.

1/11/19 AKAN KEMBALI PULIHKAH EKONOMI MALAYSIA ......

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 01, 2019

Share

& Comment

Setiap manusia, pasti pernah sakit. Sakit atau penyakit akan membatas kegiatan biasa harian kita. Tidak ada siapa yang suka sakit atau penyakit. Setiap orang ingin menghidari sakit atau penyakit. Di dalam Islam, sakit atau penyakit adalah tanda-tanda Ar Rahman dan Ar Rahimnya Allah. Mengikut Ibnu Majah "Sungguh, jika Allah mencintai sesuatu kaum, maka Dia akan menimpakan ujian untuk mereka.” Sakit dan penyakit adalah sebuah ujian.

(2) Di dalam pembacaan lanjut saya mengenai sakit di dalam Islam, diperkatakan bahawa punca dan obat sakit itu adalah diri kita. Kitalah yang menyebabkan diri kita sakit. Dan diri kita juga adalah yang mampu mengobati sakit kita. Bagaimana? Contoh kencing manis. Penyakit ini ada kaitan dengan gaya pemakanan kita. Hampir semua penyakit manusia ada kaitan dengan pemakanan dan pola rehat kita. Tiada siapa yang boleh mengurus gaya pemakanan dan rehat kita melainkan kita sendiri. Maka benarlah punca dan obat sakit itu adalah diri kita. Sama dengan penyakit hasad dengki, tamak haloba. Penyakit jiwa kerdil apa lagi prejudis. Penyakit duka lara dan kesedihan dsb. Hanya kita yang mampu mencegah dan mengobatinya. Al Quran jelas dalam prihal ini bila ianya dengan tegas mengatakan bahawa "Di dalam diri kamu ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah kamu. Jika jahat daging itu maka jahatlah kamu." Itulah daging pengawal nafsu kita. Otak di kepala, hati di dada. Dua organ penting beda kedudukan tanda beda darjat. Otak mengawal fikiran, kewarasan. Hati memberikan nafsu. Nafsu mendaulat ego. Namun otak seharus mengawal nafsu. Kepada saya Ar Rahman dan Ar Rahim Allah itu sentiasa ada. Hadirnya Ar Rahman dan Ar Rahim Allah itu, terletak di tangan kita. Jika kita ingin meraihnya, maka ikutilah tatacara keperluannya untuk mendapatkannya. Jika kita teguh menghidar, maka menjauhlah Ar Rahman Ar Rahim Allah. Itulah intipati dan tuntutan Surah Al Muluk yang orang Melayu sangat yakini boleh menghidari azab jika diamalkan. Pokoknya tiada yang gratis atau percuma. Kita yang menentukan sdiapa diri kita. Allah hanya menanti untuk menzahirkan Kun Fa Ya KunNya.

(3) Secara biologis, terdapat dua sistem pencernaan di dalam tubuh kita. Sistem pencernaan pertama adalah sistem di bawah kawalan sedar kita. Sistem pencernaan kedua pula berjalan terus tanpa kita dapat mengawalnya. Sistem percernaan pertama, adalah bertujuan untuk menjana tenaga bagi membolehkan kita bergiat cergas seperti bergerak, bercakap, melihat. mendengar, merasa, dsb. Sistem pencernaan pertama ini tugasnya adalah untuk menghasilkan tenaga bagi segala kegiatan aktif kita termasuk bagi menjamin perjalanan lancar segala organ dan organel di dalam tubuh kita. Di dalam tulisan ini biar saya namakan sistem percernaan pertama ini sebagai Kilang Sumber Tenaga ibarat Tenaga Nasional Berhad (TNB).  Di dalam ilmu biologi, ianya disebut sebagai Sistem Penghadaman atau Digestion System. Segala bentuk pemakanan, penghadaman dan penjanaan tenaga adalah terhasil oleh Kilang Sumber Tenaga ini.

(3) Sistem kedua adalah sistem di luar dari kesedaran kita. Sistem ini sebetulnya tidak pernah berhenti. Ianya berjalan terus dari sebermula pesenyawaan sperma dan oviul membentuk janin sehinggalah kita akhirnya mati. Sistem ini adalah Sistem Pertumbuhan dan Pertahanan kita, Growth and Defense System.

(4) Bila kita sihat, sistem pertama kita berjalan lancar. Pada saat kesakitan menyerang kita, maka sistem pertama akan terganggu. Secara biologis, sistem kedua akan aktif dan cuba menyekat sistem pertama dari berfungsi. Jika penyakit kita parah, sistem pertama boleh shut down bagi membolehkan sistem kedua memainkan peranan besarnya. Maka dengan sebab itu, bila kita demam, kita hilang selera makan bahkan badan kita menjadi lesu. Hakikat sebenarnya, sistem pertama kita sedang shut down.

