.

11/7/13 ALLAH TERLALU RAHIMKAN MELAYU.....kita pula tidak mengerti. (Finalised 6/8/13).

Posted By: Abdullah Chek Sahamat - July 29, 2013

Share

& Comment

Melayu, dari mana istilah itu asalnya? Sanskrit? Urdu? Biarlah dari manapun, kita sudah Melayu jadinya. Cuma, saya khuatir kita sedang melayu dari pandangan Melayu sendiri. Itu sangat jelek. Melayu itu satu hal, melayu itu hal yang seharusnya jangan sekali-sekali terjadi kepada bangsa Melayu. Apa lagi mbelayu buat kaum Jawa. Kalau Melayu mbelayu di balapan tidak mengapa. Tetapi jika Melayu mbelayu dari hidup apa lagi dari tujuan hidup, itu sudah benar-benar bikin Melayu pasti melayu. Di mana sebetulnya keberadaan Melayu? Di Tanah Melayu, mana, di mana? Baju Melayu, siapa buat, siapa jual, siapa beli, siapa pakai, siapa melawa? Keretapi Tanah Melayu, dok ade, kereta lipang ade le!

(2) Rahim adalah organ yang hanya ada pada mamalia, haiwan berdarah panas seperti paus, beruk, kuda, hipo, keldai, bahkan Siti Norhaliza. Tetapi jangan pula keliru dengan Rahim Tambi Chik atau juga Ib-Rahim Ali. Itu rahim-rahim lain. 'Rahim' mereka tidak menjurus kepada tulisan saya ini. Juga pasti saya dan sdra-sdra tidak ada rahim sepertinya perempuan. Rahim adalah mula dunia manusia dan haiwan sesamanya. Tanpa rahim, manusia, semua mamalia tidak akan wujud, pupus. Benar persenyawaan boleh dilakukan di luar rahim iaiti secara in-vitro, namun akhirnya di dalam rahim juga harus proses embryogenesis disudahkan. Dari rahimlah merangkak semua, termasuk Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yasin. Mahathir Mohammed serta Siti Hasmah pasti tahu benar akan perkara ini. Sesungguhnya fitrah memiliki rahim pada perempuan, tanpa banyak menyedari, sebetulnya punca dan penyubur sifat pengasih pada seorang perempuan. Tidak akan ada kasih sayang seorang lelaki sehebat kasih sayang seorang perempuan, dengan syarat mereka tidak terkhianat. Itu pasti dan itu lumrah. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih bapa membahagia semua. Begitulah seringnya senandung Melayu dulu-dulu agar anak-anak punya hormat kepada ibu-bapa, juga sang isteri agar taat kepada suami.

(3) Sesungguhnya itulah adalah sebahagian dari tanda-tanda MahaBesar MahaBerkuasanya Allah. Pada kita manusia, ada cermin diriNya. Roh kita adalah nafas Allah, maka sebahagian dari sifat-sifat Allah itu juga terhembus kepada kita. Jika kita bijak bercermin diri, pasti kita akan terus berada dalam bayangan menyejukkanNya, apa yang disebut Taufik dan HidayahNya.  Allah salah satu sifatnya adalah ArRahim. ArRahim Allah tidak sama dengan rahim yang saya bicarakan terdahulu. Itu rahim tempat embryogeneisis mamalia. Juga organ pencetus rasa kasih sayang pada seorang wanita khususnya seorang ibu. MahaBijaksana Allah, rahim, khusus kepada wanita hamil, tersangat hebat proses fisiologinya kerana, akibat kehamilan segala jenis hormon akan terjana sehingga tumbuh rasa kasih sayang yang terlalu agung dalam diri wanita itu. Maka, adalah sangat berbeda sifat antara wanita yang pernah hamil dengan wanita yang tidak pernah hamil. Biar kehamilan seorang wanita itu adalah haram sekalipun, kasih sayangnya kepada yang dikandungnya pasti melampaui rasa kasih sayang yang menghamilkan dia. Semua ini adalah agar setiap wanita punya rasa cemburu, cemburu pada kaum sejenisnya saat terlihat olehnya akan yang lain mengendong bayi dan atau berkeluarga. Maka setiap seorang dari mereka akan terlalu berkeinginan untuk melahirkan menjadi apa yang sering mereka sebut a true woman. Allah tidak punya rahim pada fizik seperti itu. Namun Allah punya ArRahim, sifat MahaPenyayang. Kasih sayang Allah kepada umatnya tiada batas. Allah tidak perlu mengandungkan sesiapa juga apa untuk melimpahkan MahaPenyayangNya. Allah menyayangi semua mahluk kerana Dialah pencipta segalanya, "mengandung dan melahirkan" semuanya. Sifat MahaPenyayang Allah kepada manusia adalah sangat jelas, bilamana dia hanya menjadikan manusia setelah segalanya tercipta, sehingga selepas manusia diberi nyawa, roh, biar ciptaanNya terbaik terdahulunyapun Dia arahkan supaya sujud kepada manusia. Kita tahu, semua kecuali iblis, tunduk kepada manusia. Kenapa agaknya Allah terlalu sangat mendewakan manusia berbanding mahluk-mahlukNya yang lain?

