PRU) saya berkunjung ke Tanjong. Lawatan tersebut adalah lawatan semula saya selepas lawatan pada 1978, iaitu dalam kunjungan saya ke RECSAM sebuah Pusat Pendidikan Matematik di Gelugor. Pendididkan Matematik dan Sains melalui Model yang diperkenalkan di RECSAM memudahkan saya untuk memahami rasional disebalik segala Formula Geomatrik dalam pengiraan Luas Permukaan, Isipadu, dan Sudut-sudut objek-objek berbentuk Multi-dimensional. Waktu itu, sebagai anak sekolahan, lawatan ke Tanjong, merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan. Apatah lagi, pada masa itu, Tanjong sering dipuja sebagai Mutiara Timur: "Pearl of the Orient". Namun dalam lawatan pada 2008, iaitu selepas 30 tahun kemudiannya, saya merasakan selain dari kawasan-kawasan perumahan yang sudah mengalahkan dan menumbangkan segala pokok, selain dari itu, Tanjong nampaknya sudah kian kehilangan kegemerlapannya.

(2) Dari KOMTAR, saya dapat melihat kelesuan Tanjong. Maka, pada masa itu saya menelah bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) di Tanjong pasti tumbang dalam piliharaya mendatang. Maka, bila keputusan PRU yang lepas diumumkan dan BN Tanjong tumbang, saya tidak sama sekali terkejut. Begitu juga halnya dengan Perak dan Kedah. Hakikatnya, inilah akibatnya bila mana kepimpinan sesebuah Negeri dan atau Negara sudah ketandusan buah fikir-pembangunan bagi kesejahteraan rakyat. Atau juga kerana mereka sedang lalai menghambat kepentingan sendiri-sendiri. BN seperti tidak pernah belajar dari kelemahan Kerajaan Trengganu sebelumnya, yang asyik berslogan dengan Gelombang Pembangunan yang tidak menampakkan kemajuan yang ketara kepada rakyatnya, terutama dalam membasmi kemiskinan dan menyediakan segala sesuatu bagi kesehjahteraan rakyat, maka telah dilanda Gelombang kekalahan di tangan PAS.


(3) Hari ini 25Feb., dari Kuching dan singgah sebentar di KLIA untuk selama satu jam setengah, saya terbang langsung ke Tanjong. Seiringan dengan terbenamnya matahari di ufuk barat, dari celah-celahan awan, tampak jalur-jalur cahaya kuning-kemerahan sang mentari yang sangat menarik. Pesawat MAS menghampiri lingkungan Tanjong sekitar jam 1930, dan dari jendela pesawat saya dapat melihat kegemerlapan kilauan cahaya menara-menara dan segala kenderaan menjalar. Dibayangi sillouette sore pada barisan bukit-bukit dan gunung di bahagian Barat Tanjong, cahaya kilauan segala bentuk lampu menambah keindahan Tanjong. Ianya seperti permata berhamburan di kehijauan hutan hujan Khatulistiwa.

(4) Dalam perjalanan dari Bayan Lepas, saya dapat menghidu kekeringan dan kehangatan udara Tanjong berbanding rasa segar Kuching dan Jakarta yang sedang dilanda hujan dewasa ini. Saya mendaftar masuk di sebuah Hotel di kawasan Bukit Jambul. Dari jendela Hotel, saya dapat melihat, bila mentari sudah merendah diri, kelihatan Bukit Jambul berdiri gagah menyerikan latarbelakang gelap di kejauhan. Barisan lampu-lampu dari bangunan-bangunan tinggi di sekitar kaki Bukit berkenaan mengamit keinginan saya untuk menerokai Tanjong secara lebih dekat.

(5) Malam ini, 25 Feb., dengan pantas bersama seorang teman saya ke George Town dan kemudian singgah makan di Restauran JemputTree, sebuah tempat makan bawah pokok Ara yang rindang berhadapan dengan Hotel Heritage. Kemudian kami berlegar di Padang Kota, dan sambil lalu, saya dapat melihat pelbagai bahan untuk kamera saya, rencananya keesokan harinya. Kerana badan sudah terasa teramat letih, saya kembali ke hotel dan mulai membaca tulisan Hamka: Di Bawah Lindungan Kaabah.

