.

1/7/2025 SEBAB ANWAR KOT ...

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 08, 2025

Share

& Comment

Proloq:

Saya sudah agak janggal untuk datang apa lagi berlama-lama di Kuala Lumpur. Di antara sebabnya, saya telah kehilangan dua rakan yang paling akrab dengan saya. Seorang telah pergi selamanya. Semoga Allah sentiasa merahmati rohnya. Seorang lagi katanya sedang ingin mengembara sendiri-sendiri. Saya berkira, biarlah dia meniti kehidupan ini sepuasnya. Biarpun saya masih ada seorang lagi teman akrab sejak saya berusia anak-anakan, namun dia hanya available upon strict appointment. Tanggungjawab kerjayanya sangat membataskan kami untuk dapat sering santai seperti dua teman saya terdahulu.  Keistimewaan rakan-rakan akrab dan bahkan semua rakan-rakan yang saya agak selesa adalah atas satu kegemaran – makan dan makan. Teman kedua, adalah teman yang saya suka ajak makan jauh-jauh. Dia teman saya “Jalan-Jalan Cari Makan”, dan kini dia sedang cari makan sendiri-sendiri. "Hantamjah Labu."

(2)   Biar makan adalah agenda yang tidak pernah terlepas dalam hidup saya, namun saya tidak pernah mengenepikan minat mendalam saya – melihat ke mana arah pemikiran dan tindakkan politik rakyat negara ini. Politik, pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat adalah darah daging yang belum dapat saya tepiskan. Inilah bidang yang sering menyumbat akal fikiran malah citra rasa saya.

(3)    Melihat gelora politik kini, saya yakin akibat nafsu makanlah maka ianya terjadi kian memarah. Makan - bukan sekadar makan biasa-biasa, ianya boleh berupa manusia memakan manusia.

Tujuan:

Tujuan tulisan saya kali ini mudah. Saya ingin mengenenggahkan padangan saya tentang betapa Anwar sedang menuju jalan gelapnya. Saya memerhati dan mulai merasa kehebatan Anwar yang dibuat-buat sedang memeluatkan kian banyak rakyat negara ini. Instinct sejak di akhir 1970an dan awal 1980an sudah tidak nyaman terhadap Anwar ini. Saya ragu-ragu tentang rhetoricnya. Bila Anwar menjadi PM, saya cukup gusar. Kegusaran saya adalah kerana sifatnya yang gemar menyonsang pidato-pidato dan janji-janjinya. Namun kini saya mula merasakan golongan tua, muda, berpendidikan, rakyat biasa sudah mulai sadar kemunafikan Anwar. Jumlah yang kian menolak beliau kian bertambah dari hari ke hari. Bahkan kalangan yang sangat berharap mengaut laba darinya sudah mulai ragu-ragu - Anwar kian menyempitkan bahkan menyusut deras ruang laba mereka. 

Senario Pemerhatian:

Bila teman akrab kedua saya telah mulai "mengembara” sendiri-sendiri, dalam banyak keterbatasan yang sedang berlaku ke atas diri saya, kini agak sukar untuk saya berkeliling sendirian serata negara seperti yang pernah saya lakukan 15 – 20 tahun dahulu. Walau bagaimanapun, pengalaman mengajar saya untuk mencari “target pointers” yang dapat mengambarkan, “How really good is Anwar policies and administration?” sejak dia menjadi PM pada Nov., 2023 lepas.

(2)    Saya ingin melihat gelagat anak-anak muda dari segenap lapisan hidup, golongan wanita dan pastinya saya tidak lupa untuk melihat pandanagn kalangan berumur serta berpendidikan tinggi.

