.

3/12/2023 DI MANA DAN KE MANA HARAPAN KITA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - December 26, 2023

Share

& Comment

Anwar telah dilantik sebagai PMX pada 24 Nov., 2022. Itu sekitar Setahun dan 1 bulan 1 minggu lepas atau kira-kira 403 hari lepas (sehingga 31 Dis., 2023). Beliau menduduki kerusi PM bukan kerana PKR memenangi jumlah kerusi terbesar Parlimen. PH menerajui Kerajaan lantaran BN sebagai pembangkang dan lawan pada PRU15 telah beralih prinsip dengan bersama Anwar. Parti-parti di Sabah dan Sarawak, atas kepentingan negeri masing-masing juga memberikan sokongan padu kepada Anwar. Hakikatnya, parti-parti lawan PH jika mereka bergabung, pasti Anwar tidak akan menjadi PM. Bagaimana ini semua terjadi, itu adalah game politik. Siapa licik dan tega, biasanya merekalah yang menang. 

(2) PKR khasnya memberikan harapan yang sangat tinggi kepada rakyat sejak dari penubuhannya sekitar 24 tahun dahulu. Mereka sebelum membentuk Kerajaan PH 1.0 (2018-2020) dan PH 2.0 (2022-..) sangat menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat. PH diberikan kemenangan mengejutkan pada PRU 2018. Namun dalam PRU 2022, atas dakyah politik yang hebat, sokongan kepada PH menyusut teruk. Dalam tempoh PH1.0, Kerajaan dihantui oleh data-data kewangan negara yang "berkecamuk". Dalam tempoh tersebut, Negara terpaksa melakukan banyak kerja-kerja bail out sehingga pembangunan negara perlu dikesampingkan. Kerajaan PH1.0 perlu menyelamatkan negara dahulu berbanding dengan memusatkan kepada kebajikan rakyat. Dalam keadaan data kewangan yang berkecamuk serta tuntutan-tuntutan kewangan yang mendadak, kebajikan rakyat seperti terabai, maka dakyah politik akhirnya menumbangakn PH1.0. Kini PH2.0 mempunyai data-data kewangan yang lebih mantap, cuma data-data itu sangat mengerikan di mana hutang negara telah mengelembung dan pendapatan negara tidak tumbuh dengan baik. Akibatnya Kerajaan PH2.0 kini menjadi gabra. PKR khasnya terperngkap dalam tuntutan janji dan hakiki kewangan Negara. Palingt parah, mereka ketandusan kalangan pakar berpengalaman luas dalam menghadapi kemelut ekonomi negara dan dunia kini. Mereka, saya kira tidak mampu membuat analisa segera yang tepat dan bermakna bagi membentuk kerangka pemulihan ekonomi pantas dan berkesan. 

(3) Hakikatnya sejak 1998, rakyat telah dilanda kepayahan. Ringgit dari bernilai RM2.50 se U$D sejak 1997 menurun tanpa henti sehingga ke kini ke RM4.65. Ini bermaksud nilai Ringgit telah susut sebanyak 86 peratus sejak 25 tahun yang lepas. Yang menyulitkan rakyat adalah akibat struktur ekonomi kita. Kita adalah Negara Pengguna, bermaksud kita banyak mengimport segala keperluan kita. Jika dibandingkan pada 1998, akibat kejatuhan nilai Ringgit, maka kini kita terpaksa membayar 100 peratus harga lebih tinggi. Namun jika dikaji betul-betul, bebanan rakyat bukan hanya sekadar perlu menanggung kos import yng tinggi, namun pelbagai percaturan faktor-faktor ekonomi dan komersil yang lain, saya yakin, nilai barang dan perkhidmatan kini bukan sekadar telah meningkat 100 peratus dari 1998, kemungkinan 200-300 peratus adalah tidak mustahil. Cuba lihat sisipan geraf CPI di atas, saya anggarkan sejak 2000 purata CPI kita adalah pada jajaran 3.0 peratus. Ini bermaksud, inflasi sahaja telah menyumbang sekitar 60-70 peratus dari peningkatan harga barang. Faktor kapitalisma saya kira pasti memainkan peranan dalam menyumbang 100 mata lagi. Jadi angka 300 peratus kenaikan harga barang adalah tidak mustahil. Cuba ingat berapa harga ikan kembung pada 1998 - sekitar RM3.50-5.00. Kini sudah mencecah RM15.00 -18.00. Lihat pula harga rumah. Rakyat sudah tidak mampu untuk memiliki rumah. Sehingga kini saya belum nampak apakah usaha-usaha intensif, berani dan segera kita dalam memperbaiki kepincangan struktur ekonomi dan imbangan dagangan kita sekarang ini. Kita terus kekal menjadi negara pengguna. Kekurangan telur, ayam, ikan, daging, beras, segala bahan-bahan makanan asas kita, kita kebuntuan jalan penyelesaiannya. Kenapa?