(4) Sebuah nyanyian, kalau tidak salah saya dahulu punya satu baris rangkap berbunyi: tidak aku minta lahir di dunia. Itu hakikatnya adalah keluhan manusia. Cuba tanya, apakah Adam AS pernah minta dilahirkan di dunia atau di syurga? Pastinya tidak. Namun kenapa perlunya Allah menciptakan Adam AS. Malaikat menyanggah penciptaan Adam AS. Namun, sepertinya MahaMengetahuinya Allah, juga seperti perintahNya, betapa segalanya perlukan khalifah. Biar hanya dua orang manusia sekalipun harus ada khalifah di antara mereka. Maka, Allah menjadikan Adam AS dan manusia-manusia lainnya adalah untuk menjadi khalifah. Maka, sebagai seorang khalifah, Allah tundukkan segalanya buat kepentingan manusia, agar manusia akhirnya menghargai nikmat anugerah Allah pada jalan sebetulnya. Semua ini saya yakin agar manusia tidak punya sebab akhirnya untuk mensenandungkan rangkap nyanyian: ..tidak aku minta dilahirkan... Di akhirat nanti, pasti Allah punya kuasa untuk berhujjah: Betapa seluruh alam Aku tundukan kepada engkau, namun tidak engkau mengerti dan bersyukur. Apakah maksud perintah bersyukurnya Allah? Sekadar mengucap Alhamdulliah? Sekadar melepas SubhannaAllah? Sekadar berlega dengan MasyaAllah? Atau sekadar kekagetan dengan AstarFirullah?

(5) ArRahim Allah kepada umat Melayu  sebetulnya tidak terkira. Pertama, otak umat Melayu paling mudah menjerap apa juga. Sekitar 700 tahun dahulu, otak Melayu menjerap agama Buddha dan Hindu. Melayu berada dalam kendungan Buddha dan Hindu sekitar 2,000-3,000 tahun lamanya. Sebelumnya, sekitar 3,000 tahun terdahulunya, mereka sangat berdayacipta dalam memanafaatkan alam dan keghaiban sebagai sandaran hidup mereka. Segala lembaga dan roh mereka puja atau jadikan pegangan hidup. Biar di sekitar abad ke 10-13, Melayu mulai diperkenalknha kepada Islam, namun, sekitar 500 tahun dahulu, otak Melayu menjerap pula ciri-ciri Barat. Kini, otak Melayu menjerap berbaur segala dari Timur, Barat, Selatan, Utara, semua ada pada Melayu. Lihatlah, Melayu boleh berbahasa Siam, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, dan Tagaloq. Melayu boleh menguasai seluruh bahasa bangsa di keliling Nusantara. Di Nusantara, hanya Melayu yang boleh menguasai bahasa bangsa besar Nusantara. Orang Siam, belum tentu boleh petah bercakap Melayu. Kalau tidak percaya, suruh Siam dari Chiang Rai menyebut seluar tidur pasti akan menjadi seruar tilur. Begitu juga orang Vietnam. Tidak sekali-kali orang Burma apa lagi Laos. Banyak Melayu sudah mahir berbahasa Manderin. Juga bahasa Tamil. Inggeris, Melayu jadikan Bahasa Pasar. Pendeknya dari segi bahasa, otak dan lidah Melayu sememangnya sangat lembut dan menjerap. Cuba lihat, tidak kira Melayu Siam, Kemboja, Filipina, Indonesia, Brunie, saat Tilawah Al Quran pasti Melayu yang akan meraih kemenangan biarpun di dalam pertarungan dengan bangsa Arab sekalipun. Bukan mudah untuk menguasai bahasa Arab, Melayu boleh, cuma kerdilnya hanya sekelumit mengerti faham akan bahasa Al Quran pada ilmu sebenarnya. Istilah kini, terpacul kata-kata Melayu Versatile atau Melayu Boleh. Pendeknya Melayu ada otak, Melayu ada bakat. The Malays got Talent. Cuma sifat berbakatnya Melayu itu ke mana telah dan sedang kita talakan? Kenapa?