(6) Di Bawah Lindungan Kaabah, saya kira adalah catatan Kisah Cinta teman Pak Hamka yang ditulis beliau pada tahun 1975 mengenai seorang Anak miskin yang kepergian bapanya semasa kecilnya, namun biarpun miskin dan sengsara, kerana dia tidak pernah menyerah kalah pada takdir awalan hidupnya, beliau telah diangkat dan didik oleh seorang jiran yang berada dan dermawan, sehingga menjadi dewasa dan berpekerti mulia. Kebetulan, keluarga angkat itu pula mempunyai seorang anak perempuan yang hampir sebaya dan keduanya membesar bersama, sehingga bila bapa angkatnya meninggal dunia, ibu angkatnya mahu menjodohkan si anak perempuannya dengan ponakan (anak saudara) bagi menjamin kelestarian milikan dan pengurusan harta mereka di tangan keluarga sendiri. Namun kedua remaja ini, telah jatuh hati pada masing-masing tanpa ada kesempatan untuk melahirkan perasaan masing-masing sesama sendiri. Kerana dirasakan bahawa si Anak Miskin akan terpinggir, dia membawa diri ke Mekah, dan sepanjang di sana dia seperti menderita batin yang amat sangat, sehingga di temui Pak Hamka. Juga dari perhubungan dengan Pak Hamka, dia dikhabarkan bahawa si gadis yang ditinggalkan tidak mahu menikah dengan sepupunya, dan tetap menanti si Anak Miskin. Akhirnya, si gadis juga menderita kerana tidak tahu kemana perginya buah hati idaman. Kerana derita, keduannya kemudian menemui ajal, satu di Tanah Air di Padang, dan satu di perantauan di Mekah. Harapan mereka, cinta mereka bersatu di syurga. Sebuah pengakhiran sekadar penyedap hati pembaca! Sebuah sifat kita yang suka menyerah kepada Allah, menjadikan Allah seperti hamba, dan bukan sebaliknya: tanpa kita ada kesungguhan dan keberanian memperjuankan dan menyatakan apa yang hak dan benar!

(8) Sebetulnya saya sangat terkilan melihat dan mendengar tentang cara ajaran Islam yang kita gunakan selama ini, yang menghendaki kita menyerah segalanya kepada Allah. Si Miskin dalam Di Bawah Lindungan Kaabah, sentiasa berdoa akan kebahagian dirinya dan kekasihnya. Namun, kerana sifat takut, malu, tidak berani hati, serta tidak berusaha sepenuhnya, bar dia berdoa di Kaabah sekalipun, apakah Allah akan mendengar permintaannnya. Adilkah Allah hanya melayan hanya kepada mereka yang hanya berdoa? Pastinya Pak Hamka, ada muslihat yang amat jauh bila beliau menulis kisah cinta Si Miskin-Kaya ini, namun tidak pula berhujah sebagaimana hujah saya tersebut. Saya pasti itulah kiasan kisahnya. Pendidikan agama kita telah menjadikan kita sebuah bangsa yang hanya meminta-minta!

(9) Begitulah parah-panahnya akibat kemiskinan. Biar cinta adalah intan-permata buah hembusan nafas Allah pada hati seorang manusia, namun kesucian dan keindahan cinta pasti pudar bila soal darjat bermain di antaranya. Bila kita miskin, hinalah kita. Maka, sadarkah kita, bangsa kita sedang menuju kemiskinan juga. Kalau dulu, kemiskinan mengakibatkan kita tidak mampu makan dan berpakaian secukupnya, namun pada hari ini, biarpun cukup makan, pakai, ada kenderaan, dan ada rumah, namun kita sedang dilanda kemiskinan baru.

