
(2) Di samping itu, sekitar 1.6 juta hektar tanah di Sarawak dikelompokkan sebagai kawasan gambut. Gabungan tanah paya bakau dan gambut membentuk apa yang disebut sebagai kawasan persisir Sarawak, kecuali bagi kawasan pedalaman Batang Baram di Miri. Gambarajah di sebelah adalah gambaran pembentukan kawasan gambut (bog). Ianya pada asalnya adalah kawasan takungan air yang terbentuk dari peningkatan tebing laut atau sungai membentuk beting levee dan batas kaki bukit. Dari proses alam secara semulajadi untuk tempoh mungkin jutaan tahun, maka timbunan sisa-sisa tumbuhan akhirnya mengisi kawasan cengkung tersebut dengan segala reputan dan sisa tumbuhan-tumbuhan lalu membentuk kawasn gambut. Rajah di bawah sekali adalah contoh kawasan gambut matang di mana akibat luluhan berpanjangan segala hidupan di kawasan gambut akhirnya terbentuk muka bumi berbentuk kubah (dome like) atau cembung. Biarpun kawasan gambut matang adalah berbentuk cembung, namun hakikatnya ianya adalah terbina dari bahan-bahan reputan yang jerlus. Kawasan cengkung di bawah kawasan gambut inilah yang menyebabkan kedaan air bertakung, sehingga kawasan gambut adalah juga

(3) Kawasan bakau dan gambut sebetulnya agak bersambungan. Hanya akibat beting levee sungai yang lebih tinggi yang memisahkan keduanya. Maka, secara semulajadi kawasan bakau dilimpahi air masin, namun kawasan gambut hanya menakung air tawar. Beting sungai atau laut bertindak sebagai penampan untuk mengelak limpahan air masin ke kawasan gambut biar di musim pasang besar king tide sekalipun. Kedua-duanya Allah ciptakan untuk membentuk suatu ekosistem yang sangat berbeza. Namun begitu, jika dilihat dari sudut sains pengurusan Ummah, keberadaan pasangan ciptaan Allah bakau-gambut, adalah suatu peringatan Allah yang saya kira ramai tidak fahami. Bagi saya, keberadaan keduanya sebelah menyebelah bergandingan adalah peringatan Allah betapa keduanya harus diurus dengan cermat agar ianya benar-benar akan memberikan rahmat kepada manusia. Hutan bakau punya hikmah tersendiri, kawasan gambut punya hikmah tersendiri. Jika pembangunan perlu dilakukan melintasi sempadan kedua-duanya, maka khalifah Allah iaitu manusia haruslah berhati-hati dan harus boleh melihat sifat hemah menjangkau masa.
(4) Saya yakin, dengan pergerakkan kerak bumi, maka beting sungai atau laut akan turut terpengaruh. Ianya mungkin terus meninggi dan atau mengurang. Begitu juga, jika levee sungai atau laut ini terganggu akibat dari kegiatan pertanian atau industri lain manusia, maka akan berlaku limpahan air masin ke kawasan gambut juga akhirnya. Limpahan air masin ini dalam keadaan sejadi, bukanlah perkara yang kita boleh risaukan, namun jika limpahan ini terjadi dalam keadaan di mana tanah gambut telah diperlakukan sedemikian rupa untuk apa juga kepentingan manusia, biar untuk pertanian, industri dan atau penempatan, pasti akibatnya akan sangat terkesan.
