.

4/3/13 A DAYDREAMER KIRAM-MISUARI....

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 05, 2013

Share

& Comment

Kepulauan Borneo kini terbahagi kepada tiga Negara iaitu Indonesia (Kalimantan Barat, Tengah, Timur dan Selatan), Brunei, dan Malaysia (Sabah dan Sarawak). Sedikit masa dulu, Sukarno lebih gemar mengunakan istilah Kalimantan Utara untuk merujuk kepada Sarawak (dan Brunei dan Sabah). Maka dengan sebab itu dia sangat marah bila Tunku Abdul Rahman cuba mengabung Borneo Utara dengan Tanah Melayu dan Singapura membentuk Malaysia. Cuma Sukarno tidak terang-terangan menyebut Brunei dan Sabah, kerana dia tahu, Brunei pasti tidak setuju sedang Filipina tetap menganggap Sabah sebagai sebahagian dari wilayahnya. Sukarno bersekongkol dengan Macapagal, menuntut Sarawak dan Sabah, sehingga Tunku Abdul Rahman TERPAKSA meminda tarikh peristiharan pembentukan Malaysia dari 31 Ogos, 1957 ke 16 Septembar, 1963 atas nasihat Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) iaitu Amerika Syarikat dan Britain sebetulnya.

(2) Sebelumnya, sememangnya banyak Kerajaan-kerajaan kecil terbentuk di seluruh Nusantara. Tanah Melayu, mulanya adalah di bawah Kerajaan Langkasuka yang berpusat di Pattani. Kemudian termasuk ke dalam pengaruh Majapahit. Lalu terbentuk Kerajaan Melaka hasil pemerintahan anak Raja Palembang. Di Borneo, begitulah juga. Kesultanan Sulu, sememangnya tertulis sebagai salah satu Kerajaan awal sebelah sini. Namun, kita tidak harus lupa, ada juga Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas, bahkan adanya pengaruh Mataram, Demak dan pelbagai. Jika disusuri ke asal penempatan di sini, sebenarnya sudah terbentuk Kerajaan Kuno di Gua Niah jauh melewati terbentuknya Kesultanan Sulu. Cuma kehadiran Sepanyol, Porugis, dan Inggeris, kemudian Jepun dan Amerika Syarikat mengubah menjadikan persempadanan dan sistem politik kita sehingga menjadi sepertinya hari ini.

(3) Ibarat sebuah rumah, apakah wajar penghuni lama menuntut rumah sekarang jika terdahulunya telah terjual kepada sesiapapun? Negara-negara yang wujud di Nusantara sekarang ini adalah terhasil dari kekalahan lepas Melayu Nusantara, bersebabkan kita sering terus bertelagah. Kita sehingga kini, terus akan bersikap sebegitu biarpun kita adalah bangsa serumpun, seagama. Sesungguhnya, seperti saya katakan terdahulu, bila Manila menandatangani Perjanjian Damai dengan Bangsa Moro sedikit masa lalu, yang dilapurkan sebagai ditaja oleh Malaysia, yang saksikan oleh Najib, mereka adalah hanya serpihan dari kelompok yang banyak. Sepertinya, sebegitulah, jika politik kotor membayangi segala, keberhasilannya pasti tidak akan kekal. Saya tidak pasti siapa mempermainkan siapa atau siapa dipermainkan siapa? Aquino III atau Najib atau siapa?

(4) Kini Misuari seperti dalam lapuran akhbar mengakui betapa tuntutan Kerajaan Sulu perlu meliputi Sarawak. Sesungguhnya, benarlah kata Mahathir, mereka ini Islam tetapi tidak faham akan Islam. Dalam Islam, jika sesuatu itu telah diserah kepada sesiapa, adalah terlarang untuk kita mengambilnya kembali. Apa lagi berbunuhan sedang nyawa tidak terancam. Juga, bila anak sudah menikah, juga sudah dewasa, dia bebas menentukan hala tujunya sendiri. Itulah tunjang budaya Islam dan Melayu, Misuari (Raja Sulu atau Moro) sepertinya lupa akan prihal itu. Melayu apakah mereka? Dan Sarawak (Sabah dan Brunei) asas penduduknya adalah Melayu biarpun hanya segelintir adalah Muslim, mereka masih berpegang teguh kepada adat Melayu. Jika Misuari dan (sisa-sisa kerabat Sulu dan Moro) tidak fahham itu, apakah asas yang boleh menyatukan kita akhirnya? Misuari dan sesiapapun di luar dari batas Negara ini harus sedar: pertama Sarawak dan Sabah sudah merdeka. Juga Brunei. Kita bukan negeri terjajah. Kita sudah merdeka. Kedua, apa ada dengan kesultanan Sulu? Rantau dan rakyatnya miskin. Wilayahpun 'terjajah'. Manusia manakah ingin beralih hidup dari senang kepada susah?.