(4) Walaupun saya kurang percaya bahawa nilai Ringgit tergantung kepada faktur-faktur ekonomi negara, sebaliknya Ringgit sangat terpengaruh oleh sentimen hubungan antara kita dan Barat, China dan dunia Islam. Saya yakin jika kita condong ke China dan dunia Islam, Ringgit akan terus dibaham Barat. Nilai Ringgit ditentukan oleh kuasa Barat lantaran sandaran Ringgit adalah U$D. Namun, jika kita bijak, kita harus gabungkan keduanya dalam cara kita mengatasi masalah nilai Ringgit ie kita harus mengorak langkah menyusun kembali struktur ekonomi, dagangan antarabangsa dan diplomatik kita. Di situlah saya kira kita perlukan otak-otak analatikal dan kritis. Kita tidak kuranbg kepakaran dalam semua itu. Malangnya Kerajaan PH2.0 bersikap taboo terhadap mereka ini. Saya yakin Allah sedang memberikan kita beberapa Model Ekonomi yang boleh kita kaji pantas - China, India, UAE, Dubai dan bahkan Turki. Yang paling berjaya dalam membentuk Model Ekonomi mereka saya kira adalah Jerman dan bekas negara-negara jajahan mereka. Terdekat kepada kita adalah Singapura. Namun, kerana saya jangka Menteri Ekonomi kita samada bersifat inferiority atau superi
ority complex beliau tidak mampu menumpu masa dan atau mengumpul para cerdik pandai untuk menganalisa perkara ini.  Beliau kelihatan hebat, namun hakikatnya tong kosong. Atau Kerajaan PH2.0 sedang dalam gabra yang dahsyat takut bayang-bayang shingga tidak focus untuk bekerja dan bukan berpolitik.

(5) Kejatuhan nilai Ringgit hampir-hampir mencecah 100 peratus sejak 25 tahun lepas, ditambah dengan faktor-faktor agregat ekonomi, komersil dan kapitalisma yang melonjakkan harga barangan pada jangkaan saya 200 - 300 peratus dari 1998 juga adalah akibat kelemahan struktur sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Untuk perbandingan, kita lihat saja struktur atau tabii sosio-ekonomi masyarakat Cina dan Melayu. Saya berani mengatakan bahawa bairpun Cina telah bermastautin di Negara ini sejak British lagi, namun mereka seperti rakyat diaspora Yahudi di serata dunia, mereka tidak mempunyai hak untuk mendapatkan tanah sepertinya kaum Melayu. Keadaan ini membentuk sikap dan sifat "tidak selamat pda Cina dan ini menjadikan mereka tegar dan keras dalam perjuangan kemandirian mereka". Sebaliknya, akibat perlindungan Perlembagaan Negara, kaum Melayu menjadi kaum yang seperti terlalu dimanjakan. Falsafah dan tujuan Perlembangaan Negaraa adalah mulia - "creation at par advantage untuk semua agar dapat hidup bahagia bersama". Melayu yang telah tertindas dan menjadi seperti pariah oleh British, bila merdeka dan membentuk rakyat susah yang majoriti, maka mereka perlu diberikan keutamaan dan keistimewaan untuk membolehkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi berbanding kaum Cina yang cukup entrepreneurial sifat mereka akibat temadun, pendedahan serta kesempatan yang British telah berikan. Inilah hebatnya perlembagaan Malaysia berbanding negera-negara bekas jajahan lainnya. Malangnya, "perlindungan" yang Perlembagaan Negara anugerahkan kepada Melayu telah segelintir Melayu manafaatkan lebih untuk kepentingan diri dan kelompoknya. Saya berani katakan, atas faktur masa, UMNO yang menjadi tunjang memperkasa Melayu akhirnya menjadi Kelab Elitis Melayu yang menguda Melayu. UMNO lari dari falsafah dan tujuan asal penubuhannya. Elitis Melayu dalam UMNO benar-benar menjadikan Melayu sebagai kerbau tunggangan.

