.

1/10/19 MATEMATIK DAN HISAB .... Melayu sasau dalam kedua-duanya.

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - October 31, 2019

Share

& Comment

Matematik asalnya adalah dari Yunani, temadun Greek (máthēma, "knowledge, study, learning") yang terbentuk di utara Maditerannean pada abad ke 800SM. Pada asasnya, matematik Yunani adalah bidang keilmuan yang melibatkan kajian ke atas kuantiti (quantum), rupabentuk (structure) yang dulunya lebih dikenali sebagai algebra, ruang (geometry) dan pelbagai olahan (simulation) (mathematical analyisis). Sebetulnya, sehingga kini belum ada suatu takrifan dan tafsiran jelas mengenai Matematik. Perkara ini seharusnya semua perakui lantarn ilmu Matematika itu adalah ilmu yang terus berkembang dan ianya merupakan asas bagi kebanyakan ilmu yang ada di zaman moden ini. Di zaman Yunani, Euclid merupakan seorang yang sebegitu dinamik dari segi pemikirannya berkenaan Matematik. Dari Euclid maka timbul pelbagai cabang keilmuan berteraskan Matematik yang juga mencakupi unsur-unsur saikologi.

(2) Jika diteliti dari paparan diinternet mengenai wajah Euclid, kita pasti akan dapat melihat beliau digambarkan mirip seorang pendita. Mungkin lantaran temadun Yunani dan Farsi itu hampir-hampir bertindih dan sebetulnya, temadun Yunani runtuh lantaran bangkitnya temadun Farsi, maka tidak heran jika watak-watak Mullah Farsi punya kemiripan jelas pada para pendita dan cerdik pandai Yunani dan sebaliknya. Ini ibarat perbauran antara temadun Jawa dan Melayu di Nusantara pada awalnya. 

(3) Saya dapat melihat, Matematik adalah suatu ilmu yang memerlukan daya khayalan tinggi. Atas dinamisma itu, maka wajar Matematik belum ada takrifan dan tafsiran yang khusus dan tepat sehingga kini. Cuba bayangkan bagaimana tanpa bantuan apapun, sesorang Matematik boleh mendapat akal untuk mengetahui isipadu contohnya sebuah sfera seperti bola. Jika sebuah bungkah segi empat atau segi empat bujur, mudahlah untuk mengira isipadunya iaitu berasaskan LxTxD. Namun sebuah balang berbentuk lonjong, bulat atau sfera, bagaimana seseorang boleh mengira isipadunya. Sebegitu juga tentang luas. Luas sebuah lantai atau tanah rata mudah saja kita mengira luas permukaannya. Namun bagaimana untuk mengira luas hamparan sebuah meja bulat atau tanah bergunung ganang dan lurah. Maka sesiapa yang telah mencipta ilmu Matematik untuk memperhitung semua ini, dia harus berupa penghayal yang cukup tajam mata hatinya, wataknya pasti mendekati watak seorang pendita adalah tidak mustahil. It take a serious thinker to resolve or coming up with brilliant practical ideas or solutions. Pemikir yang hebat, mereka seringnya berwatak mendekati pendita. Maka Euclid di zaman Yunani, Socrates di zaman Latin Roman, Ibnu Sina di zaman Abbasiyah, Ibnu Khladun dan Micheal Angelo di zaman keruntuhan Kordoba dan Kebangkitan Barat Renaissance, semua mereka berpunya watak-watak sebegitu. Hanya mereka yang gemar berfikir akan menjadi pencipta dan perubah. Pemikir mempunyai kehidupan sendiri tersendiri. Dia mungkin kelihatan sunyi sepi, lonely namun jiwanya penuh kebahagian. 

(4) Lantaran Matematik memerlukan watak serious and lonely, maka saya dapat menangkap kenapa Matematik cukup digeruni oleh orang-orang Melayu. Saya masih ingat di zaman saya masih bercampur baur dengan anak-anak sekolah yang rata-rata kurang daya berfikir, umuran 7-15 tahun, bila tiba masa untuk pelajaran Matematik semua pasti kecut. Guru Matematik dilihat ibarat Malaikat Maut. Dan ketakutan ini menjalar ke pelajaran Sains dan malah Geografi. Maka berlakulah kecirian hebat anak-anak Melayu di tahap CEE (Common Entrance Examination) kini UPSR dan SRP (kini PMR atau PT3).  Orang Melayu adalah manusia-manusia santai. Jiwa Melayu adalah jiwa socialise, keramaian. Buatlah pesta apapun dan di manapun, pasti Melayu yang akan memenuhinya. Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Rabu, semua itu cukup meriah dan sangat disukai Melayu. Itulah gambaran watak-watak santai socilaise Melayu. Sikap serious bukan pilihan Melayu. Matematik memerlukan sikap penuh perhatian dan tumpuan, kesungguhan tidak berbelah bahagi. Inilah antagonisma Matematik dan jiwa sejadi Melayu. Keserasian yang sukar. Maka bersebab Melayu tidak suka kepada Matematik, maka Melayu menjadi corot dalam segala ilmu yang berteraskan Matematik. Sesungguhnya tiada ilmu yang tiada keperluan Matematiknya. Saya berkira, pakar-pakar pendidikan kita perlu melihat masalah saikologi ini dalam dunia Melayu untuk merobah Melayu menjadi apa yang seharusnya mereka menjadi. Kini dengan dunia digital yang penuh mathematical illusion, maka Melayu akan kian tercorot jauh. Melayu akhirnya akan menjadi bangsa pengguna, bukan bangsa pencipta dan merobah.

