.

22/10/11 THINK LIKE DA VINCI

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 30, 2011

Share

& Comment


Sedikit masa lalu, saya ada mengulas mengenai sebuah buku: Berfikir Cara Mahathir, di mana, sebetulnya penulis buku berkenaan tidakpun menyatakan secara tepat bagaimana sebetulnya Mahathir berfikir. Pernyataan saya, Mahathir adalah Mahathir atas keinsafannya terhadap bangsanya yang lemah dan terpinggir. Kemahuannya untuk mengenengahkan bangsanyalah maka dia bukan hanya berfikir tetapi turut bersikap sebagaimana dia mesti bertindak. Namun dalam tangis, akhirnya dia sadar: Melayu mudah lupa, pemikiran dan pengorbanannya bagai mencurah air di daun keladi sepertinya nyanyian D'llyod.

(2) Malam tadi kerana tidak mahu tidur saya telah habis meneliti buku berjudul Think Like Da Vinci tulisan Micheal J. Gelb. Jelas buku ini lebih mudah untuk dihayati dari Eistein. The Life and Times oleh Ronald W. Clark. Secara khusus, Da Vinci tidak pernah menyatakan bagaimana cara dia berfikir. Saya berkira, para penulis Barat begitu bersungguh-sungguh untuk menulis mengenai beliau adalah atas dasar taksub dan kemahuan untuk menumpang hebatnya. Saya mungkin berbau prejudis, namun jika difikir jauh maka sebegitulah kebanyakan kita.

(3) Dilihat dari sudut biografinya, Lenonardo Da Vinci, terlahir sebagai anak gampang pada 15 April, 1452, dan tidak mendapat tempat samada di sebelah ibu atau bapanya. Anak tersisih. Analisis para saikologis mengenai beliau banyak menjurus kepada tekad seorang tersisih. Kerana sebegitu, beliau telah diangkat oleh datuknya lalu dididik dalam Ukiran Patung oleh Andrea del Verrocchio seusia enam tahun. Kemudian dia didik oleh St Luke di Ospedale Santa Maria Nuova pada 1472 dalam bidang apothecaries, perubatan dan lukisan. Beliau kemudiannya mendalami ilmu anatonmi iaitu satu bidang kaji organ dan struktur tubuh manusia. Dalam tahun 1482 beliau hijrah ke Milan lalu bekerja di bawah naungan Ludovico dan pada tahun 1495-98 beliau menghasilkan The Last Super. Bila tidak melukis, Leonardo mendalami ilmu anatomi, astronomi, botani, geologi, penerbangan, geografi, dan beberapa penciptaan peralatan ketenteraan. Walaubagaimanapun, kerana kelahakan Milan di tangan Peranchis pada 1499, pada 1502 beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jurutera bala tentera Cesare Borgia di Tengah Itali. Beliau kemudian melukis potret Madona Elisabetta yang lebih dikenali sebagai Mona Lisa isteri seorang bangsawan bernama Florentine. Beliau kemudian membawa lukisan tersebut pulang ke Milan. Di Milan beliau berkhidmat di bawah Louise XII lalu meneruskan pengajian beliau dalam bidang anatomi, geometri, hidrolik, dan penerbangan.

(4) Bila kuasa Peranchis dapat diusir dari Milan pada 1512, Leonardo kemudian lari ke Rom lalu bekerja di bawah naungan, Leo X seorang padri yang cenderung dalam ilmu perubatan. Kemahiran Leonardo kurang mendapat perhatian Leo, kerana beliau sudah mempunyai pelukis handalan lain: Michealangelo dan Raphael. Pada usia 60 tahun, beliau merasakan betapa kemahirannya telah dipersia-siakan lalu beliau berangkat pergi ke Amboise di Lembah Loire lalu bernaung di bawah Frncois I, maharaja Peranchis. Inilah Maharaja yang benar-benar memberikan segala dokongan dan kebebasan buat Leonardo untuk berfikir dan bekerja semahunya. Kerana serangan sakit jantung, tangan kanan beliau lumpuh, dan matilah Leonardo Da Vinci dalam: Leonardo never religious but always deeply spiritual.....he never completed...lots of his works including The Last Super, The Battle of Anghiari, or the Sforza horse....

