Mungkin banyak tidak ingat atau sedar betapa negara Yaman itu sangat penting dalam perkembangan kebangkitan Islam. Yaman, sebuah negara Arab yang terletak di pinggir laut Arab dan menjadi negara penting dalam perairan Teluk Arab dan Laut Merah. Sejak dulu kala, Yaman adalah sebuah negara perdagangan penting bagi rantau Arab.
(2) Ibu kotanya, Sanaa, adalah salah satu kota tertua di dunia Arab. Sejak zaman nabi Ismail lagi, kota ini telah wujud. Bila Kaabah dibangunkan semula oleh Ibrahim-Ismail, Sanaa ingin bangkit menandingi Mekah sebagai pusat Agama serantau. Kita mungkin tidak ingat, betapa isteri Ismail adalah perempuan dari Yaman yang kemudiannya keturunan darinya telah berjaya memesongkan Kaabah dari Pusat Agama Tuhan Tunggal kepada pusat Agama berbilang Tuhan, sehinggalah kaum nabi Ishak iaitu saudara Ismail terpaksa hijrah dan berpaling ke BaitulMukaddis sebagai kiblatnya.
(3) Di zaman anak-anak Muhammad SAW, Kaabah pernah diserang oleh tentera bergajah Abrahah, Raja Sanaa (Yaman). Sebabnya, Abrahah tidak mahu kemasyuran Kabaah mengatasi kegemilangan Kuilnya di Sanaa.
(4) Sebelum Islam, Yaman sebetulnya sangat kuat pengaruh Majusi, Yahudi dan Nasraninya. Bila Yaman dapat ditakluk dan kemudian menjadi negara Islam, peranan Yaman dalam menebarkan Islam ke rantau sebelah Timur tidak dapat dinafikan. Tanpa pelayar dan pendakwah dari Yaman, Gujerat India, kemudian Pasai dan rantau Asia Tenggara pasti sukar mendapat NurNya. Kebanyakan keturunan Arab di Malaysia dan Indonesia, bahkan di Thailand dan Kemboja adalah berketurunan Yaman.
(5) Sehingga kini, pedagang Arab yang agak tegar adalah dari Yaman. Dulu mereka adalah pelaut yang hebat. Sebabnya, mungkin mereka mengerti maksud Allah bila berfirman (lebih kurang maksudnya):Kujadikan laut yang luas supaya kamu dapat belayar di atasnya...... Hari ini, saya amat gembira bila mendengar Dr. Mahathir Mohammed ke Yaman untuk mengetahui perincian undangan Kerajaan Yaman agar dia dapat menjadi penasihat ekonomi negara tersebut
(6) Pada saya, telah saya katakan, dalam perkembangan Islam, biarpun umat Melayu jumlahnya sekitar 350-400 juta orang, namun sumbangan ketara umat ini dalam perkembangan Islam belum bertanda. Saya berkeyakinan dan berdoa, agar kita umat Melayu boleh menjadi tunjang dan dahan kepada perkembangan Sistem Kewangan Islam sebagai pilihan kepada Sistem Kewangan Sejagat. Sebetulnya, dulu-dulu, bila Mahathir membawa Anwar Ibrahim ke dalam UMNO dan kemudian melantiknya menjadi Menteri, harapan saya adalah agar Anwar dengan segera membangunkan Sistem Ekonomi Islam. Namun bila terjadi krisis Kewangan pada 1997, saya menjadi benci kepada Anwar kerana dia menghianati prinsip unggul Ekonomi Islam bila dia mengalakkan riba sehingga terlalu banyak perusahaan kita di Malaysia jadi kucar kacir.
(7) Mudah-mudahan perlantikan Dr. Mahathir Mohammed (DMM) sebagai Penasihat Ekonomi Yaman akan terus memperluas dan mempermudahkan jalan baginya untuk memperkukuh dan mempercepatkan pembentukan Sistem Kewangan Islam yang tersendiri dan tulin iaitu bukan berukuran sistem konvensyenal kini. Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Yaman atas perlantikan ini. DMM syabas dan selamat bekerja keras sekali lagi.
(8) Marilah kita semua sama-sama berdoa agar DMM terus sihat, waras dan cerdas demi kebangkitan semula Islam dan Melayu. SubhannaAllah.
Kuching, Sarawak
11 Jun., 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment