.

2/11/19 LGBT - APA PERSOALAN SEBENARNYA?

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - November 08, 2019

Share

& Comment

Tubuh manusia terbina dari sel-sel. Terdapat lebih kurang 50 jenis sel dalam badan manusia. Terdapat 30-40 trillion sel yang membina tubuh manusia. Sel darah merah membina 80 peratus dari sel-sel tubuh. Sel-sel ini adalah unit-unit tersendiri yang seolah-olah hidup tersendiri. Setiap sel dilengkapi dengan segala kecukupan untuk ianya berfungsi baik. Di antara komponen terpenting sel manusia adalah nuklius dan mitokondri. Mitokondria adalah kilang penjana tenaga. Nuklius pula adalah pusat kawalan sel. Di dalam sel manusia, gene terkandung di dalam nuklius dan mitokondria. Setiap nuklius sel manusia memiliki 23 pasangan kromosom. Kromosom adalah protein khusus yang dinamakan DNA. Kromosom atau DNA adalah lingkaran berbentuk helix. Pada DNA ini terbentuk jujukan codes yang terdiri dari apa yang disebut sebagai gene. Gene-gene ini adalah ibarat chip-chip yang tersusun sedemikian rupa dalam menentukan ciri-ciri seseorang. Ada berapa bilangan gene pada manusia? Awalnya, setiap DNA dianggarkan mempunyai sekitar 50,000 - 140,000 gene. Namun dengan perkembangan ilmu dan teknologi dalam mengenalpasti gene-gene in secara lebih tepat, angka-angka ini terus berubah. Kini dianggarkan hanya terdapat 19,000 -20,000 jujukan gene pada manusia. Namun jika dihitung gene-gene yang bukan berbentuk protein, maka jumlah keseluruhan kini yang sudah dikenalpasti adalah sebanyak 46, 831.  

(2) Dalam bahasa mudah, gene-gene adalah chip-chip simpanan maklumat. Dianggarkan bahawa kromosom atau DNA manusia boleh menyimpan 1,500 megabit data di dalam gene-gene mereka. Dengan merujuk kepada pengurusan data dalam sistem komputer, setiap data ini mewakili satu dan atau gabungan  ciri-ciri seseorang. Jika ini benar, maka tidak heranlah manusia itu pelbagai. Kepelbagaian sifat-sifat ini adalah diatur oleh gene-gene kita. Keadaan dan masa yang akan mengaktifkan sesuatu gene untuk menzahirkan sifat-sifatnya. Contoh, takut, adalah satu sifat manusia. Sifat ini sudah termaktub dalam gene mereka. Sebegitu juga sifat pemberani, bahkan lengai. Bila keadaan dan masa adalah tepat, maka sifat takut atau berani atau tidak peduli itu akan terzahirkan. Mungkin inilah apa yang Al Quran katakan: kudrat. Kudrat kita sudah tertanam di dalam gene kita, dan ianya akan terzahir pada keadaan dan waktu yang sesuai, seperti janji Allah dalam Surah Wal Asri. 

(3) Apakah hubungan Surah Wal Asri dan gene codes atau kudrat? Surah ini jelas mengenengahkan konsep "Manusia sentiasa dalam kerugian, kecuali mereka yang berIman, beramal salleh serta saling menyeru kepada kebenaran dan kebaikan." Ayat ini jika dilihat secara tersurat literal, maknanya mudah iaitu mereka yang berIman, beramal saleh dan sering mengajak kepada kebaikan pasti akan berhasil untung. Namun secara tersiratnya, intrinsick  ianya memerlukan penghayatan psycho-scientific agar maksud mendalamnya dapat kita garap dengan baik. Pada pemikiran saya, selaras dengan ilmu genetik dan digital, Ayat ini mengatakan bahawa jika keadaan yang boleh menzahirkan atau mempengaruhi sesuatu gen itu betul, maka itulah sifat atau prilaku yang akan terbentuk. Penzahiran fenotip sesuatu sangat tergantung kepada keadaan. Konsep "Tangan yang membuai endoi, itulah tangan yang menguncang dunia" adalah kias jelas Melayu pada konsep tersebut. Di dalam Ayat ini, Iman, amal saleh dan sentiasa ingat kepada kebenaran adalah prasyarat precondition kepada terzahirnya sifat-sifat baik dan keberuntungan kepada seseorang. Maka dengan sebab itu, Allah menceritakan dua watak utama di dalam satu Surah Al Kahfi bila Al Kahfi mengambil sikap mengundur lalu mati namun Yunus AS mengambil sikap mengundur tetapi insaf lalu cekal berjuang dan berjaya. Al Kahfi berIman, Iman mereka hanya untuk diri mereka. Yunus juga berIman, Iman beliau kental kerana yakin penuh kepada kuasa Rabul Alamin Allah. Lantaran itu, Al Kahfi jadi takut, tetapi sifat pemberani muncul pada Yunus AS.