(5) Suatu perkara yang semua mesti ketahui, betapa Leonardo sangat dikagumi sebagai manusia paling bistari pernah hidup, mengikut susunan: William Shakespeare, The Great Pyramid Builders, Johann Wolfgang von Goethe, Michealangelo, Isaac Newton, Thomas Jefferson, Alexnadra the Great, Phidias (architect of Italy) and Albert Einstein, dan kebijaksanaan beliau perolehi lewat jalanan:

I roamed the countryside searching for answers to things I did not understand. Why shells existed on the tops of mountains along with the imprints of coral and plants and seaweed usually found in the sea. Why the thunder lasts a longer time than that which causes it, and why immediately on its creation the lightning becomes visible to the eye while thunder requires time to travel. How the stone, and why a bird sustain itself in the air. these questions and other strange phenomena engage my thought throughout mu life.

(6) Apakah sifat roaming Da Vinci ini janggal? Kalau kita ikuti cara Mahathir, pasti kita ingat betapa dia saban tahun akan ke mana-mana, dan pulang dengan selambak buku-buku. Cuba juga teliti sifat Ibn Bhatutta, Ibn Sina, Bukhari, Muslim, Hambali, Maliki, Shafiee, Cheng Ho, Hang Tuah, bahkan lihatlah sejarah awal Muhammad SAW apakah tidak pengembaraan, menghadapi apa yang mesti mereka hadapi. dari semua itu, kremudian mereka jadi bijaksana. Maka tidakkah benar apa yang telah Allah tegaskan: ...berjalanlah, berfikirlah, lihatlah....di sana ada kebesaranku...

(7) Pokoknya, dalam kepala Da Vinci adalah bermacam persoalan, dia mengembara, dia mencari jawaban di lama nyata, seperti dinyatakan oleh Freud: "He transmutted his passion into inquisitiveness". Da Vinci mencari kebenaran melalui sifat ingin tahu yang mendalam. Dalam perkataannya sendiri, Da Vinci berkata: " The desire to know is natural to good men". Ungkapan ini terbit dalam tahun 1400an. Namun, sebagai umat Islam, kita lalai terhadap cabaran Allah dalam Al Quran yang turun dalam tahun 600an di mana Dia telah berfirman: ...berjalanlah di muka bumi, dan di sana ada tanda-tanda kebesaranKu..., maka jika kita umat Islam mendalami Al Quran pada jalan sepatutnya, pastinya setiap kitapun pasti akan jadi bijaksana pada kebolehan masing-masing. Cuma kadang-kadang kita terlalu terikat dengan amaran Allah......jangan kata-kataNya dipersoalan... maka kitapun menutup mata hati kita untuk memahami pengertian yang begitu luas dan menyeluruh di dalam Al Quran.

(8) Di sepanjang saya berkhidmat, telah menjadi suatu tututan agar mereka yang bersama saya mesti melihat dan merasa akan rasa dan kehidupan di luar sana. Saya percaya hanya dengan cara sebegitu, barulah kita dapat merasa, mendalami, dan menjadi mereka. Abu Bakar Al Siddique mengamalkan sebegitu sehingga menjadi suatu gagasan kepada Peter Drucker sebagai MBO.

(9) Namun untuk kepentingan pembaca, berikut saya turunkan urutan sifat Da Vinci sehingga beliau dianugerahkan the most genius man on earth. Einstein duduk pada tangga ke 10 selepas beliau.

(i)Curiosita: Harus ada rasa ingin tahu yang mendalam, carilah ilmu biar
sampai ke liang lahad dan atau ke negeri China. Janganlah kita
lupa untuk meneliti segala di sebalik yang kita lihat,
dengar,dan rasa. Anak-anak jadi pintar kerana naluri ingin tahu.

(ii)Dimsotrazione: Buktikanlah. Demonstrate. Amalkanlah ilmu ynag
kita pelajari. Ada ungkapan yang berkata: Amal tanpa Ilmu,
bagai si buta meraba di malam gelap. Ilmu tanpa amal, adalah
dosa!


(iii)Senszione: Teruslah memperbaiki. Tiada apapun yang sempurna. Segalanya
perlu dikaji, di semak semula. Kita mesti sering berusaha
memperbaiki biarpun yang sudah baik. Orang Jepun mengungkapkan
ini sebagai Kaizen. Dalam bahasa Melayu, sifat terus
memperhalus sering diutarakan. Teruskan berfikir tentang apa
yang telah kita lakukan. Terus berfikir. Pasti untuk kedua
kalinya, kita akan lebih bijak, dan sebegitulah seterusnya.
Kita harus terus belajar dari masa lepas.