(5) Cuma dalam soal kegilaan Misuari dan Kiram, kita rakyat Malaysia harus tidak mengizinkan mereka untuk menconteng arang ke muka kita. Dari segi Keselamatan Negara, kita tidak boleh bertolak ansur. Samaada Najib memilih untuk berdepan secara Political atau Military Tactical, kita mesti tidak kehilangan nyawa lagi. Kita mesti kelihatan dan menunujukkan keperkasaan kita. Jika tidak, cicakpun boleh menelan kerbau sepertinya. Kita tidak memerdekakan Negara ini dengan tidak bertumpah darah. Janganlah kita menghianati darahnya Rentap, Rosli Dobi (Sarawak) dan Mat Salleh (Sabah). Kesultanan Sulu tidakpun membantu kita untuk merdeka dulunya. Toh, saat kita sudah merdeka, sedikit senang dan mewah, mudah aja mau kita dikembalikan agar payah dan susah sepertinya mereka?.

(6) Namun biar apapun penghianatan Misuari dan Kiram henyakkan ke atas kita (bukan pertama kalinya Misuari berbuat sebegitu), kita umat serumpun seagama, kita jangan mengalah untuk membantu. Sesungguhnya, jihad Muhammad SAW dan para sahabah, dalam menyedar bangsa serumpun mulanya iaitu Arab Jahilliah untuk kembali ke jalan terang lagi bersuluh harus kita teladani rapat. Bagi saya Misuari dan Kiram, saya menduga adalah kalangan frustrated and desperado dan kita harus ada Economical and Political Tactics and Strategies yang boleh membawa mereka keluar ke jalan terang lagi bersuluh. Najib harus membentuk sebuah Badan Khusus untuk membantu mengurangkan resah hidup mereka ini dan lain-lain minoriti di seluruh Nusantara. Saya yakin, kita boleh jika kita mahu. Lihatlah usaha ini sebagai usaha untuk bangun sejahtera aman damai bersama sesama negara-negara jiran tetangga. Namun, secara Ketenteraan, kita tidak boleh kalah. Jangan sekali-kali kita kalah. Jika boleh, Najib tidak boleh membiarkan biar setitis darah rakyat Negara ini tumpah di tangan penceroboh ini. Jangan arang kita conteng ke muka sendiri.

(7) Buat rakyat Malaysia secara keseluruhan, khususnya orang Melayu Islam, jika kita asyik berpolitik untuk berkuasa dan mewah, Allah sebeginilah caranya Dia cuba menyadarkan kita jika kita berfikir dan merasa. Semoga, semua kita sadar dan tahu menghargai sebelum kelewat. SubhannaAllah.

Kuching, Sarawak
5 March, 2013

Nota:

Mat Salleh, or his real name Datu Mat Salleh was a Sabahan warrior who gained his fame due to his resistance to the British colonials in Sabah. Mat Salleh once declared the Tambunan district (or in his native language, ‘Negeri Tambunan’) as a district under his power. He was from the tribe Suluk Paitan, and his father, Datu Balu was married in Inanam with a lady from the Bajau tribe. This union bore 4 children: Ali, Mat Salleh, Badin and Bolong.

(2)Mat Salleh had taken over from his father the role of a chieftain of their village in Lingkabo district and Sugut River. Cost of administration was gathered from taxes imposed on traders who passed through the Sugut River in 1894. The British was uneasy over this arrangement and chose to attack him in Jambongan and destroyed his stronghold by the Sugut River in a series of clashes in 1896-1897.