(4) Sesungguhnya, pada seorang manusia, sifat atau ciri apakah yang sangat mudah untuk kita ikuti atau berkecenderungan? Seringnya kita lebih cenderung untuk bersifat negatif. Kita lebih gemar bermalas-malas dari bersikap rajin. Kita juga pasti lebih gemar menidak dari memperakui dan bertanggungjawab. Denial syndrome keutamaan kita berbanding bertindak bertanggungjawab. Hasad, dengki, tamak, haloba, cemburu, berperasangka dsb menjadi pilihan utama kita berbanding sikap berjiwa besar. Samalah kita lebih suka kenyang dari berhenti makan bila makanan itu terasa nyaman. Sesungguhnya, saya mempunyai keyakinan bahawa kudrat kita lebih kepada negatif dari positif. Asas pandangan saya tersebut adalah; inilah sanggahan Malaikat pada saat Allah mengusul untuk mencipta manusia. Malaikat seperti telah tahu bahawa manusia itu akan sentiasa berlaku jahat. Kedua, bila manusia telah tercipta, Iblis telah bersumpah akan mencari segala jalan bagi menyesatkan manusia. Maka, gene jahat sudah tertulis pada kromosom atau DNA kita bersama-sama gene kebaikan. Namun keberadaan Iblis yang kerjanya tidak lain hanya ingin menyesatkan manusia, maka keadaan untuk manusia sesat memang sudah tersedia. Cuma yang membezakan manusia insani dan manusia ingkar adalah kebolehan mereka untuk memahami dan mematuhi segala panduan dan peringatan Allah tentang keperluan berIman, beramal solih dan sentiasa menyeru kepada kebenaran. Sesungguhnya keada akal dan nafsu, Allah membentangkan kebebasan untuk kita memilih pada panduan yang telah Dia sediakan ie Al Quran. 

(5) Saya melihat gene, akal, dan nafsu kita, Iblis dan Al Quran adalah ibarat sebuah kehidupan dalam kandang yang cukup luas. Di dalam kandang adalah segala kenikmatan menyuburkan. Di luar kandang adalah segala godaan nikmat hebat yang menjurus kepada kepunahan kita akhirnya. Kandangnya adalah Al Quran. Keinginan, wants dan keperluan, needs  kita adalah berteraskan nafsu. Faktor memilih kita adalah akal. Faktor yang sentiasa mahu memesongkan kita adalah Iblis. Allah membiarkan kita bebas lantaran Dia sudah menyediakan segala-gala buat kita. Malaikat lantaran sedar akan kekuasaan Allah, mereka mengambil sikap berkecuali. Mereka hanya patuh pada specialization of tasks yang telah Allah arahkan buat mereka. Mereka mencatat, dan pada waktunya hanya menjalankan apa yang telah termaktub buat mereka. Saya hentikan sedikit pemahaman saya tentang teologi Islam di situ dulu.