(10) Kita sebetulntya sedang dinafikan pelbagai hak yang dulunya milik kita. Penempatan kita sedang meminggir. Anak-anak bangsa kita sudah tidak mampu segala bentuk rumah yang sedang di bina. Kita seperti hanya mampu membeli rumah kecil yang menyempitkan fikiran dan darjat kita. Bahasa kita sedang terhakis. Bahasa Melayu dianggap buka Bahasa Ilmu. bahasa Melayu sudah menjadi Bahasa Rojak. Budaya kita kian pudar. Adat resam kita sudah kian ditertawakan. Agama kita tercabar kuat. Allah yang menjadi seperti milik mutlak Islam-Melayu sudah kian dipersoalkan. Kuasa politik kita sedang kusut masai. Para pemimpin politik kita mudah sekali dicatur dan dibeli. Kuasa ekonomi kita tidak pernah kelihatan terbitnya, terus saja meyembah bumi. Kita kian miskin. Kita, biar apapun kedudukan pekerjaan kita, kita adalah tidak lain hanyalah 'kuli' yang hanya memakan tulang sedang daging enak di mamah orang lain. Kita lebih rela jadi 'kuli' dari 'berusaha' dan atau menyediakan 'segala kemudahan' bagi kebangkitan bangsa.

(11) Kemiskinan bangsa akan menidakkan kita tentang hak dan darjat kita. Hak kita untuk terus kekal sebagai Tuan di Bumi Sendiri, Hak untuk Hidup Makmur dan Sejahtera, Hak untuk dihormati: budaya, agama, dan ketuanan kita. Semua ini adalah sesuatu yang mesti kita lihat secara tajam dan keras!

(12) Hari ini, 26Feb., saya ingin berjalan dan memerhati bagaimana 'kemsikinan' bangsa kita mengakibatkan Tanjong yang asalnya adalah Pinang kemudian terus lenyap menjadi Penang. Begitulah, bila kita sudah terjual, jatidiri kita pun, turut musnah: Tanjong, Pinang menjadi Penang! Jadilah kita seperti menjadi 'melarat' di negeri sendiri.

(13) Saya seawal pagi ke Penang Youth Park dan Botanical Garden. Tiada apa yang istimewa di sana, cuma saya singgah di Batik Center, lalu melawat sebuah Gerai Jualan Madu Asli. Pelbagai jenis madu asli dijual disini. Saya tidak nampak orang kecil Melayu berniaga di sini. Namun panas terik, rasa mengantuk dan sedikit pening kepala menyebabkan saya terus pulang ke hotel dan berehat agak panjang.

(14) Pada jam 1500, saya ke Jalan Burmah di Loraong Nagore, dan meninjau kawasan Restauran Baba-Nyonya. Setelah makan Kari Ayam Nyonya, saya terus berjalan ke Jalan Acheh, dan mendapati sedikit orang Melayu berniaga di situ. Cuma, perniagaan mereka, seperti hidup segan mati tak mahu. Kemudian Langsung saya ke Jalan Armenian dan meninjau beberapa Galeri Lukisan di sana. Saya tertarik dengan sebuah lukisan dua Gadis Sedang Mengaji, namun nilainya RM15,000.00 agak mengerunkan saya. Museum Islam terletak hampir dengan Galeri ini.

(15) Saya kemudian ke Masjid Keling. Di sana ada acara sambutan Maulidur Rasul yang dilancarkan oleh TYT Tanjong. Di perkarangan Masjid saya perhatikan wajah-wajah yang agak berlainan. Saya pasti, mereka yang berurusan di sini, kebanyakan mereka mungkin masih mempunyai darah Acheh dan Keling Karala yang amat kuat. Peruturan mereka juga mempunyai loghat yang agak berbeza.