(5) Sistem kedua, memainkan dua peranan penting. Pada saat kita sihat atau selepas sakit, ianya berperanan untuk menyelengara sistem tubuh kita. Mana-mana tisu yang rosak akan diganti baru. Sebegitu juga, di peringkat anak-anak sistem ini lebih berfungsi untuk pertumbuhan. Maka sebab itu di peringkat anak-anak, mereka perlu tidur antara 7-14 jam bagi membolehkan pertumbuhan mereka berjalan baik. Tidur nyenyak pada anak-anak bahkan orang dewasa adalah bagi membolehkan sistem kedua untuk berperanan penuh. Bagi para pesakit pula, mereka perlu banyak rehat agar pemulihan dapat berjalan baik. Maka jika seseorang sedang sakit, tetapi mengambil sikap penafian denial, maka sakitnya akan bertambah parah. Sebegitulah juga, jika anak-anak kekurangan tidur, mereka pasti jadi resah gelisah dan akhirnya jatuh sakit. Maka dengan sebab itu, di hospital, kita disekat dari terus melawat para pesakit terutama yang sakit berat agar mereka mempunyai masa aman untuk pemulihan.

(6) Malangnya dalam keadaan sakit, kita sering dalam penafian denial syndrome. Kita tidak mengaku kita sedang sakit. Kita memaksa diri kita terus berada keadaan biasa-biasa. Segalanya kita paksakan dalam keadaan biasa-biasa. Akhirnya, bila sudah parah baru kita mengaku biar insafnya belum tentu.

(7) Apa pula kaitan sistem biologi ini dengan fenomena pemulihan ekonomi Malaysia? Sesungguhnya ilmu yang diperolehi manusia itu tidak akan lari dari Hukum Azali Allah's Natural Sciences. Dalam sistem politik Negara ini kini, kita juga ada dua sistem; Kerajaan dan Pembangkang. Kita tahu, Negara sedang sakit. Pertama sakit dari hutang besar. Bukan hanya di peringkat Kerajaan bahkan menular ke GLC dan rakyat. Saya yakin pihak swasta juga sedang menanggung beban hutang yang tinggi.  Kedua, lantaran rasuah yang berjalan agak lama dan berleluasa, keadaan ini telah menimbulkan sistem pengurusan kita menjadi bobrok. Rasuah dan salah guna kuasa merebak ke setiap lapisan pengurusan Negara. Kebobrokan ini mengakibatkan kebocoran yang melampau dan menyulitkan kewangan Negara. Paling parah, rasuah dan salah guna kuasa telah menidakkan Negara dari dapat menjana dan atau mengutip segala bentuk cukai pada kadar dan jumlah yang sepatutnya. Ini menjadikan keadaan kewangan kita menjadi semakin parah. Keadaan kewangan kita sebetulnya sedang parah. Kita menghadapi masalah kekurang wang iaitu kecairan tunai. Ketiga, saya menjangka pada keseluruhannya kita mungkin ada antara 3.00-5.00 juta rakyat asing yang bekerja di Negara ini. Dengan mengambil gaji minima RM1,100.00/bulan, sekurang-kurangnya RM3.30-5.50 billion sebulan Ringgit kita berada di tangan pekerja asing. Aliran keluar wang Negara dengan cara ini, pasti sangat tidak menguntungkan kita. Keempat, keadaan menjadi bertambah parah bila mana kebanyakan keperluan asas kita diimport. Kita sudah menjadi ekonomi pengguna, Consuming Economy. Lantaran itu kita sangat terdedah kepada sifat tamak haloba pasaran terbuka. Kita mudah dan sedang terperangkap oleh manipulasi pasaran. Ke lima dan mungkin paling berat, akibat kegelojohan, tamak dan gila kuasa, politik kita jadi tidak stabil. Terlalu banyak pihak ingin menangguk di air keruh.  Negara seperti berada dalam keadaan tidak aman. Keresahan kaum dan agama jadi mainan banyak pihak. Sesungguhnya, semua ini jika dimasukkan ke dalam satu bakul, jika dinilai secara menyeluruh, maka inilah yang menjadikan nilai matawang kita menjadi tidak menentu. Secara keseluruhan ekonomi kita menjadi goyah dan terus goyah.

