Bila seorang Muslim, khususnya Melayu-Islam, bercakap tentang Islam, maka sering dia akan merujuk kepada Idealisma Islam, Islam tulin, Islam sebenar. Semua itu, samada merujuk kepada Al Quran dan atau Hadiths. Jarang sekali mereka merujuk kepada Kias dan atau Ijmak. Sikap sebegitu, tidaklah menghairankan, kerana 1,444 tahun dahulu (mengambil kira tempoh mula kenabian Muhammad SAW), Islam (Muhammad SAW) telahpun menggunakan konsep Key Perforrmance Indicators, KPI. Muhammad SAW bila bercakap tentang apapun, KPI baginda hanyalah Al Quran. Juga Aishah RA, bila disoal tentang pribadi dan prilaku Muhammad SAW, beliau juga menggunakan KPI yang sama iaitu Al Quran. Maka para sahabah dan ulama kemudiannya menetapkan KPI bagi Umat Islam adalah Al Quran dan Sunnah Muhammad SAW.
(2) Benar, Islam adalah soal akidah. Namun Islam juga adalah soal budaya, dan segala. Allah telah menetapkan bahawa Islam adalah Adeen, adat-budaya, peraturan, disiplin hidup yang Dia mahukan semua manusia patuhi agar kita semua terus berada dalam keadaan aman sejahtera. Samada kita percaya atau tidak, saya yakin keKiamatan(1), atau hancurnya Dunia ini, sebetulnya terletak di tangan manusia. Saat keingkaran terhadap perintah Allah kian berleluasa, maka lagi cepatlah Kiamat, pengakhiran kehidupan di Dunia. Sebetulnya, bagi Umat Melayu, kenapa mereka sering menggunakan Al Quran (dan Sunnah) sebagai KPI dalam banyak hal, biar tidak menunaikannya, adalah kerana mereka sangat takut kepada azab Neraka. Bayangkan sepertinya saya duga, Matahari adalah Neraka, saat Allah dekatkan Matahari kepada kita, bayangkan betapa peritnya haba membakarnya Matahari. Dipermukaannya sahaja sudah sepanas 6,000K iaitu sama panasnya di kerak bumi. Pada suhu 6,000K, permata, juzuk paling keraspun lebur. Apa lagi manusia. Juga bayangkan di kerak Neraka, yang saya hityung suhunya boleh mencecah 600,000K bagaimana agaknya rasanya? Atas ketakutan inilah maka Umat Melayu sering mahu saling memperingati antara satu sama lain dalam cara masing-masing.
(3) Salah satu kebencian besar Muhammad SAW lalu kemudian diikuti oleh para Sahabah adalah sifat mangkir, mungkir bila berjanji. Istilah Melayu bagi sifat ini adalah Lidah Biawak, Lidah Bercabang. Sebab itu Melayu tidak sukakan biawak. Kalau tidak silap, Muhammad SAW juga ada merujuk kaum Yahudi khususnya kelompok yang pernah menduduki Madinah serta pernah mendapat penjagaan baik Muhammad SAW sepertinya biawak. Mereka berjanji, mereka ingkar dan khianat. Apa lagi Yahudi berfahaman Zionist. KPI golongan ini adalah mungkir dan khianat. Maka dengan sebab itu Al Quran dan Hadiths sering mengingati kita, agar jangan sekali-kali bersekongkol dan atau mengikuti Yahudi-Nasrani, yang saling bantu membantu di antara mereka. Itulah kelompok apa yang disebut sebagai Judaism-Christo atau ChristoJudaism yang cita-cita mereka hanya satu, Let the White-West Rule the World, the rest are all pariah.
(4) Dalam PRU13 lepas, menyaksikan akan kemungkinan kekalutan sosio-ekonomi Negara, jika kekalutan politik Negara tidak disusun segera, saya telah berusaha untuk meyakinkan banyak rakan-rakan (golongan menengah), agar memberikan Najib-Muhyiddin peluang untuk memimpin Negara. Najib, atas pendidikan Baratnya, percaya kepada the Role of the Advertisement maka telah all out dishing promises sehingga mengeluarkan AkuJanji PRU13 BN. Saya yakin jika AkuJanji itu ditunaikan baik, InsyaAllah Negara kita akan bergerak ke landasan ekonomi yang baik (belum tentu akidah Umat Melayu), dan sekurang-kurangnya keresahan ekonomi rakyat akan dapat dibendung. Lantaran itu, yang lainnya akan dapat disusuli baik juga.