(6) Maka kini kita cuba kupas pula konsep LGBT yang kini sedang heboh. Apa itu LGBT? Ianya adalah singkatan dari (L)esbian, kegilaan seksual sesama wanita; (G)ay, kegilaan seksual sesama lelaki; (B)iseksual, ini kira-kira dengan lain sekpun seronok sesama sekpun seronok dan (T)ransgender; lelaki yang menukar jatina menjadi wanita. LGBT sangat bersangkut dengan kegiatan homosksual. Dalam erti kata mudah, LGBT adalah kegiatan seksual songsang. Sek di luar tabii. Gejala ini sebenarnya mulai berkembang pada tahun 1980an dengan semaraknya kumpulan gay. Istilah LGBT diperkenalkan pada 1990an bagi merangkumi keseluruhan gejala sek songsang. Kini di Barat dan kian menular ke seluruh dunia, LGBT sudah diberikan hak-hak mereka. Sambutan untuk meraikan Hari LGBT sudah menjadi pesta yang cukup meriah. Pernikahan sonsang sudah dibenarkan oleh banyak Negara. 

(5) Di dalam Al Quran, dijelaskan gay berleluasa di zaman  Lut AS. Lut AS adalah anak saudara Ibrahim AS. Beliau telah ikut berhijerah bersama Ibrahim AS dari Ur di Mesopotamia ke Canaan di Palestin namun kemudian Allah memerintahkan dia ke Sodom dan Gemorah yang kini adalah dalam wilayah Jordan, bagi menyeru masyarakat onar di sana untuk kembali ke jalan Allah. Masyarakat Sodom dan Gemorah pada masa itu gemar mabuk, perogolan dan homoseksual. Mereka adalah masyarakat yang sudah sonsang hidupnya dari kedamaian yang seharusnya mereka jalani. Peperangan, penindasan dan segala macam kekejaman sudah mengila. Pendek cerita, inilah masayarakat Jahilliah sebelum Quraish pada kurun ke 6 Masihi. Mengikut Taurah dan Injil, Lut telah Allah utuskan ke Sodom dan Gemorah adalah untuk memperbetulkan temadun di sana untuk kembali selari dengan kehendak Allah agar ianya nanti tidak menular kepada kaum Canaan serta Yahudi yang akan berkembang dari bakanya Ibrahim AS. Lut AS wujud pada 1761-1638 SM. Ishak AS yang melahirkan keturunan Yahudi wujud sezaman Lut 1745-1635 SM. Sedang Ismail wujud pada 1911-1779 SM. Allah mahukan agar budaya atau keadaan onar kaum Sodom dan Gemorah terhapus sebelum berkembangnya bangsa Canaan (Palestin) dan Yahudi kemudiannya. Istilah sodomy dalam Bahasa Inggeris, saya yakin terbit dari budaya liwat di kota Sodomi itu.

(6) Apakah kaitan gene, LGBT dan keadaan? Seperti saya jelaskan gene adalah kudrat yang telah Allah tanam pada setiap manusia. Gen membiak dimiliki oleh semua manusia. Gen membiak ini menerbitkan nafsu ghairah. Naluri seksual ada pada semua manusia sejak sebelum Hawa tercipta lagi. Untuk menimbulkan nafsu ghairah, keadaan terbitannya mesti wujud. Di sini, jika kita ingat, maka buah kaldu dijadikan sebab oleh Allah untuk Adam AS dan Hawa bernafsu. Buah kaldu adalah keadaan yang menimbulkan nafsu seksual Adam AS dan Hawa. Namun secara normal, pastinya keghairahan seksual itu akan wujud jika wujud beda jantina. Keghairahan seksual itu pastinya terzahir harmoni jika kewujudan beza jantina itu juga wujud dalam harmoni, iaitu tanpa sekatan yang melampau. Sifat manusia, pada saat genting atau payah, dia pasti mencari jalan lain untuk menunaikan nalurinya. Samalah dengan binatang. Secara sejadi binatang jantan akan mengawan binatang betina. Namun pada saat keadaan payah sexual stress wujud, maka jika kita teliti baik-baik, pada saat gian melampau serta pelampiasan menjadi payah, seekor anjing jantan menerkam kucing betina untuk dilampiaskan. Maka manusia juga, akibat nafsu membuak, jalan pelampiasan payah, maka LGBT adalah pilihan.