Senario I:

Sekitar dua minggu lepas ie pada 20 Jun, 2025, saya ada urusan di Kuala Lumpur. Saya menaiki Grab. Lantaran perjalanan panjang sekitar 90 minit serta pemandu Grab adalah anak muda berusia sekitar 25 tahunan, saya menguji pandaganngan beliau tentang Anwar dan Mahathir. Dia adalah graduan lulusan Pengurusan Perniagaan dan membawa Grab. Pendapatan boleh dikira sangat baik berbanding seangkatannya di Perkhidmatana Awam. Dia memperolehi sekitar RM3,000.00 – RM5,000.00 sebulan. Cuma masa kerja dan keselesaan sangat memeras. Satu pandangan masa depan yang dia khuathiri adalah – "Sehingga bila dia harus sebegitu". Dengus beliau, "Apakah Safety Net yang Anwar sedang rencanakan untuk mereka sepertinya?". Employed sememangnya employed tetapi safety netnya apa dan di mana? Anak-anak muda kian gusar dan mempersoal tentang kehebatan statistik ekonomi tempikan Anwar.

(2)    Idea Grab dan setaranya asalnya adalah dari Khari KJ. Ini merupakan short term measure bagi mengatasi masalah menyara hidup akibat pendamik Covid 19. Saya tidak gemar akan strategi ini lantaran pengamatan saya - melihat kepada mereka yang terlibat dalam sektor ini adalah kebanyakan anak-anak muda Melayu, bagi saya kerjaya seperti ini menjuruskan anak-anak muda Melayu kepada "jalan mudah yang akhirnya akan menjerat mereka ke jalan payah". Luahan anak muda tersebut membuktikan tanggapan saya. Seharusnya Kerajaan menjadikan kerjaya Grab ini sebagai satu peluang kerjaya yang formal dan tersusun baik.  Usaha ke arah itu saya kira belum ada yang memberikan perhatian berat. Pemilik Grab kelihatan bermewah, budak-budak Grab bagaimana? Anwar juga berdolak dalik tentang bagaimana jaminan masa depan perlu dihulurkan. 

(3)       Dalam kunjungan ini, saya telah mengadakan perbincangan dengan kalangan very intellectual. Jika dulu, inilah golongan yang cukup menyanjung Anwar, kini hampir semua mencemuhnya. Bagi saya ini petanda viral meluatnya rakyat kepada Anwar.

Senario II:

Hari ini 8 Julai 2025 saya terbang ke Kuala Lumpur mengguna pesawat paling awal dari Kuching. Saya perlu mengejar dua temujanji yang harus saya bereskan. Dalam temujanji pertama – dua anak remaja umuran 20an juga. Bila mereka bersalaman dengan saya, saya sapa dengan gurauan – gaya salam Anwar. Mereka gelak spontan. Mereka ketawa tidak dibuat-buat. Apa maksudnya? What does it imply?

(2)    Temujanji kedua adalah dengan dua wanita; seorang wanita umuran hampir-hampir 40 serta sudah berpunya dua orang anak. Seorang lagi gadis umuran 33 tahun. Setelah usai urusan rasmi, saya mengajak mereka untuk lunch bersama. Kebetulan saya memegang sebuah novel bertajuk The Girl Who Kicked the Hornets’ Nest – Menjolok Sarang Tebuan - tulisan Larson, maka mereka bertanya, bagaimana untuk menanam minat membaca. Jawab saya mudah. Saya kata, cuba bandingan dua manusia besar yang mereka kenali – Mahathir dan Anwar. Di antara mereka siapa membaca apa dan jelas kesannya? Mereka berdua seperti serentak menduga pastinya Mahathir. Soal saya, apa bezanya – mereka mengatakan bahawa mereka berbeza dari segi intellectual, vision, genuine of ideas dan focus kerja. Maka di situlah jawaban saya kenapa mereka mesti dan perlu banyak membaca. Bacalah apa-apa yang boleh membantu cara berfikir, cara bekerja malah mencari teknik-teknik juga strategi-strategi bekerja terbaik dan cemerlang. Pendeknya, kita membaca untuk apa, itu harus kita tentukan dahulu. Biar dalam membaca Al Quran, untuk apa? Jika sekadar untuk memperoleh pahala membaca, apa kebaikannya kepada kita di kemudian harinya berbanding jika kita membaca agar kita kental dan terbaik dalam usaha kita berbakti sesama manusia. Saya membaca not to kill my time, but to search for ideas and solution to issues in hands.