(5) Cabaran kepada dunia pendidikan anak-anak Melayu adalah bagaimana hendak menjadikan Sains dan Metamatik itu suatu yang cukup bersifat simple logic and entertaining. Jika itu payah untuk kita capai, maka sampai kapanpun Melayu akan terus terkapai-kapai dalam Matematik dan Sains. Dunia Matematk dan Sains akan terus menjadi hantu yang mensasaukan anak-anak Melayu. Di Barat, malah di Jepun dan Korea, mereka memulakan Maths and Sciences as games. Kini games ini telah menjadi suatu industri Digital yang sangat hebat dan telah berkembang menjadi industri animasi yang sangat meluas. Saya ingat, suatu hari anak saya yang baru Darjah Tiga, pulang dengan wajah sugul. Sebabnya, dia dihukum kerana tidak hafal sifir dua. Sistem pendidikan yang diguna di sekolah adalah sistem menghafal. Bukan sistem khayal berfikir. Maka saya membawanya keliling kota dan berhenti di sebuah kawasan Letak Motosikal. Di situ saya menyuruhnya mengira berapa tayar motosikal untuk sebuah, dua buah, tiga buah sehinggalah dua belas buah. Di situ saya mengajar dia tentang sifir tiga. Tentang sifir tiga, saya meminta dia membayangkan motosikal berpunya tayar tiga. Saya ulangi proses itu semasa dia hendak tidur supaya the game is repeated into her mind sewaktu akan tidurnya. Dalam seminggu dua kemudian beliau sudah pandai berdebat dan berteka teki sendiri dengan abangnya tentang sifir 4, 5, 6 sehingga 12. Saya bukan ahli fikir di bidang ini, maka biar saya berhenti di situ untuk prihal itu.

(6) Persoalan pokok yang ingin saya bicarakan selanjutnya adalah soal Hisab. Saya melihat ada keanihan dalam soal pemahaman Hisab di kalangan orang Melayu. Semua Melayu faham keperluan Hisab. Dulu-dulu ilmu Hisab sering disebut sebagai Ilmu Kira-Kira. Suatu terjemahan dari istilah Arithmatic. Namun dengan berlalunya masa, kekhilafan ini kini telah diperbetulkan sebagai cabang-cabang ilmu Matematik. Saya tidak berhasrat untuk membolak-balik sejarah kekusutan takrifan dan tafsiran Matematik dan Hisab. Kita tinggalkan perkara itu di situ saja. Apa yang ingin saya ketengahkan adalah Hisab dan Matematik serta kehadiran keduanya adalah sangat Melayu geruni. Di alam persekolah, anak-anak Melayu cukup takut dengan Matematik. Itu telah saya bicarakan terdahulunya. Kini saya mahu membicara Hisab yang lain. Hisab yang bukan Matematik duniawi. Hisab dalam pengertian Al Quran adalah Hari Perhitungan di Masyar. Dalam istilah perniagaan, Hisab Masyar adalah Balance Sheet Presentation. Bila itu? Entahlah, mungkin 1,000,000 tahun lagi. Apa tidak mungkin Kiamat datang besok? Atau 100 tahun lagi? Tarikh sebenar Kiamat hanya Allah yang tahu. Namun sebelum Kiamat benar-benar datang, 2-3 generasi ke depan belumlah ianya terjadi. Dari mulanya muncul Dajjal, kemudian kembalinya Isa AS sehingga bertiupnya Sangakala, saya kira pasti memakan masa ratusan tahun. Dalam dunia Melayu, Hisab adalah the end of the world. Hisab adalah hari penyiksaan maha dahsat. Dunia meledak saat Hisab usai.

(7) Melayu sering diingatkan akan azab Hisab Allah di Masyar nanti. Khutbah, ceramah, tazkirah dsb sering mengingatkan Melayu tengang azab Hisab. Dalam segala penjelasan Hisab, ianya sangat dikaitkan dengan kematian dan siksaan. Hisab menentukan apakah seseorang itu akan ke Neraka mana dan atau Syurga mana. Neraka ada tujuh gred, tingkat. Sebegitu juga Syurga. Jika dalam ujian di sekolah atau universiti, kita cuma ada gred A, B, C, D dan F. Namun Neraka dan Syurga ada gred A, B, C, D, E, F & H. Maksudnya penilaian Allah kepada kita jauh lebih menyeluruh dan teliti.

