.

4/11/13 KUALA LUMPUR dan petani-petani kecil, di manakah Umar Al Khataab?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 21, 2013

Share

& Comment

Seperti selalu, saat ada kelapangan saya pasti akan ke Chow Kit untuk makan kerang rebus. Namun niat saya tidak kesampaian, kerana sepertinya kerang sudah pupus dari Bumi Malaya. Pencarian saya membawa kepada sebuah penemuan yang agak menarik buat diri saya. Di Chow Kit, di sebuah tanah lapang yang sempit di antara dua buah kedai yang sudah agak usang, saya menemukan sebuah taman. Saya menduga pasti taman itu milik sesiapa yang opportunist membangun sebuah nursery di atas tanah yang terbiar. Itulah tanggapan jiwa kapitalis saya yang berbaur rasukan syaitan. Kerana hujan rintik-rintik saya tidak punya kesempatan untuk melihat taman itu secara dekat, lagipun keadaan agak gelap dan sudah agak lewat malam. Soalnya, lewat lelaki ini, apakah tidak Allah sedang menyatakan sesuatu untuk kita fikirkan?

(2) Keesokannya saya berjalan perlahan-lahan meneter dari Off Jalan Ipoh dari Hotel Vistana ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya berputar-putar di lorong-lorong belakang Hj Taib sehinggalah ke lorong-lorong sempit hanyir di belakang Chow Kit membawa ke Kampung Baru. Sesekali saya mendongak cuba mendapatkan cahaya matahari dan udara segar dalam keredupan Musim "Salji" Moonson. Di Musim Monnson, bila teman-teman dari luar Negara bertanyakan keadaan di Tanahair, saya sering berkata kita sedang mengalami Musim Salji yang sangat lebat. Cuma saljinya encer cair sebelum mencecah Bumi Malaysia. Dalam keadaan saya yang seperti agak terhayal terhoyong hayang lantaran kehanyiran, sempit serta hangatnya lorong-lorong di sekitar Chow Kit, maka sayapun kembali ke titik di mana semalamnya saya menemui sebuah taman. Saat mahu hampir ke taman tersebut, mampir seorang lelaki dengan sebuah motorsikal serta mengalas sebuah beg bimbit yang wajahnya bersahaja namun seperti sedang perit di dalam. Dia lantas ke taman itu lalu berkeliling memeriksa. Saya tidak pasti dia siapa, serta melihat kepada wajah dan gerak tidak bersahabatnya dia maka saya hanya tercegat dari jauh memerhati. Dia kemudian mencabut sebatang anak kembang lalu menanam pada ruang yang masih kosong. Lantas lantaran perit dada saya puas menghirup udara kotor Kuala Lumpur, sayapun memanjat syukur kepada Allah dan berdoa agar akan lebih banyak manusia seperti dia ini di Bumi Kuala Lumpur jika tidak di Malaya dan Malaysia.

(3) Kerana tidak mahu menggangu kedamaiannya saya mundur lalu meneruskan perjalanan saya meneter sehingga ke Jalan Tuanku Abdul Rahman ke kedai buku Islami kegemaran saya di sana. Sebelumnya, saat melawati segala lorang-lorong sempit di Hj Taib, Chow Kit dan bahkan di samping Jalan TAR, saya merasakan kembali saat saya masih kecil di Sedilo, Simunjan dan di Melor, Kelantan. Saat saya masih kecil di Simunjan, saya sering bermain di hutan berhampiran, meniti batang-batang kayu rebah sambil menikmati rasa hangat basah hutan tropika. Di Melor pula, saya sering mengikut bapa angkat saya ke sawah meniti batas-batas sambil kalut terkinja-kinja takutkan pacat. Di persawahan di Kelanatn masa itu, bahkan di Kampung saya sendiri di Sedilo, para petani akan bertanam apa saja yang boleh hidup untuk dimakan dan atau dijual di batas-batas sawah dan kebunan kelapa, sepertinya sedang berebut kehidupan saat padi belum masak. Suasana hidup masa lalu saya kira penuh hangat basah humid and hot yang menyesakkan. Sesekali saya mendongak matahari sambil cuba mengambil nafas menganti nafas lelah.

(4) Berjalan di lorong-lorong sempit di Kuala Lumpur, saya menemukan kembali kehidupan saya di tahun-tahun 1960-70an. Biar di kota namanya Kuala Lumpur, hasil penyatuan perkataan Kuala dan Lumpur, saya melihat khususnya bangsa Melayu kian lelah di Kuala berLumpur. Di Chow Kit khususnya, bangsa Melayu dari Nusantara kian berhimpun. Perhatikan struktur sosial Melayu di sana (termasuk Kampung Baru), kawasan ini sudah menjadi a little Nusantara. Jika sesiapa ingin tahu cerita-cerita hidup di Nusantara, duduklah makan nasi lemak, atau apa saja di warung-warung di sana. Cuma berawas, sebelum menjamu selera harus tahu di mana tandas bersih terdekat. Pasanglah kuping telinga. Kehidupan di sini amat kepepes terhimpit kesurupan sengsara rasanya. Jika di Kampung istilah kais pagi makan pagi, di sini, kaisnya sehingga menjurus kepada merampok seboleh-bolehnya. Umat Melayu di sini saya kira tidak ada bedanya dengan Umat Melayu di perkampungan terpencil, dan banyak saya yakin jauh lebih hina hancai. Jalannya, bekalan airnya, bekalan elektriknya, kehidupannya, serba seribu kekurangan biarpun ada. Saya melihat warung-warung mereka tidak ubah sepertinya sawah-sawah sekakang kera di Kampung. Saya yakin sebegini jugalah bibit-bibit Melayu yang kian tumbuh di Puchong, Gombak, Sentol, Cheras, Kajang, dan bahkan Pulau Pinang dan Johor Baharu. Di Rantau Panjang, Kelantan sememangnya sudah sah sebegitu. 2020, Malaysia Perpendapatan Tinggi, tetapi rakyat banyak yang melarat!