(5) Namun, kini 53 hari sudah berlalu, sepertinya dalam keadaan biasa Umat Melayu, bila seseorang telah meninggal dunia, bila Makan Hol 40 Hari sudah diadakan, maka lupalah semua akan prihal si mati itu tadi. Kalau tidak percaya, siapa di antara kita masih ingatkan Latifah Omar apa lagi S Samsuddin? Sebetulnya, kini, biar selepas Makan Hol 3 Haripun banyak yang sudah lupa. Najib, sudah 53 hari, PRU13 berlalu, yang kita sebokkan adalah Himpunan 505. Sesungguhnya Najib, masih belum bijak membaca, betapa Himpunan 505 itu adalah kerana rakyat belum bergerak bekerja kuat. Najibpun belum bekerja kuat. Apa lagi Kabinet beliau. Sehingga kini, saya hanya baru mendengar Wahid Omar yang menetapkan 100 hari dari tempoh perlantikan beliau akan mengemukakan Rumusan Pelan Ekonomi Negara, yang lain, saya masih melihat mereka sebagai Menteri Tadika melainkan bagi MITI, Menteri Kewangan Ke II dan Menteri Pendidikan II. Kenapa saya merujuk menteri-menteri lain sebagai Menteri Tadika sebab mereka masih dalam proses belajar. Banyak yang masih sedang belajar untuk bercakap, sedang berlajar untuk mengambil gambar, sedang bertatih. Cuma, lemahnya, mereka bercermin kepada mentor lepas yang gagal. Sesungguhnya saya perhatikan menteri-menteri Najib yang ada sekarang ini masih terikut-ikut cara kerja gagal kabinet Abdullah-Najib dan Najib-Muhyiddin lama. Sebabnya mudah, Najib masih terikut telunjuk sisa-sisa para penasihat lama ini. Najib belum ada keberanian untuk depart to stand to the true reality of the future. Pendeknya, Waswasn Najib Pendek, saya berkira pandangan Najib terkelabu oleh prihal pendek-pendek. Di peringkat sebahagian Negeri pula (contohnya di Negeri Darul "Runtuh"), Najib masih takut untuk biar bersinsing lengan mengasak hak rakyat. Slogan Rakyat diDahulukan sudah jarang terdengar, begitu juga slogan 1Malaysia, melainkan Salam 1Malaysia. Nasib baik Sudirman Hj Arshad sudah meninggal, kalau tidak pasti dia akan mengubah lagu khas Salam 1Malaysia dan pasti lebih meletup dari Salam Terakhir
(6) Saya menjangka Negara sedang dalam kesulitan kewangan. Kewangan Awam sudah payah, sedang Kewangan Swasta, masih likat kerana para kapitalis Negara masih bersikap penuh curiga. Kecairan di dalam Negeri kian melikat. Sedang di peringkat antarabangsa, Yahudi-Nasrani sedang hebat mengekang segala agar cepat sempurna penaklukan kekayaan dunia, dan menjadikan Umat Islam pertamanya sebagai pariah. Saya melihat pengurusan Halehwal Dalam Negeri dan Luar Negeri Najib masih terlalu lemah, dan dia masih sibuk dengan perkara remeh temeh. Dia belum bekerja keras. Paling jelas, contohnya, saat Negara diancam jerubu kini, khususnya di Johor dan Selangor-Melaka, tidak siapa sepertinya peduli keras betapa inilah Zon Penampan Ekonomi Negara. Tidak siapa ingat betapa dalam tahun 1997, krisis yang sama melanda Malaysia, yang mengakibatkan kekalutan di Sarawak-Sabah, yang kemudian dituruti oleh krisis Kewangan Serantau 1997 dan Anwar-Mahathir, lalu kita terheret kepada masalah ekonomi yang tidak berkesudahan sehingga kini. Sesungguhnya, jerubu sedang membunuh industri sawit di Johor, Selangor dan Melaka-Negeri Sembilan. Ada siapa sedang mengkaji cepat perkara ini dan mengambil tindakan pantas di Dalam dan Luar Negara?