(8) Apa yang anihnya? Anihnya, penekanan dalam membicarakan soal Hisab. Melayu terus-merus didedahkan betapa Hisab = azab. Hisab = kepayahan. Hisab = Neraka. Inilah konsep Hisab yang lebih digembar-gemburkan kepada Melayu. Melayu jadi kecut dengan Hisab. Sehingga terbawa-bawalah ke sekolah. Matematik = Hisab. Hisab = Siksa. Maka Matematik = Hisab= Payah. Secara saikologi, kita sasau tentang Hisab. Maka kita terus terbawa-bawa sasau tentang Matematik.

(9) Sesungguhnya, saya belum mendengar atau membaca tulisan betapa Hisab = Syurga. Hisab = Kebahagian. Hisab = Kejayaan. Hisab = Keredhaan Allah. Hisab yang sering kita dengar adalah siksa dan Neraka. Lantaran konsep Hisab telah dipersempitkan oleh para agamawan kita, maka Hisab = Matematik juga adalah pelajaran yang menyempit sulitkan Melayu.  Pendirian dan kepercayaan saya sesungguhnya Hisab = Keredhaan Allah yang pasti membawa kejayaan dan kebahagian. Hisab bukan siksaan.  Hisab = perjalanan ke sebuah kejayaan kebahagian. Sbegitu jugalah saya melihat Matematik. Matematik adalah sebuah perjalanan untuk kita menyelongkari segala ilmu yang wajib kita milikki selaku khalifah yang telah Allah tugaskan kepada kita. Adalah sangat dayus dan dhaif jika Melayu yang mengaku sebagai Muslim kecut kepada Matematik yang menjadi teras ilmu kekhalifahan mereka.

(10) Juga adalah sesuatu yang amat dayus serta paling picek myopic bagi para agamawan untuk mengembar-gembur betapa Hisab adalah penyiksaan. Hisab semasa hidup kita adalah sebuah khazanah deposit segala kebaikan yang wajib dan harus kita kerjakan. Jika kita berlumba-lumba mengerjakan kebaikan serta tidak pernah jerih ke arah itu, pastinya khazanah deposit Hisab, Buku Kira-Kira kita akan sentiasa menjadi black, baik bersih. Saya mengira sudah terlalu lama para agamawan Melayu mengenengahkan Islam secara negative atau reverse psychology kepada Melayu, lantaran Melayu tidak gemar berfikir, maka pendekatan secara negative psychology ini telah diterima sebagai hakiki atau reality.  Kini tiba masanya, kita harus merobah cara kita membawa Islam kepada Melayu. Kita harus berusaha lebih keras untuk mendorong Melayu melihat segala-gala dari sudut hakiki positifnya. Contohnya dalam Hisab, bukan siksaan semasa dan selepas Hisab yang harus kita utarakan. Namun kesan hambatan ke Syurga atau kebahagian hahiki mutlak yang harus kita tonjolkan. Maka jika Melayu dapat dirobah untuk melihat Hisab sebagai jalan ke Syurga kebahagian mutlak, maka saya yakin Hisab = Matematik = Jalan Kebahagian Duniawi dan Syurgawi. Jika ini dapat kita bentuk, saya yakin Allah akan sentiasa seyum redha kepada Melayu.

(11) Akhir kata, telah ratusan tahun Melayu digeruni tentang Hisab, tetapi kenapa Melayu terus memesong dan terpesong dalam banyak hal berkait akidah dan akhlak Islami? Ketakutan Melayu kepada Hisab tidakpun menjadikan Melayu Muslim terhebat. Kenapa? Bukankah anih, Melayu takutkan Hisab, dalam masa yang sama Melayu terus hanyut akan nilai-nilai keIslamannya? Maka jika Hisab Melayu takuti dan mereka hanyut, tidak heran jika Matematik juga mereka takuti, dan mereka juga hanyut dalam hambatan kejayaan duniawi mereka. Saya yakin, seperti banyak dinukilkan, yang merosak sesuatu bangsa itu adalah siapa yang mengelar diri mereka cendikiawan di antara mereka sedang dalam hakikat sebenarnya mereka adalah penyesat yang paling parah. Maka tidak heran jika dikatakan bahawa Muhammad SAW pernah berkata golongan agamawanlah yang paling berbondong-bondong ke Neraka lantaran mereka golongan yang paling ramai telah terlalu banyak menyesatkan.

Kuching, Sarawak
28-31 Okt., 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.