.

11/2/10 1 MALAYSIA: LIBERALISASI NAJIB....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 25, 2010

Share

& Comment

Gerakan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib sangat menguja hati banyak pihak. Ditambah pula dengan slogan: Rakyat didahulukan, Pencapaian di utamakan. Maka banyak pihak buru-buru menepel diri ingin seira sekata dengan gagasan tersebut. Bagi yang benar-benar secara ikhlas dan jujur untuk membentuk Satu Bangsa Malaysia dalam erti kata yang sebenar, maka saya ucapkan, sila teruskan dengan bersungguh hati. Begitu juga yang secara jujur dan ikhlas mahu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian, dalam erti kata dan maksud yang sebenarnya, saya juga doakan semoga Allah memberkati dan merahmati hidup dan perjuangnan mereka.

(2) Saya mungkin, segelintir yang mahu terlebih dahulu, Move Backward, dan melihat gagasan ini dari kejauhan. Bukan saya tidak mendokong matlamat 1 Malaysia, melalui gerak kerja Mendahulukan Rakyat, Mengutamakan Pencapaian: Target and Result Oriented. Cuma saya agak khuatir, gerak kerjanya tidak akan seiringan dengan laungan slogan. Atau slogan ini akan akhirnya seperti senjata makan tuan!

(3) Gerakan 1 Malaysia memerlukan banyak liberalisasi. Liberalisasi boleh bertopeng dalam berbagai bentuk rupa: meritokrasi, demokrasi, rakyatokrasi, pelbagai...sehingga kita jadi tengelam dan hanyut.

(4) Apakah yang sebenarnya hendak kita capai dengan 1 Malaysia? Apakah bentuknya? Bidang apakah yang hendak kita Seragamkan dan Saksamakan? Apakah ianya akan meliputi semua bidang? Jika ya, tidakkah mungkin itu akan membahayakan 'fitrah kepelbagaian' yang sedia ada. Jika tidak, maka bidang manakah kita perlu capai keseragaman dan kesaksaksamaan tersebut? Saya mengambil satu contoh, berapa jujur dan ikhlaskah kita dalam men1 Malaysiakan Sistem Pendidikan kita? Saya tak fikir semua pihak akan sanggup men1 Malaysiakan Sistem tersebut. Itu baru satu, banyak lagi yang boleh kita utarakan. Aapak kita akan bersetuju untuk seragam dan saksamakan semuanya!

(5) Kalau kita bercakap pasal pemberian tender terbuka, semua setuju! Kalau cakap pasal, segala sesuatu perlu berdasarkan merit, semua melaung setuju! Banyak juga perkara-perkara lain yang semua orang setuju! Itulah Semangat 1 Malaysia! Semua kita setuju!

(6) Namum bila disentuh perkara yang tidak dipersetujui (contoh: Satu Sistem pendidikan, Sistem Satu Bahasa, dsb), kita pun juga semua tak setuju! Kita setuju tak setuju!

(7) Begitulah akhirnya apa yang akan terjadi kepada 1 Malaysia, kita setuju kepada yang kita setuju (contoh subsidi buku sekolah), dan kita tidak setuju kepada yang kita tidak setuju (contoh Sistem Pendidikan nasional Tunggal). Fair and Square! Orang Kedah kata: Pi Mai Pi mai Dok Tang Tu Juga! Rasanya sebab itulah DMM belum bagi komen lagi pasal benda yang Najib dok laung-laungan, dan sekarang 'seperti sudah kedengaran' Muhhydin Yasin seperti ayam tambatan yang 'secara sendiri' mungkin menyangah perkara ini! DMM smasih tak faham kot!

(8) Kita janganlah seperti Pak Kadok, menang sabung, kampung tergadai. Orang Melayu khususnya mudah teruja dengan apa juga kepimpinan negara atau negeri utarakan. Mereka yang merupakan 'golongan politik' yang mahukan 'perkara segera', mungkin belum begitu menghalusi segala sesuatu bila mengusulkan segala apa yang terlintas di mata, hati dan kepala mereka. Orang laungkan 1 Malaysia, kita pun tempikkan 1 Malaysia. Akhirnya orang lain dapat Seluruh Malaysia, kita dapat sia-sia!

(9) Halusilah matlamat kita dan selamilah gerak Kerja dan Kesan Kerja kita. Mudah-mudahan 1 Malaysia, benar-benar membentuk Bangsa Malaysia yang Saksakama dalam erti kata sebenarnya.

Kuching, Sarawak
25 Feb., 2010

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

2 comments:

Anonymous said...

Kalau betul2 nak mendahulukan rakyat kenapa peruntukan untuk sekolah2 semakin kurang. Padahal kalau dibandingkan dengan negara maju rakyatnya pergi sekolah percuma, makanan di kantin sekolah percuma dan bas sekolah tidak dikenakan tambang. Semua ditanggung oleh kerajaan mereka. Sekarang ini anak-anak yang duduk di asrama disuruh balik setiap hujung minggu bagi menjimatkan kos elektrik, air dan makanan! Siapa yang berani suarakan contoh sekecil ini? Harga barang-barang setiap hari naik dan ini langsung tidak dirasai oleh PM kita yang tidak pernah ke pasar atau kedai runcit membeli keperluan asas seperti kita. Sardin juga sudah jadi makanan mewah kerana lebih mahal dari sekilo ikan keli.

Abdullah Chek Sahamat said...

Dalam menyuarakan apa yang hak, kita tidak perlu menanti sesiapapun. Kita kena beranikan diri untuk menyatakan apa yang hak. Kita, setiap seorang dari kita punya tanggungjawap yang tersendiri. Dan tanggungjawapa yang paling besar adalah adanya sifat berani untuk mendirikan yang hak.

(2) Apa yang sdra/i perkatakan itu, sebetulnya, merupakan kekeliruan dengan apa yang di maksudkan sebagai Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Makanya, sebagaimana yang saya telah, semua ini akhirnya hanyalah sebuah slogan Pi Mai Pi Mai Tang Tung Juga!

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.