(7) Maka sesungguhnya, biar apapun penyakit masyarakat, biar kleptokrasi yang pernah kita lalui, segalanya berpunya sebab musabab untuk kejadiannya. Pemimpin Melayu menjadi kelptokrasi lantaran masyarakat Melayu gemar mengemis menadah tangan sangat kurang mahu berusaha. Segala-gala tidak terjadi secara sendiri. Mahabijaksana Allah, sengaja Dia menjadikan segalanya saling berhubungan sebagai ujian kekhalifahan manusia untuk mengurus keharmonian perhubungan tersebut.

(8) Cuba perhatikan gay  berkembang di tahun 1980an. Gay berevolusi dan kembang menjadi LGBT pada 1990an. Kenapa? Apa keadaan Barat dan dunia sehingga gejala terebut muncul dan kembang sekitar 1980-1990an. Pada 2000an, budaya LGBT menjadi rasmi? Kenapa? Juga budaya ini menjelma kembali hebat setelah padam sekitar 1635 SM iaitu 3,700 tahun dahulu? Jika kita menyemak Taurah dan Injil, pasti kita akan menemui zaman Jahilliah Quraish di abad ke 6 Masihi telah wujud di Sodom dan Gemorah di zaman Lut AS. Jahilliah Quraish adalah bayang kembali Sodom dan Gemorah pada abad ke 17 masihi. Kekejaman, peperangan, penindasan dan segala bentuk keresahan hidup melanda masyarakat Sodom dan Gemorah. Inilah keadaan stress pada masa itu. Pada saat kaum lelaki mengalami stress gila, nafsu sek mereka akan memuntah. Maka gay lalu akhirnya lantaran keganasan, maka telah hilang segala kelembutan, lalu para wanita berevolusi menjadi betina. Maka lesbian menjelma. Akhirnya segala-gala terus berevolusi menjadi LGBT.

(9) Pada 1980an, 1990an dan kini 2000an, apakah masyarakat kita tidak juga sedang melalui keadaan stress ini? Ekonomi Negara dalam payah. Ekonomi rumahtangga juga kian payah. Yang paling parah, nafsu Melayu juga semakin parah. Melayu semakin riak. Konsep "bair papa, asal bergaya" menjadi pegangan hebat Melayu biar mereka berada dalam socio-economic stress yang amat tinggi. Cuba perhati majlis-majlis penikahan Melayu. Sifat berlumba-lumba, raik terus berkembang. Akibatnya, hutang penikahan disambung dengan segala bentuk hutang selanjutnya terus menghantui Melayu. Akibatnya, wujud golongan yang tidak dapat mengurus stress secara harmoni sehingga mereka memilih jalan lain yang boleh berupa songsang. Maka saban hari kita mendapati cerita-cerita liwat dan rogol yang kejam. Akhirnya pada golongan yang educated, mereka mencari jalan escapism yang lain, LGBT. Mereka menukar stress menjadi keseronokan. Melayu paling handal mencari jalan keluar dari belengu hidup mereka, escapism, budaya self denial. Akhirnya Melayu akan melihat kelemahan diri sebagai kesalahan di pihak lain. Melayu jadi bacul untuk tegak berdiri memperakui kebenaran dan mengambil sikap bertanggungjawab berani memperbetul apa yang salah.

(10) Sesungguhnya LGBT sudah berleluasa dalam masyarakat Melayu. Gadis-gadis Melayu sudah banyak hilang keyakinan pada anak-anak muda lelaki Melayu. Anak-anak muda lelaki Melayu sudah jadi pemalas, sudah banyak bertukar menjadi lelaki dayus yang seronok makan hasil bini. Jikapun tidak, mereka akhirnya memerlukan bontot sesama lelaki untuk melepaskan keghairahan yang sukar dilampiaskan. Sebegitu juga, lantaran kasih sayang dan sifat bertanggungjawab sudah pudar di kalangan lelaki Melayu, maka wanita Melayu sudah kian hanyut dalam pelukan dan belaian sesama jenis mereka. Fungsian azali  lelaki dan wanita Melayu kian banyak nafikan, maka berkembanglah budaya LGBT dan segala macam penyakit sosial Melayu.