(6) Kepincangan sosio-ekonomi Melayu dan Cina di negara ini perlu dianalisa secara akademik yang tulin. Dikotomi sosio-ekonomi Melayu dan Cina harus ditangani segera dan seca harmonis. Pengaruh politik harus disisihkan. Saya juga yakin kepincangan ekonom  negara juga harus diperlakukan sedemikian. Segala konvensyen bukan jalan terbaik untuk mengkaji kedua hal ini. Konvesyen harus hanya diguna bagi menjelaskan dapatan kajian akademik yang menyeluruh. 

(7) Saya lebih cenderung untuk meletakkan kepincangan sosio-ekonomi Melayu-Cina di negara ini sebagai asas kepada semua masalah yang sedang kita hadapi. Dikotomi sosio-ekonomi Melayu-Cina sejak British dan sangat ketara selepas pembentukan Malaysia adalah punca kepada segala kepincangan yang berlanjutan di Negara ini. Secara ekonomi dan sosial Melayu adalah pada taraf kedua di negara ini berbanding dengan Cina. Suka atau tidak suka, Melayu kena sedar "the Malays is not the lord of this Nation, but Ringgit is the King". Namun, kepada Melayu, mereka hanya bertaraf kedua di sektor ekonomi dan tidak sosial. Kepada Melayu, dari segi sosial mereka berdarjat tinggi. Melayu percaya dan berpegang bahawa taraf sosial mereka tidak boleh direndahkan dari siapapun. Melayu is the Lord - ketuanan Melayu di negara ini jangan dicabar. Khilafnya, dalam pembentukan Malaysia dan bahkan kemerdekaan Malaya, Melayu menerima pakai Sistem Perlembangaan Demokrasi dan bukan Negara Beraja Mutlak. Amalan demokrasi pada hakikatnya merobah kedaulatan Melayu menjadi bahan dagangan. Ringgit boleh merobah segala-gala dan ini sedang Melayu hadapi dengan hebat. 

(8) Seperti saya nyatakan terdahulu, bagi masyarakat Cina, lantaran mereka "terpinggiur" dalam kesaksamaan dari segi hak warga, maka Ringgit menjadi faktur mandiri mereka. Hidup mereka adalah mengejar Ringgit. Itu tidak sama sekali salah biar di sisi apa sekalipun selagi memenuhi lunas-lunas demokrasi dan adat. Maka dari segi sosial masyarakat dan individu Cina cukup menekankan "gaining personal and group best quality for higher excellence". Cuma dalam menghambat personal and group excellence dan Ringgit mereka menjurus kepada kapitalis tulin - "my gain is a reward to my smart hard works" sehingga mereka secara sosial kelihatan cukup "individualistik atau kelompokan". Tidakkah itu serupa seperti perjuangan Zionis dalam memandirikan Israel dan Yahudi?  

(9) Akhirnya, jika dunia Arab berpunya masalah dengan Yahudi, Melayu dan Cina sama saja. Sesungguhnya, Yahudi bukan hanya berupa masalah kepada Arab tetapi Yahudi pada hakikatnya adalah masalah besar bagi Barat cuma Barat meletakkan Yahudi di Arab sebagai cara untuk mengasingkan mereka. Cina menjadi "masalah" kepada Melayu sama seperti China menjadi masalah kepada Barat. Maka saya yakin, Malaysia akan jadi sangat kuat, jika kita bijak menyelesaikan dikotomi Melayu-Cina. Jika ini dapat kita selesaikan, saya yakin kita mampu menghadapi apa juga masalah ekonomi dunia. 

(10) Harapan rakyat bukan hanya kepada Anwar bahkan kepada siapapun PM Malaysia adalah agar dapat hidup dengan selesa dan selamat. Rakyat ingin hidup secara makmur dan sejahtera. Namun apa yang saya lihat kini, biar Anwar berpunya bergunung idealisma, namun sikap Don King seperti kian menebal pada dirinya. Saya melihat Anwar kini lebih sebagai promoter dari moderator menghapuskan dikotomi sosio-ekonomi Melayu-Cina. Saya belum melihat madani pada sikap dan cara Anwar berfikir, bercakap dan bertindak. Mungkin, benarlah PH = Pakatan Harapan; Pakatan menghambur Harapan dan bukan Pakatan KeberHasilan. 


Kuching, Sarawak
27 Disembar., 2023

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.