.

3/2/11 INDAHNYA KERJA SYAITAN

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - February 05, 2011

Share

& Comment

(...untuk menebus dosa kaummu, minta mereka korbankan seekor sapi, namun pasti mereka akan engkar (Allah sudah tahu!)! Kenapa sapi? Tidak unta, keldai, bahral? Saat Daud sedang menerima wahyu Allah, kaumnya sedang menyembah sapi, maka wajarlah Allah perintahkan sapi jadi korban agar mereka mengerti, bahawa Tuhan mereka boleh disembelih sedang Tuhan Daud tidak sama sekali! Namun mereka degil, mereka engkar! Maka jahamam dan sengsara adalah hukuman buat mereka!)

Dua hari yang lepas, saya makan bersama seorang dari Yaman. Orangnya pendek dan kecil, namun 'ganas'. Bicaranya cepat, dan firasat saya, pastinya dia seorang yang berfikiran cepat, pantas dalam membuat keputusan. Atas sifat-sifatnya itu, saya yakin, maka dia seorang yang hebat dalam bidangnya. Cuma berbeda dari para Arab yang saya temui, dia tidak gemarkan keluarga besar, hanya punya empat orang anak dari seorang isteri. Suatu sangat lain dari kalangan Arab kebanyakan.

(2) Bicara kami melelang sampai ke Sana'a dari Zaman Nabi Ismail sehingga ke kini. Sejarahnya, Ismail, bila sudah dewasa, bernikah dengan Puteri Pembesar Sana'a. Sebelumnya, Sana'a adalah sebuah kota saingan buat Mekah sebagai Kota Suci, Kota Polytheism (Agama berbilang Tuhan). Perkahwinan Ismail dan Puteri berkenaan telah menyebabkan Mekah, biar telah dibangun semula sebagai Kota Monotheism (Agama Satu Tuhan) oleh Ismail dan Ibrahim, namun kerana kuatnya pengaruh Sana'a, maka Mekah kemudian kembali dalam kendungan Polythesim, Kota Suci Berhala, yang akhirnya para pengikut Ishak telah menjadikan Baitulmuqaddis sebagai kiblat baru Monotheism, sehinggalah muncul Muhammad baru ianya kembali sebagaimana Allah perintahkan mulanya Ka'abah (Mekah) di bina oleh para malaikat kemudian diperelokkan oleh Adam.

(3) Bicara kami juga terbabas ke Mesir. Katanya orang Mesir bertubuh besar. Namun mereka agak 'pengecut'. Mereka lebih berani untuk bertengkar, dan menunjuk penumbuk, namun bila sampai tahap benar-benar 'mahu berkelahi', pasti mereka akan hanya mengundur diri, tetapi tetap menjerit-jerit!

(4) Tampaknya, bicara beliau, sama keadaannya di Tahir Square, Kahirah sekarang ini. Inilah sebenarnya gambaran, negara Besar Arab, bila sampai saat mereka harus bermandi darah, maka mereka lebih sanggup hanya untuk bertekak dan membaling batu! Inilah gambaran sebab-sebab kekalahan mereka di tangan musuh-musuh mereka sejak dari Cleopatra sehingga kini. Jiwa mereka pada dasarnya tetap kerdil biar tubuh mereka besar!

(5) Syaitan, sengaja Allah jadikan sebelum adanya manusia. Tugas syaitan, tidak lain hanya untuk engkar. Mereka engkar sebab kejadian mereka dari cahaya yang dikira jauh lebih suci dari angin (malikat) dan kemudiannya tanah (manusia). Kedudukan menjadi perhitungan martabat mereka. Akhirnya, tugas syaitan adalah untuk memesongkan manusia (setelah maanusia dijadikan).

(6) Kalau difikir sepintas lalu, pasti kita akan berkata bahawa Allah itu jalan rencana dan perlaksanaan segala sesuatunya adalah anih! Dia ciptakan syaitan, Dia larang pula kita ikutkan syaitan, sedang syaitan tetap Dia tugaskan untuk mengabui dan menyesatkan kita! Tidakkah ini 'serupa' dengan kita sediakan dan hidangkan kopi buat tetamu, sedang kemudiannya kita larang pula tetamu dari meminum kopi tersebut?

(7) Pada fikiran saya, kerja syaitan adalah sangat indah dan agung. Penciptaannya adalah untuk menyesatkan manusia. Kerjanya tidak lain, hanya untuk menyesatkan manusia. Istilah menyesatkan mungkin tidak begitu betul, tugas syaitan saya kira adalah untuk menguji kita, menguji kewarasan fikiran dan menguji kekuatan kepercayaan kita dalam segala sesuatu yang hendak kita lakukan. Syaitan sentiasa mengetuk-mengetuk hati kita untuk tidak mengikut kewarasan fikiran kita. Syaitan sentiasa mahu memesongkan kata suci hati kita sehingga fikiran kita akhirnya akan bercelaru. Allah sudahpun mengingati:....janagn kamu fikir kamu telah beriman, sehingga Aku telah uji kamu.....Syaitan, hakikatnya, adalah ISO setter!. Kalau kita terpengaruh, maka kita gagal dalam ujian keimanan kita, jika kita berjaya menantang, para malaikat akan mencatat kebaikan buat kita!

