Lombok adalah sebahagian dari kepulauan Indonesia yang terentang ke timur dari Pulau Jawa/Bali. Untuk ke sana, kita boleh naik pesawat dari Jakarta dan singgah sebentar di Surabaya dan seterusnya terus ke Mataram, iatu Kotanya Lombok, selama sejam setengah perjalanan dengan pesawat Boeng 737.
Lombok, maksudnya adalah cili dalam bahasa Jawa. Manakala Mataram pula adalah sempena nama Kerajaan silam Jawa yang berpusat di Yogyakarta. Sebetulnya, masyarakat asal Lombok adalah serumpun dengan masyarakat Bali. Pengaruh agama Hindu juga masih kedapatan dengan jelas di Lombok. Namun, masyarakat Jawa adalah dominan di Lombok.
Istimewanya Lombok, dari pengamatan ringkas saya, sangat banyak, antaranya:
(1) Kangkung Lombok sangat istimewa. Di sini, kangkung disebut Lompongan, mungkin dari istilah Jawa, lompong yang bermaksud kosong (hollow), iaitu batang yang kosong. Kangkung Lombok terasa lebih manis dari kangkung di kebanyakan tempat yang telah saya rasai. Kangkungnya lebih lembut, lebih manis, lebih ranggup. Varieti kangkungnya adalah sama dengan varieti yang saya amati di semua negara tropika yang pernah saya lawati: Thailand, Vietnam, Filipina, bahkan Malaysia. Di Lombok, disamping padi ditanam secara sawah, mereka di sini, menanam kangkung secara bersawah. Kangkung tidak di tanam di batas, seperti di tempat lain, melainkan dalam sawah yang digenangi air. Setiap dua bulan, sawah kangkung dibajak seperti sawah padi, dan kangkung baru ditanam, seperti menanam padi, dan dibaja dengan baja urea.
(2) Terdapat banyak pokok aren (enau) di Lombok. Ianya tumbuh liar di lereng-lerang gunung dan bukit dan hasilnya adalah tepung yang sangat istimewa dan menjadi adunan utama kepada tepung sagu dalam pembuatan suun (clear noodle). Nira aren boleh dibuat gula dan rasanya seakan-akan gula nipah, tetapi agak kurang manis.
(3) Masyarakat Sasak, yang dianggap masyarakat asli Lombok punyai pegangan agama yang agak istimewa di mana mereka mengerjakan sembahyang cuma tiga kali sehari. Amalan agama mereka di sebutWetu Telu (saya agak Waktu Telu di mana telu itu bermaksud Tiga dalam bahasa Jawa). Mereka mengerjakan sembahyang tiga waktu sahaja dalam sehari iaitu, Subuh, Dzohor, dan Assar, sembahyang hanya di waktu siang. Di kisahkan ini kerana, di masa lampau ulama yang mengajar mereka tentang Islam, kerana sesuatu hal, terpaksa kembali ke Jawa, lantas beliau tidak sempat menyempurnakan ajaran Islam beliau. Maka amalan Islam masyarakat Sasak hanyalah separuh jalan, dan kekal sehingga ke hari ini.
(4) Satu perkara yang memang istimewa di kalangan masyarakat Sasak ialah, bila seseorang lelaki suka akan seseorang gadis, dan berminat menikahi gadis tersebut, maka lelaki berkenaan mesti melarikan gadis tersebut dari rumahnya. Setelah tiga hari, Ketua Kmpung gadis berkenaan akan diberitahu akan hal tersebt dan beliau akan jadi perantara perundingan kedua belah keluarga. Inilah munkin, apa yang kita namakan kahwin lari yang sebenarnya!
(5) Semasa melawat sebuah kampong bernama Malaka, saya tertarik dengan akal masyarakat di sana, di mana mereka membela merpati, setiap rumah ada sekawan merpati. Seekor dari merpati ini, dikalungi dengan keronsang buluh, dan bila ianya terbang akan membuat bunyian (seperti siulan) yang sangat istimewa. Seekor lagi akan di kalungkan dengan keronsang seperti mainan anak-anak kecil. Dan, pastinya bila ianya terbang, akan membuat bunyi gemercik yang sangat indah, terutama bila digandeng dengan siulan keronsang buluh. Merpati-merpati ini akan terbang berkawanan, di keliling kampong, dan ada kalanya hanya akan kembali kepada tuannya sehingga 5-7 hari.
(6) Masyarakat nelayan Lombok punya kemahiran menyelam yang agak luar biasa. Semasa meninjau-ninjau sekitaran beberapa kampong nelayan, saya dapat melihat mereka boleh berenang sehingga sekitar 200-300 meters di laut luas Cuma di bantu dengan alat pernafasan asas. Begitu juga mereka boleh menyelam antara 5-15 minit.
(7) Perawakan masyarakat asli Lombok seperti masyarakat Melayu asli (bukan orang asli). Kulit agak hitam. Tubuh agak rendah. Badan yang tegap-tegap. Rambut agak keriting. Hidung ada mancung ada besar. Bibir yang sederhana tebal. Bila didengar percakapannya, seperti percampuran pelbagai bahasa, ada Jawa, ada Melayu, ada juga seperti Melanau. Cuma mereka bercakap dengan agak cepat. Satu perkataan yang sangat menarik perhatian saya ialah bersadu, satu istilah Melayu Sarawak (Sambas) yang bemaksud melapur. Mereka mengunakan istilah tersebut untuk maksud yang sama.
(8) Kalau di tempat lain, mutiara di hasilkan dari kepah (shell), tetapi di Lombok, mutiara terhasil dari kerang. Kerang di sini, jauh lebih besar dari yang biasa, mungkin 3-4 kali lebih besar. Begitu juga ketam, ketam nipah (brown crab), hampir sama besar dengan apa yang pernah saya lihat di Papua New Guinea, lebih kurang 2-3 kali dari saiz ketam di Malaysia. Ikan tuna juga kedapatn dengan banyak di sini. Setiap hari, seseorang nelayan boleh dapat antara 20-30 ekor tuna sehari.
(9) Saya juga dapati di sini terdapat sejenih buluh yang sangat beasr dan tebal. Ianya banyak digunakan untuk pembuatan perabut dan dinding rumah. Ada sejenis buluh yang batangnya berbintik-bintik juga amat menarik dibuat lantai dangau atau ayaman tikar.
(10) Tanaman padi dan kelapa adalah tanaman utama di sini. Banyak golongan muda Lombok berada di luar negara sebagai TKI. Di Lombok perkataan JaMal amat terkenal, bermaksud Janda Malaysia, iaitu para isteri yang ditinggalkan suami kerana mencari nafkah ke Malaysia. Saya turut memperkenalkan perkataan DuMal kepada masyarakat di Kpg Malaka, sebagai pelengkap JaMal!
(11) Saya belum pernah ke Bali, tetapi rata-rata masyarakat di sini, percaya, Lombok masih azali dari Bali. Hotel dan Resort banyak terbina di tepi pantai berpasir hitam-kelabunya, serta di beberapa pulau di luar pantainya. Hotel-hotel dan Resortnya selalunya di lengkapi dengan kemudahan spa dan Health Center. Banyak kapal layar tumpang berlabuh di teluknya yang agak terlindung.
Mataram, Lombok
9 June, 2009
0 comments:
Post a Comment