(7) Segalanya Najib masih suka mengurus secara politik. Apakah politik adalah segalanya? Jika itu benar, Melayu telah menguasai politik Negara sejak 1957, kenapa Melayu masih sebegini dan kain mengundur? Sesungguhnya, fahaman betapa politik adalah segalanya adalah fikiran jumud yang datang dari hati yang sudah beku, mungkin kian bodoh. Hari-hari kita terus disogok dengan politik. Pemimpin politik terus berpolitik. Ketua Setiausaha Negara (KSN) berpolitik. Polis berpolitik. Tentera berpolitik. Jabatan Pendaftaran Negara berpolitik. Immigresen berpolitik. Jabatan Pendidikan berpolitik. Pejabat Peguam Negara berpolitik. Suruhanjaya Pencegah Rasuah berpolitik. Suruhanjaya Pilihanraya paling berpolitik. Mungkin semua agensi awam dan GLC sedang dihantui politik. Politik bercakap lebih. Berkerja lebih, tidak. Kalau tidak berpolitik untuk politik, tetap mereka berpolitik untuk politik jabatan dan atau pribadi. Kenapa tidak masing-masing tetap pada darjat profesionalisma tertinggi teramanah.
(8) Saya berkira apa yang Najib telah terlupa adalah: dalam tempoh berkempen PRU13, beliau ke sana ke mari menjejaki Langkah Abdul Razak Husein. Dia gemar mengajak rakyat mengimbau kejayaan Abdul Razak Husein. Mengenang Abdul Razak Husein. Namun seperti teguran saya terdahulu, Najib terlupa (atau sengaja tidak) untuk menjejaki cara kerja dan pribadi Abdul Razak Husein. Yang Najib pergunakan adalah kejayaan ayahndanya tidak pribadi dan cara kerja ayahndanya. Bagi saya, kejayaan besar Abdul Razak Husein adalah kerana sifat zuhudnya dia. Kalau Najib tidak jelas tentang sifat zuhud, maka baik dia rombak hebat JAKIM dan segala institusi setaranya. Juga Najib telah lupa, Mahathir masih hidup (jangan pula macam ada pihak berdoa agar Mahathir mati cepat). Rakyat Malaysia masih bercerminkan caranya dia dalam menghadapi permasalahan besar Negara. Sesungguhnya, buat saya setelah 53 hari PRU13 berlalu, iaitu sudah melebihi 40 hari seperti kerbiasaan adat Melayu, Najib sudah lupa banyak perkara. Inilah, Muhyiddin, jika dia masih ingat darah Jawa-Rhiaunya, lo ke okehan ngomomg, yo wes okeh jeng di lali opo jeng di omonge atau Mustapha Mohammed bolehlah terjemahkan apa maksud orang Kelantan sering berkata: bual lebih, buak nyo dok. Najib, dia mengingati rakyat terhadap Abdul Razak Husein, serta Mahathir macam nak rak kehulu ke hilir membantu dalam PRU13, maka kini Rakyat Malaysia sedang meletakkan bayangan KPI Razak-Mahathir di belakang semua tindakan Najib. Mampukah dia menyamainya jika tidak menandinginya?