(8) Kerja syaitan akan menjadi lebih mudah jika manusia suka engkar terhadap disiplin yang telah Allah tetapkan. Kaum Yahudi adalah suatu kaum yang telah engkar akan tanggungjawap mereka kepada Allah. Manusia, asalnya, Allah ciptakan agar menjadi pemimpin di atas muka bumi. Maka Allah jadikan manusia sebaik ciptaanNya. Bila zaman berlalu, dari Adam membawa ke Ibrahim, Daud, Musa, Yakub, dsb, maka Allah memilih kaum Yahudi sebagai yang terbaik antara semuanya. Pada kaum ini diturunkan Agama, agama yang menjadi pegangan nabi Ibrahim. Agama untuk semua manusia sejagat. Agama bagi memimipin agar manusia menjadi benar-benar perkasa dan dapat memimipin seluruh isi alam bagi kesejahteraan semua.

(9) Namun, kerana haloba, Yahudi menjadikan Agama Musa, Agama Daud lari dari Agama Ibrahim, dan seterusnyan menjadikan Agama itu sebagai Agama Mutlak Yahudi. Keengkaran Yahudi, timbul sejak bermula Daud mendapat wahyu akan ajaran sebenar yang kaumnya perlu ikuti. Yahudi, bila timbul keperluan untuk berkorban, jiwa dan fikiran mereka yang terbelenggu dengan haloba, pastinya akan engkar. Tuntutan pengorbanan sapi hanyalah simbol yang Allah tuntutkan keatas mereka, hakikatnya, saya percaya, Allah menuntut mereka berkorban agar berkongsi segalanya bersama manusia lainnya dan agar mereka menjadikan agama Daud menjadi agama manusia sejagat dan bukan hak mutlak kaum Yahudi.

(10) Andaian saya itu adalah berasaskan peringatan Allah: ....ingatlah, bagaimana Aku menyelamatkan kamu dari Firaun..., betapa jika difikirkan secara mendalam, Allah menuntut, suatu ketika Yahudi hampir pupus kerana kemarau panjang di Baitulmuqaddis, lalu mereka di dorong hijrah ke Mesir, kemudian mereka membiak pantas dalam lindungan Firaun, namum sifat haloba dan sombong diri mereka, akhirnya mereka hampir musnah dibaham Firaun, namun Allah selamatkan mereka lewat Daud, dan Allah tuntut mereka agar bersikap lebih terbuka dan menerima manusia dan memimpin manusia lain ke jalan kesejahteraan bersama. Namun, syaitan berjaya memesongkan mereka, mereka tetap engkar sehingga ke hari ini, enggan berkongsi dunia ini bersama manusia lain. Mereka tetap haloba sepertinya syaitan. Syaitan telah bermastautin dalam kalbu dan fikliran Yahudi.

(11) Apa yang kita lihat di dunia Arab dewasa ini, adalah sama jalanan cerita dengan Yahudi, Firaun, dan Daud. Allah menjadikan segelintir dari kita memimpin. Memimpin untuk kesejahteraan manusia agar setiap manusia pada tahap sosial masing-masing dapat dengan aman dan bahagia bersyukur akan nikmat Allah. Asasnya, Allah mahukan mereka yang dijadikan pemimpin bekerja keras dan sejujurnya membina suasana kemanusiaan sejagat agar manusia itu terus bersyukur dan menghormati disiplin Allah.

(12) Namun kerana adanya syaitan dan mereka yang telah dirasuk syaitan di kalangan kita, maka, kita terpesong dari tugas dan tanggungjawap kita. Syaitan sifatnya adalah haloba. Haloba lahir mulanya dari sifat ingin, kembang menjadi iri, menjadi dengki, menjadi tamak. Haloba akhirnya menjana sifat bakhil lantas khianat. Khianat itu boleh bertopeng pelbagai rupa, dan salah satunya adalah bermuka-muka!

(13) Syaitan, dia tidak mahu adanya mahluk lain selain dia. Dia tidak mahu berkongsi Syurga dengan sesiapa Adam dan Hawa dihasut memakan buah kuldi agar mereka terhalau keluar dari Syurga. Dia mahu Allah hanya menghargainya. Lantaran haloba syaitan, maka Allah mengenyah semua mahluknya dari Syurga termasuk malaikat, syaitan dan manusia. Begitulah sifat syaitan, kerana dia tidak dapat menguasai semua, dia sanggup khianat agar mahluk lain juga tidak dapat sama. Tidakkah sebahagian dari kita sama juga sifatnya?