(11) Bagi saya, semua ini wujud amat tidak memeranjatkan sekali. Saya menjangka, Melayu akhirnya akan menrima budaya LGBT secara diam-diam. Tidakkah kini Melayu sedang hebat menetima gejala bunting dulu menikah kemudian? Kenapa?

(12) Punca kepada masalah ini terletak sepenuhnya kepada kepimpinan Melayu. Kepimpinan yang ada tidak mampu meneliti apa yang Al Quran telah tunjukkan. Di zaman Lut, kerana kegagalan Lut untuk merobah, akhirnya Allah menurunkan tanganNya secara langsung iaitu memusnahkan kaum tersebut. Namun, seperti saya fikirkan, bahawa Quraish Jahilliah yang muncul 2,200 tahun kemudian dari kaum Lut AS adalah sama hebat kejahilan mereka. Namun kali ini, Allah menunjukkan jalan yang berbeza. Muhammad SAW diutuskan untuk tegar merobah budaya yang ada. Mahabijak Allah, apakah Melayu dapat melihat dua cara Allah menanggani permasalah semasa. Islam yang Al Quran tegaskan dan Muhammad SAW sampaikan adalah pertunjuk untk manusia sepanjang jalan. Dan paling jelas Al Quran adalah pertunjuk terakhir dan paling lengkap. Muhammad SAW Allah jadikan sebagai pertunjuk jelas dan terakhir. Namun saya yakin, tidak ramai Melayu dapat meliuhat itu secara psycho-scientific yang mendalam dan meluas. Kebanyakan melihat Al Quran secara literal lisan semata-mata.

(13) Saya perhati, pendekatan semasa oleh biar Kerajaan kini dan atau yang ditunjangi UMNO terdahulu, semua mengambil pendekatan, pengamal LGBT adalah pesalah. Pengamal LGBT diserang habis-habisan. Marina Mahathir dan Marina Chin yang cuba menyelesaikan masalah LGBT secara lain, dilihat sebagai musuh Melayu. Apa yang Melayu ingin lihat adalah pengamal LGBT harus di condemn  hebat, bukan didekati dan dipermudahkan untuk kembali waras.  Berapa ramai yang meilihat cara mereka mengurus Negara yang salah adalah punca yang menyebabkan  LGBT Allah "datangkan" sebagai cabaran kekhalifan kita. Pengamal LGBT disalahkan; sedang mereka sendiri tidak pernah bermuhasabah. Mereka memilih cara Allah di zaman Lut. Mereka lupa, cara Allah di masa SAW. Al Quran memberikan banyak jalan alternatif, namun cara yang tidak berkesan kita pilih. Cara Muhammad SAW adalah beliau sendiri adalah teladan. SAW sanggup payah asal rakyat senang. SAW memudahkan kehidupan rakyat. Pemimpin Melayu kini lebih gemar menyusahkan rakyat dari mempermudahkan. Sesungguhnya Melayu masih terlalu jauh dari Syahadah mereka. Dalam banyak hal, kita lebih mempersulit dari mempermudah. Kita lebih seronok mengujudkan keadaan yang menyuburkan keonaran dari membaikan kesejahteraan. Kita gemar meredah dari berusaha memamahi dan membantu.

(14) LGBT persoalan sebenarnya bukanlah rosaknya mereka lantaran mereka semata-mata. Rosaknya mereka lantaran rosaknya ahlak pemimpin dan pengurusan Melayu itu sendiri. Mereka jadi rosak lantaran kekhalifahan Melayu dalam semua peringkat adalah kian rosak. Paling rosak bila Melayu yang baik-baik lebih rela jadi penonton dari dari jadi pembela kebenaran. Sayang budaya dayus kerdil kian menjadi pegangan Melayu.

Kuching, Sarawak
7-8 Nov., 2019

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.