(3)   Saya kagum dengan sindiran spontan mereka “Mahathir membaca untuk bekerja, Anwar membaca untuk hebat berceramah” Namun saran saya, jadikan membaca teman sepanjang hidup. Buku teman bila kita kehilangan teman. Al Quran jadi teman bila kita dalam kepayahan di dunia dan akhirat..

(4)  Saya bergegas ke KLIA biarpun pesawat saya hanya akan terbang enam jam kemudian. Saya ingin merasakan denyutan ekonomi Malaysia. Sesampai di KLIA2, saya terus ke Lantai 2. Saya memilih sebuah meja agak ke pinggir dan sepi di Food Court Aras 2 KLIA. Saya ingin memerhati pelangan juga para pengusaha Gerai-Gerai Makanan di sana. Saya ingin duduk lama sedikit dan menulis seperti sering saya lakukan di KLIA1 sekitar 20-25 tahun dahulu. Saya masih ingat, sekitar 3-5 tahun lepas, harga makanan di sini adalah sekitar 25-30 peratus lebih tanggi dari di luar. Hari ini saya makan Nasi Padang; lauk – sambal terung, gulai pucuk ubi, gulai tendon dan sambal tempe – saya yakin harga makanan di sini adalah 100 peratus lebih tinggi dari di luar. One serving cost me almost RM50.00. Pelangan agak sepi. Ramai yang memilih “light food” yang harganya sekitar RM20an. Paling saya terkesan bila seorang dari pengusaha warong di situ agak ribut bila ditanya “How’s your business?”. Katanya, “Dengan perluasan dan peningkatan cukai; pelangan kurang, business kurang, sewa naik…..tak tahu apa akan jadi seterusnya”. Jika sesiapa sensitif, kini telah mulai keluar banyak data-data sosio-ekonomi yang cukup mengusarkan - kadar jenayah, kadar tekanan sosial dsb kian meningkat. 

(5)   Selepas selesai makan saya ke Kios Donut. Blended Mocca & Donut adalah kegemaran saya sejak saya menjadi pelajar di USA pada 1996 dahulu. Saya meneruskan penulisan saya di sana. Namun saya tidak dapat connect ke Internet KLIA.  Jadi sambil memesan Donut & Mocca, saya bertanya prihal internet KLIA. Pekerja counter memaklumkan – Internet KLIA kadang-kadang ada, selalu susah dapat. Usia penjaga counter ini saya kira baru menjangkau 20an. Maka saya balas balik pernyataannya: “Sebab Anwar kot”. Dia dan rakan-rakannya ketawa. Mereka benar-benar ketawa. Apa signal yang cuba mereka hantarkan?

Pembayang:

Di era Najib Razak mula bermasalah, terutama bila saya ke Starbuck di seluruh negara, saya selalu mengelarkan diri saya sebagai “Najib” bila ditanya “Order under whose name?”. Jika saya bersama rakan akrab saya yang kedua, maka saya akan namakan sebagai “Najib & Rosmah”. Pasti counter persons akan ketawa semuanya. Saya mulai melihat semua lapisan masyarakat sekarang sedang semarak menolak Anwar. T20, M40 dan B40 sedang “menolak Anwar”. 

(2)    Keyakinan saya sejak 1981, saya telah melihat munafiknya Anwar berbanding sebelum dia mulai “berkuasa” bermula dari 1981. Sikap tidak percaya serta vocal saya terhadap Anwar menjadikan saya "a bad lone ranger" kepada banyak pihak. Instinct saya dalam banyak hal jarang salah. Jika Anwar jujur dan membiarkan Mahathir mentadbir negara sehingga 2020, saya yakin Malaysia kini pasti dipandang tinggi oleh Singapura. Saya yakin TH, Felda, Sime Darby malah MRCB akan mendunia menjadi sebahagian dari 500 MNC hebat dunia sepertinya Petronas. Melayu khasnya pasti menjadi peneraju Sistem Kewangan dan Ekonomi Islam dunia. Kini Anwar “bagai meludah ke langit dan atau menepok air di dulang atau paling ketara adalah dia adalah dulang paku serpih, mengata orang dialah yang lebih.