(6) Kedua, ArRahim Allah kepada Melayu adalah dari segi pendedahan kepada bangsa bertemaddun besar. Pertama China. Kedua India. Ketiga Arab. Keempat Barat. Melayu dulunya sangat sebati dengan India dan Arab. Kini Melayu sedang diasak hebat boleh Barat. China pula terus berada di dalam dan di tengah-tengah terkadang-kadang berkancah dengan Melayu. Kenapa Allah perlu meletakkan bangsa Melayu di tengah-tengah juga dalam lingkungan pertembungan empat Temaddun Besar manusia? Juga, kenapa Melayu berada di Nusantara? Nusantara, Tanah Bumi berpijaknya Melayu, terletak di dunia sebelah sini. Tidak ke selatan. Tidak ke utara. Tidak di sudut dunia terpencil. Kita berada di tengah-tengah, di garis Khatulistiwa serta mendapat cuaca Khatulistiwa. Sesungguhnya, jika kita mahu memahami Al Quran, biar dalam julat ilmu yang masih sempit, saya yakin ArRahim Allah kepada Melayu dalam hubungan ini perlu dilihat dari beberapa sudut:

(6.1) Pertama, bangsa India dan Arab, adalah bangsa 'degil berbelit' sukar dimengertikan, sukar di'pegang'. Namun Melayu terlebih awal telah terdedah kepada mereka. Apa maksudnya? Sesungguhnya, sifat Melayu yang boleh membaca apa yang tersirat dalam tersurat adalah atas pengaruh India dan Arab awalnya. Namun, kini six senses Melayu kian memudar. Melayu sudah tidak mengerti apa lagi mahir dalam kilas ikan di air, sudah tahu jantan betinannya. Kenapa? Juga sejak tidak kurang dari 800 tahun dahulu Melayu telah bercampur baur dengan budaya Cina. Inilah budaya 'licik tekad tega'. Ada segelintir Melayu yang sudah menguasai budaya ini, namun, ciri lainnya mereka iaitu 1Chinese apakah ada pada segelintir Melayu ini? Melayu kebanyakan, di mana dan ke mana mereka? Saya lihat, sepertinya ungkapan terdahulu saya: baju Melayu, kain dari siapa, siapa menjahit, siapa menjual, siapa membeli, siapa sekadar melawa, siapa kaya kerananya?. Sesunguhnya, saya berkira Melayu belum dapat menangkap hebat ArRahim Allah meletakkan Melayu dalam lingkungan Arab, India dan China terdahulu dan kininya. Juga sekitaran Khatulistiwa bukan suatu sekitaran hidup yang mudah.  Perhatikan di seluruh dunia, dari Amerika Selatan di Carribean-Brazil sehingga ke Afrika, di Afrika  Barat-Madagaskar, membawa ke Asia Tenggara, sepertinya bangsa-bangsa di rantau sebegitu belum ada yang berdirinya cukup gagah. Sehingga kini, mungkin Cina Singapura sahaja yang telah dapat melepasi serangan kolera, sawan, kepialu dan denggi untuk tidak 'demam dan sakit-sakit' apa saja. Bangsa-bangsa Tropika lainnya masih 'terbatuk-batuk, berhingus, juga ceret beret'. Apa tidak mungkin sebenarnya, semua ini adalah MahaMuslihatnya Allah agar Melayu bersiap siaga untuk mendepani asakan yang tidak akan ada lagi belas simpati kepada mereka akhirnya? Apakah Melayu dapat membaca itu sebegitu? Saya kurang yakin, lantaran seperti selalu saya katakan, Melayu bukan bangsa penyelidik, menjadikan samalah sepertinya Melayu tidak begitu arif tentang kenapa sejarah awalnya Muhammad SAW Allah jadikan tersangat susah dan perit. Yang Melayu lihat dan habur baurkan, betapa Muhammad SAW itu adalah kekasih Allah manusia paling agung, manusia paling berjaya, sedang jalan panjang menuju kekasih serta keagungan Muhammad SAW tidak mereka kaji teliti dan ikuti rapat. Melayu lebih gemar melihat end product dari proses. Maka sebab itu saya perhatikan bangsa Melayu jadi lemah dalam Sains iaitu dalam bidang Metametik, Fizik, Kimia dan Biologi. Inilah ilmu yang sangat menitik beratkan proses dari end result. Namun, seperti saya katakan terdahulu, otak Melayu sangat mudah menjerap sehingga bila Jepun memperkenalkan QCC dan 5S maka berebut-rebut Melayu melakukannya untuk meraih pingat, sedang natijah sebenar QCC dan 5S tidakpun terkesan hebat kepada pembangunan Melayu.