(16) Setelah hari agak redup, saya meneruskan perjalanan ke Jalan Gurney, kemudian ke Feringgi. Feringgi boleh di katakan 'A Happening Place' bagi Tanjong. Saya amat tertarik dengan cara pembinaan rumah-rumah di lereng Bukit di kawasan ini. Begitu juga cara mereka membina kawasan gerai-gerai bagi para peniaga kecil. Cuma, di manakah Melayu? Saya kurang nampak mereka sebagai pengusaha, sebaliknya terlalu banyak sebagai 'pemerhati, penonton, pembeli', tidak pengusaha! Di manakah Tanah Melayu?

(17) Pagi ini, seawal usai subuh, 27 Feb., pada jam 0700 saya bergegas ke Pantai Gelugor untuk menatap Wajah Bangkitnya Hari. Cuaca agak mendung. Mudah-mudahan akan turun rahmatNya, kerana segala flora sudah kelhatan dahaga. Pantai ini betul-betul menghadapi: Pulau Jerjak, Al Catraz Malaysia. Kebangkitan pagi dengan dimulai warna unggu, perlahan-lahan membakar merah lembut, sehingga menguning sangat mengasyikkan tentang kehebatan sistem Allah.

(18) Terlintas, untuk mendapatkan bayangan silloute Jambatan Pulau Pinang dalam keadaan sebegini. Saya terus bergegas berpatah balik dan memasuki kawasan Pembinaan Kondo dan Perumahan Mewah 'Penang Bridge View', dari sana berlari-lari dalam 200 meters sebelum dapat berada benar-benar di bawah Jambatan tersebut, sedang Matahari Pagi sudah membulat indah bagai Kuningan Telur di tengah Keputihan Albumin. Saya mendapat beberapa 'shot' suasana kebangkitan Pagi di Bawah Jambatan P. Pinang.

(19) Kemudian saya ke Taman Sardon Jubir, untuk sarapan pagi dengan Nasi Lemak dan Nasi Lemuni. Nasi Lemuni adalah nasi hitam akibat di masak dengan daun Lemuni. Apakah khasiatnya, saya kurang mengerti, cuma di beritakan rasanya agak lain. Taman Sardon, sebuah perumahan orang-orang Melayu, bersebelahan dengan Gelugor, berhampiran dengan USM. Kawasan Melayu, sedikit lebih baik dari Kampung Baru, KL, namun statusnya sama sahaja. Jelas gambaran Melayu Rakyat Kelas Dua dan atau Kelas Tiga d Tanah Air tumpah darah sendiri. Inilah Bangsa Kita, Inilah nasib Bangsa Kita.

(20) Selepas itu saya ke Balik Pulau. Singgah di Masjid Balik Pulau, dan di sana, ramai sekali orang kita tengah berhmpun kerana Malidur Rasul. Terbayang di kepala saya, betapa Muhammad akan tersenyum melihat betapa kita sangat akur tentang acara sebegini. Kita tampak begitu bersemangat, bersatu, gembira. Namun, dalam membanting keringat, memerah otak, bertekad dada dalam membangun ummah dalam erti kata yang sebenar....adalah kita sehebat perkara-perkara...sunat seperti ini? Muhammad, adakah dia akan tersenyum melihat umatnya...asyik kepada yang pinggiran, lupa kepada yang asas!

(21) Saya kemudian berligar-ligar melalui jalan-jalan kampung, meninjau ke kawasan-kawasan kampung. Saya merasakan Balik Pulau menempatkan pelbagai suku masyarakat Melayu: Acheh, Minang, Padang, Siam, dsb. Bentuk rumah-rumah tradisional di sisi dapat saya kata menghampiri bentuk rumah-rumah di Melaka, Negeri, Kedah, Palembang dan Karala (India).

(22) Asal nama Pulau Pinang mungkin terbit dari kawasan Balik Pulau ini. Di sini kedapatan Sungai Pinang.