(9) Banyak orang menepelak saya bila saya sering merujuk kepada Umar Al Khataab dan cucundanya Umar Abdul Aziz sebagai contoh zuhud sangat baik amalan manusia biasa saat mereka menjadi khalifah dalam keadaaan rakyat dan Negara dalam keresahan besar adalah contoh terbaik yang harus kita pelajari dan ikuti di saat ini. Jangan lihat zuhud pada tuntutan menjadi miskin papa. Lihat zuhud dari sudut mengurus harta khazanah Negara secara sempurna akan haknya kepada rakyat. Saya amat bersyukur bila Najib memperkenalkan cara Value Management (VM) dalam agihan Peruntukan Projek Awam. Saya berkira, biarlah VM itu dibuat secara bersungguh-sungguh serta mengambilkira keseluruhan Pengurusan Nilai dan Kesepaduan Projek. Dalam bab ini, saya ucapkan syabas kepada Najib, cuma sedihnya VM telah digunakan untuk memotong belanjawan agar dapat dideviate ke lain tempat. Tidak mengapa soal crony. Cuma jangan membazir. Biarpun crony dia kena truely professional, beramanah. Saya cadangkan Najib pergilah belajar sebentar ke Umar Al Khataan Foundation di mana-mana dan kajilah caranya dia dalam mengatasi masalah Negara saat kesulitan hebat sedang melanda Negara. Umar Al Khataab di saat pemerintahan beliau, sesunggungnya menghadapi permalasan serupa sepertinya yang sedang kita hadapi kini, atas sifat zuhudnya akhirnya dia berjaya bukan sekadar mempertahankan Islam malah memeprluaskan tebaran Islam. Jika tidak, mana mungkin adanya hujjah mengatakan betapa benteng Islam telah runtuh di saat wafatnya dia. Apa tidak mungkin Najib tidak boleh jadi Umar Al Khataab dan atau Umar Abdul Aziz? Sesungguhnya mereka adalah manusia biasa, siapa juga boleh jadi mereka, jika mereka mahu dan berusaha keras. InsyaAllah.
nota:
Kuching,Sarawak
27 Jun, 2013
(9) Banyak orang menepelak saya bila saya sering merujuk kepada Umar Al Khataab dan cucundanya Umar Abdul Aziz sebagai contoh zuhud sangat baik amalan manusia biasa saat mereka menjadi khalifah dalam keadaaan rakyat dan Negara dalam keresahan besar adalah contoh terbaik yang harus kita pelajari dan ikuti di saat ini. Jangan lihat zuhud pada tuntutan menjadi miskin papa. Lihat zuhud dari sudut mengurus harta khazanah Negara secara sempurna akan haknya kepada rakyat. Saya amat bersyukur bila Najib memperkenalkan cara Value Management (VM) dalam agihan Peruntukan Projek Awam. Saya berkira, biarlah VM itu dibuat secara bersungguh-sungguh serta mengambilkira keseluruhan Pengurusan Nilai dan Kesepaduan Projek. Dalam bab ini, saya ucapkan syabas kepada Najib, cuma sedihnya VM telah digunakan untuk memotong belanjawan agar dapat dideviate ke lain tempat. Tidak mengapa soal crony. Cuma jangan membazir. Biarpun crony dia kena truely professional, beramanah. Saya cadangkan Najib pergilah belajar sebentar ke Umar Al Khataan Foundation di mana-mana dan kajilah caranya dia dalam mengatasi masalah Negara saat kesulitan hebat sedang melanda Negara. Umar Al Khataab di saat pemerintahan beliau, sesunggungnya menghadapi permalasan serupa sepertinya yang sedang kita hadapi kini, atas sifat zuhudnya akhirnya dia berjaya bukan sekadar mempertahankan Islam malah memeprluaskan tebaran Islam. Jika tidak, mana mungkin adanya hujjah mengatakan betapa benteng Islam telah runtuh di saat wafatnya dia. Apa tidak mungkin Najib tidak boleh jadi Umar Al Khataab dan atau Umar Abdul Aziz? Sesungguhnya mereka adalah manusia biasa, siapa juga boleh jadi mereka, jika mereka mahu dan berusaha keras. InsyaAllah.
nota:
(1) Kiamat yang bercorak menyakitkan, iaitu kemusnahan yang menyakitkan kecuali bagi yang berIman. Saya akur Kiamat tetap berlaku, dan hasil Kiamat ada dua, iaitu muncul terbukanya Syurga dan Neraka. Saat Kiamat hadir, Dunia terhapus dan Syurga dan Neraka akan muncul mendekat tercapai. Fahaman pribadi saya, pada saat akhirnya Kiamat, hanya Matahari (Neraka) dan Langit (Syurga) akan kekal kerana yang lain sudah meledak hancur akibat perubahan mendadak sistem graviti alam. AllahuaAlam.