(3)    Lantaran Melayu membina sekitar 60 peratus rakyat negara ini, jika Melayu makmur pastinya kaum pedagang akan lebih makmur. Kata-kata saya kepada dua wanita yang saya temui hari ini: "Sejarah membuktikan, Melayu tidak membiarkan jirannya, biar bukan seketurunannya susah merana apa lagi khianat". 

Epiloq:

Dari jam 1700 sehingga saya mendarat di KIA pada sekitar jam 2240, novel The Girl Who Kicked the Hornets’ Nest – Menjolok Sarang Tebuan - tulisan Larson yang dikatakan telah dijadikan Filem di Sweden sempurna saya baca. Novel ini ditulis dalam gaya agak anih dari banyak novel yang saya baca. Jalan ceritanya berkisar keadaan ribut di sebuah hospital serta di selit-selit dengan kes-kes siasatan jenayah di sebuah Kota. Ianya berupa fiction - medical crime novel. 

(2)    Di empat mukasurat yang berbeza-beza penulis mengkisahkan sejarah peranan wanita di dalam ketenteraan. Di banyak negara, contohnya seperti di Afrika Barat dan Libya, perenanan wanita sangat ketara sejak dahulu kala namun tidak dibenarkan di rantau Eropah. Bahkan di Sweden ianya diharamkan. Cuma di penutup novel, dikisahkan bagaimana Perdana Menteri Sweden telah dibunuh hasil pengkhianatan salah seorang kabinetnya yang kebetulan seorang wanita. Peranan kebinet wanita tersebut cukup licik namun akhirnya dia juga telah dibunuh.

(3)    Novel ini adalah fiction dari kisah benar kemelut jenayah dalam politk Sweden. The Girl Who Kicked the Hornet adalah ahli kabinet Sweden yang khianat membunuh Perdana Menterinya. Namun, dalam hemat saya, buku ini dan pengamatan saya tentang politik Anwar, the girl kian berkembang menjadi para pemberani untuk menjolok sarang tebuan secara terang-terangan. Kini rakyat Malaysia mulai hangat bangkit jika perlu mereka akan meredah sarang tebuan demi membela kehidupan mereka yang kian terdesak. Itulah politik semasa yang dapat saya garap dari novel The Girl Who Kicked the Hornets’ Nest ini.

 

 KLIA2 Boarding Hall.

8 Julai, 2025

 

 

 

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

1 comments:

Anonymous said...

DATUK YIP KUM FOOK dan pasukannya (Polis dan samseng) menyerang sami Buddha di Kuil Buddha Samnak Sambodhi (di Taman Desa Jaya, Kepong), dan mereka membawa sami Buddha keluar dari Kuil. Mereka mengunci pintu kuil, dan sami Buddha menyewa sebuah hotel untuk malam itu

Dan juga DATUK YIP KUM FOOK membakar Kuil Hindu di Taman Daya, Kepong, kerana ingin menggunakan tempat itu untuk mendirikan kedai perabotnya, lalu dia membina beberapa perabot di tempat itu. Dia ada kuasa kerana dia pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong

Kini, MCA runtuh kerana DATUK YIP KUM FOOK. Apabila dia membantu seseorang, dia memerlukan wang (bukan untuk bantuan percuma), dan dia juga menipu orang IC untuk melakukan sesuatu; kuil Buddha Samnak Sambodhi runtuh kerana dia.

Semua orang perlu berhati-hati dengan DATUK YIP KUM FOOK, SIMON LOW KOK MENG, LAWRENCE YIP JIUN HANN, dll. Kumpulan adalah jahat kepada semua orang dan berhati-hati

Danny Yap, Taman Desa Jaya, Kepong, kuala lumpur, Malaysia

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.