(5) Sejak 1990 sehingga kini, saya mengagak hampir-hampir 70-80 peratus dari tanah gambut di Sarawak khususnya di Samarahan-Saribas dan Hilir Rajang telah diterokai untuk perladangan dan pekebunan sara diri. Hanya akibat masalah kebanjiran di hulu Baram sahaja yang telah melambatkan penukaran kawasan gambut di Miri-Marudi dari diterokai hebat dengan perladangan sawit. Pembangunan pertanian di kawasan gambut telah mengakibatkan mendapan subsidence. Proses mendapan ini berkelanjutan sehingga gambut telah benar-benar menjadi tanah aluvial mampat. Dalam keadaan tertentu, mampatan ini boleh menyebabkan kawasan gambut turun sehingga di bawah paras air pasang biasa below normal tide level. Maka jika ini terjadi, dan ditambah dengan masalah saliran atau

(6) Namun ada seuatu perkara yang agak merunsingkan saya, iaitu kesan pemanasan dunia global warming. Mengikut berita terkini Kementerian Sumber Asli Malaysia, gejala pemanasan dunia kini mungkin boleh menimbulkan masalah kenaikan air laut akibat pencairan berlebihan salji di khutub. Kawasan persisir Sarawak mungkin sangat terancam dengan gejala ini nanti. Cuba bayangkan di kawasan Hilir Samarahan, Sadong, Lupar, Saribas, Kalaka, Matu-Daro, Mukah, Limbang-Lawas, semua kawasan ini adalah kawasan rendah yang dalam keadaan sejadi adalah terpengaruh oleh limpahan air masin laut. Kerajaan untuk beberapa puloh tahun lepas telah membina benteng tebatan banjir bagi mengatasi permasalahan ini. Skim-skim saliran seperti Asajaya, Sebangan-Bajong, Meludam-Beladin, Kabong-Nyabor, Matu-Daro, Bruit, Bekenu, Niah, Blungai dsb dibangun khusus untuk mengatasi masalah limpahan air masin di kawasan ini dahulunya. Kini kawasan-kawasan ini telah menjadi kawasan-kawasan penempatan utama bagi penduduk Melayu di Sarawak. Juga kawasan-kawasan ini telah menjadi kawasan pertanian yang kian meningkat maju. Pembinaan jambatan-jambatan di Btg Samarahan, Btg Sadong, Btg Lupar, Btg Saribas, Btg Krian, Sg. Limut, Kuala Rajang, Btg Paloh, Btg Seredeng, Muara Lassa, Btg Daro, Muara Balingian, Muara Tatau dan Muara Kemena dan beberapa buah lagi di persisir Limbang dan Lawas pasti akan membolehkan kawasan-kawasan ini untuk menyumbang pertumbuhan dan perkembangan ekonomi yang sangat pesat bagi Sarawak. Namun, usaha-usaha Kerajaan membina benteng tebatan bajir ini harus disemak semula review berasaskan perubahan cuaca dan keadaan peningkatan global warming masa kini. Pertembungan perubahan cuaca dan global warming boleh mengakibatkan kenaikan paras air di luar jangka dan ini adalah sangat merbahaya bagi kawasan-kawasan yang telah saya sebutkan tadi.
(7) Perlu juga diperhatikan bahawa kawasan tadahan banjir ini merupakan kawasan kependudukan utama di Sarawak. Saya mengira tidak kurang dari 60-70 peratus penduduk Sarawak menempati Lembangan Sungai-Sungai yang saya sebutkan terdahulu. Bandar-bandar seperti Kuching Utara, Kota Samarahan, Asajaya, Beladin-Pusa, Kabong, Betong, Saratok, Sarikei, Bintangor, Sibu, Daro, Matu, Oya-Mukah, dan Limbang sangat terpengaruh dengan perubahan paras air laut. Lembangan-lembangan ini pasti sangat terancam oleh sebarang kenaikan mendadak paras air laut samada disebabkan oleh perubahan musim tengkujuh dan juga global warming. Kerajaan Sarawak dan Persekutuan harus mengambil langkah-langkah pencegahan segera bagi mengelak malapetaka dahsat akibat dari segala perubahan ini. Paras benteng tebatan bajir mungkin perlu di kaji semula dan di mana perlu, penambah baikan harus dilakukan segera. Jangan nanti bila kawasan kependudukan sudah meluas, dan bencana sudah mendatang baru kita meraban sebok dengan Standard Operation Procedure untuk menyelamat sedang jalan pencegahan tidak pernah kita pedulikan. Sesungguhnya, musibah dari Allah tidak datang saat kita siap siaga, pukulan Allah banyak berlaku di saat kita lalai dan alpa. Jangan sampai persisir Sarawak menjadi lautan, kerana jika itu terjadi pasti Melayu Sarawak tiada bumi bertuah untuk mereka berpijak.
(8) Musibah banjir besar di Kelantan harus menjadi pengajaran berkekalan kita. Bila banjir sedang melanda, Sang Menteri hanya sebok berbicara tentang membangun SOP penyelamatan sedang yang rakyat perlukan adalah bantuan segera. Bila banjir sudah surut, para pemimpin terus saja berpolitik bodoh tidak membangun. Sudah tiba masanya para pemimpin dan profesional kita saling bekerjasama dalam mengurus Negara secara bijak dan mampan jangka panjang. Sesungguhnya, mungkin sebahagian besar manusia Muslim telah lupa atau tidak tahu, Syurga kita di Akhirat tergantung sebaik mana Iman kita dan kehebatan kita mengurus amanah Allah semasa di dunia.
Kuching, Sarawak
31 March, 2016
0 comments:
Post a Comment