(6.2) Biar bangsa besar manapun, mengakui kehebatan Melayu. India, Arab, China dan Barat, mereka sedar akan kehebatan Melayu. Sifat rahim Melayu sangat kental. Sama kental dan anjal dengan rahim wanita mengandung. Lantaran tingginya nilai rahim Melayu, maka Melayu sangat mudah untuk berbelas hati kepada siapapun. Atas sebab itu maka, Dunia Melayu kian menjadi Truely Asia bahkan kian menuju  the Globe. Maka dengan sebab itu biar Buddha dan Hindu menguasai dunia Melayu dulunya, tetap Melayu jadi mahaRajannya. Begitu juga bila Arab mula menebar ke sebelah sini, tetap Melayu jadi Sultannya. Apa lagi Barat, khususnya Inggeris, tetap Melayu jadi para pentadbirnya. Sama halnya dengan Jepun, tetap Melayu jadi runner mereka.  Sepertinya, Allah lembutkan hati semua bangsa-bangsa besar akan ketuanan Melayu. Saya berkira otak dan hati Melayu, adalah otak dan hati mudah dirunding mudah dibawa berbicara. Melayu susah khianat kepada bangsa lain. Melayu mudah terhutang budi. Sifat rahim Melayu sangat tinggi. Maka atas sebab itu, nama-nama seperti Rahimah, Abdul Rahim menjadi kegemaran Melayu dulu-dulu sebagai tanda betapa penyayangnya Melayu. Namun, sifat itu sukar untuk dianugerahkan sesama Melayu. Kenapa? Saat otak dan jiwa Melayu adalah besar, namun banyak ketikanya demi Melayu Melayu jadi kerdil. Kenapa?

(6.3) Bertebaran Melayu di Nusantara, apakah sebabnya? Tidakkah itu menandakan betapa Melayu pernah menjadi pelaut yang hebat. Melayu dulu pemberani. Jiwa searching ada pada Melayu. Mereka sanggup meredah lautan untuk bertebaran di seluruh Nusantara. Jiwa Mongul ada pada Melayu. Kublai Khan bukan sekadar mahu menawan Jepun, tetapi dia juga mahu menyerang Jawa. Sesungguhnya instinct Kublai Khan adalah betapa sepupunya sudah menguasai Nusantara, maka dia ingin ikut bbersama. Namun ArRahim Allah kepada Melayu itu tersangat besar. Dia turunkan ribut untuk memusnahkan armada Monggul. Melayu terselamat dari ganyangan sepupunya dari Monggul. Sejarah juga membuktikan betapa Melayu sanggup mati demi bangsanya. Jiwa sanggup berkorban ada Allah tanamkan dalam sifat Melayu. Cuma kini, sifat itu telah jadi lain. Melayu kini lebih berani memusnahkan bangsa sendiri lewat pelbagai keonaran dan tanpa mahu cepat sadar dan memperbaiki segala secepat sekarasnya. Alang kepalang menyeluk pekasan, biar sampai ke pangkal lengan sudah menjadi peganagan Melayu. Kenapa?

