Sejak berapa lama saya sering menempelak tentang Islamnya perbankan Islam yang kita sedang amalkan. Dalam sistem zakat Islam, telah ditentukan bahawa kadar zakat atau dalam istilah hari ini sebagai faedah telah Allah tetapkan pada kadar 2.50 peratus. Namun, dalam sistem kita sekarang ini, kadar faedah yang di kenakan sangat jauh lebih tinggi. Sememangnya agar berbau dan berbuntyi Islam, istilah faedah tidak digunakan namum, natijahnya tetap sama. Semuanya bersandarkan kepada risk management.
(2) Meneliti jalanan dua manusia agung Barat, Leonardo Da Vinci dan Einstein, seorang wujud dalam tahun 1452 dan seorang lagi pada 1879, keduanya sebetulnya terlahir dalam kancah yang sangat hebat. Leonardo lahir saat Eropah sangat memerlukan pembaharuan akibat keruntuhan Roman. Sedang di Jerman, tanah tumpah darahnya Einstein kemelut melanda saat Eropah terutamanya Prusia, Peranchis, Itali dan Belanda sedang berperang berebut memperluas wilayah. Pokoknya, dua manusia ini lahir atas tujuan yang nyata, iaitu membawa perubahan dan pembaharuan bagi kesejahteraan umat. Asas kebangkitan kebijaksanaan mereka adalah atas sengsara dan kemelut yang sedang melanda.
(3) Sebagai umat Islam, kita sedar, lahirnya Muhammad SAW adalah dalam zaman Arab sedang dalam kegelapan. Jahilliah. Kemunduran adap dan kemanusiaan. Maka begitulah Allah, sentaiasa Dia menghadirkan seseorang saat kegetiran melanda manusia. Kehadiran Leonardo dan Einstein selepas Muhammad SAW tidak boleh kita umat Islam pandang sinis dan serong. Semuanya, terjadi atas kehendakNya. Dia maha mengetahui akan tujuannnya dan kita perlu berfikir waras, panjang dan dalam dalam mengerti dan menafaatkan hikmahnya.
(4) Saya tidak berapa ingat, adakah ianya firman Allah atau sabda Muhammad SAW, saya pernah membaca, bila di soal tentang gantian seorang pemimpin yang agung, maka jawapan kepada kerisauan itu adalah: ”Akan sentiasa ada 30 orang di antara kamu, yang akan memimpin kamu”.
(5) Semalam, dalam kesakitan yang agak berat, saya sekadar mendengar sepintas lalu ucapan Mahathir Muhammad tentang betapa perlunya kita membangunkan Sistem Kewangan Islam. Saya berkira, biarpun fahaman bodoh sebilangan orang Melayu yang menyatakan betapa seseorang yang paling disayaingi Allah pasti akan pergi menghadapiNya seawalnya dan sedang Mahathir yang sudah menjangkau 86 tahun, dalam bahasanya sendiri: dok masih ada, teroklah Kerajaan dok bayaq pencen, pastinya sangat bertali dengan keperluan kita untuk menyelesaikan kemelut ekonomi yang sedang gawat kita hadapi. Kalau tak silap Mahathir berkata: ”Kita tak usah dok belajaq dengan orang Barat, depa dah gagal. Kita kena bangunkan Sistem Kewangan Islam dengan sekuatnya”.
(6) Kita sedang menghadapi kemelut sara hidup yang terlalu tinggi. Harga rumah tinggi. Harga barang makanan tinggi. Kos pengangkutan tinggi dan tidak cekap. Rakyat kita kian berdarah tinggi. Kepala angin pun tinggi. Maka tinggilah masalah perceraian. Melambung masalah sosial. Juga banyak penyakit kita kita kian meninggi. Segalanya menyerupai, ibarat suasana kebangkitan Karl Mark, Hitler, Stalin, dsb di zaman kegelapan Eropah. Jangan sampai saat sebegitu terjadi, maka barulah kita sedar. Kita sendirinya dulu hampir-hampir condong kepada Mao Tze Tung dengan wujudnya Samsiah Fakih, Abdullah CD, dsb. Semuanya kerana rakyat susah. Ingatlah pesan Muhammad: kemiskinan membawa kekufuran.
(7) Saya yakin, Sistem Ekonomi Islam yang tidak membebankan boleh kita laksanakan dengan segera terutama dalam soal perumahan untuk rakyat, pendidikan, kesihatan, prasarana, dan pembangunan hartanah samada untuk pertanian atau harta kekal lainnya. Saya yakin, bidang-bidang ini segala risikonya boleh dikurangkan dengan baik. Begitu juga, jika boleh, pastinya dengan sistem pengurusan GLC yang lebih bertanggungjawap serta terkawal, maka GLC ini boleh dijadikan sandaran dalam segala pembangunan yang melibatkan pembiayaan secara Perbankan Islam. Mungkin Najib perlu bergerak pantas dalam soal ini. Pengalaman FELDA dalam menggunakan biaya Bank Dunia boleh kita jadikan ikutan dan pembaikan. Cuma, kita perlu terus berfikir dan merasa seperti Muhammad SAW, Leonardo Da Vinci dan Einstein.
(8) Saya berharap, manusia seperti Mahathir Muhammad mudah-mudahan terus hidup sihat dan berfikiran waras agar gerakkan pembentukan Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Usianya yang panjang tidak bermaksud Allah tidak sayangkan beliau. Saya berharap orang Melayu dapat melihat Islam dalam sudut yang lebih subur dan mensejahterakan, dan tidak terpesong oleh fahaman kolot terbelenggu oleh budaya yang telah memudaratkan kita sejak sekian lama.
Normah Medical Center, Petra Jaya
30 Oct., 2011

0 comments:
Post a Comment