(iv)Stumato: Bukan tomato. Stumato. Dapat melihat dari kesamaran. Dalam
bahasa Melayu, mungkin sama maksudnya dengan: Melihat
tersirat dari tersurat
. Maka, biar Da Vinci bukan seorang
yang taat akan agamanya, Kritian, namun beliau dapat melihat
kemelut yang bakal menghantui agama itu, maka lukisannya The
Last Super
, bagi saya adalah amaran beliau tentang
pemesongan dalam agama itu. Pada lukisan itu, ada empat
kelopmpok tiga orang yang saling berbicara tersendiri dan
membiarkan Christ, di tengah-tengah sendiri. Itu adalah amaran:
Betapa selepas dia, pasti timbul kelompok pemusnah
Kristianiti
. Ada rasa curiga agaknya. Ada firasat.

(v)Arte/Scienza. Perlu ada keseimbangan dalam pengunaan otak kita. Jangan
hanya bebankan otak kiri sedang otak kanan hanya lengai atau
sebaliknya. Pemikiran saintifik dan kesenian harus
diseimbangkan.Cuma, orang Melayu, cukup takut dengan sains biar
otak mereka sebetulnya sangat inquisitic. Cuma, mungkin
sifat inquisitic itu terlalu menjurus kepada prejudis:
dengki, khianat, busuk hati. Otak kanan penuh dengan daya
kreativiti. Kita harus manfaatkannya. Otak kiri penuh dengan
perhitungan, maka gunakannya dengan sebaiknya untuk kebaikan.
Biarpun da Vinci terlatih dalam seni, namun dia tetap meminati
pemikiran sains ie anatomi, geologi, botani, hidrologi,
geografi, dsb. Begitu juga Einstein, bukan hanya berminat dalam
Matematik dan Fizik bahkan beliau adalah pemuzik yang baik.

Mahathir, suka mengukir dan bertukang. Lawatan saya ke rumah
Nik Aziz....mmmm polos, pondoknyapun masih terbengkalai entah
sudah berapa lama!

(vi)Corporalita: Harus ada kesendirian. Keistimewaan. Istlah yang selalu saya
gunakan adalah, Unique and Special. Banyak perkara adalah
unik tetapi tidak istimewa. Banyak yang istimewa, tapi tidak
unik. The Last Supper, banyak orang boleh melukisnya,
namun maksud disebaliknya pasti tidak spiritual jauh dari
religious.

Mahathir berani saat Barat tengah ganas. Namun dia berani undur
saat dia di kemuncak kerana dia tahu, jika tidak, bukan Melayu
yang tidak faham yang dia takuti, tetapi Barat yang menyusup
dalam baju Melayu untuk menyentap dia yang dia takuti. Dia undur
saat dia yakin dia boleh menang bila berada di luar. Itulah unik
dan istimewanya Mahathir.

(vii)Connessione: Kemampuan merangkai. Contohnya kalau melihat awan, pasti
ada angin yang meniup mengumpul awan. Pokoknya, berfikir secara
bersistem. Boleh melihat urutan.

(10) Apakah benar Da Vinci mengikut cara sebegitu dalam proses pemikirannya. Ya atau tidak, apa faedahnya? Cuma wajar kita mempelajari dari yang baik kita pelajari, dan bukankah ini juga maksud Allah:".....berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah....tidakkah kamu orang-oramg ynag berfikir?"

(11) Biar saya turunkan: In his search for truth, Da Vinci insisted on questioning conventional wisdom. He used the word dimostrazione to express the importtance for oneself, through practical experience....


nota:
Saya tersenyum bila membaca, adakalanya Leonardo Da Vinci menulis terbalik. Sebabnya pasti dia sendiri yang tahu. Dalam Tingkatan 4 di SMSAH, kerana saya tidak puas hati dengan cara Uztazah mengajar Pelajaran Agama Islam, saya mengmabil keputusan menulis Ayat Al Quran dari Kiri ke Kanan sehingga saya di gelar murtad.


Normah Medical Center, Petra jaya
30 Okt., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.