(7) Sesungguhnya, sifat mudah menjerapnya otak Melayu, serta mudahnya pergaulan Melayu, maka Allah mendatangkan ArRahimNya yang maha agung kepada Melayu iaitu Islam. Islam datang kepada Melayu sekitar 700-800 tahun dahulu. Melayu sebelumnya adalah pariah yang terus bergulat seperti kabilah-kabilah Arab Jahilliah. Begitu juga Melayu sebelum Islam tidak pernah aman. Melayu terus saja menjadi habuan Siam, Burma, Kemboja, dan Vietnam sama sepertinnya Arab Jahilliah yang sentiasa terancam oleh Byzantium dan Farsi. Demi untuk menjadikan Melayu sebuah bangsa bertemaddun dan teguh berdiri sendiri, Allah datangkan Islam kepada kita. Otak kita dengan cepat menjerap Islam lalu kita kemudian bangkit membebaskan diri dari penghambaan di bawah sistem feudalisma Buddha dan Hindu. Cuma, kerana otak kita juga yang mudah menjerap budaya lainnya, maka di saat Barat mulai hadir di rantau di sebelah sini sekitar 500 tahun dahulu, maka kitapun terus-terusan menjerap sistem Barat sehingga kita melupakan Islam secara tidak sadar. Gertak Barat juga mudah otak kita jerap, sehingga kini kita menjadi bangsa yang yes sir.

(8) Saya tidak ingin untuk membicarakan lain-lain ArRahim Allah kepada Melayu. Terlalu banyak. Saya ingin sekadar membicara ArRahim Allah kepada Melayu dalam muslihat Allah agar Melayu secara mental dan saikologi menjadi bijak dan pemberani dalam menjamin keperkasaan kesasaan mereka. Apakah Melayu akan menjadi bijak dan pinter membaca dan mencerakinkan keliling mereka untuk membina kekuatan mereka? Sesungguhnya kehadiran Institut Kefahaman Islam (eg JAKIM, ISTAC, dll )masih terlalu cetek hadirnya dan kesannya kepada Umat Melayu. Kita tidak dan sama sekali belum mengkaji sedalammnya Pemikiran dan Falsafah Islam biar dalam bidang Kesusasteraan dan atau Sainsnya Islam. Hadirnya Darul Al Quran, tidak dan belum dapat menanam the searching mind menjadi sifat dan budayanya Melayu. Kenapa? Saya berkira, Melayu mudah sangat meminta-minta, saat kepayahan melanda mereka. Saat kesenangan dan keseronokan datang, mereka tetap hanya berterima kasih tanpa banyak soal dan memperhitung.

(9) Sesungguhnya, kerana sejak dari Abdullah Ahmad Badawi sehingga kini, Najib dan Muhyiddin terus saja berpolitik sehingga seluruh Negara terseret kepada kegilaan berpolitik. Melayu sepertinya sudah lupa, betapa politik adalah unsur asalnya bukan Islam, maka kita terus berpegang kepada unsur-unsur yang asalnya bukan Islam. Kita, apa tidak mungkin sedang menuju jalan syirik? Kerana Melayu sedang lalai dengan kehidupan kini, dan kekuasaan kini maka apakah ini tidak selari dengan maksud Allah: Hendak dunia, Aku bagi Dunia, hendak syurga, Aku berikan syurga?. Fenomena ini sedang hebat melanda Umat Melayu. Kecelaruan Melayu dalam amalan Islamlah yang menjadi kecelaruan sosio-politik-ekonomi Melayu. Sebabnya mudah, kerana Melayu lemah dalam nilai-nilai KeIslamana mereka. Kenapa? Kerana selama ini kita masih terikat dengan cara dan bidang pendidikan Islam yang tertekan. Apa maksud tertekan suppressed ini?

