Norma di Negara ini, setiap lima tahun (?) kita ada Banci Isi Rumah yang direngkaskan menjadi HIS - Household Income Survey. Data HIS cukup menyeluruh. Kita pasti boleh tahu pola Pendapatan dan Perbelanjaan rakyat dari HIS tersebut. Bahkan jika kita mampu bergerak selangkah ke depan, dengan mengabungkan perangkaan HIS dan GIS - Geographical Information System, pastinya kita dapat memetakan taburan katalah golongan B40 mengikut entiti geografi yang kita mahu dan ini bukanlah perkara asing di Malaysia kerana kitapun sudah mengamalkan pemetaan sebegini untuk mengesan pelbagai kes. Secara umum B40 pasti kebanyakan di luar bandar dan pinggir bandar. Jika di bandarpun masih boleh kita petakan taburan mereka kerana HIS juga ada lingkungan geografinya.
(2) Kedua, kita telahpun membangunkan applikasi MySejahtera. Biar MyKadpun sudah ada chip yang boleh memuatkan pelbagai data pribadi kita. Sekarang khabarnya telah terbangun satu lagi applikasi PADU. Hakikatnya, kita telah ada plateform yang cukup baik untuk mengorak langkah dalam menyokong kebajikan dan ekonomi rakyat kita lewat Big Data Management. Cuma mungkin sayangnya, focus Big Data selama ini lebih tertumpu untuk manipulasi kegilaan kuasa politik dan tidak untuk mengurus kebajikan rakyat.
(3) Dalam soal beras, Malaysia mampu menyediakan sekitar 70 peratus bekalan beras secara tempatan. Beras temnpatan ini dikira sebagai beras harga patut - harga kawalan, fixed market price. Beras import pula dihadkan kepada beras bermutu tinggi dan dijual pada harga apungan - prevailing market price.
(4) Keempat, mahu tidak mahu, Covid19 dan kesan masalah ekonomi dunia, nisbah sosio-ekonomi golongan B40 di Negara ini mungkin telah berubah menjadi B55 sedang M40 telah berubah menjadi M30 dan T20 menjadi T15. Jikapun pada keadaan paling getir, B40 telah meningkat menjadi B55, dari segi logik, golongan ini seharusnya tetap boleh capai access untuk beras harga patut dengan sepenuhnya. Asasnya mudah, kita mengeluarkan 70 peratus dari bekalan beras secara tempatan. Maksudnya, 70 peratus rakyat negara ini seharusnya boleh mencapai bekalan beras harga patut. Namun hakikatnya, ini tidak terjadi. Beras harga patut ada ketika-ketikanya kehabisan. Kenapa?
(5) Isu pokok bukanlah masalah beras. Isu pokok adalah rakyat Negara ini khasnya golongan B40 ~ B55 sedang mengalami masalah susut nilai kuasa beli yang parah. Sejak 1998, nilai Ringgit jatuh hampir-hampir 4 peratus setahun. Kemudian, kadar inflasi kita menaik sekitar 3 peratus setahun. Mulai tahun ini, cukai LVG 10 peratus pasti akan terus menjunamkan kuasa beli B40 (B55). Masalah dagangan China-US pula sedekad lepas dan akan berterusan menyaksikan kenaikan cost perkapalan freight charges yang mengunung. Bukan itu saja, dari segi struktur FDI kita, kita akan berdepan masalah perdagangan antarabangsa yang sudah tidak menyebelahi kita. Silap-silap kita akan menjadi lambakan penghasilan untuk pasaran domestik dan bukan eksport. Dengan masalah di Ukraine dan Palestine (Laut Merah) perdagangan antarabangsa menjadi tersangat mahal. Saya juga yakin akibat politik dalaman khasnya di kalangan orang Melayu yang sangat rapuh, tangan-tangan gelap Kapitalisma sedang mengamalkan kepelbagaian cara on how to skin the cat. Orang Melayu telah terlalu lama bermanja-manja maka ramai yang ingin membedah lemak yang ada pada tubuh mereka.
(6) Hakikatnya, Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Negara ini. Bila kuasa beli rakyat menurun kuat, maka yang terkesan paling hebat adalah Melayu. Saya yakin, Melayu adalah majoriti tergolong dalam jurang B40 (B55).
(7) Walau bagaimanapun isu beras dan malah segala makanan bersubsidi sangat terkait dengan cara mana agihan pemasaran bahan-bahan tersebut. Saya tidak nampak kebijaksanaan Kerajaan dalam mengunakan HIS, GIS dan MySejahtera (PADU) dalam menyusun dan mengawasi pemasaran dan edaran semua itu. Kita terus melakukan ala kerja-kerja Bangladesh di Pasar Borong Selayang. Kita tidak menggunakan Big Data Management dalam mengurus kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
(8) Kedua, apapun komoditi Negara, kita sebetulnya gagal dalam menjadikan keluaran kita sebagai komoditi industri sepenuhnya. Isu pokok kepada prihal ini adalah masalah pengurusan. Kita masih kekal di takuk 30-50 tahun dahulu. Lantaran itu pulangan Ringgit pada pertanian sangat rendah dan itu menyisihkan rakyat dari menceburi sektor pertanian secara professional. Pada padi, kita "hanya" mengambil berasnya. Kita tidakpun berusaha keras untuk menjadikan padi sebagai sumber untuk memakmurkan petani sehingga pertanian tidak menjadi sebuah industri yang total. Pertaninan di Negara ini hanya memanafaat 20-30 peratus dari hasil yang kita dapatkan. Jika padi = beras + ternakan + ikan + sayuran + buah-buahan + kulat + campur-campur, saya yakin angka 70 peratus pengeluaran beras Negara akan melimpah menjadi 100 - 140 peratus. Juga jika ini kita usahakan secara gigih dan strategis, pendapatan petani kita bukanlah 7 tan padi sehektar semusim = RM7,000.00 atau RM 17,500.00 setahun tetapi In Shaa Allah boleh mencapai RM75,000.00 - 150,000.00 setahun. Penanam padi akan menjadi suatu profession berpendapatan tinggi ie M40. Kita setakat yang saya lihat ketandusan political, management dan social commitment ke arah itu.
Kuching, Sarawak
2 Januari, 2024
0 comments:
Post a Comment