(8) Sesungguhnya semua ini berpunca dari kita. Melayulah yang memilih pemimpin yang tidak amanah. Melayulah yang terus mendewa-dewa pemimpin yang bobrok. Anih Melayu terus bermain sentimental denga para pemmipin yang bobrok sifat hati budi mereka. Akibatnya, Melayu sendiri yang parah. Inilah ujian kesakitan yang sedang berada dalam sistem Negara kita. Inilah ujian Allah buat kita. Maka hanya kita harus berusaha keras dalam menyelesaikannya. Jika kita benar dan jujur In Shaa Allah Ar Rahman dan Ar Rahim Allah akan dekat.

(9) Sesungguhnya dengan cara UMNO, PAS dan MCA berpolitik kini, mereka terus tegar dengan sikap ingin menegak benang basah, biarpun rakyat telah menghukum jelas, denial syndrome, mereka pasti sangat menyulitkan usaha-usaha pemulihan dan pertumbuhan yang Kerajaan kini sedang hambatkan. Paling parah, jika Kerajaan ikut terseret dengan rentak mereka yang sengaja berpura-pura muka tak malu serta dalam penafian, maka kita kekurang tenaga untuk menumpu dalam memperbaiki dan mengembangkan segala yang ada. Jika ini berterusan, biar selepas PRU 15 pada 2024 nanti, kemelut kita tidak akan pernah selesai. Saya berkira, dalam keadaan sebegini, rakyat dan khasnya golongan bijak pandai Melayu harus tidak lagi boleh sembunyi di balik tempayan atau tempurung. Kita perlu ke depan menyata dan berbuat yang benar.

(10) Apakah kita ada harapan untuk memperbaiki keadaan? Persoalan ini, tergantung dengan cara dan ketegasan kita dalam menanggani (1) Hutang (2) Tabdir Urus Negara (3)  Lambakan pekerja asing (4) Import bahan asas (5) Kestabilan politk dan sosial. Setelah berjalan melihat-lihat keadaan di Kota Kinabalu, Kuching, Johor Baharu, Melaka, Seremban, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, secara fizikal, In Shaa Allah kita akan dapat menstabilkan banyak perkara menjelang akhir 2020 atau selewat-lewatnya pertengahan 2021. Perang Dagang US-China sangat menguntungkan kita, jika kita bijak mengatur langkah. Saya yakin In Shaa Allah banyak inisiatif yang sedang berjalan kini akan mula menampakkan hasil, dan inisiatif-inisiatif baru menjelang 2020 akan juga menampakkan hasil menjelang 2021. Sesungguhnya, bagi penyanggak-penyanggak politik Negara, inilah yang sangat-sangat mereka khuatiri. Mereka cukup khuathir jika segala inisiatif mega Negara berjalan lancar, rakyat akan mula merasa feel good, maka masa depan politik mereka akan pudar.

(11) Saya secara pribadi, melihat akan mereka yang di sekeliling Mahathir, saya percaya Mahathir mempunyai barisan pengurusan yang bijak, cekap dan jujur di luar dari Kabinet rasminya dalam menanggani masalah-masalah Negara seperti saya gariskan di atas. Kabinet Mahathir kini, kelihatan lemah, bukan kerana pilihan Mahathir. Itu atas maufakat dalam PH. Mahathir tiada hak untuk memaksakan kehendaknya dalam Kabinet yang ada. Namun, kebijaksanaan Mahathir, dia mempunyai jalan keluar lain.  Percayalah, inner circle Mahathir adalah kalangan yang cukup pengalaman serta boleh melihat permasalahan Negara secara lebih jelas berbanding dengan para bajingan politik di luar Kerajaan. Cuma mereka ini sengaja Mahathir sembunyikan agar tidak perlu terdedah kepada anasir-anasir yang tidak perlu. Mereka boleh menumpu kepada tanggungjawab mereka secara lebih professional. Sesungguhnya, cara perang gerila Mahathir saya yakin In Shaa Allah akan membuahkan hasil yang boleh mengejutkan dan memgembalikan rasa hormat tinggi rakyat kepada Negara.

