.

5/3/13 THE NATURAL SCIENCES OF THE MALAYS'...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - March 06, 2013

Share

& Comment

Satu kelebihan bangsa Barat berbanding bangsa Timur khususnya Melayu, ialah tabiat mereka yang suka menyelidik, memerhati, menganalisa lalu mengambil iktibar atau tindakan. Tidaklah tahu kenapa bangsa Barat, umumnya adalah Pencinta Alam. Mereka banyak melahirkan pemikiran juga penemuan akibat kecintaan mereka kepada, mulanya Natural Science. Mereka sangat dapat menafaatkan kecintaan kepada alam untuk keperluan-keperluan kehidupan mereka. Antara bangsa Barat yang paling gemar akan alam adalah bangsa Jerman. Antara pemikir-pemikir hebat Barat yang sangat mencintai alama adalah seperti Aristotle, Socrates, Micheal Angelo, Charles Darwin, Adam Smith, Sigmund Freud, Ford, Einstein, bahkan manusia seperti Carl Mark dsb. Contoh paling jelas dan terbaru, saat Obama sedang kalut menjelajah seluruh Negara berkempen bagi Penggal II Calun Presiden, taufanpun melanda Amerika. Dalam sekelip mata, Obama bertukar pakaian dari Kemeja Putih bersinsing lengan kepada pakaian Comander in Chief Tentera. Beliau mendarat di kawasan-kawasan dilanda musibah dengan gaya Commander serta memberikan Orders benar-benar sebagai Commander in Chief. Saat saya melihat gaya sebegitu, saya yakin,Obama pasti dapat sekali lagi menduduki Kerusi Presiden Amerika. Sesungguhnya Obama mengerti, saat kecelakaan sebegitu, seluruh rakyat Amerika, hanya mengharapkan satu iaitu hope.Obama delivered the needed hope well, and he excelled.


(2) Dalam Islam, hope adalah jelas. Allah menyajikan hope yang jelas buat kita, iaitu Syurga. Dengan gambaran Syurga yang begitu indah, sesiapapun dalam Islam tidak harus berfikir kedua kalinya untuk ke sana dengan mematuhi segala jalan pertunjuk dariNya. Sesungguhnya, Syurga adalah tanda MahaMenciptaNya Allah, yang menzahirkan manusia sentiasa bernaluri ingin mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Syurga adalah ciptaan Natural Science Allah untuk mengumpan manusia agar sentiasa berbuat baik. Senentiasa berbuat baik adalah sangat penting bagi kelestarian umat sejagat. Mungkin itulah sebabnya, bila bangsa Barat gilakan Natural Science akhirnya mereka menjadi pencipta dan peneroka yang baik-baik. Sesungguhnya, pemikir-pemikir Islam dahulunya adalah juga pencinta Natural Science. Para sahabah, Bukhari, Ghazali, Ibn Batutta, Ibn Sina, Ibn Rusdi, dsb adalah antaranya. Juga Muhammad SAW adalah pencinta alam, jika tidak masakan baginda menharamkan penebangan pokok dan pemburuan binatang di Tanah Haram. Kerana itu, Islam dulu-dulu lebih hebat daya penciptaan dan penerokaan Ummahnya berbanding dengan kini yang lebih kepada pengguna dan penurut.

(3) Dalam pelbagai peristiwa yang melanda Negara akhir-akhir ini contohnya banjir, tanah runtuh, ribut taufan, tsunami 2004, ganguan bekalan air, dan paling akhir Peristiwa Berdarah Serpihan Sultan Sulu di Lahad Datu dan Sempurna, adalah contoh di mana kita tidak peduli akan Natural Science. Sikap mereka yang bertanggungjawap dalam menangani hal-hal tersebut adalah biasa-biasa sahaja. Tiada menonjol ketokohan Commander In Chief dari sesiapapun. Kebanyakan paparan di akhbar dan media elektronik adalah Komander-komander gemuk 'bontok' bersandar di kerusi serta paling-paling menuding-nuding peta. Gaya, Ground Operational Commander In Chief ternyata kabur dan tidak kelihatan. Presentation of Hope tidak jelas. Kenapa ini terjadi, sebabnya, saya berkira mereka ini tidak faham Natural Science. Allah swt, menurunkan para Nabi dan Rasul, pada setiap masa adakah mereka tergambar sebagai badut-badut gemuk berlakun atau pejuang fisabillillah yang mengharung setiap inci bumi di mana mereka ditugaskan? Sesungguhnya jika kita dapat membaca itu, itulah watak Natural Science Allah swt cuba tunjukkan sebagai ikutan Commaders In Chief masa kini, jika kita bersahadah dan mengerti.