(14) Mudah-mudahan, apa yang terjadi sekarang ini di Tunisia, Yaman, Mesir, dan mungkin merebak ke Jordan, Kuwait, Saudi, dsb adalah atas kesedaran manusia Arab atas kekhilafan mereka yang sudah di rasuk syaitan lewat manusia-manusia bermuka-muka seperti Mubarak, Obama, Hilary, dsb. Amatilah wajah mereka: mata, bibir, pipi, dagu, dan gerak badan bila mereka berbicara; pastinya bibir, mata, denyutan jantung, pastinya tidak sama, tidak senada. Mereka tidak jujur pada apa yang kita dengar. Muslihat, tipu helah, dan khianat pasti ada di mana-mana!

(15) Kita tidak usah marah, kita tidak usah membazir masa menghina syaitan, yahudi (saya gunakan huruf kecil y), para pemuka-pemuka, Allah telah tetapkan: masa kita akan hanya terbazir untu semua itu, lebih baik masa kita gunakan untuk jalan kebaikan, jalan kebaktian.

(16) Fikirkanlah, di keliling kita pasti ada malaikat, pasti ada syaitan, dan manusia pasti terpengaruh oleh keduanya. Cuma kita ada Otak dan Kalbu yang meletakkan kita jauh lebih mulia dari mereka jika kita mahu berfikir dan bersikap tegas. Hadirnya Smereka hadir adalah agar kita menjadi lebih waspada, pintar, berani, dan tegas! Itulah indahnya adanya mereka yang sifat-sifatnya adalah seperrti syaitan, yahudi (dan firaun)! Itulah Maha Anih dan Maha Bijkasananya Allah jika kita berfikir dan bertindak cepat!

(17) Dalam soal pergolakkan di Mesir, teruskah kita diam membiarkan para petualang syaitan bermaharajalela dalam memusnahkan keyakinan para muslimin di sana dari terus percaya bahawa Islam adalah agama terbaik buat mereka serta Allah sentiasa memelihara umatnya? Juga sanggupkah kita melihat Mesir menjadi batu loncatan buat segala pemuka syaitan untuk membolot kekayaan yang Allah anugerahkan untuk kepentingan manusia sejagat. Jika kita diam, maksudnya syaitan juga telah mula berpesta dalam kalbu kita, dan jika itu adalah sikap kita, maka apakah bedanya kita dengan para pemuka dan yahudi!

(18) Sejarah yang Muhammad lalui semasa di Madinah seperti berulang semula! Apakah sikap kita dalam diri, keluarga, msayarakat dan negara kita? MasyaAllah, Tuhan Maha Anihnya Engkau menjaga umahMu!

Matang Jaya, Kuching, Sarawak
5 Feb., 2011

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

11 comments:

Anonymous said...

xpayah sibuk2 nak doakan org lain...doa utk diri sendiri jerrr...sebab diri sendiri tu pun dah mcm setannnn...uuueeekkkk...ade ht nak bg ceramah org,dr sendiri pe,el cm sial!

Anonymous said...

"Syaitan, sengaja Allah jadikan sebelum adanya manusia. Tugas syaitan, tidak lain hanya untuk engkar"....

Siapa yg ingkar sebenarnya? Di suruh pindah ke jbtn lain tak nak? Bkn kah ingkar namanya tu? Cakap tak serupa bikin....

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya doakan saudara di jauhi oleh setan.

Anonymous said...

Untuk renungan dan iktabar kita bersama: Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dikatergory sebagai orang yg kuat dengan beradu tenaga dan kekuatan, tetapi orang yg kuat ialah mereka yg mampu memadamkan api kemarahannya ketika dia marah." ( hadis rwyt Bukhari & Muslim) petikan dari Berita Harian tarikh 11/2/2011.

Abdullah Chek Sahamat said...

InsyaAllah. Berkat pengharapan dan doa sdra/i, mudah-mudahan sedikit-sedikit saya mendekati maksud kejadian saya.

Anonymous said...

Alhamdulillah.....! Teruskan perjuanganmu!

Anonymous said...

I best think, this post was made for YOU YOURSELF... Yes... Benar kata2 orang di atas sekali.. Perangai sendiri sudah macam SETAN... Tak perlu nak ubah orang lain, tunjuk2 baikalim warak kunun! Puiiii!!! Tak payah berlakon la orang tua... Kaki betina no.1.... Semua pergerakan, perlakuan kau diperhatikan ALLAH.. Insaf la oi! Sedar diri tu dah tua!

FOR ALL.
Kalau nak tau, this man is KAKI BETINA... Just for reminder for all. Bukan main beri ceramah suruh orang insaf, he himself sedap2 menunggang perempuan di hotel...

Anonymous said...

Kaki betina???

tunggang perempuan di hotel???

Anonymous said...

Yes... Kaki betina.... Kaki perempuan... Perempuan nya ramai... Ada dari Oil Town... Ada dari kawasan yang ada kubu Rentap tu... Best kan?

asmin said...

wahhhhh...yg bg tau "kaki betine"tu dr mane dpt tau?ke diri sendiri dah terkene "terbetine"hahahaha

Anonymous said...

kaki tino rupo nyo org tua ni. tahniah lah dollah oiii..... jangan kita jadi kaki jatan cukup. eh.. najis lah dollah ni kaki tino... kawin lah oii..

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.