(12) Cuma, jika Wan Azizah sebagai TPM, jika beliau dapat membantu dalam mempercepatkan pemulihan sistem urustadbir Negara, segala langkah Kerajaan untuk cepat memulihkan keadaan pastinya akan berjalan lebih mantap dan cepat. Apa lagi selaku Menteri Halehwal Keluarga, jika beliau dapat menerapkan agar semua Keluarga Melayu punya sifat membenci rasuah dan pembaziran, saya berkira Wan Azizah akan menjadi lambang sebenar perjuangan rakyat untuk anti-rasuah dan salah guna kuasa, iaitu bermula di rumah. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Nafsu para isteri sering menjebak para suami untuk rasuah. Keluarga Melayu mungk terlalu bangak sedang dibina dari hasil rasuah, sehingga kebarakahan Allah sudah kian pudar dari kehidupan Melayu. Jentera Kerajaan harus pulih menjadi sistem tadbirurus yang bersih, cekap dan amanah. Sebegitu juga Muhhyidin Yasin. Beliau seharusnya punya kekentalan kukuh dalam membasmi segala kepincangan yang telah lama berakar umbi di KDN. Azmin Ali, Salahuddin Ayub dan Mohd Redzuan Mohd Yusuf patut dapat berganding hebat dalam menangani masalah makanan dan industri pertanian Negara. Zuraida Kamaruddin harus menumpu saja prihal masalah perumahan rakyat. Kenapa dia terlalu becok melawan kerenah budak-budak Anwar yang gelojoh.

(13) Kita mesti merobah sistem kita kepada mengkopratkan rakyat dan atau merakyatkan koprat. Seluruh GLC kita harus digerakkan bagi memulih dan mengerakkan kembali ekonomi luar bandar. Satu revolusi industri luar bandar harus digerakkan segera. Dalam masa yang sama, saya melihat Mazlee Malik dan Sadiqque perlu bertindak cepat dalam merobah pemikiran dan kemahiran anak-anak muda Melayu. Bidang pendidikan dan latihan kemahiran harus diganding rapat dengan bidang pembinaan keusahawanan. Tidak kurang, saya berkira Muhammad Sabu janganlah terlalu sentimental tentang angkatan bersenjata kita. Angkatan tentera kita berpuya kepelbagaian kemahiran dan asset pembangunan. Kita harus boleh melihat bagaimana selain demi pertahanan dan keselamatan Negara, angkatan tentera kita dapat digerakkan untuk membantu memulihkan kecergasan ekonomi rakyat. Jika contohnya di Indonesia, TNI sangat membantu dalam membunting dan memperbanyakkan lembu, maka saya tidak nampak hilang darjat dan professionalisma tentera kita dalam membantu melenyapkan keresahan rakyat. Hentikan politik murahan dan singkat.

(14) Pendek kata, jika Malaysia ingin cepat pulih dan kembali gagah membela dunia Islam, maka hukum sejadi Allah patut kita teladani hebat. Secara sejadi, Allah membiarkan Iblis menjadi Iblis. Para Malaikat kekal sebagai Malaikat. Dua sistem itu Allah tetapkan kekal, demi untuk melihat apakah manusia kekal menjadi manusia atau apa? Maka biarlah UMNO, PAS dan MCA terus membangkang. Namanya saja sudah digelar sebagai pembangkang. Maka sikap dan nilai diri mereka membangkanglah. Pakatan Harapan harus terus menjadi Kerajaan dan menjalankan tugas-tugas Kerajaan. Itulah amanah rakyat. Pakatan Harapan tidak boleh lagi melihat diri mereka sebaga parti politik. Mereka kini adalah Kerajaan. Maka jalankanlah tugas dan tanggungjawab sebagai Kerajaan. Hanya dengan cara itu, rakyat akan menjadi jelas, siapa Iblis, siapa Malaikat dan mereka boleh menentukan mereka mahu ke mana. Kita harus hentikan budaya mensasau yang telah berjalan sejak 8 Sept.,(?) 1998.

(15) Syukur setidak-tidak Mahathir mempunyai kebijaksanaan wisdom yang sangat luas dengan tidak melawan perkara-perkara picisan. Beliau biar telah berumur lanjut tetap terus menumpu dalam membina Negara. Dalam prihal ini, saya juga melihat, wajar Anwar Ibrahim dan anak-anak, kekal bersifat manusiawi. Tak perlu gelojoh. Jangan suka menari-nari biar gendang tidak bertabuhpun. Apa lagi menari dalam gendang tempang. Anwar paptu sedar, dia boleh membunuh dan dia juga boleh memantapkan PH. Bagi saya, Anwar dan anak-anak kekal saja sebagai manusia. Berusahalah secara kesusilaan Melayu, lantaran temadun Melayu yang ingin kita daulatkan, dan akhirnya serahkan segala-gala kepada Allah lantaran itulah roh Islam. Insafi, kita sedang parah. Jangan menyimbah cuka ke kudis. PH harus berbeza 100 peratus dari BN.

Kuching, Sarawak
1 Nov., 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.