(23) Kemudian saya ke Tropical Fruit Farm. Kawasan seluas 25 hektar di Kaki Bukit meninjau Balik Pulau. Suasana di sini, jika selepas hujan pastinya nyaman. Banyka pelancong datang ke sini, cuma saya rasa agak tertipu bila melihat buah-buahan terjual dan pohon-pohon buah-buahan di tanam. Saya percaya, kebanyakan buah-buahan yang di jual adalah di beli dari kawasan lain, sedang pokok buah-buahan yang di tanam, tampaknya seperti pokok-pokok kampung yang hasilnya tidak sebaikyang dijual. Biasalah manusia, kalau tak menipu, mana dapat untung. Di situ ada seorang Pak Man, dia cukup pandai layan pengunjung. Dia sembang elok sungguh pasai Taman Tropika dia. Bahasa Urang Putih dia baguih, macam ayak hujan turun dari langit. Yalah, nak cari rezeki. Tok Arab dan beberapa ekoq Mat Salleh seronoklah dengaq loyar buroq dia. Saya pun pulun juga buah 'tipu' dia pasai lapaq ayaq!

(24) Lepas itu saya ke Spice Garden, tapi, sebaik masuk kat 'Entrance' tercium bau 'Lengkuas' dan melihat beberapa irisan serai, sirih, pinang, buah pala, ketumbar, lada, sayapun malas nak berjalan mengikuti 'Spice Trail', ni pasti kerja 'Invitation to Treat' juga. Namun, saya mendapat ilham yang bagus juga untuk mengadakan perkara yang sama, mungkin d kawasan Pasir Panjang "Tropical Fruit and Spce Trail', yang sebenarnya 'Lorang Berjalan Kaki di Lereng Bukit'.

(25) Kemudian dsaya singah di kawasan Perlancungan Tangjung Bungah. Sambil melihat Oran-orang Kita berennang dan bermin di Pantai, saya memesan 'Laksa Penang'. Lama dah tak pekena Laksa Penang terasa teringin pulak. Laksa mai, tapi dari jauh dah tau tak sedap. Cayaq. Kuah tak pekat. Inilah masalah Orang Kita, Laksa Penang tu asai orang kita buat. Tok Nenek kita dulu buat, tu dia, belemuih mulut makan. Lani, buat man-main je, biaq tak sedap, biaq tak berapa naklalu orang makan tak pa. Janji depa bayaq.Macamana nak makan kalike dua? Inilah dia budaya tak apa! Inilah dia budaya, malas nak perturun ilmu nenek moyang pasai KFC lebih mudah, lebh cepat nak di buat. Ilmu kita, kelebihan kita, kian kita lupakan! Tak Apa!

(26) Lengoh dah merayau sehari-hari, saya pun meraban balik rehat. Malam sat gi nak pi pekena Nasik Kandaq PELITA, lepas tu nak ambik gambaq 'Jambatan Mahathir' waktu malam pulak, tidoq awai, esok nak terbang nait belon awal suboh.

(27) Secara am, dapat saya katakan bahawa Pulau Pinang, yang dulu adalah 'Silicon Valley of the East', kini sedang menuju era yang tidak menentu. Dengan terbantutnya beberapa Projek Mega serta kurangnya Aliran Masuk Tunai Persekutuan, maka Kerajaan Negeri PP akan menghadapi masalah pembiayaan yang sangat ketat. Jika corak pembangunan tidak di ubah, PP akan ketinggalan oleh beberapa negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor. Pastinya Sabah dan Sarawak sedang menghambat kuat. Saya merasakan, wajar seluruh rakyat PP merenung kembali tentang peranan mereka dalam Arus Pentadbiran Persekutuan, khususnya bagi orag-orang Melayu. Saya agak khuathir, biar dulu dalam BN, orang Melayu PP agak hanya sedikit terbela, apa tah lag tidak dalam BN. Saya percaya dana Negeri hanya cukup untuk mengurus apa yang ada. Untuk jauh berkembang, pastinya dana Persekutuan sangat-sangat diperlukan.

(28) Fikir-fikirlah Melayu di mana-mana. Jangan kerana nafsu, hati yang buta, akal yang singkat, mulut yang manis, kita mudah melatah dan kemudian terngadah!

Bukit Jambul, Pulau Pinang
25-27 Feb., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.