Kuching,Sarawak
27 Jun, 2013
4 comments:
Salam saudara abc.
Saya amat tertarik dengan corak komen2 saudara terutamanya berkenaan najib dan politik serta pentadbirannya.Itu adalah pandangan peribadi saudara dan saya dapat merasai banyak benarnya. Cuma sedikit pandangan saya , saudara tidak boleh menulis sesuatu yang boleh mengganggu gugatkan aqidah umat, yang menyentuh soal iman, dengan hanya saudara merasai ianya betul berasaskan ilmu sains saudara yang kemudiannya memberi nota bahawa itu adalah pandangan peribadi. Sebagai contoh, apabila saudara menulis...."saya yakin keKiamatan(1), atau hancurnya Dunia ini, sebetulnya terletak di tangan manusia. Saat keingkaran terhadap perintah Allah kian berleluasa, maka lagi cepatlah Kiamat, pengakhiran kehidupan di Dunia".
Dua kenyataan peribadi saudara diatas boleh merosakkan aqidah yang membawa kepada syirik yang dosanya tak terampun...untuk pengetahuan saudara, berlakunya kiamat, tidak terletak ditangan manusia kerana manusia itu makhluk dan Makhluk TIDAK MEMBERI BEKAS...dan tidak akan cepat atau lambatnya kiamat itu barang sesaatpun seperti juga ajalnya makhluk....dan semua itu sudah tentu bukan dikeranakan ingkarnya manusia terhadap Penciptanya.Wallahua`lam.
..Fahaman pribadi saya, pada saat akhirnya Kiamat, hanya Matahari (Neraka) dan Langit (Syurga) akan kekal kerana yang lain sudah meledak hancur akibat perubahan mendadak sistem graviti alam......."
Saudara abc,
Saat akhirnya kiamat, semuanya musnah dan lenyap termasuk Matahari
kerana Matahari juga adalah makluk seperti kita yang ada mula dan ada akhir...ianya tidak sama dengan makhluk yang bernama Neraka kerana Neraka ada mula tetapi tidak ada akhir. Ilmu sains jelas menceritakan bahawa matahari itu terdiri daripada gas Hidrogen yang sedang menjalani tindakbalas nuklear membebaskan tenaga haba dan hasilkan gas He. Akhirnya nanti gas H akan habis dan matahari akan meletup menunjukkan makhluk matahari juga seperti kita ....akan ada akhirnya.
Pertama, terima kasih kepada yang mengulas. Keduanya, saya mengucapkan syabas, kerana biarpun belum semua namun sudah ada yang melihat pengertian syirik dalam bidang yang lebih lain dari pandangan biasa Melayu. Secara umum, Melayu memandang syirik sebagai menduakan Allah iaitu menyembah selain Allah ie berhala dan patung. Tafsiran menyembah inipun Melayu sering lihat hanya sebagai sujud sembahyang, tidak dalam pengertian lainnya sujud. Jika tafsiran itu terus dipegang sebegitu, sepertinya, tiada Melayu yang mengamalkan syirik. Tiada Melayu yang menyembah (sujud kepada) berhala dan atau patung. Saya cuba melihat, meletakkan diri kita dalam keadaan apapun selain dari tangan Allah adalah syirik. Contoh paling ketara kini adalah bila perolehan harta, pangkat, darjat dan bahkan keselamatan sudah bukan menjadi kuasa Allah tetapi di tanggan manusia tertentu sehingga manusia kebanyakan menjadi takut dan atau patuh kepada kelompok ini biarpun mereka adalah di jalan tidak lurus apa lagi benar. Maksudnya, kita banyaknya jadi takut pada kuasa selain dari kuasa Allah, apakah itu tidak syirik?