(4) Dalam Peristiwa Berdarah Lahad Datu-Semporna, saya berkira the Natural Science akan semua itu adalah sikap hasad dengki yang terus melanda Melayu biar di mana mereka berada. Segelintir yang menanda tangani Perjanjian Damai dengan Manila, telah dibenci oleh sebilangan kelompok yang lain. Bangsa Moro-Sulu, Melayu, hakikatnya adalah seperti sekumpulan siput dalam baldi plastik. Bila satu dapat memanjat, yang lain mula bertengek di atas yang telah berjaya. Akhirnya, bila terlalu berat, semua terguling kembali ke dalam baldi, tidak satupun dapat lepas. Saya pasti dalam perkiraan Najib mempersaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut, dia lupa Natural Science Melayu. Akibatnya, saat kita bangga dengan kejayaan kecil, kita terlupa menghitung bahana mendatang. Juga, kalau di zaman dulu-dulu, umpamanya di zaman Umar Al Khataab, sebaik sahaja sesuatu Kota dapat ditawan, dengan serta merta Pendidikan dan Tatacara Islam diperkenalkan. Maka dengan sebab itu, di zaman Muhammad SAW dan Sahabah, mereka banyak mendidik para ilmuan Islam, yang tujuannya untuk dikirim segera ke wilayah-wilayah taklukan baru. Bahkan para ilmuan Islam ini adalah juga pejuang bersama dalam menawan wilayah-wilayah baru, lalu mereka sendiri kemudian menjadi Pendidik dan Pendiri Akidah Islam di kawasan-kawasan baru tersebut.

(5) Kita dalam prihal Bangsa Moro, selepas Majlis menandatangani, maka kitapun sebok dengan liputan media, namun tiada rencana segera selanjutnya. Yang ada sebuah Sekretariat Kerdil di UPE, JPM. Sekali lagi the Natural Science of the Malays, mereka suka bersorak, tanpa ketentuan akhiran sesebuah lakunan. Politik Katak Bawah Tempurung adalah another character of the Malays' Natural Science. Satu lagi the Natural Science of the Malays adalah lambat, berlambat-lambat, leka, lengai. Tidak hairan, demi Melayu, Allah datangkan Islam kepada mereka jauh lebih meluas berbanding Islam datang ke Jepun, Korea, Taiwan atau Jerman. Kerana kita Melayu Muslim Malaysia adalah pengamal politik katak bawah tempurung, lambat, riak, dsb maka akhirnya pihak-pihak yang bertelaggah di Sulu, otak mereka terus berserabut dengan PHD lalu nafsu gelojoh mengundang mereka menyimbah Lahad Datu dengan darah kebodohan.

(6) Najib, kalau hendak cerdik, seharusnya telah menyediakan Pasukan Fisabillillah Ekonomi untuk mengempur masyarakat Islam minoriti di mana juga, membawa kepada mereka dakwah gerakan pembangunan yang bukan hanya mensejahterakan mereka tertapi juga sebagai wadah pengembangan ekonomi Melayu sejagat. Kita tidak berlunjur sebelum bersila. Kita tidak sediakan payung sebelum hujan. Kita memipis lada di burung yang terbang. Kita, menyimbah air di tempayan, saat guntur baru berdentum. Kita kian lupa kepakaran the Natural Science nenek moyang kita. Sesungguhnya, masalah bangsa Moro-Sulu, Cham, Pattani, Rohingya dsb, adalah masalah perut yang terlalu penuh dengan makanan tidak sihat sehingga kebususkan makanan di dalamnya mengasak kebusukan di hati lalu menganggu kewarasan fikiran. Maka dengan sebab itu jika kita lihat, para Commader In Chief yang mengurus prihal tersebut, perut mereka gendut-gendut 'bontok', tidak sebagai Comander In Chief Muhammad SAW dan para Sahabah saat mereka mendirikan Islam, berperut kempis, lasak mengasak. Inilah the Natural Science Melayu yang paling merugikan, the Natural Science of the Enlarging Tummy, lupa daratan. SubhannaAllah.

Kuching, Sarawak
6 March, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.