(10) Pendidikan Islam Melayu adalah sangat terjepit. Kita mengongkong perluasaan fitrah Allah dalam anugerahnya betapa Otak Melayu sangat menjerap. Begitu juga, kita mengongkong pendidikan Islam kita tanpa kita membuka kepada menguasai dan menyelidik keliling kita. Kita tidak menafaatkan keadaan keliling kita untuk kekuatan diri kita. China adalah bangsa yang hebat, Muhammad SAW mengakui prihal tersebut. Abdul Razak Husein ke China agar kita tidak perlu bermusuhan hanya kerana permusuhan Barat kepada China. Pada Abdul Razak, kita jangan mudah terjerat dalam kancah orang lain. Kita harus sedar secara halus siapa musuh, siapa kawan. Sedang Najib Abdul Razak pula ke China kerana menjejaki tapak kaki bapanya. Apakah Value Added lawatan Najib ke China? Sepertinya generasi kini, tidak dapat melihat keluar dari kebiasaannya. Sesungguhnya, Melayu belum berani untuk keluar dari kongkongan Barat. Barat pernah membatas cara pendidikan Islam harus diterapkan kepada anak bangsa kita, maka kita sehingga kini terus-terusan berasa bacul untuk keluar kepada sistem kita tersendiri. Kita sudah terperangkap hebat dalam muslihat Barat.

(11) Saya menduga, biar saban waktu kita gembar gemburkan betapa Islam itu baik dan sempurna, namun kegawatan dan kejangalan Melayu tidak sekali-kali mengambarkan kehebatan Islam. Apa lagi kekacauan di Arab, juga segala bentuk kehinaan Umat Islam di Afrika, Asia Tengah, Eropah Timur serta di Pakistan-Bangladesh, pasti seluruh dunia dengan mudah menyatakan betapa Islam merosakan. Inilah fenomena yang orang Melayu harus buktikan sebagai tidak benar. Pembuktian itu harus melewati memperkasaan Melayu melalui pengamalan cara Islam yang betul. Sesungguhnya ArRahim Allah paling muktahir kepada Melayu adalah bila masyarakat Cina dan India sepertinya menolak ketuanan Melayu dalam PRU13 yang lepas. Begitu juga, sebilangan masyarakat Melayu sendiri telah seperti tidak yakin dengan kepemimpinan Melayu itu sendiri. Ini adaalh amaran berat yang perlu Najib Abdul Razak perhatikan dan ambil tindakan segera untuk mengatasinya. Sesungguhnya, dasar dan cara kerja Kerajaan yang sedia ada sedang dipersola kuat.. Tidak usah diperhitung tentang adanya dalang Melayu dalam prihal tersebut. Lihat dari sudut cabaran Allah padanya. Sesungguhnya, jika Melayu tidak cepat mengambil pengajaran dari prihal tersebut, pasti Allah akan menurunkan pelbagai lagi cobaan sehingga Melayu sadar akan ArRahim Allah kepada mereka. Mungkin saat itu, apa yang terjadi di Arab, juga akan melarat ke sini lantaran Kerajaan tidak memahami hakiki punca serta permasalahan rakyat.

(12) Sesungguhnya, kelemahan Melayu kini adalah pada sistem pendidikan kita. Kita sudah hanyut oleh Barat. Maka saya yakin masyarakat Cina dan India sadar akan prihal ini. Mereka sekadar tidak terang-terangan ingin menyatakan itu sebegitu. Kerana sistem pendidikan kita adalah lemah, maka kita sedang melahirkan bangsa yang lemah. Kita jadi tidak cekap, sistem yang melahirkan bangsa rendah moral, melahirkan bangsa yang rendah patriotisma, melahirkan bangsa pengguna dari pencipta, kita jadi perasuah, kita jadi penyalah guna kuasa, kita terikut-ikut dengan sifat buruk dari sistem yang jelek. Natijahnya, jika masyarakat Cina menolak sistem pendidikan kita, maka kenapa Melayu hendak terus berpegang kepada sistem yang terus-terus bersandarkan keburukan pembawaan Barat itu? Kenapa kita tidak dengan berani keluar dari sistem tersebut dan bekerja keras membangunkan sistem yang jika tidak baik untuk semua setidak-tidaknya akan menumbuhkan Melayu perkasa berteraskan Islam. Kita harus rebut peluang penolakan ini sebagai ArRahim Allah kepada kita. Cuma, beranikah Najib mempertaruh popularitinya berbanding dengan keperluan Demi Allah, Demi Islam?

.
Somewhere on Earth
6 August, 2013

#Abdullah Chek Sahamat

Writing that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around my world which you may find hard to believe and understand

0 comments:

Copyright © 2010 abc sadong™ is a registered trademark.

Designed by Access. Hosted on Blogger Platform.