(3) However, Datu Mat Salleh managed to escape. The decisive moment of his retaliation on the invading British East Indian Company began in July 1897 when Mat Salleh and his men attacked and destroyed the administration office of British East Indian Company in Gaya Island. In the same year, Mat Salleh attacked and burned the British East Indian Company Resident Office in Ambong. In December 1897, the British assailed Mat Salleh’s fortress in Ranau. The outcome was not in the British favour; they lost many soldiers in the process, which included Officer Jones who led the attack. In January 1898, the British once again attacked the fortress with a bigger force. Mat Salleh retreated and build a newer, stronger defence fortress in Tibabar Village, Tambunan.

(4)Every corner of the fort was guarded and there were several underground tunnels used to secretly channel in weapons, ammunitions, food and other necessities from beyond the fortress. These secret passages were also used as an escape route if they were surrounded by the enemies. This seemingly impenetrable fort finally fell in 1900 due to a massive onslaught of assault from British East Indian Company, and with this, the defenses of Mat Salleh was finally broken. This event also marked the fall of Mat Salleh as a warrior of his people.

(5) A memorial was built by the British to commemorate the events surrounding the fort. This memorial marks the spot where the fortress was finally taken by the North Borneo Constabulary Armed Forces on 1st February, 1900. In that final stand, Mat Salleh who had led a 6-years resistance against the ruling of Chartered Company had fallen on 31st January 1900. For the British, Mat Salleh was merely a rebel but to the locals, he was a warrior who fought for independence and a brave hero.

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

balqiswilson said...

Assalamualaikum.,

Hari ini saya ingin membicarakan topik Saudara Abc,sebenarnya pada 13.3.13. Tarikh itu begitu istimewa, namun email saya bermasalah, hari ini saya akan menulis biar hanya sepintas lalu.

Sabah,Sarawak,Malaya,3 gabungan wilayah kepada Pembentukan Persekutuan Malaysia melalui Suruhanjaya Cobbold sept 16,1963.

Petikan NST(New Straits Times), `This could be seen in the 2002 ICJ(International Court Of Justice- Den Haag,Belanda), which awarded the island of Sipadan n Ligitan located of Sabah,which were disputed by Malaysia and Indonesia,to the former.
This decision has strengthened the fact that Sabah has always been part of Malaysia."

Pencerobohan di Sabah bermula 12.3.13,berlanjutan hingga kini, diwartakan 10nyawa terkorban.

Insiden ini.."What comes to our mind and heart?"
Mungkin ia petanda kita masih lena diayunan.,atau..
ini fenomena perpecahan umat Islam sedang melanda.,
Apakah impak nyata peristiwa itu?
Dimanakah salah dan silapnya..?
Saya sendiri masih mencari jawabanya..

Beberapa siri rundingan,kaedah diplomasi disuarakan oleh Datuk Hishamudin(menteri dlm negeri), tempoh wajar diberi,namun seolah mencurah air didaun keladi.

Haruskah kita tembak saja tepat kesasaranya agar rebah tanpa belas seperti Enggang Lalu Ranting Patah (tulisan Abc)?

Konflik di Sabah menyakitkan pandangan mata.
Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Bertekad dihati bersimpul dijiwa,
Sayangnya jauh diseberang lautan.
versi asal,
Kalau sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan hamba serahkan.

Laut China Selatan tidak bererti pemisah rakyat Malaysia.
Biar jauh dimata ia tetap dihati, ibarat cubit peha kiri,peha kanan sakit juga.

Apa salah kita tetangga berjiran lagi bersaudara,bersimpuh manja di atas pelamin umpama pinang dibelah dua,sama cantik sama menawan,seia sekata.,atau..sama mendendangkan puisi cinta Dikir Barat, senada sealunan bak irama dan lagu, bagaimana rentak musicnya, begitulah lentuk dan lengguknya,tanpa irihati dan dendam kesumat didada..

Renungkan sabda Nabisaw,
Umatku akan berpecah menjadi 70 kelompok.
Sabdanya lagi,kalian ramai jumlahnya tapi ibarat buih dilautan,(tidak bermanfaat).
Pada hari itu Allah tanggalkan dihati musuh perasaan hormat kepada kalian dan Allah campakkan kedalam hati penyakit al-wahn iaitu "Cintakan dunia,takutkan mati".(riwayat Abu Dawoud)

Mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah.
Tq,wassalam.

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.