(5) Soalan saya, di manakah Umar Al Khataab di kalangan penjawat awam, para alim ulama, dan pasti apakah ada jiwa sebegitu kepada Mohd Najib Abdul Razak dan para hulubalangnya. Saya berkira Umat Melayu di Gersik-Bintawa, Gita Kubor, Tabuan, Perumahan Samariang, Samariang Batu, Buntal, Bako bahkan di Beladin, Kabong, Awat-Awat, dsb masih tetap humid and hot kehidupan mereka tanpa adanya Umar Al Khataab di kalangan mereka. Persoalan lebih besar, Umat Melayu siapakah mereka? Juga Negara ini, Tanah Melayu, untuk siapa? Kenapa istilah Tanah Melayu diguna dulunya, dan bukan Semanjung Malaysia? Apakah Islam membedakan Minang dari Jawa, Bugis dari Madura, Rhiau dari Timorese? Natijahnya, Kampung Baru adalah asal kependudukan Melayu di Kuala Lumpur, maka kini Kampung Baru juga sudah menjadi Panggilan Pulau kepada Melayu Nusantara, apakah kita berbuat terbaik atas nikmat Allah itu?

(6) Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, dan Kampung Baru harus bangkit jadi Malays-Muslim Center of Excellent yang boleh mengerakkan kebangkitkan menyeluruh Melayu di Gombak, Setapak, Pandan, Selayang, dan Cheras khususnya dan KeTemaddunan Melayu-Islam Nuasantara amnya. Allah sedang melambakkan Melayu ke Chow Kit-Kg Baru, sama halnya saat Islam mulai terbangun di Madinah bila umat Islam dari segala pelusuk menyerbu masuk ke Madinah untuk berkampung dan mendapat rahmat. Apakah Najib boleh membaca itu sebegitu? Haruskah jalan Umar Al Khataab dan atau Usman Affan jadi pilihan?

(7) Biar saya perturunkan sebuah riwayat tentang Umar Al Khataab tentang tanggungjawap seorang khalifiah. Suatu malam Umar berjalan keliling kejiranan Harrah di pinggiran Madinah bersama Aslam, pembantunya. Dia melihat ungun api di padang pasir berdekatan. Lalu dia menghampiri ungun api tersebut. Apa yang ditemuinya adalah seorang wanita bersama beberapa anak-anak kecil yang sedang menangis. Sedang di atas ungun api, terdapat sebuah wajan kuali. Umar bertanya kenapa anak-anak itu menangis. Perempuan itu menjawab mereka tersangat lapar. Umar pula ingin tahu apa isi kuali. Perempuan itu mengatakan, tiada lain melainkan hanya air. Dia memasak air dalam kuali sebagai tipu helahnya untuk menenangkan anak-anak itu bahawa makanan sedang disediakan, mudah-mudahan dengan cara itu, mereka akan ketiduran dan lupa akan kelaparan mereka. Apa yang menyentuh hati Umar adalah persoalan yang dibangkitkan oleh perempuan tersebut: Semoga Allah akan menghisab antara Umar dan aku lantaran ketelantaran aku ini di Hari Hisab kelak Perempuan itu sebetulnya tidak kenal akan Umar dan tidak tahu lelaki yang sedang melawatnya adalah Umar. Maka balas Umar: Semoga Allah memberkahimu. Namun, bagaimana seharusnya Umar tahu akan kemasalahan kamu?. Jawab perempuan itu: Bila dia adalah Amir kami, maka dia harus maklum tentang kehidupan kami (1). Lantaran itu, Umar terus kembali ke Madinah dan mengambil guni lalu penuh diisi gandum, kurma, lelemak, pakaian dan sedikit wang dari Khazanah Negara, lalu memikulnya kembali untuk diberikan kepada perempuan tadi. Aslam sebelumnya menawarkan untuk membawanya bagi pihak Umar. Namun jawab membentak Umar: Apakah kamu mahu memikul tanggungjawabku di Hari Hisab nanti! Biarlah aku sendiri memikulnya, kerana akulah yang Allah akan persoalkan tentang perempuan ini di Akhirat nanti. Umar sebegitulah takutnya dia tetang tidak menunaikan tanggungjawab Amirnya, sehingga sanggup dia menjadi lain dari yang lain. Apakah sebegitu sifat sesiapa yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah Ummah sebelum terjadinya sebarang musibah atau semua seperti paling MahaPenyayang saat musibah sudah melanda lalu menuding jari kepada semua melainkan diri sendiri?

Nota:
(1) Apakah yang dimaksudkan dengan: Muhammad went to the mountain, instead of the mountain came to Muhammad dalam hubungan sifat suka meneliti menyiasat Umar ini? Penjawat awam kini khususnya, di manakah Umar Al Khataab pada kalian? Ahli politikus, apa enaknya sekadar ngomong dan menuding-nuding?

KL Central, Kuala Lumpur
20 Nov., 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.