Ketiga, bertolak kepada soal bila saya gunakan Kiamat terletak di tangan manusia. Kekeliruan mungkin kerana saya gunakan perkataan terbuka "di tangan manusia". Jika saya gunakan ungkapan tertutup "di tangan manusia" mungkin lain pemahamanannya. Namun, ungkapan saya adalah berlapik iaitu saat segala kejahatan sudah berleluasa. Ini adalah pernyataan Al Quran dan juga Hadiths. Fahamanan saya, betapa kejahatan itu datangnya dari manusia, maka kiamat itu akan menjadi lebih cepat jika manusia sudah berlumba-lumba membuat kejahatan dan tidak ingin insaf sedar bertaubat. Membuat kejahatan itu adalah sepenuhnya di tangan manusia, maka saat manusia sudah lebih gemarkan kejahatan, maka kekiatamanlah yang diundangnya. Sepertinya kaum Lut AS, kemusnahan mereka adalah sebab mereka. Begitu juga yang terjadi kepada kepupusan salah satu dari kaum Yahudi yang Al Quran ceritakan yang tinggal hanyalah Unta. Kaum Firaun juga musnah kerana kejahatan mereka yang tidak terbendung. Sesungguhnya kehancuran pada manusia, adalah atas kehendak manusia itu sendiri. Itulah maksud saya.
(3) Soal Matahari adalah Neraka, adalah sebagai tarikan saya kepada manusia agar mereka sadar betapa Neraka itu sudah ada dan sudah tersedia. Saat malam kita melihat bintang dan di balik bintang itu adalah Syurga. Maka, tidak salah untuk kita meneroka alam, agar kita lebih faham akan kuasa Allah dan menjadikan kita agar lebih dekat kepadanya. Kita hanya sering berbicara tentang Syurga, namun zahir fizik Neraka jarang sekali kita bahaskan melainkan perit azab siksaannya. Objek Neraka itu bagaimana dan di mana? Al Quran tidak menjelaskanya. Hadiths (semakan saya kepada Muslim dan Bukhari), juga di dalam Injil tidak menyatakannnya. Cuma, saya mengambil rumusan dari kias betapa saat Kiamat mendatang maka Matahari adalah sepertinya di ubun-ubun serta api marak membakar di Yaman. Buat saya objek Neraka itu telah ada, kerana Muhammad SAW telah pernah ditunjukki akan Neraka dalam perjalanan Israq Mikraq baginda. Makanya rumusan saya adalah Neraka itu telah berada di antara Syurga dan Bumi. Saya cuba mengajak kita berbahas dan berfikir, betapa jika Matahari adalah Neraka, apa tidak mungkin manusia akan lebih berhati-hati untuk berfikir banyak kali jika mereka biar hanya terniat untuk berbuat onar semasa mereka memingkul tanggungjawab mereka. Manusia lebih patuh kepada apa yang dapat dilihatnya. Juga, bukankah manusia itu lebih banyak bangun di siang hari, di bawah sinaran saksian Neraka dan jika mereka berbuat onar, pasti mereka tidak akan terlepaskan kerana Neraka itu sendiri menjadi saksi kepada keonaran mereka. Saya berhujjah sebegini atas dasar betapa setiap sesuatu yang Allah jadikan adalah tidak sia-sia, segalanya telah ada, ada guna serta sebab musababnya, dan kita tidak pernah terlarang untuk terus meneroka IlmuNya asalkan ianya menjurus kepada peningkatan Taqwa dan Iman kita kepadaNya.
(4) Soal Matahari juga akan musnah adalah atas perhitungan sains manusia. Tanggapan manusia adalah betapa kerak Matahari adalah terdiri dari bahan-bahan radioaktif yang setiap waktu akan bersepai. Sepaian itulah yang menjana tenaga haba lalu membakar gas Hidrogen di permukaan Matahari. Itu masih Tiori belum hakikinya. Sesungguhnya kerak bumi juga ditiorikan sebagai sama asasnya, maka sebab itu terjana letusan gunung berapi serta segala pergerakkan sesimik. Pokonya, sains hanya cuba menjelaskan persoalan logik, benar atau tidak, masa akan menentukan. Terima kasih.
Post a Comment